C | TRUE LOVE

By itsHaeraLee

181K 10.5K 2.4K

#2α΄›Κœ 𝐓𝐑𝐔𝐄 π‹πŽπ•π„ : 𝐒𝐇𝐄 𝐃𝐄𝐒𝐄𝐑𝐕𝐄 𝐁𝐄𝐓𝐓𝐄𝐑 Nur Anayra Alhena, gadis berusia sembilan belas t... More

INTRO
^β€’BAB 1β€’^
^β€’BAB 2β€’^
^β€’BAB 3β€’^
^β€’BAB 4β€’^
^β€’BAB 5β€’^
^β€’BAB 6β€’^
^β€’BAB 7β€’^
β€’^BAB 8^β€’
β€’^BAB 9^β€’
β€’^BAB 10^β€’
β€’^BAB 11^β€’
β€’^BAB 12^β€’
β€’^BAB 13^β€’
β€’^BAB 14^β€’
β€’^BAB 15^β€’
β€’^BAB 16^β€’
β€’^BAB 17^β€’
β€’^BAB 18^β€’
β€’^BAB 20^β€’
β€’^BAB 21^β€’
β€’^BAB 22^β€’
β€’^BAB 23^β€’
β€’^BAB 24^β€’
β€’^BAB 25^β€’
β€’^BAB 26^β€’
β€’^BAB 27^β€’
β€’^BAB 28^β€’
β€’^BAB 29^β€’
β€’^BAB 30^β€’
β€’^BAB 31^β€’
β€’^BAB 32^β€’
UNPUBLISH
β€’^BAB 33^β€’
β€’^BAB 34^β€’
β€’^BAB 35^β€’
β€’^BAB 36^β€’
β€’^BAB 37^β€’
β€’^BAB 38^β€’
β€’^BAB 39^β€’
β€’^BAB 40^β€’
β€’^BAB 41^β€’
β€’^BAB 42^β€’
β€’^BAB 43^β€’
β€’^BAB 44^β€’
β€’^BAB 45^β€’
β€’^BAB 46^β€’
β€’^BAB 47^β€’
β€’^BAB 48^β€’
β€’^BAB 49^β€’
β€’^BAB 50^β€’
β€’^BAB 51^β€’
E-BOOK
β€’^BAB 52^β€’
β€’^BAB 53^β€’
β€’^BAB 54^β€’
β€’^BAB 55^β€’
β€’^BAB 56^β€’
β€’^BAB 57.5^β€’
β€’^BAB 57^β€’
β€’^BAB 58^β€’
β€’^BAB 59^β€’
β€’^BAB 60^β€’
β€’^BAB 61^β€’
β€’^BAB 62^β€’
β€’^BAB 63^β€’
β€’^BAB 64 (AKHIR)^β€’
β€’^SPECIAL CHAPTER I^β€’
β€’^SPECIAL CHAPTER II^β€’
β€’^SPECIAL CHAPTER III^β€’
β€’^SPECIAL CHAPTER IV^β€’

β€’^BAB 19^β€’

1.7K 142 14
By itsHaeraLee

~ satu hati yang tersakiti ~

____°____

Deringan telefon dari jejaka itu lagi membuatkan Anayra rasa gerun. Seram pun ada sampai merinding bulu roma dibuatnya.

Dia mengangkat panggilan itu lambat-lambat. Ditekapkan telefon itu pada telinganya.

"Helo? Assalamualaikum? " Anayra memberi salam takut-takut.

"Waalaikumussalam. Jadi apa jawapan kau? " tanpa angin atau ribut, dia terus menyoalkan perkara tersebut. Tak sabar sangat nak jawapan gamaknya.

'Ish, tak menyabar sungguh! Aku pun baru je tengok mesej tadi. Tu pun tak hilang lagi seram dia' desis Anayra dalam hati.

"A.. Apa awak maksudkan ni sebenarnya? "

"Kau tak payah nak buat tak tahu. Aku nak jawapan kau je. Aku tahu kau dah baca, Alhena. Sekarang, aku nak jawapan dari kau. Dalam masa sepuluh saat, yes or no? " Aaran menanti jawapan.

Anayra gugup. Kalah periksa SPM kalau soalan dia macam ni!

"Err.. Aa.. Apa eh? " Anayra masih ragu-ragu. Sepuluh saat je mana sempat nak fikir! Dahlah bagi soalan mengejut!

"Tujuh...enam...lima.. " Aaran masih mengira.

"Awak ni dahlah bagi soalan mengejut! Sepuluh saat mana cukup!" Anayra membentak. Tak puas hati.

"Tamat, Alhena. Kau gagal jawab soalan aku yang mudah tu " ujar Aaran.

Mulut Anayra ternganga luas. Soalan mudah? Tu soalan pasal hidup mati tahu tak? Dia dah benak ke apa ni? Salah ambik vaksin ke tiba-tiba attack orang macam ni?

"T.. Tapi.. "

"Dah takde tapi, Alhena. Sebagai hukuman kau gagal jawab soalan aku, aku akan hantar rombongan merisik dalam hujung bulan ni. Tiada penolakan, tiada bantahan. Faham? " keras suara Aaran tapi sebenarnya dalam hati dah seperti rama-rama.

"HAH??!! " Anayra ternganga buat kali kedua.

"Thank you, Alhena. See you as orang sebelah aku atas pelamin nanti. Assalamualaikum, " cepat-cepat Aaran menutup panggilan.

Anayra masih tercengang. Hantar rombongan merisik? Hujung bulan ni? Gila apa mamat tu tiba-tiba lamar orang?

Eh, dia lamar ke?

Aahh! Tak kisah lah! Dia ajak kahwin kan tadi? Maksudnya dia lamar lah tu.

Ya Allah Ya Tuhanku. Dugaan apa ni? Kenapa lah mulut dia tak kuat nak cakap NO macam masa dia reject lamaran abang ngah tu? Kenapa berat sangat mulut dia ni?

Anayra semakin serabut. Sekarang ni, macam mana dia nak bagitahu Puan Sari dengan Encik Azman?

Sedangkan Aaran, selepas sahaja panggilan dimatikan, dia terus menarik nafas lega. Berdebar siot bila nak lamar orang ni. Hati dia dah berdegup laju.

"Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum jodoh" Aaran tersenyum sendiri. Wajahnya ditekapkan pada bantal.

"Aku dah gila ke? Gila cintakan dia? " soal Aaran pada diri dia sendiri. Terukir senyuman di wajah lelaki itu mekar.

"Ini ke rasa cinta? Tak pernah rasa tapi bahagia. Ya Allah, kau kekalkanlah ikatan jodoh antara kami. Aamin.." Aaran meraupkan wajahnya.

"Nur Anayra Alhena. Wait for me dear, your future husband will be coming soon"

•••

Anayra masih berjalan ke sana ke sini berulang-alik. Dia masih memikirkan tentang lamaran Aaran petang tadi. Dahlah bagi soalan tiba-tiba, jawab dalam 10 saat, gagal dia hantar rombongan merisik. Like what??

Menyesal angkat call dia!!

Nak tak nak Anayra terpaksa menelefon Puan Sari tentang itu. Tangannya ligat mendail nombor syurganya.

"Helo, Assalamualaikum mama.. "

"Waalaikumussalam, anak mama. Ni kenapa call malam-malam ni? Selalunya waktu ni dah terkangkang dengan air liur basi, " sindir Puan Sari. Anayra membuat muka cemberut. Ada je perkara yang Puan Sari tidak puas hati. Orang call ni pun ada hal nak cakaplah! 

"Ish, mama ni! Orang ada hal nak cakap dengan dia, dia pergi sindir orang pulak. But, correction. Orang tak pernah tidur dengan air liur basi okey.. terkangkang tu Anayra mengaku" ujar Anayra. Puan Sari hanya membiarkan. Nak menang sangat kan? Hah, ambik!

"Ada apa ni call orang? Apa benda yang nak dicakapnya tu? "

"Mama janji jangan terkejut okey? "

"Macam mana nak terkejut kalau kamu tak bagitahu? Tengoklah dulu macam mana.. Hah, apa? "

Anayra menarik nafas dulu sebelum dihembus perlahan. Menenangkan diri dulu sebelum memberitahu hal yang sebenar.

"Hujung bulan ni ada orang nak hantar rombongan merisik, "a jelas Anayra terang.

"Hah? Hantar rombongan? Untuk siapa? "

"Untuk Anayra lah, "

"HAH??!!"

Anayra menjauhkan telefon dari telinganya. Aduh, boleh tuli seminggu kalau macam ni. Anayra kembali melekapkan pada telinga.

"Ye, ada orang nak hantar rombongan merisik hujung bulan ni untuk Anayra. Nur Anayra Alhena. Anak gadis mama nombor dua" jelas, terang, padat. Tak faham lagi tak tahulah..

"Sejak bila kamu ada boyfriend? Mama tak tahu pun? "

"Bila masa orang cakap orang ada boyfriend? Mengarut lah, "

"Habistu? Siapa yang hantar rombongan merisik untuk kamu ni? " soal Puan Sari lagi. Anayra mengeluh.

"Kawan abang, Aaran" jujur Anayra. Tidak mahu berdolak-dalih lagi.

"Kawan abang kamu tu? Sejak bila kamu couple dengan dia? " soal Puan Sari lagi. Anayra menghela nafas berat.

"Ya Allah, mama.... Orang tak de couple dengan siapa siapa. Boyfriend pun takde. Dia call orang, tanya nak kahwin dengan dia tak? Lepastu dia bagi masa sepuluh saat untuk jawab. Anayra gagap lah. Yelah, tiba-tiba bagi soalan mengejut. Lepastu, Anayra tak jawablah. Dia pun cakap nak hantar rombongan merisik hujung bulan ni. Lepastu dia cakap yang Anayra dilarang membantah," ujar Anayra panjang lebar. Kedengaran gelak tawa halus dari corong telefon.

"Baguslah tu. Ada juga orang nak masuk meminang. Takdelah anak mama ni jadi andartu." Puan Sari berseloroh.

"Mama, kata-kata tu satu doa! " marah Anayra. Geram.

"Takpelah, nanti hujung bulan ni kamu balik. Semua perkara biar mama dengan abah yang settle kan. " ujar Puam Sari.

Anayra mengangguk lemah. Macam lah Puan Sari boleh nampak.

"Thank you mama, bye. Love you"

"Bye, sweetie"

Anayra menutup panggilan. Dia menghela nafas berat. Jadi, maksudnya...

"Aku akan kahwin? "

•••

Suasana di dalam rumah Encik Azman sangat meriah dengan tetamu-tetamu merangkap keluarga Aaran.

Anayra membawa dulang dengan berhati-hati. Hari ini, dia memakai baju kurung bercorak bunga berwarna peach dipadankan dengan tudung bawal putih.

Air sirap itu dituang dengan sopan. Depan bakal mak mertua lah katakan.

"Maksudnya, Anayra ni masih belum berpunya lah ye? " soal Puan Dareena sambil tersenyum nipis. Anayra mengangguk. Dia duduk bersimpuh di sebelah Puan Sari.

"Baguslah kalau macam tu. Jadi, macam mana Aaran dengan Anayra? Kamu berdua bersetuju? " soal Encik Shah, ayah kepada Aaran.

"Aaran setuju" kata Aaran tanpa teragak-agak.

"Anayra? Anayra setuju tak? " soal Puan Sari menginginkan jawapan.

Anayra memandang Aaran sekilas. Aaran memandang penuh berharap.

"Boleh Anayra nak bercakap dengan Aaran secara personal? " pinta Anayra lembut. Mereka semua mengangguk.

Anayra memberi isyarat supaya Aaran mengikutnya ke laman rumah. Aaran yang faham akan hal itu hanya menurut.

Sampai sahaja di sana, Anayra memandang raut wajah lelaki itu dalam.

"Betul ke awak nak kahwin dengan saya? " soal Anayra meminta kepastian.

"Kau nak bukti apa lagi, Alhena? Aku bawak keluarga aku datang merisik kau, kau masih ingat aku main-main?" Aaran memeluk tubuh. Anayra menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Bukan tu maksud saya. Awak yakin yang awak takkan sakiti saya seperti mana lelaki-lelaki yang pernah buat dekat saya dulu? Saya taknak hadap lagi"

"Alhena, ada sebab kenapa aku ajak kau kahwin terus dengan aku. Aku tahu kau takut nak terima lelaki dengan memberikan sepenuh kepercayaan kau pada diorang. Aku taknak kau anggap benda ni main-main. Aku serius nak memperisterikan kau.

Aku janji aku akan jaga kau. Aku akan bahagiakan kau. Sekarang ni, aku perlukan kepercayaan kau untuk terima aku sebagai satu-satu nya lelaki untuk menjadi pendamping kau dunia dan akhirat. Kau percayakan aku tak? " Aaran memandang anak mata gadis itu dengan penuh harapan.

Anayra diam. Jujur dia tersentuh dengan kata-kata dari lelaki itu. Dia juga mahukan kebahagiaan yang semua wanita impikan. Akhirnya,

"Saya percayakan awak, Aaran. Saya setuju, "

Continue Reading

You'll Also Like

8.1K 1.4K 41
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━ MATEEN atau nama panjangnya Amsyar Mateen Putera. Mateen senior dan pengawas ketika di sekolah dahulu, dia mempuny...
324K 14.9K 78
Karya keempat in romance by hernazulaikaa πŸ“– TAMAT Nur Ayshah, gadis sekuat batu. Hidupnya tidaklah seindah yang disangka, walaupun datang dari kelu...
770K 24.3K 53
"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung. "Ada apa ma? Leen tengah pakai...
153K 5.2K 81
β„Œπ”žπ”©π”²π”°π”¦π”«π”žπ”°π”¦ π”œπ”žπ”«π”€ π”‡π”¦π”±π”žπ”¨π”‘π”¦π”―π”¨π”žπ”« π”…π”’π”―π”°π”žπ”ͺπ”ž, π”…π”¦π”‘π”žπ”‘π”žπ”―π”¦ π”–π”Άπ”²π”―π”€π”ž. "Hidup kau takkan pernah tenang, Iris Natasha. Aku...