Han Family

By smolbeanonaussieboi

185K 25.7K 58K

nak cakap awal-awal, ayat aku dalam ff ni berterabur sikit. tatabahasa, penjodoh bilangan semua ke laut. ༎ຶ‿༎... More

Intro + Intro Vid
Satu
Dua
Tiga
Empat
Lima
Enam
Tujuh
Lapan
Sembilan
Sepuluh
Sebelas
Dua belas
Tiga belas
Empat belas
Lima belas
Enam belas
Tujuh belas
Lapan belas
Sembilan belas
Dua puluh
Dua puluh satu
Dua puluh dua
Dua puluh tiga
Dua puluh empat
Dua puluh lima
Dua puluh enam
Dua puluh tujuh
Dua puluh lapan
Dua puluh sembilan
Tiga puluh
Tiga puluh satu
Tiga puluh dua
Tiga puluh tiga
Tiga puluh empat
Tiga puluh lima
Tiga puluh enam
Tiga puluh tujuh
Tiga puluh lapan
Tiga puluh sembilan
:(
𝒮𝓅ℯ𝒸𝒾𝒶𝓁 𝒞𝒽𝒶𝓅 : ℋ𝒶𝓁𝒾𝓂 𝒹𝒶𝓃 𝒰𝓂𝒶𝒾𝓇𝒶𝒽
Empat puluh
Empat puluh satu
Empat puluh dua
Empat puluh tiga
Empat puluh empat
Empat puluh lima
Empat puluh enam
Keluarga Kim dan Keluarga Lee
Empat puluh lapan
Empat puluh sembilan
Lima puluh
Lima puluh satu
Lima puluh dua
Lima puluh tiga
Lima puluh empat
Lima puluh lima
Lima puluh enam
Lima puluh tujuh
𝒮𝓅ℯ𝒸𝒾𝒶𝓁 𝒞𝒽𝒶𝓅 : ℛℴ𝓈𝓁𝒾 𝒹𝒶𝓃 ℳ𝒶𝒾𝓂𝓊𝓃𝒶𝒽
Lima puluh lapan
Lima puluh sembilan
Enam puluh
Enam puluh satu
Enam puluh dua
Enam puluh tiga
Enam puluh empat
Enam puluh lima
Enam puluh enam
Enam puluh tujuh
Enam puluh lapan
Enam puluh sembilan
Tujuh puluh
Tujuh puluh satu
Tujuh puluh dua (+plan tak jadi)
Tujuh puluh tiga
Tujuh puluh empat
Tujuh puluh lima
Tujuh puluh enam
Tujuh puluh tujuh
Tujuh puluh lapan
Tujuh puluh sembilan
Lapan puluh
Lapan puluh satu
𝒮𝓅ℯ𝒸𝒾𝒶𝓁 𝒸𝒽𝒶𝓅: ℳ𝒶𝒽𝓂ℴ𝒹 𝒹𝒶𝓃 ℳ𝒾𝓈𝓃𝒶𝒽
Lapan puluh dua
Lapan puluh tiga
Lapan puluh empat
Lapan puluh lima
Lapan puluh enam
Lapan puluh tujuh
Lapan puluh lapan
Lapan puluh sembilan
Sembilan puluh
Sembilan puluh satu
Sembilan puluh dua
Sembilan puluh tiga
Sembilan puluh empat
Sembilan puluh lima
Sembilan puluh enam
Sembilan puluh tujuh
Sembilan puluh lapan
Sembilan puluh sembilan
Seratus
Seratus satu
Special Chap!
Seratus dua
Seratus tiga
Seratus empat
Seratus lima
Seratus enam
Seratus tujuh
Seratus lapan
𝚂𝚞𝚛𝚊𝚝 𝚝𝚎𝚛𝚊𝚔𝚑𝚒𝚛 𝚞𝚗𝚝𝚞𝚔 𝚍𝚒𝚊
Sebab HF hiatus
Seratus sembilan
Seratus sepuluh
Seratus sebelas
Seratus dua belas
Seratus tiga belas
Seratus empat belas
Seratus lima belas
Seratus enam belas
Seratus tujuh belas
•••
Curious? Baca ni.
👻
Special Chapter

Empat puluh tujuh

1.3K 181 929
By smolbeanonaussieboi

Warning!
Ada penggunaan bahasa gula tumpah yang tidak ditapis, aku pun tak tahu kenapa buku ni boleh jadi macam ni. Aku ingat nak buat buku humor sekali jadinya macam romance humor. ಡ ͜ ʖ


"Assalamualaikum, sang bidadari syurga." Juyeon menyapa Hyunjun ketika gadis itu sedang makan di kantin sekolah.

"Waalaikumussalam." jawab Hyunjun, tak lupa dia mengukirkan sebuah senyuman ramah yang mampu membuat jantung seekor buaya jadian itu berdetak kencang.

"Sorang je ke?" tanya Juyeon walaupun sudah jelas dan nyata bahawa gadis itu memang berseorangan di situ.

"Haah, kawan-kawan lain pergi library." jawab Hyunjun. Juyeon duduk di hadapannya tanpa dipelawa.

"Diana, kalau abang nak cakap sikit boleh?"

"Apa dia?"

"Diana tahu tak setiap kali abang minum kat depan Diana mesti air abang jadi tawar."

"Lah, kenapa pula?"

"Sebab kemanisan air tu kalah dengan kemanisan wajah Diana." Juyeon mengenyitkan sebelah mata, Hyunjun tersenyum. Dia tahu Juyeon tergolong dalam pasukan buaya jadi dia tidak terlalu mengambil peduli dengan setiap kata-kata manis yang keluar daripada mulut si pengawas sekolah itu.

"Ada-ada jelah abang Harith ni."

"Tengok tu, langkah pertama dah dibuat." bisik Wooyoung, dia dan Changbin sedang mengintip dua sosok itu dari belakang dinding.

"Mal." panggil Changbin.

"Apa?"

"Kau dengan abang Harith tu takde plan kan nak santau anak orang? Atau sihir bagi jampi-jampi neraka dekat diorang kan? Tahu kan benda tu dosa?" tanya Changbin, ingin memastikan bahawa Wooyoung tidak melakukan perkara kurafat.

Tuk!

Wooyoung memukul kepala Changbin.

"Taklah woi! Buaya buaya aku pun aku takut tahu nak buat benda kurafat! Ish, ni lah kau suka sangat negative thinking pasal aku. Fikir aku ni takde agama ke?" marahnya.

"Alah tanya je... tu pun nak marah."

"Dahlah, kita sambung tengok jom." mereka kembali mengintip Juyeon dan Hyunjun. Senyuman Wooyoung melebar tatkala dia melihat Yeosang berdiri tidak jauh dari tempat kekasihnya berada, kembarnya diam memerhatikan mereka berdua berbual sebelum pergi dari situ.

"Aku rasa drama dah nak start, cepat wei bagitahu Mirza belikan popcorn!" ujar Wooyoung ceria.

"Mal, apahal suka sangat nak hancurkan kebahagian orang?" tanya Changbin.

"Riz, berapa kali aku nak cakap. Aku bukan nak hancurkan kebahagiaan orang tapi aku cuma nak uji kesetiaan diorang."

"Yelah tu." balas Changbin sambil memutarkan mata.

"Pak cik, boleh ke tak tu?" Hongjoong terlihat risau apabila melihat Yongbok cuba turun dari katil dengan susah payah.

"Boleh boleh, pak cik kan kuat." kata Yongbok sambil mendabik dada.

"Okey, jom kita jalan-jalan."

"Jom!" mereka berjalan ke taman hospital kerana tidak mahu terus berada di atas katil. Yongbok dan Hongjoong duduk di bangku kayu.

"Akhirnya, dapat pun hirup udara segar." Hongjoong meregangkan badan.

"Aik, dah kenapa termenung ni pak cik?" tegurnya apabila Yongbok menatap ke hadapan tanpa bersuara.

"Pak cik rindukan cinta pak cik." jawab Yongbok lalu dia memuncungkan bibir, terkecil hatinya mengenangkan Jeongin tidak pernah datang untuk melawat dia.

"Sudah sudahlah rindu dengan cinta hati baby bucuk pak cik tu, walaupun saya pun tengah rindukan adinda saya tapi saya cuba tahan perasaan rindu tu." ujar Hongjoong.

"Apa kata kita buat sesuatu untuk alihkan rasa rindu kita dekat baby bucuk kita?" cadang Hongjoong. Yongbok memandang kawan kepada anaknya itu.

"Nak buat apa?"

"Hm, kita menari nak? Macam yang Harraz tunjuk semalam? Pak cik pandai menari kan?"

Yongbok mengangguk laju lalu berdiri.

"Biar pak cik tunjukkan kamu siapa diri pak cik yang sebenarnya!"

Jisung dan Jeongin berjalan beriringan masuk ke dalam hospital, tiba-tiba sahaja hati Jeongin tergerak untuk menziarahi Yongbok. Mungkin Tuhan telah melembutkan hatinya untuk melakukan kebaikan kepada suaminya.

"Kat mana pula abah kau ni, Li?" tanya Jeongin, mereka tidak melihat Yongbok di dalam bilik wad.

"Abah jalan-jalan kat taman hospital kot, mak." jawab Jisung. Mereka akhirnya pergi ke taman itu dan masing-masing tergamam melihat Yongbok sedang menari di lantai  dan Hongjoong yang melakukan beatbox.

"Astaghfirullah, abah..." Jisung refleks mengambil telefon dan merakam ayahnya yang sedang lincah menari.

"Haish orang tua ni..." Jeongin menyinsing lengan baju lalu berjalan ke arah Yongbok.

"Mahmod, tak padan dengan tua masih nak b-boying lagi? Kau lupa ke tulang belakang tu tak baik lagi!" jerkah Jeongin. Yongbok dan Hongjoong lantas menghentikan aktiviti mereka akibat terkejut dengan kemunculan Jeongin seperti hantu.

Ketika itulah juga tulang belakang Yongbok berbunyi kuat.

Krek!

"HUWAAAA SAKIT!!!"

"HA! KAN AKU DAH CAKAP, LAIN KALI KALAU NAK MENARI FIKIR DULU FASAL TULANG BELAKANG TU!"

"HIKS CINTA JANGAN MARAH ABANG, TERLUKA HATI ABANG TAHU! HUWAAA CINTA MARAH ABANG! CINTA DAH TAK SAYANGKAN ABANG!" Hongjoong perlahan-lahan menjauhi sepasang suami isteri itu tetapi Jisung menahan lengannya.

"Haa ni lah manusia yang memandai ajak bapak aku menari sampai patah tulang belakang. Cempaka, kehadiran anda sangat ditunggu-tunggu untuk memberi hukuman setimpal kepada manusia tak sedar diri ni." mata Hongjoong terbeliak apabila menyedari Jisung sedang merakam dirinya.

"WEI JANGAN SEND KAT PAKA!"

Dua insan yang kekurangan zat ketinggian itu mula berebutkan telefon milik Jisung namun Jisung tetap berjaya menghantar video itu kepada Seonghwa.

Hongjoong jatuh terduduk, baki riwayat hidupnya sudah boleh dihitung mundur. Wajah bengis Seonghwa sambil memegang daun bawang sudah terbayang olehnya.

"Dah boleh dah siap-siap nak ucap syahadah ye, Dollah."

"Hiks dasar setan kau, Li."

...

Di sebuah taman di waktu petang, terdapat seorang kanak-kanak yang telah dipaksa untuk menolak buaian seorang wanita.

"Mak su, tolaklah Ayyan pula..."

"Ish, kau tolaklah aku dulu nanti aku tolaklah kau pula."

Chan mengembungkan pipi, naik lenguh dia menolak buaian. Sudahlah tenaganya terlalu kecil untuk menolak wanita itu.

"Takpe, biar kita tolak pula." ujar Sunwoo, Chan tersenyum lebar lalu pergi bermain bersama Jongho. Sunwoo menyeringai tatkala Minho tidak sedar tentang kehadirannya kerana sibuk bermain telefon.

Minho berhenti menonton video kucing selepas merasakan kelajuan ayunan ini sudah berbeza. Hati Minho merasakan firasat buruk.

"BUAI LAJU-LAJU! SAMPAI POKOK SENA!" suara sumbang Sunwoo sudah menyakinkan Minho seratus peratus bahawa dirinya dalam bahaya.

"ASTAGHFIRULLAH! ASTAGHFIRULLAH!!" Minho cepat-cepat memegang tali buaian, dia cuak apabila buaiannya ini semakin cepat dan tinggi. Minho memandang sang penolak.

"HAIMIN SETAN! SLOW SIKITLAH, TOYOL BIBIR PELAMPUNG! TINGGI GILA NI WEI!" teriak Minho. Wanita itu mungkin kelihatan tidak mempunyai apa-apa kelemahan namun sebenarnya terdapat satu kelemahannya.

Iaitu ketinggian.

"HAHAHA APA? TAK DENGAR!" Sunwoo mendapat idea, dia memanggil Youngjae untuk tolong menolak Minho dengan lebih tinggi.

"Naufal, tolong Haimin tolak acik ni!"

"Okey!" dan sudah pasti Youngjae tidak akan mensia-siakan peluang keemasan itu.

"HUARGHH TOLONG! AYYAN, TOLONG MAK SU!" Chan yang sedang bermain jongkang-jongket bersama Jongho memandang ibu saudaranya yang dibuli dengan Sunwoo dan Youngjae. Matanya terkebil-kebil sebelum membuat thumbs up.

Minho kehilangan kata-kata, tergamak Chan membiarkan dia dibuai dengan kejam sebegini. Dia memejamkan mata dengan erat untuk mengurangkan rasa takut.

Tiba-tiba ayunan buaian itu semakin perlahan dan akhirnya berhenti.

"Aduh aduh! Sakit!"

"Maaf pak cik, maaf!"

Minho mencelikkan mata, dia melihat telinga Sunwoo dan Youngjae sedang ditarik oleh Seungmin.

"Korang tak tahu ke dia tu fobia dengan tinggi? Haish, boleh pula dia nak buli orang tua. Siapa ajar ni?" marah Seungmin.

"Manalah kitorang tahu acik Mirah takut tinggiー aduh pak cik sakit!" Youngjae menjerit kerana Seungmin menarik telinganya semakin kuat.

"Ha menjawab cakap orang tua! Dah pergi main jejauh sana!" Seungmin melepaskan telinga mereka dan dalam sekelip mata Sunwoo dan Youngjae hilang dari pandangan.

Seungmin menoleh ke Minho yang sedang menyepetkan mata ke arahnya.

"Apa muslihat kau?" tanya Minho.

"Muslihat apanya?" tanya Seungmin balik.

"Aku tahu kau takkan senang-senang marah orang yang cuba nak buli aku. Aku dapat hidu bau busuk dalam hati kau tu dari sini." ujar Minho. Dia yakin bahawa Seungmin berbuat baik kerana ada kehendak yang tersembunyi.

Seungmin menyeringai tatkala Minho tidak mudah tertipu dengan taktiknya.

"Apa kau nak?" tanya Minho.

"Dayang mati tepi jalan lagi, kau pergi tolak sana." kata Seungmin, Minho menjegilkan mata.

"Hei, tu motor kau kanー H-HALIM JANGAN TOLAK LAJU-LAJU!" Minho refleks menjerit disebabkan Seungmin menolak buaian itu lebih kuat berbanding Sunwoo dan Youngjae.

"Setuju dulu baru aku berhenti." paksa Seungmin.

"JANGANLAH MAIN UGUT UGUT! HALIM, AKU TAKUT LAH GILA!"

"Yes or yes?"

"YELAH YELAH AKU TOLAK DAYANG KAU TU!" Seungmin berhenti menolak buaian sambil tersenyum puas. Jarang sekali dia dapat menjadikan Minho sebagai pembantu Dayang.

"Okey, sekarang ikut aku ye princess. Kita pergi jumpa Dayang."

"Princess kepala lobak kau!"

"Assalamualaikum, abang Farish." ucap Hyunjun sebaik sahaja dia duduk berhadapan Yeosang di pondok taman permainan. Yeosang diam memandang Hyunjun.

"Abang kenapa?" tanya Hyunjun agak risau.

Yeosang tetap diam, dia melihat raut cemas di wajah kekasihnya itu sebelum akhirnya dia menghela nafas.

"Tak ada apa-apa."

"Betul ni?" tanya Hyunjun, Yeosang tersenyum kecil.

"Iye, abang cuma nak tatap muka comel Diana je tadi." katanya, pipi Hyunjun menjadi merah. Gadis itu menundukkan kepala untuk menyorokkan wajah merahnya itu.

"I-Ish, mengadalah!" marah Hyunjun.

Senyuman Yeosang semakin lebar, terasa sedikit lega melihat reaksi Hyunjun berbeza dengan reaksi ketika diberi ayat manis daripada Juyeon.

"Diana."

"Hm?" Hyunjun mendongakkan kepala untuk menatap Yeosang.

"Cuba teka ni apa." Yeosang menunjukkan tangannya yang digenggam, kemudian dia menaikkan jari kelingking.

Yeosang menurunkan jari kelingking lalu menaikkan jari telunjuk dan juga ibu jari. Akhir sekali dia menurunkan jari telunjuk dan menaikkan jari kelingking semula.

Hyunjun menyengetkan kepala. Selepas beberapa saat matanya membesar, pipinya kembali berwarna merah.

"Eiee, dahlah! Jangan macam ni!" marah Hyunjun.

"Kenapa? Abang ada buat salah ke?" tanya Yeosang, berpura-pura tidak mengetahui apa-apa.

"Yes, kesalahan abang buat jantung Diana tak keruan!" gadis itu berdiri dan pergi dari situ tanpa memandang Yeosang yang sedang ketawa.

"Aku tak yakin kau boleh dapatkan cinta Diana, bang Harith."

Khas untuk korang yang still blur dengan apa yang Yoesang buat tadi. Ni cara cakap ily pakai bahasa isyarat. Lepas ni korang bolehlah test kat crush korang kot ii diorang tahu pastu terima korang ke HSHSHSHSH

Tapi sumpah aku cakap aku nak muntah buat Yeosang bahasakan diri dia abang dekat Hyunjun BAPUCK ARR BELUM LEPAS SPM DAH MEMANDAI NAK BERABANG BAGAIー


Pasal soalan kat chap lepas, aku rasa ada yang salah baca soalan.

Aku tanya first bias aku dalam skz bukan bias aku dalam skz sekarang. Jawapan untuk soalan tu agak menyedihkan aku tapi aku tak terkejut pun yang tak ramai yang jawab betul.

Tapi kau hwaries... Kau lupa ke aku pernah cakap kat kau yang aku paling tak minat Seungmin masa memula aku stan skz? ಥ‿ಥ

Bias aku sekarang memang Seungmin tapi first bias aku dalam skz...

SEO CHANGBEAN 💕

Tahniahlah kat kamu sebab kamu sorang je jawab dengan penuh keyakinan setinggi kerajaan langit pastu betul. ಡ ͜ ʖ ಡ🎉✨

Kamu pun betul, tahniah. ಡ ͜ ʖ ಡ🎉✨

Walaupun aku buat changbin selalu tersakiti dalam fanfic ni tapi aku minat skz sebab dia tahu. Funfact, ada sebab kenapa aku suka buat dia tersakiti HSHSHHSHS.

Continue Reading

You'll Also Like

10.8K 1.4K 28
"WELCOME TO TXT HOUSE" Cover by: @reensyz
55K 7.2K 21
❝ atok kami ranggi ❞ ㅡ 13 jejaka Korea balik ke kampung untuk berjumpa dengan 13 atok mereka di Malaysia. ㅡ atok diorang bekas retis kpop ha ko pe...
6K 844 10
❝ he is actually good but people always think badly -❞
267K 24.5K 200
COMPLETE sambungan dari LHS dan LHS 2 Start: 9/10/19 End: 10/6/20 ©Cover by: @windymoon_