The Royal Asmaraloka โ“’

By yourmawar

41.9K 6K 2K

โWelcome to El Castillo, milady.โž Leanore Estrella hanyalah seorang pembuat roti di desa. Apa yang aneh adala... More

ุงูŽู„ู’ู…ูู‚ูŽุฏูู‘ู…ูŽู‡ู’
Guidance
ูก | Baker
ูข | Home Sweet Home
ูฃ | Naughty
ูค | Jealousy, Jealousy
ูฅ | The Day
ูฆ | Larga Vida
ูง | Detention
ูจ | Vengeance
ูฉ | Danger
ูกู  | Punishment
ูกูก | Secret And Lies
ูกูข | Sweet Kiss
ูกูฃ | His Intention
ูกูค | Pregnant
ูกูฅ | Who Is She?
ูกูฆ | Investigate
ูกูง | The Ball
ูกูจ | Love Fever
ูกูฉ | Her Lover
ูขู  | Forever
ูขูก | Game Without Name
ูขูข | Pregnant 2.0
ูขูฃ | Truth About Fiona
ูขูค | Truth About The Past
ูขูฅ | Surprise
ูขูฆ | Change The Rules
ูขูง | Strange Dream
ูขูจ | Behind The Mask
ูขูฉ | Moment Of Truth
ูฃู  | What's Up, Mia
ูฃูก | Run For Lyfers
ูฃูข | Forbidden Way
ูฃูฃ | In-between Dream and Reality
ูฃูค | Fall Before Rise
ูฃูฅ | Love Or Live
ูฃูฆ | Hard To Kill
ูฃูง | Twisted Tale
ูฃูจ | Gloria Regali
QnA with Mawar

ุงูŽู„ู’ุฎูŽุงุชูู…ูŽุฉ

759 62 7
By yourmawar

Terimalah, yang terakhir dari Mawar.

+

Sebulan. Denzell ambil masa sebulan untuk pulihkan semua kesan birat dan luka yang dia dapat daripada hukumannya. Cukup sebulan, aku dan dia memutuskan untuk mengadakan santapan malam secara besar-besaran. Ia bertujuan untuk menyampaikan kepada mereka tentang jantina bayi kami. Beberapa hari lalu, kami baru saja mengetahuinya melalui tabib Feyrose.

Kini, bunyi riang tawa menujah pendengaran. Tidak tinggal juga, dentingan dari sudu dan pinggan kaca yang berlaga. Suasana di meja makan begitu meriah dengan kehadiran semua keluarga diraja dari ketiga-tiga kerajaan di Ochumadora.

"Khabar mengatakan dan kami mendengar Tuanku sedang hamil. Apa itu benar, Tuanku?" soal Queen Callista dari kerajaan Wellingston. Mereka yang lain turut memandang aku dan Denzell silih-berganti. Tidak hairan kenapa mereka masih tidak tahu. Hanya kerajaan Bougary yang mengetahui tentang kehamilanku.

Aku dan Denzell berbalas pandangan seketika. Kami tersenyum nipis sebelum kembali memandang semua yang ada di situ.

"Ianya bayi lelaki," jawab kami bersama.

Suasana menjadi semakin riuh. Mereka semua mengucapkan tahniah kecuali...

"Yes! Wina akan dapat adinda lelaki!" jerit Edwina riang di tempat duduknya. Teruja benar dia mendengar kenyataan dari aku dan Denzell.

Queen Xaviera yang duduk di sebelah kiri Edwina menyentuh lengan anakandanya itu. "Wina sayang, bukan adinda. Baginda akan menjadi pemegang takhta untuk mentadbir empayar kita suatu hari nanti," tegurnya penuh kelembutan.

Aku tersenyum senang melihat anak-beranak itu. Melihat hubungan mereka yang akrab buatkan aku tertanya. Apa aku juga akan merasa perkara yang sama apabila ada anakanda sendiri nanti?

King Ivan dari kerajaan Wellingston meletakkan sudu dan garpunya di atas pinggan. Napkin di riba digunakan untuk mengelap bibir. "Your Highness, bila mahu mengganti tempat ayahanda kamu? His Majesty pun sudah tidak muda untuk mentadbir Bougary. Mungkin sudah tiba masanya kamu mewarisi takhta." Sambil itu, dia melontar bicara kepada Prince Xavier.

Aku menahan tawa mendengar nama Prince Xavier dipetik tiba-tiba. Habislah, dia dah jadi topik perbualan. Tentang mewarisi takhta pula itu. Kalau tentang warisi takhta, kenalah kahwin dulu. Aku jeling Prince Xavier yang duduk selang tiga kerusi dariku. Dia memandang aku bagaikan meminta bantuan. Aku hanya mampu mengangkat bahu sambil menyengih.

King Edward, ayahanda kepada Prince Xavier tertawa kecil. Ayat King Ivan membuatkan hatinya geli. "Your Majesty terlalu pandai berkata-kata. Jangan lupa yang kamu pun tua sama saja seperti saya," usiknya semula memulangkan paku buah keras.

Queen Callista mengangguk bersetuju. Dikerling suaminya di sebelah. "Bagus Your Majesty, biar His Majesty sedar diri. Sudah tua pun masih saja menggatal. Kan tidak fasal-fasal lahir si kecil comel ini." Jarinya mencuit hidung bayi mereka yang berusia lima bulan yang berada dalam dukungannya.

Wajah King Ivan sudah berubah tidak puas hati apabila diusik semula oleh isterinya. Mereka yang lain hanya tertawa.

Prince Xavier berdehem sekejap. Payah juga soalan King Ivan itu. "Jika patik bertemu wanita yang sesuai untuk dijadikan isteri... mungkin tidak lama lagi, Your Majesty." Akhirnya, dia memilih dengan jawapan tipikal.

Denzell sudah tergelak kecil. "Jangan terlalu memilih, Xavier. Kami akan lahirkan seorang anak. Kau bila lagi?" soalnya berbaur gurauan.

"Bukan hanya Tuanku Estrella saja yang akan melahirkan anak itu?" bidas Prince Xavier selamba. Mereka yang lain ketawa mendengarkan itu. Denzell hanya menggelengkan kepalanya.

Oh, hampir terlupa. Mereka sudah berbaik selepas Denzell dibebaskan dari penjara. Mereka boleh dikatakan dalam fasa untuk menjadi kawan baik sekarang walaupun ada masanya, bergaduh seperti anjing dan kucing juga.

"Your Highness Niana pula bila bercadang untuk mengganti His Majesty?" Kali ini, Queen Callista tujukan soalan kepada Niana.

Niana yang dari tadi menunduk, mengangkat kepala apabila namanya dipetik. "Hah?" Itu reaksi spontannya.

Melihat semua orang tertumpu kepada Niana, dia jadi lebih gementar namun cepat-cepat dia mengawal reaksinya. "Mungkin beberapa tahun akan datang," jawabnya perlahan.

Aku hanya tersenyum nipis. Aku faham keadaan agak rumit sekarang. Dia mungkin masih mempunyai perasaan terhadap Denzell. Aku tidak akan menghalang selagi dia tidak melakukan hal bodoh untuk menghancurkan rumah tangga kami.

Areum muncul di sebelahku. Dia curtsy sebagai tanda menghormati kepada seluruh kerabat diraja yang ada di situ. Sejurus itu, dia tunduk untuk berbisik di sebelah telingaku. "Tuanku, manisan dah sedia." Mendengar khabar itu, mataku terus bersinar-sinar.

Aku bangkit dari kerusiku. "Baik, semua. Masa untuk manisan!" ucapku riang. Serentak itu, semua pekerja dapur istana mengalihkan hidangan sebelum ini dan menggantikan dengan hidangan baru, muhallebi. Manisan kegemaran aku sejak awal kehamilan lagi.

Denzell tersenyum melihat aku. "Jemput makan dan nikmati hidangan ini. Ia hasil tangan baginda Estrella kalian," ujarnya.

"Nak! Nak! Wina nak rasa, bonda!"

Dengar sahaja aku yang membuat manisan itu, si kecil Edwina terus menjerit teruja. Lengan bondanya diraih. Bibirku spontan tersengih lebar. Comel sungguh puteri yang seorang itu.

"Iya, sebentar sayang." Seperti biasa, Queen Xaviera pasti akan melayani kerenah anakandanya itu.

"Tak sangka sentuhan Tuanku begitu lazat," puji King Alexander. Dia ayahanda kepada Niana.

"Benar. Saya jatuh cinta dengan manisan ini, Tuanku." Bonda Niana, Queen Helena turut memuji.

Aku hanya membalas dengan senyuman. Meskipun aku ada isu dengan anakandanya, itu bukan menjadi alasan untuk aku membenci mereka. Mereka telah berkuasa sebagai raja dan ratu Drunith selama 24 tahun. Lebih lama daripada aku menguasai Ochumadora.

Aku tidak tahu apa yang mereka telah lakukan kepada Niana sehingga wanita itu tidak berani mengangkat wajahnya langsung sepanjang santapan malam ini. Hanya duduk diam dan bersantap di tempatnya.

"Long live the High Lady." Itu suara Prince Xavier. Dia tersenyum senget sambil merenungiku.

"Long live the High Lady!" Mereka yang lain mengulang ayat keramat itu setelah Prince Xavier.

+

Obor api terakhir yang masih menyala aku tiup sehingga terpadam. Ruang bilik menjadi gelap serta-merta. Baru saja aku merebahkan tubuh ke atas katil, satu kucupan singgah di dahiku. "Long live, my starlight," ajuk Denzell. Dalam samar-samar cahaya, aku nampak bibirnya tersenyum nakal.

"Suka mengusik saya kan?" soalku, memicingkan mata tajam menatap sapphire itu.

Denzell menarik senyuman. Dia mendepakan lengan kanannya. Kepala aku rehatkan antara bahu dan dada bidangnya. "Whatever makes you happy, makes me happy," ujarnya romantis di sebelah telingaku seraya menarik pinggangku merapat ke tubuhnya.

"Mulut tu jangan nak manis sangat." Aku memberi amaran lalu memejamkan mata. Apabila sudah baring di atas katil, barulah aku terasa seluruh tubuhku lelah. Seharian ini sibuk membuat persediaan untuk santapan malam tadi.

Aku letakkan tangan kananku di atas perut. Sudah menjadi kebiasaan sejak hamil untuk aku menyentuh perutku. Apatah lagi perutku sudah mula membulat sekarang, semakin keraplah aku pegang.

"Manis ke?" soal Denzell tiba-tiba. Lelaki itu merenung siling dengan mata yang masih terbuka luas.

Aku rasa nak hempuk dahi dia. Boleh pula dia tanya. Aku ingatkan dia senyap lama tadi, dia sudah tertidur. "Tidurlah, awak," tegurku lembut sambil menepuk-nepuk lengan kanannya yang memeluk pinggangku.

Denzell menggelengkan perlahan kepalanya. "Tak mengantuk lagi. Kau janganlah tidur dulu."

Betul-betul aku rasa nak ketuk kepala Denzell. Orang tengah mengantuk dia boleh suruh jangan tidur. Otak mana otak? "Saya penatlah bawa anak awak ni seharian dalam perut, Denzell." Itu yang aku balas dengan harapan dia akan memahami.

"Jom stargazing. Langit malam ni cantik tau, sayang."

Denzell nak merasa makan mahkota aku agaknya. "Tak laratlah nak berdiri." Aku memberi alasan dengan mata yang masih terpejam erat.

"Tak suruh kau berdiri pun."

Baru aku nak membalas, terasa tubuhku di awangan. "Eh!" jeritku spontan memeluk leher Denzell. Dia sudah berdiri di atas lantai sambil mencempung aku.

"Kalau saya jatuh tadi macam mana?" Aku memarahinya lantas memegang perutku. Risau jika apa yang aku katakan itu benar-benar terjadi, kami akan kehilangan bayi ini.

Denzell tayang wajah macho. "Kalau isteri aku jatuh, tugas aku sebagai suami untuk sambut," balasnya selamba sambil dia melangkah ke balkoni.

Aku cubit hidungnya puas-puas. "Eee geram!" Sebal rasa di hati dengan sikap selamba Denzell.

Sedar-sedar saja, kami sudah di balkoni. Kami serentak mendongak memandang langit. Aku bagaikan terpesona. Benarlah kata Denzell, langit malam ini memang cantik tak terkata. Ia tidak terlalu gelap kerana sinar bulan penuh yang cerah menerangi lautan langit.

Bulan yang bulat dan cerah itu sungguh menarik perhatianku. Aku tatapnya lama. "Cantiknya bulan," pujiku tanpa sedar, seakan dipukau.

Denzell mengalih tumpuannya dari langit kepada aku. Lebihan rambutku diselitkan di belakang telingaku. "Cantik lagi bintang," bidasnya sambil merenung aku lembut.

"Kenapa pula bintang?" soalku hairan. Walaupun bintang lebih banyak, bintang tetap tak secerah bulan sebab bintang lebih kecil.

"Dia baik, pemaaf, comel, kuat emosi, seksi."

Tak semena-mena, pipiku membahang. Baru aku mengerti bintang yang dia maksudkan.

"My starlight is the prettiest in the world. Luar dan dalam."

Fuh. Aku tak nafikan bulu roma aku meremang dengar ayat terakhir Denzell. Gatal betul dia ini. Boleh geng dengan King Ivan. Aku geng dengan Queen Callista lepas tu anak aku geng dengan anak diorang. Ngam.

Aku menjeling Denzell geram. "Suka cakap yang bukan-bukanlah awak ini. Anak kita dah boleh dengar tau apa yang awak cakap." Perut aku usap-usap seakan memujuk kandunganku. Tak apa, little one. Jangan dengar apa ayahanda awak cakap itu. Otak dia memang ada rosak sikit.

"Biarlah dia dengar. Dia ingat dia dibuat macam mana?"

Aku tepuk dahi Denzell lalu cubit bibirnya, brutally. Lelaki itu mengadu sakit dengan dahi yang sudah berkerut seribu. Padan muka. Siapa suruh cakap kotor lagi.

"Turunkan saya," arahku dingin. Sejak mengandung ini, benda kecil pun boleh buat aku marah, rasa nak mengamuk dan lempar orang. Eh barang.

Wajah Denzell berubah keruh. "Janganlah macam ni, sayang," pujuknya. Dalam hati, dia menyumpah diri sendiri.

"Andrew Denzell." Aku menyeru nama penuhnya dengan nada tegas apabila dia tidak mendengar kata.

Denzell tunduk mengucup dahi lalu kedua-dua pipiku. "Sorry, kesayangan. Jangan marah aku, please," pujuknya lembut sambil menatapku dalam.

Sekecil-kecil tingkah kalau Denzell yang buat boleh pujuk hati aku dengan mudah. Aku mengangguk. "Iyalah, tak marah," balasku pasrah.

Aku menguap kecil. Rasa kantuk semakin kuat hingga aku rasa sudah tidak larat mencelikkan mata. Dada bidang Denzell aku tepuk sedikit. "Dah tengok bintang kan? Jom masuk tidur. Saya tak elok di luar malam-malam macam ni. Lupa ke isteri awak tengah bawa nyawa lain selain nyawa dia?" soalku berbaur sindiran dalam keadaan mamai.

Denzell tergelak kecil. Dia kucup tepi dahiku pula kali ini. "Sorry again, Estrella. Jom sleep." Dia melangkah masuk semula ke dalam bilik. Tubuhku diletakkan atas katil dengan berhati-hati. Kembali dengan rutin harian. Kepalaku di bahunya, tangannya di pinggangku.

"Sweet night, my beast," ucapku separuh sedar. Mata sudah terpejam erat.

Denzell mengelus pinggangku lembut. "Sweet night, my starlight." Lalu dia turut melelapkan matanya.

+

Aku duduk di tepi pancuran air sambil bermain-main dengan airnya di taman istana. Di belakangku, ada Areum yang setia menemaniku ke mana-mana aku pergi. Dia kini menggantikan tempat the late Madam Fiona.

Sejujurnya, ketika aku menerima khabar tentang kematian Madam Fiona daripada former High Lord Damian, perasaanku bercampur-baur. Marah, sedih dan terkilan bagaikan menjadi satu. Tetapi apa yang mampu aku buat? Pembunuhnya juga sudah dibunuh.

Bunyi ringkikan kuda buatkan aku menoleh. Denzell sedang menuju ke arahku sambil menunggang Alfred. Dia baru saja balik dari melawat penduduk di bandar dan desa.

Aku bangkit dari dudukku. Apabila Denzell tiba di hadapan, aku dan Areum serentak melakukan curtsy. Setelah itu, kepala aku dongakkan sedikit untuk melihatnya. Secara spontan, aku mencebikkan bibir.

"Rindunya nak tunggang Alfred." Aku meluahkan perasaan sebagai seorang isteri hamil yang suka menunggang kuda.

Denzell tersengih. Dia melompat turun dari Alfred. Kepalaku diusapnya lembut. "Kesian isteri aku. Sabar ya sayang. Lima bulan lagi, kau tungganglah dia puas-puas." Tahu aku yang sedang kesedihan, dia memujuk.

Aku tetap mengangguk walaupun masih rasa sedih. Lima bulan itu lama, bukan sekejap. Beratnya rasa hati ini. Sejak mengandung, semua benda tak boleh buat.

"Ampun Tuanku." Tiba-tiba kami disapa seseorang.

Kami berpaling melihat empunya suara. Oh, Raven. Jika dulu, dia pernah menjadi pengawal yang escort aku ke desa, sekarang dia bertugas di pintu gerbang istana.

Kedudukan aku dan Denzell yang mempunyai jarak tadi berubah. Melihat Raven di situ, laju sahaja dia merangkul pinggangku erat. "Ada apa?" soalnya bernada dingin.

Aku menyembunyikan senyuman. Tak habis-habis dengan cemburu dia. Aku usap sedikit perutku seraya memasung pandangan di situ. Tengoklah ayahanda awak ini, little one. Cemburu tak bertempat. Aku mengadu kepada anak kami dalam kandunganku.

"Ada penduduk dari desa ingin berjumpa Tuanku." Raven beralih ke kanannya. Rupanya di belakang dia ada seorang perempuan yang memakai mantel biru gelap. Aku tidak dapat melihat rupanya kerana wajahnya agak tertutup dengan kepala mantel.

Perempuan itu menunduk penuh hormat kepada kami berdua. "Ampun Tuanku."

Aku terkesima buat seketika. Suara lunak itu membuatkan aku tergugat. Aku genggam sedikit tangan Denzell di pinggangku sebagai amaran. Siapa tahu kalau dia berani jatuh hati dengan perempuan itu? Sementara itu, Denzell sudah sembunyi senyum. Cukup mengerti tingkah isterinya.

"Hamba Melly dari desa." Masih menundukkan kepalanya, dia memperkenalkan diri.

"Apa tujuan kamu kemari?" soalku ingin tahu. Banyak soalan menjadi tanda tanya. Kenapa tidak tunggu saja kami di balairung sari? Kenapa terus berjumpa di sini?

"Hamba membawa kuda yang hamba percaya milik istana."

Aku dan Denzell masing-masing terkesima. Satu nama semerta muncul di minda. "Alex," gumamku.

"Di mana kuda itu?" soalku sudah tidak dapat menahan debar. Dalam hati, aku benar-benar berharap bahawa kuda yang dibawa oleh Melly benar-benar Alex.

"Ada di bangsal kuda, Your Imperial Majesty," jawab Melly penuh santun.

"Ikut kami ke mari. Raven, kamu boleh pergi," arah Denzell kepada Raven.

"Menurut perintah, Tuanku." jawab Raven sebelum dia kembali melakukan tugasnya, menjaga pintu gerbang istana.

Kami bertiga melangkah bersama ke bangsal kuda istana. Areum mengikuti kami dari belakang. Apabila tiba di hadapan bangsal, jantungku berdegup lebih kencang. Bimbang akan dua kemungkinan, kuda itu ialah Alex dan kuda itu bukan Alex. Pintu bangsal dibuka oleh dua orang pengawal istana yang mengawasi bangsal.

"Di mana kuda itu?" tanyaku sudah tidak sabar.

Melly mara beberapa tapak sebelum berhenti di sebelah seekor kuda coklat yang berada di dalam kandangnya. "Yang ini, Tuanku."

Aku dan Denzell tergamam. Itu Alex! Aku bagaikan terlupa yang aku sedang membawa kandungan terus berlari ke arah Alex.

"Estrella!"

"Tuanku!"

Denzell dan Areum serentak panik melihat tindakan spontanku.

Aku berhenti di hadapan Alex. Aku mengerling ke arah Denzell dan Areum beserta sengihan. Denzell hanya mampu menggelengkan kepalanya. Tak mampu menyalahkan isterinya yang terlalu gembira bertemu kuda kesayangannya semula.

"Alex!" jeritku teruja. Alex yang juga mengenali tuannya meringkik gembira.

Aku mengusap-usap kepala dan badannya sambil mulut tak henti membebel. "Awak pergi mana, Alex? Saya risau tau. Saya ingatkan awak takkan balik sini lagi dah. Saya rindu awak sangat-sangat. Awak tak rindu saya ke?"

Denzell yang memerhatikan tingkahku dari tempat dia berdiri mengukir senyuman kecil. Hatinya berbisik satu perkataan melihat aku begitu. Comel.

"Ampunkan hamba kerana baru membawa dia kembali ke istana. Sebenarnya, sudah lama hamba menjaga kuda ini sejak hamba terjumpa di hutan. Ketika hamba menggantikan ladamnya beberapa hari lalu, hamba ternampak simbol di ladamnya. Saat itu, barulah hamba sedar ia kuda istana." Melly menjelaskan situasinya panjang berjela.

"Tak mengapa, Melly. Terima kasih kerana bawa dia pulang." Aku menghulurkan senyuman kepada Melly walaupun aku tahu dia tidak nampak kerana kepalanya yang menekur lantai bangsal.

"Kamu boleh pulang. Mari beta dan Areum hantar kamu ke pagar istana." Aku mempelawa diri sendiri untuk mengiringinya ke pagar istana. Aku berjalan ke arah Melly dan Denzell.

"Awak, tolong suruh pekerja bangsal mandikan Alex eh." Sempat aku berpesan kepada Denzell ketika berpapasan dengannya.

Denzell tunduk gaya lelaki budiman. "Your wish is my command." Aku ketawa perlahan sebelum keluar dari bangsal bersama Melly dan Areum.

+

Langit biru perlahan-lahan berubah jingga. Udara semakin galak menampar wajah. Rambut yang dibiar lepas terbang mengikut rentak angin. Aku duduk di atas kerusi di balkoni sambil tangan mengusap perut. Amethyst milikku ralit menatap matahari yang hampir terbenam.

Cup!

Kucupan pantas hinggap di pipi kiriku. Denzell muncul lalu melabuh duduknya di sebelahku. Pinggangku dipeluk lalu tubuhku ditarik agar merapat dengannya. Aku sandarkan kepala pada dada bidangnya. Bibir menggumam perlahan, rasa selesa dengan posisi kami.

"Fikir apa, sayang?" soal Denzell prihatin. Dia kenal benar dengan isterinya. Kalau sudah duduk dan termenung jauh, pasti ada yang mengganggu fikiranku.

"Tak fikir apa pun," balasku jujur. Aku hanya suka duduk melihat langit di waktu senja begini. Sunsets are proof that no matter what happens, everything bad can end beautifully.

Kening Denzell terangkat sebelah. Bagaikan tidak percaya denganku, dia menunduk untuk melihat wajahku. "Hm, really?" tanyanya lagi ingin mencari kejujuran di mataku.

Aku bangun dari bersandar pada dadanya. Kini, tubuh menghadapnya. "Awak nak namakan anak kita apa?" soalku sengaja mengubah topik.

Denzell mencapai sebelah tanganku. Dia genggam lembut sebelum pandangan kami bertaut. "Aku ikut kau je. Kau yang bersusah-payah lahirkan dia nanti bukan aku. Aku tak nak ambil hak itu dari kau. Kau lebih layak beri dia nama." Renungannya berubah redup. He doesn't even realise it but all he knows the woman she's looking at is an angel. His angel.

Bibirku mekar dengan senyuman nipis. Mata tak jemu membalas renungannya. Hati aku tersentuh mendengar ucapan telusnya.

"Nanti saya fikirkan satu nama." Itu jawabku.

Denzell mengangguk. Dia akan tunggu. "Sambil tunggu matahari terbenam, jom menari?" Dia bercadang. Sudah berdiri di hadapanku sambil menghulur tangan kanannya.

Aku tergelak kecil sebelum bangun menyambut hulurannya. Sebelah tangan kami bersatu. Sebelah tanganku naik ke bahunya. Sebelah lagi tangannya merangkul pinggangku.

Tanpa iringan lagu, kami menari dengan gerakan yang perlahan dan lemah-lembut. Sapphire dan amethyst sedikit pun tidak beralih selain berbalas tatapan yang sama. Penuh kehangatan.

Kakiku ke hadapan dan ke belakang. Ke kiri lalu Denzell membantu aku membuat putaran sehingga belakang tubuhku bersandar pada dada Denzell. Nafas kami mula tidak teratur.

Denzell peluk pinggangku dari belakang. Tubuhku dibawa agar wajah kami berhadapan. "Now, it's you and me, starlight," bisiknya perlahan di hadapan wajahku. Dia mara untuk mengucup delima milikku. Masa bagaikan terhenti dalam dunia kami.

"And our little one," sambungnya lagi selepas meleraikan ciuman. Aku menyengih apabila terasa tangan Denzell melekap pada perutku. Lelaki itu duduk bercangkung agar wajahnya di hadapan perutku.

Denzell mengucup di situ pula. Aku menunduk sambil mengukir senyuman. Senang hati melihat tingkahnya.

"Jangan susahkan bonda bila lahir nanti, little one. Jangan jadi seperti ayahanda." Denzell mengatakan itu kepada kandunganku.

Dahiku berkerut, tidak suka dengan ayat terakhirnya. Pantas aku tarik bahu Denzell agar dia kembali berdiri tegak. "Benda dah lepas janganlah ungkit lagi, my beast," ujarku lantas mengusap pipi kirinya lembut. Cuba untuk memujuk dia yang masih rasa bersalah kerana kesalahan lalunya.

Mata Denzell terpejam menerima usapanku. "I'm sorry, starlight. I couldn't help it," bisiknya sedang bibir tersenyum kelat.

"Saya dah maafkan awak. Awak pun dah terima hukuman awak. So, end of discussion about this." Aku menegaskan suara agar Denzell tahu aku benar-benar sudah memaafkan dia dan melupakan hal lalu. Aku menganggap itu kesilapan bodoh yang dia pernah lakukan. Dia pun sudah belajar dari kesilapannya. Kenapa harus dibahas lagi?

Denzell mengangguk. Wajahnya berubah ceria. "Okay. Let's focus on growing old together and raise our soon to born baby and more babies to come!" laungnya bersemangat.

Tanganku laju mencubit hidungnya. "Eee gatal! Yang satu ini pun tak lahir lagi dah sebut fasal yang akan datang." Geram dengan sikap miangnya yang tak berpenghujung.

Denzell menggosok hidungnya yang mula merah. "Gatal pun kau sayang juga kan?" Sempat lagi dia menyoal dengan sengihan.

Aku menjeling Denzell sekilas. "Mengada. Saya malas nak layan," jawabku acuh tak acuh. Aku sudah memusing tubuh untuk masuk ke dalam bilik.

"Estrella, sayang aku ke tidak?" Denzell mengejar dari belakang.

Lenganku diraih dari belakang menyebabkan aku berhenti dari melangkah. "Estrella-"

"Little one, tengoklah ayahanda ini. Suka paksa-paksa bonda." Aku mengadu manja kepada anak kami dalam kandungan sambil menyentuh perut sendiri.

Denzell mengangkat keningnya sebelah. Tanpa aba-aba, dia duduk bercangkung di hadapan perutku. "Little one, suruhlah bonda jawab soalan ayahanda." Dia turut bercakap di situ.

Aku mengguling bebola mata. Dia pun sibuk mengadu nasib dengan anak kami. "Cakap kat ayahanda yang bonda tak kuasa nak jawab soalan dia, little one." Aku bersuara lagi.

Denzell mendongak sekejap untuk melihat wajahku. Dia kembali menatap perutku yang ditutup dengan gaun. "Cakap kat bonda yang ayahanda sayang bonda. Malah, ayahanda cintakan bonda. Sangat-sangat cintakan bonda," bisiknya penuh gemersik.

Dalam hati, aku sudah melompat keriangan. Suka mendengar kata cinta itu. Apabila Denzell sekali lagi mendongak melihatku, aku menunduk untuk melihatnya.

"Cakap kat ayahanda yang bonda pun cintakan ayahanda," ucapku lembut seakan berkata kepada kandunganku sedangkan mata tunak merenung sapphire indah itu.

Maka, terbitlah senyuman lebar pada bibir sang suami. "Forever?" Suara Denzell menyoal perlahan.

Dia mungkin bukan suami sesempurna yang aku impikan. Dia buat silap. Dia pernah khilaf tetapi bahagia aku, bila bersama dengannya. Bagi aku, semua orang layak dapat peluang kedua. Orang yang tidak berani beri peluang kedua hanyalah orang yang tidak siap untuk terluka lagi.

Aku tersenyum kecil. "Forever."

Dan, Leanore Estrella sentiasa bersedia untuk dilukai lagi.

Tamat.

+

Terima kasih sebab baca sampai tamat 🥹

Kalau suka buku ni, boleh baca spin-off tentang kisah Xavier pula. Tajuknya The Noble Hikayat. Di buku tu, ada sedikit kesinambungan kisah Estrella dan Denzell. Siapa yang suka watak Denzell, saya tak sarankan korang baca TNH 😌

Continue Reading

You'll Also Like

1.6K 293 25
SAKINAH... yang perkahwinannya diaturkan atas sebab mahu menjaga keturunan.
2.4K 561 54
๏ทฝ - SYUHADAH 5th BOOK Tema: Gabungan tema moden dan klasik. Mencari kebebasan yang menghilang asbab perang yang menawan bumi Kutub Khanah dunia. Benu...
352K 10.1K 24
"๐™…๐™–๐™ฃ๐™Ÿ๐™ž, ๐™ž๐™ ๐™–๐™ฉ ๐™จ๐™–๐™ข๐™ฅ๐™–๐™ž ๐™Ž๐™ฎ๐™ช๐™ง๐™œ๐™–." - ๐’ท๐“Ž ๐’œ๐“ˆ๐“Š๐“ƒ๐“ƒ๐’ถ๐“‡๐’ถ๐’ถ ๏ผฆ๏ฝ๏ฝŒ๏ฝŒ๏ฝ‰๏ฝ‘ ๏ผค๏ฝˆ๏ฝ๏ฝ†๏ฝ†๏ฝ | ๏ผก๏ฝ’๏ฝ†๏ฝ๏ฝ‚๏ฝ…๏ฝŒ๏ฝŒ๏ฝ Arfabella. Maaf. Andaian anda silap andai memi...
83.3K 10.1K 28
Cerita ini ditulis atas highway sebab tak ada line huhu. Tapi ni cerita Angkatan Tentera DiRaja. Raven ni sniper wanita berjaya yang angkuh dan liar...