L A U R A [βœ“]

By hanileeya

297K 12.2K 619

Laura Hannaniah seorang gadis yang agak ceria, berumur 23 tahun tetapi memiliki sebuah kedai bunga peninggala... More

MY INTRO UNTUK YOU!
𝓩π“ͺ𝓬𝓱 𝔁 𝓛π“ͺ𝓾𝓻π“ͺ
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
π”Έπ•Ÿπ•Ÿπ• π•¦π•Ÿπ•”π•–π•žπ•–π•Ÿπ•₯ !

BAB 53

4.8K 210 29
By hanileeya

Majlis pernikahan Zach dan Bella sudah pun selesai, tetamu juga sudah perlahan lahan beransur pulang. Zach yang melihat tetamu sudah tiada itu mengambil keputusan untuk pulang ke rumah Zayn, nak tengok isterinya.

"Zach nak pergi mana?" Zach yang baru sahaja hendak melangkah keluar dari rumah itu terbantut kerana mama Bella menegurnya.

"Nak balik rumah Zayn." Zach menjawab dengan nada yang masih tenang.

"Buat apa? Bella kan ada dekat sini, atau Zach ada simpan perempuan lain belakang Bella?" Mama Bella mula bersyak wasangka, padahal Zach dah pernah bagitahu kepada wanita itu yang dia memang sudah berkahwin.

"Aunty let me remind you one more time, i am married. Your daughter is my second wife." Zach berkata tegas. Riak wajah mama Bella berubah, wanita itu terduduk memegang kepalanya.

"Mama!" Bella yang baru sahaja keluar dari dapur itu segera meluru ke arah mamanya yang terduduk, wajah tidak bersalah Zach dipandang.

"You buat apa dengan mama i!" Bella dengan tidak sengaja meninggikan suara kepada Zach. Seluruh ahli keluarga Zach menuju ke ruang tamu apabila mendengar kekecohan itu.

"Zayn jom, aku nak balik rumah kau." Tanpa mempedulikan soalan daripada Bella, Zach segera menapak keluar rumah, keretanya dituju lalu Zach memandu keluar dari perkarangan rumah itu. Zayn pula berlalu apabila sudah siap bersalaman bersama mama dan papanya.

Sampai sahaja di rumah Zayn, Zach segera turun dari kereta, tidak sabar dia ingin berjumpa dengan isterinya itu dan memujuk gadis itu.

"Laura!" Masuk sahaja ke dalam rumah, nama Laura dilaung kuat oleh Zach. Zayn hanya mengikut abangnya masuk ke dalam rumah lalu sofa dituju dan dia merehatkan badan di situ. Dibiarkan Zach pergi memujuk isterinya.

"Zayn! Zayn!" Zayn yang baru sahaja hendak terlelap mengerutkan dahinya apabila suara kuat dan nyaring milik Zach memanggilnya.

"Apa benda lah kau ni, terjerit jerit." Zayn menjeling Zach apabila lelaki itu sudah berdiri di hadapannya.

"Laura tak ada!" Wajah Zach jelas kelihatan risau dan takut, takut jikalau gadis itu pergi meninggalkannya.

Sekali lagi dahi milik Zayn berkerut. "Benda kau ni? Adalah kot dia dalam tandas, ke dekat dapur?" Zayn masih lagi tenang.

"Tak ada lah! Cuba lah call dia, aku call dia tak angkat!" Zach berkata dengan kasar, dia terlalu risau.

"Sabar jap." Zayn mengeluarkan telefonnya lalu nombor Laura ditekan, dia masih tidak percaya. Takkan lah gadis itu lari dari rumah pula.

"Tak dapat lah." Zayn memandang wajah serius dan risau milik Zach, sekarang Zayn dah mula risau. Mana lah pula kakak iparnya ini pergi. Zach yang gelisah itu dipandang.

"Kau duduk dulu, take a deep breath, aku yakin dia tak pergi jauh pun." Zayn mula menenangkan abangnya. Zach mengikut kata kata adiknya, mereka diam untuk beberapa minit.

Tanpa sedar air mata jantan milik Zach jatuh, Zayn yang melihatnya cukup terkejut, tak pernah dia melihat abangnya menangis.

"Zach." Zayn memanggil Zach yang duduk bertentangan dengannya perlahan. Tetapi Zach masih mendiamkan diri, tidak menjawab panggilan dari Zayn, kepalanya asyik memikirkan dimana keberadaan isterinya sekarang.

+++

Laura turun dari teksi yang dinaikinya setelah sampai ke destinasi yang hendak dituju, Laura tersenyum nipis walaupun hatinya sedang sakit memikirkan suaminya yang telah sah bersama dengan Bella. Dengan perlahan Laura melangkan kaki menuju ke rumah kayu yang kelihatan sedikit moden itu.

"Assalamualikum nenek!" Laura segera memeluk neneknya, Nek Yah dengan erat apabila wanita tua itu membuka pintu. Nek Yah merupakan ibu kepada mamanya, dan dia memang rapat dengan keluarga sebelah mamanya berbanding papa.

"Ya Allah cucu nenek, rindunya." Nek Yah membalas pelukan cucu kesayangannya erat.

"Amboi, bermadu kasih nampak." Suara itu membuatkan pelukan Laura dan Nek Yah terlerai. "Atok!" Laura berlari kecil memeluk erat atoknya atau lebih dikenali sebagai Tok Yah.

"Iyalah cucu atok ni, besar dah dia." Tok Yah memeluk erat cucunya itu. Setelah sekian lama, mereka pun meleraikan pelukan.

"Suami kamu mana Laura?" Nek Yah bertanya apabila dia hanya menjemput kelibat cucunya sahaja, cucu menantu tak ada.

"Abang Zach kerja lah nek, Laura ingat saja nak balik awal sebelum majlis tu, bosan duduk rumah, abang Zach pun tak ada dekat sini, dia ke luar negara." Laura menjawab, menipu tapi lancar, tak ada sekat sekat, tak apalah tipu sunat. Nek Yah hanya menganggukan kepalanya.

"Ha sudah, jom masuk, duduk depan pintu tak dapat apa, jom pergi dapur boleh makan. Nenek kamu ada masak sup ayam, kegemaran kamu kan, kebetulan pula." Tok Yah menarik perlahan tangan cucunya itu untuk bergerak ke dapur.

"Eh atok, biar Laura angkat beg tu dulu lah, tak kan nak biar je dekat depan pintu." Laura meleraikan perlahan tangan dia dan atoknya lalu berjalan ke arah bagnya terletak.

"Entah abang ni, tak kan nak suruh saya yang angkat." Nek Yah sudah tercebik bibirnya membuat Laura ketawa. Neneknya ini dah tua pun comel lagi.

"Ha yelah abang minta maaf, jom kita ke dapur, Laura lepas siap kemas baju, turun dapur ya." Tok Yah menarik lengan Nek Yah perlahan mengajaknya untuk ke dapur.

"Okay nenek, atok. Kejap lagi Laura turun ya." Laura menarik bagnya lalu masuk ke dalam sebuah bilik, biliknya sendiri. Atoknya memang menyediakan bilik untuknya kerana Laura yang kerap pulang ke kampung mamanya, tetapi dia hanya pergi seorang, papanya sibuk bekerja.

Laura segera menukar bajunya kepada baju yang lebih selesa, tudung bawal tidak lupa untuk disarung, iyalah sebagai langkah berjaga jaga, takut ada abang saudaranya yang datang balik. Lagi tiga minggu ada majlis perkahwinan saudara rapatnya, jadi alang alang memang dia dan Zach akan balik ke kampung dua hari sebelum majlis, baik dia balik awal. Jadi pada bila bila masa rumah kayu ini akan dipenuhi oleh saudara maranya.

Laura segera bergerak ke dapur apabila sudah siap semuanya. "Sup ayam, sedapnya!" Laura segera menarik kerusi lalu duduk di sebelah Nek Yah. Siapa sangka gadis itu makan dengan penuh berselera, siap bertambah lagi, gembira hari Tok Yah dan Nek Yah melihat cucu mereka yang satu ini.

"Kamu ni makan banyak sangat, berbadan dua ke Laura." Laura yang sedang menyuap nasi ke dalam mukut itu terhenti mendengar soalan Tok Yah.

Air masak diteguk, "Atok ni, macam mana atok tahu? Atok intip Laura eh?" Laura sengaja ingin bermain teka teki bersama atok dan neneknya.

"Ya Allah atok cakap je, betul ke?" Tok Yah masih keliru. Nek Yah pula sudah menarik senyuman lebar.

Laura tergelak kecil melihat reaksi atok dan neneknya. "Haah atok, nenek, Laura mengandung." Gembira dia melihat wajah kedua orang tua itu tersenyum gembira.

"Alhamdulillah!"

Continue Reading

You'll Also Like

234K 15.8K 62
[COMPLETED] Tengku Farish Iskandar. Pernah dikecewakan oleh bekas kekasih hatinya yang bernama NAURA INSYEERAH suatu ketika dahulu. Sejak kejadian it...
924K 31.1K 73
Kebahagiaan yang di bina akhirnya musnah apabila kemalangan menimpa isterinya. Beberapa bulan memegang title 'duda hot' akhirnya dia berkahwin juga b...
3.6K 305 30
Penyatuan yang tidak pernah disangka oleh seorang gadis bernama AlΓ©yya. Kejadian yang mengguris hatinya membuatkan dirinya berada didalam dilema. Al...
3M 266K 89
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...