EMERALD

By asterhyzells_

22.8K 2K 823

[ROYAL FANTASY+ROMANCE] [COMPLETE] DAVIDRIAN ETHAN, selalu berpakaian hitam. Seorang yang pendiam malah selal... More

PROLOG
BAB 01
BAB 02
BAB 03
BAB 04
BAB 05
BAB 06
BAB 07
BAB 08
BAB 09
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
EPILOG : BAB 43

BAB 33

372 38 9
By asterhyzells_

Bunyi derap kaki yang semakin mendekat langsung tidak mengganggu fokus Daren yang sedang melihat David dan Danial di halaman vila. Mereka berdua kelihatan bahagia sahaja.

“Tak nak keluar?” Nick menegur. Daren menggeleng menandakan dia tidak mahu.

“Sampai bila nak berkurung? Bukalah langsir luas-luas. Bukannya intai luar macam ni.” ujar Nick. Agak kesian dengan keadaan Daren. Adiknya itu hilang keyakinan diri untuk keluar dan bertemu dengan orang lain biarpun sudah 20 tahun berlalu.

“Lebih baik David tak jumpa aku. Tengok dia sekarang... Dia bahagia. Aku tak patut kacau dia dan ingatkan dia peristiwa hitam tu lagi.” balas Daren. Nick menghela nafas.

“Habis, kau macam mana?”

“Aku? Aku lebih suka macam ni. Hadap piano setiap hari lagi bagus.”

“Kau patut manfaatkan masa ketika dia ada dekat sini. Bukannya berkurung macam ni. Cubalah berbual dengan dia.” sampuk Qarl. Dia duduk di atas kerusi di hadapan piano. Sesekali dia menekan papan kekunci piano.

“Betul apa yang Qarl cakap.” sahut Nick. Puas dia memujuk Daren untuk berjalan-jalan di luar, namun lelaki itu masih berdegil mahu mengurung diri sendiri.

“Kau tak faham aku. Sudahlah... Keluar. Aku nak bersendirian.” kata Daren. Langsir yang diselaknya sedikit, ditutup kembali. Kemudian, dia berjalan menuju ke arah katil dan membaringkan tubuh. Qarl menggeleng kecil sebelum keluar dari bilik.

“Apa reaksi David bila kau cerita perkara sebenar dekat dia?” tanya Qarl seraya menoleh ke arah Nick.

“Dia diam. Mungkin dia tengah fikirkan apa yang dia patut buat.”

“Aku rasa, aku kena pujuk David jumpa Daren sekali. Takkanlah nak biar Daren berkurung sampai mati?”

“Kau cubalah. Jangan paksa dia sudah.” balas Nick. Qarl angguk tanda faham.

“Hoi, buat apa dekat sini?” sergah Qarl. Aron dan Zach tersentak.

“Tengah perhatikan dua orang tu.” jujur Aron. Bibir dijuih ke arah David dan Danial yang terlihat mesra.

“Lelaki tu... Dekat Xhandelion tak pernah nampak dia senyum. Dekat sini bukan main senyum dia.” ujar Zach.

“Betul. David tu beku orangnya. Macam Tuan Qarl.” kata Aron pula. Tidak semena-mena kepalanya ditampar oleh Qarl.

“Amboi! Mengata aku!” Qarl mengetap gigi manakala Aron hanya sengih. Betul apa dia cakap.

“Mana kau tahu aku tak sayang kau?” Danial bercekak pinggang. Geram David asyik cakap dia tidak sayangkan David.

“Tak nak cakap.”

“Kau tak nak cakap...” Meleret suara Danial. Dia melompat dan memeluk leher David. Kaki pula dililit kemas pada pinggang David.

“Baik kau cakap sekarang, sebelum aku gigit kau.” ugut Danial.

“Kau dah beratlah. Kau makin gemuk eh? Tengok pipi ni. Pau!” David mencubit pipi kiri Danial.

“Kau cakap aku gemuk? David!” Bahu David ditampar oleh Danial. Mimik mukanya sudah masam mencuka. Kenapa David suka mengusiknya hari ini? Selalunya dia yang mengusik David.

“Iyalah. Kau berat sangat ni. Agak-agak dah lebih 60 kg.” ujar David.

“David... kau nak muntah pagi-pagi macam ni ke? Jangan cabar aku.”

“Kalau aku cabar juga macam mana?” David melorek senyuman sinis. Hek eleh! Fikir dia takut ke?

“Baby sayang, saya...” kata-kata Danial terhenti tatkala David mencium bibirnya. Aron, Zach dan Qarl tersentak. Huwargh! Mata mereka tercemar untuk kedua kalinya.

“Aku tak nampak, aku tak nampak.” Aron menutup matanya. Terasa mahu menangis sahaja sekarang ini. Seumur hidupnya, dia tidak pernah mencemarkan mata dengan adegan sebegitu.

“Kau cium aku, David? Nak lagi boleh tak?” soal Danial dengan mata yang membulat teruja. Bibir dimuncungkan bersiap sedia menerima ciuman daripada David.

“Tak boleh.” Serentak itu, David menampar muncung Danial.

“Alaa... David sayang...” Mimik muka dibuat manja. Mana tahu David terkesan.

“Tak dengar, tak dengar.” Aron menggelengkan kepalanya beberapa kali lalu beredar dari situ.

“Seeloknya kita berdua pun pergi dari sini tuan, memandangkan kita berdua single.” ujar Zach. Qarl yang terkedip-kedip memandang ke arah David dan Danial hanya mengangguk. Lebih baik dia pergi sebelum matanya dicemari lagi dengan adegan tidak senonoh David dan Danial.

“David, jom jalan-jalan dekat tepi tasik sana.” ajak Danial. David hanya akur. Dengan mendukung Danial, dia berjalan ke arah tasik. Terima sahajalah nasib ada teman wanita yang manja, miang, nakal dan gedik macam Danial.

“Apa perancangan kau selepas ni? Takkan nak biarkan saja Ratu Adriana buat jahat?” soal David sebaik sahaja mereka duduk di atas bangku.

“Memandangkan luka aku dah hampir sembuh, mungkin dalam beberapa hari lagi aku akan jejakkan kaki dekat istana. Tapi malam nanti aku kena bincang pasal ni dengan abang-abang aku. Kau kena turut serta.” Danial menepuk dada David beberapa kali.

“Aku tak boleh.”

“Ala... Kenapa? Sebab Abang Daren?” teka Danial. Dia tahu hubungan Daren dan David tidak berapa baik. Melihat kebisuan David, Danial menghelakan nafas perlahan.

“Abang Daren takkan turut serta. Dia takkan keluar dari bilik melainkan untuk makan.”

“Okey. Aku turut serta.”

“Macam inilah. Aku sayang kau.” Danial mencium pipi David sekilas.

“Danial! Umph...” Mulut ditekup sebelum dia berdiri. Danial ketawa. Perbuatan dan kata-kata sweet Danial memang ubat yang akan membuatkan David muntah.

•••

Tangan yang menggigil dikepal kuat. Mata sudah berair dan kemerahan. Sungguh dia tidak menyangka dengan apa yang dilihatnya.

“Lea? Apa yang kau buat ni? Kenapa Lea?” soal Fazlan tidak percaya. Dia berjalan menghampiri Dahlea yang masih meronta ingin dilepaskan. Dahlea ketawa sinis.

“Kau sendiri tahu apa yang aku buat tadi. Kenapa tanya lagi? Kau tak percaya? Nak aku ceritakan semula hmm?” ujar Dahlea. Sengihan mengejek ditayang.

“Aku tak percaya. Dahlea yang aku kenal, bukan macam ni. Cakap dekat aku... bukan kau yang tikam Ezra, kan?” Kedua belah telapak tangan dilekapkan pada pipi Dahlea. Matanya memandang tepat sepasang mata Dahlea.

“Aku yang tikam dia.” Kenyataan yang keluar daripada mulut Dahlea membuatkan Fazlan terkedu. Setitis air matanya jatuh ke pipi.

“Tapi kenapa? Kenapa Lea?” soal Fazlan.

“Tiada sebab. Sudahlah, hantar aku ke penjara dan hukum aku. Aku tak kisah.” Dahlea pandang ke arah lain apabila matanya bersabung dengan mata Fazlan. Dia tidak sanggup menatap mata yang dipenuhi air mata itu.

“Lea... Kau tahu aku sayang kau, bukan? Aku dah berjanji nak bawa kau tengok bunga api dekat tasik hujung tahun nanti. Cuba kau cakap dekat aku. Siapa yang suruh kau buat semua ni? Bagitahu aku Lea.”

“Bukan ke Tuan Putera sayang ramai gadis dekat Xhandelion? Bawalah salah satu daripada mereka.”

“Mereka tiada kaitan. Aku paling sayangkan kau. Aku cintakan kau seikhlas hati aku. Tapi kenapa? Kenapa mesti dimusnahkan oleh perkara ni?” Fazlan terisak-isak. Nampak seperti sudah tiada peluang untuk dia bersama Dahlea. Kesalahan cubaan membunuh raja bukanlah kesalahan ringan.

“Kenapa mesti patik? Dari dulu patik beritahu, patik tidak layak untuk Tuan Putera. Tuan Putera carilah orang lain.” ujar Dahlea. Gelaran yang digunakan sudah berubah kepada asal. Fazlan menepis tangan pengawal istana yang memegang lengan Dahlea. Lantas, tubuh Dahlea ditarik dan dipeluk erat.

“Sebab aku sayang kau. Tiada sebab lain Dahlea.”

“Tapi kita tak ditakdirkan bersama.” Mendengar balasan Dahlea, Fazlan semakin teresak-esak. Ada benarnya kata-kata Dahlea. Tengoklah situasi mereka sekarang ini.

“Berjanjilah dengan patik yang Tuan Putera akan hidup baik-baik. Jangan permainkan perempuan lagi. Cari yang betul-betul menyayangi Tuan Putera.” ujar Dahlea seraya membalas pelukan Fazlan. Belakang badan Fazlan ditepuk beberapa kali, cuba memujuk. Pertama kali dia melihat Fazlan menangis sebegitu.

“Aku...” kata-kata Fazlan terhenti tatkala Dahlea bertindak menolak dirinya menjauh. Matanya bulat melihat Dahlea mengelar leher sendiri.

“Lea!” Pantas, tubuh Dahlea yang mulai longlai disambut. Darah yang membuak-buak keluar leher Dahlea ditekup menggunakan tangan.

“Tuan Putera...” Lemah kedengaran suara Dahlea.

“Maafkan patik sebab tak setia. Patik harap... Tuan Putera akan lebih berwaspada. Hati-hati dengan setiap wajah. Wajah yang dipercayai, ada juga yang penuh pembohongan dan perbuatan kejam yang tersembunyi.” ujar Dahlea sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

“Lea... Bangun Lea.” Pipi Dahlea ditampar perlahan beberapa kali. Dia berharap gadis itu akan bangun dan tersenyum manis ke arahnya lalu mengatakan semua ini adalah mimpi. Realitinya terlalu memedihkan. Kini, dia faham apa yang David dan Ezra rasakan saat kehilangan orang dicintai.

“Sudah. Kita perlu kebumikan dia. Kau tak boleh berada dekat dengan dia.” Qhairil menarik tubuh Fazlan menjauhi Dahlea. Tindakan Fazlan yang tiba-tiba menolak kasar tubuh membuatkan Qhairil terundur beberapa langkah.

“Kenapa aku tak boleh dekat?” marah Fazlan. Bengang pula dengan Qhairil yang seakan hendak menghalang dirinya daripada menguruskan Dahlea.

“Dia telah melakukan kesalahan cubaan membunuh seorang raja. Kalau kau dekat dengan dia, aku bimbang kau akan dituduh berkomplot.” jelas Qhairil.

“Berkomplot huh? Aku tak kisah.”

“Kau bodoh atau apa? Tolonglah jangan buat hal. Musuh masih berada dalam istana. Kalau kau lemah, macam mana dengan kami? Macam mana dengan rakyat Xhandelion?” Ezra bersuara.

“Aku tahu kau sedih, tapi kita perlu bangkit. Selesaikan masalah yang berlaku dahulu sebelum lebih banyak nyawa terkorban.” ujar Qhairil.

“Siapa lelaki tu?” Engku Delisha yang berada di balkoni tingkat empat menyoal sendiri. Dia tidak dapat melihat dengan jelas wajah Qhairil kerana terlalu tertutup. Malah, sepasang matanya pun tidak kelihatan. Kalau jumpa depan-depan, agaknya mata sahaja yang terlihat.

“Dayang!” panggil Engku Delisha. Seorang dayang yang sentiasa mengikutinya lantas berjalan ke hadapan.

“Ya, Tuanku.” jawabnya.

“Arahkan seseorang, siasat identiti lelaki tu.” ujar Engku Delisha.

“Baik Tuanku.” balasnya lalu beredar.

•••

Pantulan wajah pada cermin dipandang dengan perasaan yang sukar ditafsirkan. Setitik air matanya menitis ke pipi. Melihat cermin rasanya seperti mengejek wajah diri sendiri. Parut hasil lecur di pipi terlihat sungguh hodoh dan memaksa dia memakai topeng berwarna perak pada wajah kirinya semata-mata untuk menutup parut tersebut.

“Puteri menangis lagi?” tegur dayang istana.

“Sampai bila beta harus hidup dengan wajah hodoh ini?”

“Puteri Ezlinda cantik. Parut ni cuma mencacatkan wajah puteri sedikit sahaja. Suatu hari nanti, pasti ada seseorang yang dapat melihat kecantikan puteri.” ujar dayang istana. Senyuman nipis dilorek.

“Esok... beta akan bertolak ke Xhandelion. Sudah tiada jalan lain untuk beta larikan diri ke?”

“Mahu larikan diri huh?” Satu suara menyoal sinis. Bunyi tapak kasut menghentak lantai semakin dekat kedengaran. Ezlinda sudah cuak mengenangkan nasib.

“Tak. Ezlinda tak fikir macam itu pun bonda.”

“Kau fikir kau dapat tipu aku?” Leher Ezlinda dicengkam kuat. Ezlinda meringis kesakitan tatkala kuku Ratu Adriana menusuk kulit lehernya.

“Aku akan pastikan, kau diiring dengan ketat dan selamat sampai di Xhandelion. Jangan harap nak terlepas!” Cengkaman pada leher Ezlinda dilepaskan, kemudian pipi Ezlinda ditepuk beberapa kali.

“Dayang! Jangan benarkan Puteri Ezlinda keluar dari kamar sehingga pagi esok.” ujar Ratu Adriana memberi arahan.

“Jadi, anak kesayangan bonda... jangan cuba melarikan diri dari sini. Buruk padahnya. Bersiap dan berkemas sekarang.” ujar Ratu Adriana lagi. Ezlinda hanya mampu menunduk memandang lantai. Kalau sudah itu yang bondanya katakan, maka yang itulah dia harus buat. Sudah tiada jalan keluar lagi.

“Bonda keluar dulu. Rehat baik-baik nanti.” Ratu Adriana terus beredar seusai habis berkata. Mendengar pintu ditutup rapat, Ezlinda terus memukul meja dengan kuat. Gigi diketap menahan rasa.

Continue Reading

You'll Also Like

747K 16.7K 20
Nadhira Sofea Bertahun lamanya dia menyimpan perasaan. Rasa yang membungakan hatinya. Rasa yang sangat indah hingga dia mencatat segalanya di setiap...
4.7K 100 66
ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… - Complete - " setia dengan saya hingga akhir nafas " Tengku Isma Mikhael Nur Iman Humaira Selepas selesai kes putus tunang...
120K 5.5K 55
COMPLETED Evans's Series [#2] Faiq Evans, lelaki yang terkenal dengan sifat misteri pada dirinya. Tiada siapa pun tahu tentang latar belakang keluarg...
22.4K 78 3
kisah ni menceritakan tentang kehidupan janda dan anak perempuan nya yang tinggal di kg