C | TRUE LOVE

By itsHaeraLee

181K 10.5K 2.4K

#2α΄›Κœ 𝐓𝐑𝐔𝐄 π‹πŽπ•π„ : 𝐒𝐇𝐄 𝐃𝐄𝐒𝐄𝐑𝐕𝐄 𝐁𝐄𝐓𝐓𝐄𝐑 Nur Anayra Alhena, gadis berusia sembilan belas t... More

INTRO
^β€’BAB 1β€’^
^β€’BAB 2β€’^
^β€’BAB 3β€’^
^β€’BAB 4β€’^
^β€’BAB 5β€’^
^β€’BAB 6β€’^
^β€’BAB 7β€’^
β€’^BAB 8^β€’
β€’^BAB 9^β€’
β€’^BAB 10^β€’
β€’^BAB 11^β€’
β€’^BAB 12^β€’
β€’^BAB 13^β€’
β€’^BAB 14^β€’
β€’^BAB 15^β€’
β€’^BAB 16^β€’
β€’^BAB 17^β€’
β€’^BAB 18^β€’
β€’^BAB 19^β€’
β€’^BAB 20^β€’
β€’^BAB 22^β€’
β€’^BAB 23^β€’
β€’^BAB 24^β€’
β€’^BAB 25^β€’
β€’^BAB 26^β€’
β€’^BAB 27^β€’
β€’^BAB 28^β€’
β€’^BAB 29^β€’
β€’^BAB 30^β€’
β€’^BAB 31^β€’
β€’^BAB 32^β€’
UNPUBLISH
β€’^BAB 33^β€’
β€’^BAB 34^β€’
β€’^BAB 35^β€’
β€’^BAB 36^β€’
β€’^BAB 37^β€’
β€’^BAB 38^β€’
β€’^BAB 39^β€’
β€’^BAB 40^β€’
β€’^BAB 41^β€’
β€’^BAB 42^β€’
β€’^BAB 43^β€’
β€’^BAB 44^β€’
β€’^BAB 45^β€’
β€’^BAB 46^β€’
β€’^BAB 47^β€’
β€’^BAB 48^β€’
β€’^BAB 49^β€’
β€’^BAB 50^β€’
β€’^BAB 51^β€’
E-BOOK
β€’^BAB 52^β€’
β€’^BAB 53^β€’
β€’^BAB 54^β€’
β€’^BAB 55^β€’
β€’^BAB 56^β€’
β€’^BAB 57.5^β€’
β€’^BAB 57^β€’
β€’^BAB 58^β€’
β€’^BAB 59^β€’
β€’^BAB 60^β€’
β€’^BAB 61^β€’
β€’^BAB 62^β€’
β€’^BAB 63^β€’
β€’^BAB 64 (AKHIR)^β€’
β€’^SPECIAL CHAPTER I^β€’
β€’^SPECIAL CHAPTER II^β€’
β€’^SPECIAL CHAPTER III^β€’
β€’^SPECIAL CHAPTER IV^β€’

β€’^BAB 21^β€’

1.8K 138 17
By itsHaeraLee

~ satu hati yang tersakiti ~

____°____

"Honey kepala hotak engkau! "

Aaran memandang atas bawah sambil memeluk tubuh. Tidak sangka yang wanita dihadapannya ini akan muncul setelah sekian lama.

"Alah kau ni, tu pun nak terkejut. Aku tumbuk karang" tanpa dipelawa terus sahaja tubuh ramping itu duduk di kerusi berhadapan dengan Aaran.

"Kau buat apa dekat sini? " soal Aaran tegas.

"Lah, aku ingatkan kau nak tanya cousin kau ni sihat ke tak, bentang karpet merah ke.. Ni tak. Macam menghalau aku je" Hazel menyilangkan tangan.

"Taklah, punya dua tahun kau duduk dekat London tu harini baru balik? Kenapa tak tambah lima tahun lagi?"

"Alah...kau cakap macam tu sebab kau rindu dekat aku kan? Asal kau tak bagitahu aku yang kau dah nak kahwin? Nasib baik aunty Reen bagitahu aku. Kalau tak, mesti masa wedding kau nanti kau tak jemput"

"Rindu? Puihh!! Dalam mimpi kau. Aku bukan tak nak bagitahu, cuma memang aku tak nak jemput kau! "

"Kenapa pulak? " Hazel mengangkat sebelah kening.

"Huru hara majlis aku" selamba sahaja Aaran menjawab.

Jatuh rahang Hazel. Mata memandang Aaran tajam seperti helang.

'Dasar sepupu hati cicak! '

"Whatever. Ni, bila aku boleh jumpa bakal isteri kau tu? Macam mana sepupu aku yang takde hati ni boleh jatuh cinta? Mesti dia ada kuasa cinta kan sampai kau mabuk. Cuba cerita," Hazel menongkat dagu sambil tersenyum mengejek.

"Mengarut je engkau ni"

"Kau tak nak cakap takpe. Malam nanti ajak tunang kau tu datang rumah. Aunty Reen ada buat dinner. Aunty Reen yang suruh aku datang sini sebab nak bagitahu benda ni je. Tapi eh, melencong pulak. Paling best, aku pun ada sekali. Aku pergi dulu, honey"

"Stop calling me honey, stupid" keras suara Aaran.

Hazel membuat muka selamba. Tidak kisah. Dia mengambil tas tangan dan terus melangkah keluar dari bilik kerja Aaran. Dia berpaling sebentar. Sempat lagi memberikan flying kiss kepada lelaki itu.

•••

Anayra mengoles sedikit lipstick di bibirnya menambah seri. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, dia tersenyum nipis.

Telefon yang berdering terus diangkat laju.

"Aku dah sampai"

"Okey, kejap. Saya turun" Anayra bergegas turun ke bawah.

Selepas bersalaman dengan Puan Sari dan Encik Azman, dia terus meluru ke pintu keluar.

Dilihat Aaran bersandar di tepi pintu kereta yang terbuka sambil menyilangkan tangan. Anayra mendekati Aaran dengan sengihan.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam. Masuklah" Aaran terus menuju ke tempat pemandu.

Mereka bertolak ke destinasi yang ingin dituju. Sampai sahaja di sana, Aaran terus keluar dari kereta dan bergerak menuju ke depan pintu rumah.

Anayra mencebik. Ingatkan nak tolong bukakan pintu. Tak sweet langsung!

Anayra terkocoh-kocoh mengejar langkah Aaran. Mata memandang tajam lelaki disebelahnya. Aaran hanya membuat muka selamba.

'Masa lamar aku bukan main sweet. Lepas dah dapat aku buat bodoh je' desis Anayra dalam hati.

"Tak payah mengumpat aku lah"

Anayra tersentak. Macam mana dia boleh tahu aku membawang pasal dia? Anayra hanya mendiamkan diri. Kepala ditundukkan.

Pintu rumah dibuka. Wajah ceria Puan Dareena dan Encik Shah menjadi tatapan mereka berdua. Anayra dan Aaran bersalaman dengan mereka tanda hormat.

"Sampai pun kamu. Mari masuk. Mummy dah siapkan makanan sedap.  Jom makan" tangan Anayra digenggam erat. Anayra hanya mengangguk. Dihadiahkan senyuman kepada bakal ibu mentuanya.

"Sabar, Reen. Anayra tu pun tak sempat bernafas lagi kamu dah heret dia. Anayra tu tak lari mana pun" tegur Encik Shah.

Puan Dareena memuncungkan mulutnya tanda tidak puas hati.

Sampai di meja makan, Encik Shah mempelawa mereka duduk. Anayra hanya memerhati hidangan yang terhidang diatas meja. Nampak exclusive dan elegan. Anayra meneguk air liur. Perut sudah berkeroncong.

"Nombor tiga, tolong panggilkan Luan turun makan" arah Encik Shah.

Pembantu rumah itu menunduk dan berjalan menuju ke pintu bilik anak sulung mereka, Tengku Luan Alwaz.

"Mummy, mana Hazel? Tadi bukan kemain cakap dia ada sekali. Dahi dia yang luas tu pun tak nampak" soal Aaran.

"Hazel... "

"Hello everyone! " suara yang kuat datang dari pintu utama rumah bergegar kuat.

Hazel yang berpakaian gaun singkat paras lutut itu menerjah masuk ke dalam kediaman rumah Encik Shah dengan senyuman lebar.

Dia mendekati Puan Dareena dan memeluk wanita itu. Puan Dareena membalas.

"Aunty ingat kan kamu tak jadi datang tadi,"

"Tak jadi? Tak mungkin aunty Reen. Orang dah jemput, takkan tak jadi. Kalau Hazel takde, siapa yang nak habiskan lauk-lauk semua ni? " Hazel mengangkat-angkat kening.

Hazel terus berpaling ke arah Anayra. Dipandang tajam anak mata gadis itu. Anayra gugup. Ditelan air liur takut.

"So, this is your futute wife? I mean, your fiance'? " soal Hazel kepada Aaran. Aaran mengangguk.

Hazel kembali memandang Anayra yang sudah resah gelisah itu. Senyuman lebar diberikan dan dia terus memeluk Anayra erat. Anayra kaku.

"You are so beautiful! I like her! " kata Hazel gembira.
.
"Aku tahu" Aaran senyum senget.

"Aku suka dia sangat! So, you are Anayra. Nice to meet you pretty! Lepasni aku ada geng nak bawak pergi shopping sama-sama! " Hazel memeluk tengkuk Anayra. Anayra terdorong ke arah Hazel dan tersenyum kekok.

"Eh, tak boleh. Kalau dia selalu dengan kau, aku memang tak de masa langsung dengan dia. Kau mesti duk heret dia sana sini. Sampai aku nak jumpa dia pun kau tak bagi" bantah Aaran keras.

"Memang, " selamba Hazel menjawab. Dia menjelir lidah kepada Aaran.

"Dah dah lah tu gaduh. Dari kecik sampai besar tak habis habis gaduhnya. Hazel, duduk. " Encik Shah meleraikan pergaduhan antara dua sepupu itu. Hazel dengan tenang duduk di sebelah Anayra.

Luan yang ditunggu akhirnya turun dan duduk di sebelah Aaran. Matanya memanah pada Anayra. Senyuman nipis diberi.

Tengku Luan Alwaz, lebih tinggi daripada Aaran. Kacak, tapi tidak boleh tandingi Aaran. Senyuman dia berharga. Sekali dia senyum, semua perempuan cair. Berlainan dengan Aaran, nak senyum pun susah.

"Congratulations, Aaran. Akhirnya kau jumpa seseorang jugak" Luan menepuk bahu adiknya.

"Terima kasih"

"Jomlah makan. Sejuk pulak nanti makanan tu. Anayra, jemput makan. Makan banyak-banyak, okey? " Puan Dareena senyum manis. Anayra mengangguk.

Mereka menikmati juadah itu dengan diam. Anayra menyedari yang Luan asyik melihat dirinya dengan pandangan tajam.

Sesudah sahaja aktiviti makan mereka pada malam itu, Puan Dareena dan Encik Shah menghilangkan diri dari meja makan. Ada hal penting katanya.

Tinggal Anayra di taman kecil milik Puan Dareena. Kata Aaran, Puan Dareena sangat meminati bunga dan tumbuh-tumbuhan hijau. Dia sendiri yang bercadang untuk mencipta taman kecil itu.

"Cantiknya, bulan malam ni" Anayra menghirup udara dingin itu dengan nyaman.

"Berapa lama dah awak kenal Aaran?" soal satu suara di belakang Anayra.

Anayra terkejut kecil. Dia berpaling. Luan dengan wajah serius dipandangnya.

"Maaf. Saya bukan sengaja nak kejutkan awak" jelas wajah bersalah pada muka Luan.

"Takpe. Saya terkejut sikit je," Anayra tersenyum.

Luan berdiri di sisi Anayra.

"Saya kenal Aaran tak sampai lima bulan. Dia merangkap kawan kepada abang saya. Dia pernah tinggal dekat rumah saya dulu. Dari situ lah kami berkenalan." cerita Anayra. Luan mengangguk faham.

"So, apa yang patut awak panggil saya as bakal abang ipar awak? "

Anayra berkerut kening.

"Saya awak jelah,"

"Nah..You can call me Abang Luan. Simple. Saya awak tu macam kekok sangat."

"Abang.. Luan? " Anayra mengulangi perkataan itu.

"Yes. Hanya orang yang special boleh panggil saya dengan nama tu. Most special person," Luan memandang anak mata Anayra dalam.

"Err.. S.. Saya nak tanya lah. Hazel dengan Aaran tu memang rapat ke? " Anayra mengubah topik perbualan. Sengaja.

"Rapat. Rapat sangat. Diorang dari dulu selalu bergaduh tak tentu pasal. Hazel lah satu-satunya perempuan yang boleh bukakan mulut si Aaran tu untuk bercakap. Kalau tak, diam jelah budak tu. Diorang gaduh pun gaduh jugak tapi saling menyayangi" ujar Luan.

Terbit wajah cemburu pada diri Anayra. Jadi, dia bukan yang pertama?

"Ouh.." hanya itu yang dibalas Anayra.

"Alhena? Kau buat apa kat luar tu dengan abang aku? Jom, masuk. Mummy panggil" Aaran terus mendapatkan tunangnya.

Anayra menurut mengikut langkah Aaran.

Luan memandang mereka berdua dengan senyuman. Senyuman yang hanya dia tahu maksudnya.

Continue Reading

You'll Also Like

390K 11.1K 57
#2019/2020 Coverby:@nurshaziera Sequel dari STMA Ini kisah mengenai Ainul Raniya yang sudah berubah dan sudah pulih dari masalah kesihatannya. Izham...
565K 19.3K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - π‘π€π˜π˜π€π - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
429K 21K 49
[COMPLETED] ... You are the light to my darkness. / / / / / / / / / / Kahwin paksa? Tak pelik bagi keluarga Ammara...
145K 13K 58
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...