C | TRUE LOVE

By itsHaeraLee

181K 10.5K 2.4K

#2α΄›Κœ 𝐓𝐑𝐔𝐄 π‹πŽπ•π„ : 𝐒𝐇𝐄 𝐃𝐄𝐒𝐄𝐑𝐕𝐄 𝐁𝐄𝐓𝐓𝐄𝐑 Nur Anayra Alhena, gadis berusia sembilan belas t... More

INTRO
^β€’BAB 1β€’^
^β€’BAB 2β€’^
^β€’BAB 3β€’^
^β€’BAB 4β€’^
^β€’BAB 5β€’^
^β€’BAB 6β€’^
^β€’BAB 7β€’^
β€’^BAB 8^β€’
β€’^BAB 9^β€’
β€’^BAB 10^β€’
β€’^BAB 11^β€’
β€’^BAB 12^β€’
β€’^BAB 13^β€’
β€’^BAB 14^β€’
β€’^BAB 15^β€’
β€’^BAB 16^β€’
β€’^BAB 17^β€’
β€’^BAB 19^β€’
β€’^BAB 20^β€’
β€’^BAB 21^β€’
β€’^BAB 22^β€’
β€’^BAB 23^β€’
β€’^BAB 24^β€’
β€’^BAB 25^β€’
β€’^BAB 26^β€’
β€’^BAB 27^β€’
β€’^BAB 28^β€’
β€’^BAB 29^β€’
β€’^BAB 30^β€’
β€’^BAB 31^β€’
β€’^BAB 32^β€’
UNPUBLISH
β€’^BAB 33^β€’
β€’^BAB 34^β€’
β€’^BAB 35^β€’
β€’^BAB 36^β€’
β€’^BAB 37^β€’
β€’^BAB 38^β€’
β€’^BAB 39^β€’
β€’^BAB 40^β€’
β€’^BAB 41^β€’
β€’^BAB 42^β€’
β€’^BAB 43^β€’
β€’^BAB 44^β€’
β€’^BAB 45^β€’
β€’^BAB 46^β€’
β€’^BAB 47^β€’
β€’^BAB 48^β€’
β€’^BAB 49^β€’
β€’^BAB 50^β€’
β€’^BAB 51^β€’
E-BOOK
β€’^BAB 52^β€’
β€’^BAB 53^β€’
β€’^BAB 54^β€’
β€’^BAB 55^β€’
β€’^BAB 56^β€’
β€’^BAB 57.5^β€’
β€’^BAB 57^β€’
β€’^BAB 58^β€’
β€’^BAB 59^β€’
β€’^BAB 60^β€’
β€’^BAB 61^β€’
β€’^BAB 62^β€’
β€’^BAB 63^β€’
β€’^BAB 64 (AKHIR)^β€’
β€’^SPECIAL CHAPTER I^β€’
β€’^SPECIAL CHAPTER II^β€’
β€’^SPECIAL CHAPTER III^β€’
β€’^SPECIAL CHAPTER IV^β€’

β€’^BAB 18^β€’

1.9K 136 16
By itsHaeraLee

~ satu hati yang tersakiti ~

____°____

Anayra tersengih sendiri. Harini dia akan daftarkan diri ke Universiti. Giliran dia pula yang akan belajar di sana. Dia menarik bagasi menuju ke bilik yang diarahkan.

Bilik 15. Tempat tidurnya yang baru. Welcome to our new world!!

Eleh, world lah sangat.

Sekarang ni, pihak universiti menyuruh semua pelajar mengemaskan barang dulu sementara ke dewan utama Universiti itu.

Anayra meletakkan baju-bajunya yang sudah siap dilipat ke dalam almari. Dia menyusun setiap barang dengan teliti.

Penat mengemas, dia berbaring sebentar. Apabila mata hampir terkatup, bunyi notifikasi telefonnya menandakan ada mesej masuk. Dengan malas, Anayra membuka aplikasi whatssap tersebut.

~Goodluck dekat sana~
-A-

Anayra pelik. Dia seperti kenal pemilik akan mesej ini. Dia menaip papan kekunci menghantar balasan.

~ Ni Aaran ke?~

~ you know the answer ~

Anayra terdiam. Lama-lama senyuman diukir. Entah kenapa dia rasa gembira selepas lelaki itu memberi mesej kepadanya.

Mesej dari Aaran dibiarkan tergantung. Tak mampu untuk membalas. Dia merasakan sesuatu. Dada dia pegang.

"Why? Kenapa hati aku rasa macam ni? Rasa dia lain... sangat. Aku... dah jatuh cinta ke? " Anayra memandang siling putih diatas. Dia tergelak sendiri.

Dah gila mungkin.

•••

Pejam celik pejam celik sudah sebulan dia di Universiti itu. Lagi mengejut Nani pun sambung belajar di Universiti yang sama. Bilik yang sama. Berjodohan sungguh!

"Kau dah siapkan assignment Puan Halijah? " soal Nani. Anayra mengangguk.

"Dari minggu lepas lagi. Kau kenapa tanya? "

"Aku takut kau kena denda je. Macam kau tak tahu Puan Halijah tu garang nak mampus. Silap sikit kena halau dari dewan. Kalau kau tak siap lagi, kau boleh tiru aku punya. Aku kan kawan yang prihatin" Nani tersengih.

"Kepala hotak engkau. Dalam sejarah kau kenal aku, mana pernah aku tak siapkan kerja. Ada? Ada? "

"Eleh.. Aku tahulah. Aku tanya je.. Eh, Anayra. Kau nak lepak pergi Starbuck tak lepas ni? Aku craving gila" Nani memuncungkan mulutnya. Anayra tersenyum. Mengada-ngada!

"Yelah, nanti kita pergi. Aku teman kau"

"Yeay! Sayang kau" Nani memeluk bahu Anayra erat. Anayra cepat -cepat meleraikan.

"Orang tengoklah gila! "

•••

Aah.. Lega tekak lepas menyisip minuman itu. Nasib kawan belanja. Dahlah duit dia kena tunggu abah dia transfer dulu. Heheheh..

"Akhirnya, selepas sekian lama tidak meneguk air favourite aku. Lagi-lagi boleh tenangkan otak. Sakit tau kepala aku! " rungut Nani. Anayra ketawa.

"Biasalah hidup seorang student. Nak buat macam mana? " Anayra kembali menyisip minuman itu.

"Aduh, Anayra. Aku sakit perut lah. Nak pergi ladies kejap" Nani memegang perutnya sambil kening berkerut menahan sakit. Anayra terus mengangguk. Teruk sangat gamaknya. Tulah, minum air sampai dua bekas.

Tiada angin, tiada ribut, ada seorang lelaki yang tiba-tiba datang dan duduk dihadapannya. Anayra mendongak memandang lelaki tersebut.

"Abang ngah nak apa? Tak puas lagi ke duk kacau Anayra je. Anayra serabut lah!" marah Anayra geram. Eiman tersenyum nipis.

"Abang nak jumpa Anayra. Abang akan usahakan jugak untuk kahwin dengan Anayra. Umi pun mesti suka kalau Anayra jadi menantu dia. Itu kan yang Anayra tunggu selama ni? " ujar Eiman penuh berharap. Anayra mengeluh berat. Tak habis-habis pasal kahwin!

"Jangan nak libatkan umi lah abang ngah! Jangan pentingkan diri sendiri. Anayra taknak jumpa abang atau kahwin dengan abang. Itu pun abang tak faham ke? " suara Anayra mula naik satu oktaf.

"Anayra tak ingat ke masa dinner family kita? Diorang semua berharap kita bersatu"

Anayra terdiam. Ye, dinner family beberapa bulan lepas.

Anayra yang asyik menyusun pinggan itu mendengar bait-bait bicara Puan Rafisyah tentang Anayra dan Eiman.

"Kan bagus kalau Rara jadi menantu umi. Dapatlah umi jumpa Rara selalu. Umi mesti jadi manusia yang paling bahagia dalam dunia ni" ujar Puan Rafisyah. Anayra diam tidak berkutik. Eiman dihadapannya sudah tersenyum kemenangan.

"Umi berharap sangat , Rara. Rara pilihan umi" Puan Rafisyah memegang erat tangan Anayra. Anayra tidak dapat berbuat apa-apa selain memberikan senyuman. Dia perasan Eiman sedang tersenyum bahagia di sana .

Anayra tersedar dari lamunan. Wajah dihadapannya ini dipandang geram.

"Jadi? Ingat Anayra akan terima bulat-bulat permintaan umi? Anayra tak boleh pilih pilihan Anayra sendiri?"

"Anayra akan sakitkan hati umi" kata-kata Eiman seakan-akan ingin membuatkan dirinya rasa bersalah.

"Berhenti guna nama umi dalam hal ni kalau benda tu abang ngah sendiri yang nak. Tapi, guna nama orang lain" Anayra menjeling tajam kearah Eiman yang menundukkan wajah.

Nani yang baru tiba itu memandang pelik .

"Anayra, kenapa ni? Eh, Eiman? " Nani memandang mereka berdua silih- berganti sambil menggaru-garu kepalanya.

"Jom, Nani. Aku takde mood" Anayra mengambil beg tangannya sambil pergi meninggalkan Eiman. Nani yang masih hairan terus cepat-cepat mengikut Anayra.

Dalam perjalanan menuju ke kereta Nani, Nani cepat-cepat bertanya.

"Kenapa tadi tu? Macam mana Eiman boleh ada kat situ? "

"Entahlah. Dia tu asyik cakap pasal kahwin kahwin kahwin! Lepastu, bila aku tolak, dia guna nama umi. Arghh! Stress aku dengan orang gila tu! " Anayra merengus geram.

"Sabar Anayra, sabar... Bawak bertenang. Nah, minum air ni sikit. Tenangkan hati kau tu" Nani menyerahkan air nya yang masih berisi. Anayra terus mengambil dan menyisipnya laju.

"Thank you. Sejuk sikit hati ni"

"Nasib baik.. " Nani mengusap dada.

•••

Aqeef tersenyum bila melihat Aaran yang dari jauh datang kearahnya. Hari ini mereka bercadang untuk bertemu setelah sekian lama tidak menyapa antara satu sama lain. Sibuklah katakan..

"Fuyyooo.. Kawan aku sekarang makin kacaklah. CEO lah katakan.. " Aqeef mengusik. Aaran menggelengkan kepalanya. Macam-macam.

"Banyaklah engkau. Ni, kau dah pesan belum? " soal Aaran. Aqeef menggeleng.

"Belum, aku tunggu kau. Jomlah, order. Aku lapar dah ni" Aqeef memegang perutnya yang kempis sambil tersengih.

Mereka memesan dua chicken chop, air fresh orange dan green tea. Selepas pelayan itu pergi, mereka berbual seperti biasa.

"Macam mana kau sekarang? Nampak smart gila doh! Macam ciri-ciri orang bekerjaya"

"Banyaklah engkau. Aku uruskan company papa aku je. Yelah, siapa lagi yang nak teruskan kalau bukan aku? Abang aku dah jadi doktor, jadi aku lah yang kena hadap. " cerita Aaran. Aqeef mengangguk faham.

"Hah, aku nak tanya pasal.. "

"Anayra? " cepat Aqeef mencelah. Terhenti bicara Aaran. Dia kelu lidah.

"Alah.. Aku tahulah. Setiap kali jumpa  ke, mesej ke, mesti kau duk tanya pasal adik aku tu. Kalau kau nak, aku boleh tolong kau. " Aqeef menyokong. Aaran menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Alamak kantoi pulak!

"Aku...aku.. "

"Alah, tak payah takutlah. Adik aku tu memang lah garang macam singa, tapi hati dia lembut bak kapas kau tahu tak? Kau cuba pikat dia. Aku gerenti kau diterima seratus persen!" Aqeef memberi kata-kata semangat.

"Hati Anayra kan dah banyak kali disakiti. Aku takut dia dah serik nak terima lelaki. Kau faham kan? "

"Aku tahu kau takkan lukakan adik aku. Aku percaya kau. Kau jangan sesekali sakitkan hati dia macam mana orang lain buat sampai adik aku merana. Kau takkan buat macam tu kan? " pinta Aqeef penuh berharap. Aaran diam terkaku. Kemudian, perlahan-lahan mengangguk.

"Aku janji"

•••

Huwarghhhh!!! 

Penatnya, harini dia terkejar-kejar ke sana ke mari dengan assignment lagi, aktiviti untuk Kelab Persatuan lagi, dan macam-macam sampai naik pening dibuatnya.

Dia mengambil sisa masa untuk berehat seketika sebelum menyambung kerja. Kepala dilentokkan diatas meja. Peluh yang membasahi dahi dikesat.

Notifikasi dari telefonnya berbunyi. Anayra dengan malas membuka mesej itu.

"Orang tengah penat-penat ni lah nak mesej. Tahu tak orang nak tidur?! " marah Anayra.

Apabila dia membaca sahaja bait-bait mesej yang diterima, dia terkejut besar. Dijauhkan telefon itu daripada nya.

"Dia serius ke? " soal Anayra sambil memeluk tubuh. Seram.

-Aku nak kahwin dengan kau. Kau nak kahwin dengan aku tak? -

Aaran

Continue Reading

You'll Also Like

566K 19.4K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - π‘π€π˜π˜π€π - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
770K 24.3K 53
"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung. "Ada apa ma? Leen tengah pakai...
390K 11.1K 57
#2019/2020 Coverby:@nurshaziera Sequel dari STMA Ini kisah mengenai Ainul Raniya yang sudah berubah dan sudah pulih dari masalah kesihatannya. Izham...
147K 13.2K 58
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...