C | TRUE LOVE

By itsHaeraLee

181K 10.5K 2.4K

#2α΄›Κœ 𝐓𝐑𝐔𝐄 π‹πŽπ•π„ : 𝐒𝐇𝐄 𝐃𝐄𝐒𝐄𝐑𝐕𝐄 𝐁𝐄𝐓𝐓𝐄𝐑 Nur Anayra Alhena, gadis berusia sembilan belas t... More

INTRO
^β€’BAB 1β€’^
^β€’BAB 2β€’^
^β€’BAB 3β€’^
^β€’BAB 4β€’^
^β€’BAB 5β€’^
^β€’BAB 6β€’^
^β€’BAB 7β€’^
β€’^BAB 8^β€’
β€’^BAB 10^β€’
β€’^BAB 11^β€’
β€’^BAB 12^β€’
β€’^BAB 13^β€’
β€’^BAB 14^β€’
β€’^BAB 15^β€’
β€’^BAB 16^β€’
β€’^BAB 17^β€’
β€’^BAB 18^β€’
β€’^BAB 19^β€’
β€’^BAB 20^β€’
β€’^BAB 21^β€’
β€’^BAB 22^β€’
β€’^BAB 23^β€’
β€’^BAB 24^β€’
β€’^BAB 25^β€’
β€’^BAB 26^β€’
β€’^BAB 27^β€’
β€’^BAB 28^β€’
β€’^BAB 29^β€’
β€’^BAB 30^β€’
β€’^BAB 31^β€’
β€’^BAB 32^β€’
UNPUBLISH
β€’^BAB 33^β€’
β€’^BAB 34^β€’
β€’^BAB 35^β€’
β€’^BAB 36^β€’
β€’^BAB 37^β€’
β€’^BAB 38^β€’
β€’^BAB 39^β€’
β€’^BAB 40^β€’
β€’^BAB 41^β€’
β€’^BAB 42^β€’
β€’^BAB 43^β€’
β€’^BAB 44^β€’
β€’^BAB 45^β€’
β€’^BAB 46^β€’
β€’^BAB 47^β€’
β€’^BAB 48^β€’
β€’^BAB 49^β€’
β€’^BAB 50^β€’
β€’^BAB 51^β€’
E-BOOK
β€’^BAB 52^β€’
β€’^BAB 53^β€’
β€’^BAB 54^β€’
β€’^BAB 55^β€’
β€’^BAB 56^β€’
β€’^BAB 57.5^β€’
β€’^BAB 57^β€’
β€’^BAB 58^β€’
β€’^BAB 59^β€’
β€’^BAB 60^β€’
β€’^BAB 61^β€’
β€’^BAB 62^β€’
β€’^BAB 63^β€’
β€’^BAB 64 (AKHIR)^β€’
β€’^SPECIAL CHAPTER I^β€’
β€’^SPECIAL CHAPTER II^β€’
β€’^SPECIAL CHAPTER III^β€’
β€’^SPECIAL CHAPTER IV^β€’

β€’^BAB 9^β€’

2.1K 145 1
By itsHaeraLee

~ satu hati yang tersakiti ~

____°____

HIS LIES : EIMAN

Anayra berlari anak menuju ke pintu bilik guru sambil membawa timbunan fail untuk diberikan kepada Cikgu Ilyana. Cikgu pun, waktu rehat jugaklah dia nak minta tolong. Dia dah lapar sangat dah ni.

Semua fail itu selamat mendarat atas meja Cikgu Ilyana. Cikgu Ilyana tersenyum puas hati.

"Terima kasih Anayra. Nanti cikgu bagi rasa masakan cikgu esok. Waktu rehat esok datang tau" pesan Cikgu Ilyana.

Anayra hanya menghadiahkan senyuman palsu. 'Masakan Cikgu Ilyana? Sumpah aku taknak rasa! Masakan dia tu semua pedas-pedas! Dahlah aku ni jenis tak tahan pedas'

"Err.. Yelah cikgu. Ada apa-apa lagi ke yang saya boleh tolong ni cikgu? Kalau tak saya nak minta diri nak pergi makan" baru sahaja Anayra ingin melangkah pergi, Cikgu Anayra memanggilnya kembali. Mahu sahaja dia mencarut dengan apa yang dikatakannya tadi.

"Ye cikgu? " tanya Anayra pasrah. Aduhai.. Perutnya dah nyanyi lagu Blackpink dah ni.

"Cikgu nak tanya pasal projek untuk tingkatan 4. Pasal kem motivasi tu siapa yang akan handle projek tu? Cikgu ada hal nak discuss"

"Ouh..pasal tu. Projek tu..." mata Anayra dikalihkan pada sosok tubuh yang bersongkok yang baru sahaja masuk ke dalam bilik guru.

Dia menghampiri Anayra dan Cikgu Ilyana. Anayra hanya mendiamkan diri seperti batu. Matanya memerhati setiap gerakan lelaki itu.

"Assalamualaikum cikgu." dia memberi salam.

"Waalaikumussalam. Ouh, Eiman. Ada apa jumpa cikgu ni? "

"Saya nak ambik list nama pelajar yang akan menjadi ketua bacaan al-quran setiap pagi. Ustaz Hamidi kata, list nama pelajar itu ada dengan cikgu" ujar Eiman.

"Ouh, jadi kamulah pengerusi Badar. Kejap ye, cikgu ambik dekat rak hujung sana."

Cikgu Ilyana melangkah menuju ke arah rak yang dikatakannya. Tinggallah Anayra bersama Eiman berdiri seperti patung cendana.

"Err.. Awak ni Eiman ke? Anak Cikgu Rafisyah? Ummi?" soal Anayra ragu-ragu.

"Ye, saya. Macam mana awak tahu? "

"Lah, patutlah macam pernah tengok! Abang Ngah rupanya! Ni, Rara. Abang Ngah tak ingat?" aku tersengih menampakkan gigi.

"Rara? Rara.... Ouh.. Rara anak Cikgu Sari? Mama? Patutlah abang macam kenal je. Cuma abang takut abang silap orang. Tu yang abang tak tegur tu" kata Eiman sambil tersenyum.

'Aduhai mak ampun mak lampir! Senyum pun hensem. Aip! Jangan mudah catch feeling Anayra! Tak ingat ke yang kau pernah disakiti sebab-sebab macam ni? Keep calm'

"Rara tak pernah nampak pun abang dekat sekolah ni. Sedangkan Rara dah lama sekolah kat sini" Anayra mendongak memandang Eiman. Eiman menggaru-garu kepalanya. Wajah masih menunduk dari memandang wajah Anayra.

"Emm.. Abang dulu sekolah lain. Sekarang ni abang sekolah sini nak ambik form 6. Dah lama daftar mungkin Rara je yang tak perasan" ujar Eiman tenang.

"Ouh.. Lepastu abang-" kata-kata Anayra terhenti bila melihat Cikgu Ilyana semakin menghampiri mereka berdua.

"Fuh... Susah jugak nak cari list nama ni. Terselit dekat fail lain patut tak jumpa. Aduiii... Nah, list nama yang kamu minta." Cikgu Ilyana menyerahkan kertas itu kepada Eiman. Eiman menyambutnya dan mengucapkan terima kasih. Dia terus berlalu pergi. Anayra hanya memandang pemergian jejaka itu.

'Macam mana aku akan lupa dengan teman sepermainan aku masa sekolah rendah dulu? Dia lah abang, dia lah kawan, dialah sebagainya.'

Puan Sari dengan ibu Eiman, Puan Rafisyah adalah kawan baik. Sama-sama bekerja sebagai guru di sekolah yang sama. Disebabkan hubungan Puan Sari dengan Puan Rafisyah terjalinnya hubungan Anayra dan Eiman seperti ikatan adik-beradik.

Dari tadika, sekolah rendah dan sekarang berjumpa di sekolah menengah walaupun last minute.

Ramai juga salah faham dengan hubungan mereka waktu kecil dahulu. Disangkakan beradik kerana panggilan mereka antara satu sama lain. Anayra memanggil Eiman dengan panggilan Abang Ngah manakala Eiman memanggil Anayra dengan nama manjanya, Rara. Mereka berdua juga tidak kekok memanggil panggilan ibu dan mama kepada kedua-dua syurga tersebut.

'Tapi, Abang Ngah macam nak tak nak cakap dengan aku je. Kepala pun duk tunduk-tunduk. Macam tak biasa pulak cakap dengan aku' desis hati Anayra.

"Ha, Anayra. Pasal projek tingkatan 4 tu... "

Alah cikgu ni pun tak habis lagi ke bercakapnya? Projek, projek,projek. Waktu rehat pun dah habis. Haih... Beli biskut dekat kooperasi jelah sudahnya.

•••

Puan Sari memandang Anayra yang baru masuk kedalam rumah. Senyumannya terukir dan terus mendapatkan anaknya.

"Macam mana dekat sekolah?"

"Macam biasa je... Tapi kan mama, mama kenal tak Abang Ngah? " Anayra terus menyoalkan jejaka tersebut.

"Abang Ngah mana kamu ni? Kamu ada sorang je abang. Abang Aqeef kamu tu pun kamu panggil abang je. Abang mana kamu petik ni? " Puan Sari berkerut kening. Anayra mengeluh.

"Alah.. Anak ummi lah mama.. Eiman nama dia. Takkan mama lupa kot" Anayra menggoncangkan lengan Puan Sari.

"Oouhh.. Eiman. Kenapa dengan dia? Lama mama tak jumpa dengan dia"

"Nak tahu tak? Dia sekolah sekali dengan Anayra! Dia baru je masuk sebab dia ambik form 6." kata Anayra dengan teruja. Yelah, lama gila kot tak jumpa teman sepermainan dia dulu.

"Lah, yeke? Ummi pun tak bagitahu apa-apa dekat mama. Sukalah tu Abang Ngah dia ada. Nanti mesti duk berkepit je dengan Abang Ngah dia tu.  Sampai mama naik meluat" Puan Sari ketawa besar. Anayra memuncungkan mulutnya.

"Alah, biarlah. Abang Ngah orang. Nak rapat pun tak salah. Tapi kan mama... Dia lain sangat masa Anayra jumpa dia. Tu pun dengan cara tak sengaja. Anayra bercakap dengan dia, dia tunduk je. Tak pandang Anayra pun. Dia tak sayang Anayra dah ke? " soal Anayra sambil mencebikkan bibir.

"Biasalah tu, dua-dua dah besar kenalah jaga batas. Dia mungkin malu nak jumpa dengan Anayra. Nanti lama-lama rapat jugak. Alah, kalau nak rapat sampai bila-bila, kahwin jelah senang" Puan Sari mengusik. Pipi Anayra dah merona merah.

"Mama ni... Kita cakap pasal Abang Ngah dia cakap pasal kahwin pulak. Takdenya sampai kahwin... Anayra baru 16 tahun mama ni.. " Anayra menekup mukanya pada buku.

"Elelele... Nak cakap. Mama pergi masuk minang terus"

"Mama!! "

•••

Misi meng'stalk' Abang Ngah nya bermula. Diperhatikan dari jarak jauh, dia ke kantin, perpustakaan sehingga kooperasi. Semata-mata untuk melihat abang tersayang.

Setiap hari berturut-turut kerjanya melihat Eiman sahaja. Sampai dia dah hafal setiap jadual Eiman.

Hari Ahad dan Khamis, Eiman akan menjadi ketua bacaan al-quran setiap perhimpunan pagi. Hari Isnin dia akan ada di perpustakaan lepas habis sekolah dalam pukul tiga petang hingga lima setengah petang untuk mengulangkaji pelajaran bersama kawan-kawannya yang lain. Hari Selasa si dia akan ke kooperasi semata-mata untuk beli biskut oreo. Entah kenapa hanya hari Selasa dia beli biskut tu tapi tak mengapalah. Dan biskut oreo tu juga automatik menjadi biskut kegemaran Anayra.

Hari Rabu dia akan ada latihan silat setiap petang dalam pukul empat sampai pukul lima. Hari Khamis pula takde buat apa-apa. Tapi selalunya, hari Khamis dia akan adakan mesyuarat untuk Persatuan Badar Sekolah.

Itu je yang dia tahu. Dan, bonus bila setiap kali waktu zohor tiba. Kalau dengar azan, confirm suara merdu dia yang akan takbirkan. Alahai... Hati ni boleh meleleh pulak tiba-tiba. Terngiang-ngiang suara azan itu dalam telinganya. Dah parah sangat dia ni.

Tapi, mereka tidak pernah bercakap sama sekali. Kali terakhir mereka bercakap pun masa pertama kali diorang jumpa dalam bilik guru. Tu jelah yang last. Diorang selalu bertembung tapi tidak berkomunikasi. Takkanlah si dia tu tak ingat langsung kenangan mereka dahulu?

Pulang sahaja dari sekolah, ada sebuah kereta yang dia tidak kenali. Kasut-kasut siapa entah yang ada di tangga rumahnya. Anayra masuk kedalam rumah seperti biasa.

Kelihatan Puan Sari bersama beberapa orang tetamu. Anayra hampir ingin mendapat heart attack kerana tetamu yang datang ke rumahnya adalah Puan Rafisyah dan Abang Ngah! Maksud dia, Eiman!

"Eh, Rara.. Lama tak jumpa anak ummi sorang ni. Ni mesti baru balik dari sekolah kan? Samalah macam Abang Ngah." sapa Puan Rafisyah a.k.a Ummi.

Anayra tersengih sambil mengangguk. "Ye, ummi. Rara pun dah lama tak jumpa ummi. Rindu" Anayra terus memeluk batang tubuh Puan Rafisyah. Puan Rafisyah membalas.

"Alalala, anak ummi ni. Sebenarnya, ummi dah lama tahu Rara sekolah dekat sini. Sebab tu ummi suruh Abang Ngah kamu ni ambik form 6 dekat sini. Dapatlah jumpa Rara selalu. Lepastu, Abang Ngah boleh tengok-tengok kan Rara"

Anayra hanya tersenyum. Patutlah...

Eiman seperti biasa. Kepala tu duk tunduk je. Takkanlah malu sampai macam tu sekali.

"Hah, Syah. Malam esok dinner dekat sini eh." pelawa Puan Sari sambil menggenggam erat tangan sahabatnya.

"Eh, tak menyusahkan ke? "

"Nak susah apa... Kita dah lama tak geder-geder. Dua budak bertuah ni pun baru jumpa lepas berapa tahun. Abang Ngah pun nampak macam malu-malu lagi, mungkin sebab dah lama tak jumpa."

"Kalau nak jumpa kerap, kita satukan je anak-anak kita ni Sa. Diorang pun memang dah rapat dari kecik. Kita pun dah kenal lama. Betul tak? " usik Puan Rafisyah.

Anayra yang baru ingin meneguk air tersedak kuat sampai terbatuk-batuk. Apa benda ummi dengan mamanya ni berbincang dari dinner terus pasal kahwin? Cepat betul topik tu ditukar.

Eiman yang perhati Anayra dari tadi terus menghulurkan air mineral miliknya yang digenggamnya dari tadi. Anayra tanpa memikirkan apa-apa terus meneguk minuman itu rakus.

"Allahu Rara, Rara okey tak? Macam mana boleh terbatuk ni? " Puan Rafisyah terus menggosok-gosok belakang badan Anayra lembut. Anayra memberikan respon 'okey' menggunakan jarinya.

"Rara okey je. Entahlah macam mana Rara tersilap minum. Hehehe.. "

Macam mana dia tak tersedak bila kedua-dua syurganya bercakap pasal mereka berdua. Lagi-lagi bercadang untuk satukan mereka. Depan-depan pulak tu. Puan Rafisyah dengan Puan Sari bukannya nak tengok kiri kanan.

"Lain kali hati-hati minum tu. Kan dah tersedak " nasihat Puan Sari. Tapi bunyinya nampak lebih kepada perli. Anayra nampak wajah mamanya yang menahan tawa dari meletus itu.

"Yelah, mama. Nanti Anayra akan hati-hati." redha jelah.

Eh, botol air mineral yang dipengangnya itu dipandang sekilas sebelum memandang tuan punya botol air.

Jelas Eiman tengah memandangnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Lama mata mereka bertaut sehingga Puan Rafisyah sendiri yang meleraikannya.

"Sudah-sudah lah tu duk pandang sama pandang. Lepas kahwin nanti pandanglah puas-puas. Bonus boleh sentuh lagi. Sabar ye anak-anak"

Adoii... Sekarang ni muka dia nak letak kat mana? Malu gila weyh!! Eiman pun dilihatnya tersedar dari khayalan sebelum mulutnya terkumat-kamit beristighfar.

"Okeylah, Sa. Syah nak balik dah ni. Malam esok kita jumpa. Assalamualaikum"

Puan Rafisyah menyalami Puan Sari kemudian berlalu ke kereta diikuti Eiman.

Anayra hanya menghantar mereka pergi dengan ekor mata.

Selepas kereta Puan Rafisyah berlalu pergi, Puan Sari menyenggol lengan anaknya.

"Sukalah tu... Alhamdulillah, bakal tambah lagi sorang menantu" usik Puan Sari. Anayra menampar lembut bahu mamanya. Malu.

"Mama!! "

•••

Malam itu keluarga Encik Azman sibuk mengemas dan menyediakan hidangan kepada tetamu yang akan datang.

Riuh suasana di dapur dengan usikan dan tawa anak-beranak. Anayra makin tidak sabar untuk bertemu si buah hati.

"Lepas Isyak, terus tukar baju lawa-lawa. Tapi, tak payahlah lawa sangat macam DSV. Pakai pakaian yang sopan." pesan Puan Sari. Aqeef, Anayra dan Nina mengangguk faham.

"Mama teruja sangatlah tu. Anayra pun mesti suka sebab buah hati dia nak datang. Apa dia? Abang Ngah? " usik Aqeef. Anayra menumbuk dada  Aqeef kuat.

"Janganlah abang! Ish, semua nak usik Anayra. Malaslah macam ni" Anayra menyilangkan tangan. Aqeef terus memeluk leher adiknya.

"Alololo.. Adik kesayangan abang ni.. Merajuk ye? Muka merah-merah ni.. Nak cendol? " Aqeef makin mengusik. Anayra melepaskan diri dari pelukan  Aqeef.

"Eii!! Abang! "

"Okey-okey.. Abang tak buat dah" kata Aqeef sambil menarik tubuh adiknya kembali ke dalam pelukan bersama gelak tawa. Wajah cemberut Anayra membuatkan muka itu bertambah kelakar.

Selepas Isyak, seperti apa yang dipesan Puan Sari, Anayra menyarungkan baju kurung pahang berwarna putih simple bersama tudung shawl yang sama warna dengan baju kurungnya. Selepas dioles sedikit bedak dan lipbalm, Anayra terus ke bawah untuk menolong Puan Sari.

Ketukan pintu diiringi loceng rumah berbunyi. Encik Azman terus membuka pintu tersebut. Terjengul wajah Puan Rafisyah bersama suaminya, Encik Rafiq dan ketiga-tiga anak mereka. Antaranya anak pertama iaitu Abang Long, kawan baik Aqeef bernama Eizat. Anak kedua mereka tidak lain tidak bukan Eiman dan akhir sekali Eimi, anak bongsu keluarga tersebut. Eimi lagi tua setahun dari Nina. Jadi, Eimi berumur 13 tahun.

Encik Azman menjemput mereka masuk. Mereka sekeluarga duduk di ruang tamu.

Encik Azman dan Puan Sari berborak rancak bersama Encik Rafiq dan Puan Rafisyah. Manakala Eizat dan Aqeef berbual kosong. Nina dan Eimi dah lama menghilang.

Eiman hanya duduk di atas sofa bersebelahan Eizat.

Anayra membawa keluar dulang yang berisi satu jag air sirap. Diletak baik-baik diatas meja. Anayra juga perasan yang Eiman dari tadi memerhatinya. Cuma ditahan sahaja supaya tidak bertaut mata.

"Air dah sampai pun. Jemput minum"
Encik Azman mempelawa keluarga Encik Rafiq.

"Sedapnya air Rara buat. Dah boleh jadi menantu Ummi ni" gurau Puan Rafisyah diikuti tawa Encik Rafiq.

"Tak buat apa pun memang Rara akan jadi menantu kita jugak, tak gitu Man? " Encik Rafiq ikut berseloroh.

"Ambiklah anak aku tu kalau nak." kata-kata dari Encik Azman menjadi riuh dengan gelak tawa kedua-dua pasangan itu.

Anayra menunduk. Shy shy ton pulak.

"Eh, baru perasan yang Eiman dengan Anayra pakai baju sama colour. Macam nak pergi menikah je diorang dua ni" Puan Sari memandang Eiman dan Anayra bersilih ganti.

Anayra mula menilik dirinya.

'Yelah, aku ni dahlah all white. Eiman pun lengkap dengan baju Melayu putih dia siap bersongkok lagi. Songkok tu memang tak tinggal eh? Tapi, betullah macam mama cakap. Macam nak pergi nikah pun ada'

Anayra tersenyum simpul. Eiman menggosok belakang tengkuknya. Malu mungkin.

"Eh, jom kita makan. Takut makanan sejuk pulak. Asyik berborak sampai tak ingat perut ni berbunyi. Mari" ajak Enci Azman.

Mereka sekeluarga duduk bersantap di meja makan. Riuh juga dengan gelak tawa tambah usikan dari ibu bapa mereka.

Eiman cuba mencapai lauk daging kurma namun tidak sampai. Jauh noh.

Anayra yang memerhatikan kelakuan Eiman itu terus menghulurkan mangkuk daging kurma tersebut pada si teruna. Senyuman anak dara dilebarkan.

"Terima kasih" ucap Eiman ikhlas.

"Sama-sama"

WHAT??!! Second time!! Second time mereka berkomunikasi bersama. Walaupun hanya ucapan 'terima kasih' dan 'sama-sama' namun perkara itu bermakna buat Anayra. Dapat cakap dua patah pun jadilah!

Malam itu malam paling bahagia. Siap pakai baju sama macam nak pergi akad nikah pulak!

•••

Hujung tahun 20**. Anayra berlari laju di sekitar kawasan KLIA itu. Matanya meliar mencari seseorang.

Dikhabarkan Puan Sari, Eiman akan sambung belajar di Mesir. Jadi, Anayra bertekad untuk memberitahu apa yang terbuku di dalam hatinya selama ini.

Apabila menjumpai figura yang dicari-cari, Anayra terus melangkah kaki laju menuju ke arah jejaka tersebut.

Eiman sudah menarik bagasi ingin menuju balai perlepasan selepas bersalaman dengan ibu bapanya. Anayra memanggil kuat nama itu. Tidak dihiraukan orang yang melihatnya dengan pandangan pelik.

"Eiman!! Abang Ngah!! "

Eiman berpaling memandang gadis yang berlari anak memanggilnya. Langkahnya terhenti.

"Rara? Apa yang Rara buat dekat sini?" soal Eiman. Kesian juga melihat gadis itu berpeluh-peluh akibat berlari tadi.

"Rara kejar abang lah. Rara nak bagitahu something yang dah lama Rara nak bagitahu. Tapi Rara takut. Sekarang ni Rara dah bersedia nak bagitahu" katanya sambil termengah-mengah. Penat. Aahh!! Dia tak kisah asalkan dia dapat memberitahu lelaki itu akan perasaannya.

"Apa dia? "

"Rara dah lama suka dekat abang. Dari since kita jumpa balik. Rara tahu yang abang selama ni anggap Rara macam adik je tapi Rara tak kisah asalkan Rara dapat luahkan perasaan ni dekat abang.

Jadi, abang suka Rara tak? " soalnya tanpa ragu-ragu.

Amboi! Confident beli kat mana? Shopee?

Eiman dilihatnya terkejut dengan luahan hati Anayra. Tidak sangka yang Anayra mempunyai perasaan terhadapnya selama ini. Yelah, mereka dahulu pun hubungan tidak lebih seperti adik-beradik.

Anayra menunggu jawapan itu dengan penuh berharap. Dia memandang setiap inci wajah bersih Eiman.

Eiman tersenyum.

"Abang tak boleh bagi jawapan sekarang. Lepas abang balik dari Mesir nanti abang akan bagitahu Rara. Rara tunggu abang ye. Abang harap sangat Rara tunggu abang," ucap Eiman. Senyuman itu masih tidak terpadam.

Anayra kelihatan terpana dengan jawapan itu. Tidak diterima tapi tidak juga ditolak. Mungkin kerana Eiman ingin fokus pada pelajarannya. In Shaa Allah, lepas dia balik nanti dia bagitahu.

"Bila abang akan balik dari Mesir? " soal Anayra ingin tahu.

"Abang tak boleh bagitahu. Cukuplah abang akan bagitahu yang abang akan bagi jawapan lepas abang pulang. In Shaa Allah, abang akan bawa pulang dengan kejutan buat Rara" ujar Eiman. Anayra mengangguk.

"Abang jaga diri dekat sana. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam " selepas sahaja salam dijawab, bayangan Eiman terus hilang. Anayra tersenyum. Nampaknya positif! Alhamdulillah...

"Ehem-ehem! "

Anayra menoleh. Puan Rafisyah dan Encik Rafiq serta Eimi berdiri tegak di belakang Anayra.

"Eh.. Eh?? Ummi pun ada. Ingatkan ummi dah pergi tadi. Dah lama ke ummi duduk kat sini? " soal Anayra tergagap-gagap.

"Hmm.. Boleh tahan lama jugaklah dari kamu confess sampai sekarang. Hmm..." Puan Rafisyah tersengih. Anayra menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Ouh.. Yeke? Boleh tahan lama jugak..." Anayra dah tak tahu nak pandang mana. Malu woii! Confess dekat anak orang depan parents crush sendiri!

"Alhamdulillah, termakbul jugak doa ummi nak dapat Anayra sebagai menantu" kata Puan Rafisyah sambil memeluk bahu Anayra. Anayra tersenyum.

Alhamdulillah..

Dreams do come true. I know, because mine came true on the day I met you

Continue Reading

You'll Also Like

770K 24.3K 53
"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung. "Ada apa ma? Leen tengah pakai...
44.8K 2.9K 57
writing this simple short story because im bored. inspired by the my fav short story authors @suyaplums and @oddish on wp <3 🌟 Shahmi Haqiem, si int...
565K 19.3K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - π‘π€π˜π˜π€π - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
145K 13.1K 58
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...