Han Family

By smolbeanonaussieboi

185K 25.7K 58K

nak cakap awal-awal, ayat aku dalam ff ni berterabur sikit. tatabahasa, penjodoh bilangan semua ke laut. ༎ຶ‿༎... More

Intro + Intro Vid
Satu
Dua
Tiga
Empat
Lima
Enam
Tujuh
Lapan
Sembilan
Sepuluh
Sebelas
Dua belas
Tiga belas
Empat belas
Lima belas
Enam belas
Tujuh belas
Lapan belas
Sembilan belas
Dua puluh
Dua puluh satu
Dua puluh dua
Dua puluh tiga
Dua puluh empat
Dua puluh lima
Dua puluh enam
Dua puluh tujuh
Dua puluh lapan
Dua puluh sembilan
Tiga puluh
Tiga puluh satu
Tiga puluh dua
Tiga puluh tiga
Tiga puluh empat
Tiga puluh lima
Tiga puluh enam
Tiga puluh tujuh
Tiga puluh lapan
Tiga puluh sembilan
:(
𝒮𝓅ℯ𝒸𝒾𝒶𝓁 𝒞𝒽𝒶𝓅 : ℋ𝒶𝓁𝒾𝓂 𝒹𝒶𝓃 𝒰𝓂𝒶𝒾𝓇𝒶𝒽
Empat puluh
Empat puluh satu
Empat puluh dua
Empat puluh tiga
Empat puluh lima
Empat puluh enam
Empat puluh tujuh
Keluarga Kim dan Keluarga Lee
Empat puluh lapan
Empat puluh sembilan
Lima puluh
Lima puluh satu
Lima puluh dua
Lima puluh tiga
Lima puluh empat
Lima puluh lima
Lima puluh enam
Lima puluh tujuh
𝒮𝓅ℯ𝒸𝒾𝒶𝓁 𝒞𝒽𝒶𝓅 : ℛℴ𝓈𝓁𝒾 𝒹𝒶𝓃 ℳ𝒶𝒾𝓂𝓊𝓃𝒶𝒽
Lima puluh lapan
Lima puluh sembilan
Enam puluh
Enam puluh satu
Enam puluh dua
Enam puluh tiga
Enam puluh empat
Enam puluh lima
Enam puluh enam
Enam puluh tujuh
Enam puluh lapan
Enam puluh sembilan
Tujuh puluh
Tujuh puluh satu
Tujuh puluh dua (+plan tak jadi)
Tujuh puluh tiga
Tujuh puluh empat
Tujuh puluh lima
Tujuh puluh enam
Tujuh puluh tujuh
Tujuh puluh lapan
Tujuh puluh sembilan
Lapan puluh
Lapan puluh satu
𝒮𝓅ℯ𝒸𝒾𝒶𝓁 𝒸𝒽𝒶𝓅: ℳ𝒶𝒽𝓂ℴ𝒹 𝒹𝒶𝓃 ℳ𝒾𝓈𝓃𝒶𝒽
Lapan puluh dua
Lapan puluh tiga
Lapan puluh empat
Lapan puluh lima
Lapan puluh enam
Lapan puluh tujuh
Lapan puluh lapan
Lapan puluh sembilan
Sembilan puluh
Sembilan puluh satu
Sembilan puluh dua
Sembilan puluh tiga
Sembilan puluh empat
Sembilan puluh lima
Sembilan puluh enam
Sembilan puluh tujuh
Sembilan puluh lapan
Sembilan puluh sembilan
Seratus
Seratus satu
Special Chap!
Seratus dua
Seratus tiga
Seratus empat
Seratus lima
Seratus enam
Seratus tujuh
Seratus lapan
𝚂𝚞𝚛𝚊𝚝 𝚝𝚎𝚛𝚊𝚔𝚑𝚒𝚛 𝚞𝚗𝚝𝚞𝚔 𝚍𝚒𝚊
Sebab HF hiatus
Seratus sembilan
Seratus sepuluh
Seratus sebelas
Seratus dua belas
Seratus tiga belas
Seratus empat belas
Seratus lima belas
Seratus enam belas
Seratus tujuh belas
•••
Curious? Baca ni.
👻
Special Chapter

Empat puluh empat

1.3K 204 487
By smolbeanonaussieboi

"Kak, agak-agaklah nak tunjuk sweet sekalipun. Takkan sampai kau nak rantai laki kau sendiri dengan kau." tegur Kamal Kai. Minho menoleh ke arahnya dengan muka datar.

"Mal, tangan aku sebelah je tahu kena gari sebelah lagi rasanya masih mampu nak baling botol kicap kat kepala kau." balas Minho.

"Wuish, garangnya. Tapi kenapa kau dengan laki kau sampai bergari macam ni?" tanya Kamal Kai lagi. Minho menjeling Seungmin yang sedang sibuk menghembus hingus ke sapu tangan sebelum memandang Kamal Kai semula.

"Sebab dialah, mengada sangat dengan mak mentua aku. Dah mak mentua aku pergi gari dia kat aku." jawabnya. Kamal Kai mengangguk-angguk faham.

"Oh, by the way kau cari apa kak? Dari tadi berpusing-pusing satu kedai."

"Kau ada tukul besi tak?"

"ASTAGHFIRULLAH KAU NAK BUNUH SIAPA, KAK?!"

Seungmin menyedut hingusnya lalu bersuara.

"Dia nak bunuh ayam bapak kau."

"JANGAN! JANGAN BUNUH CHICKY NANTI BAPAK AKU NANGIS SELAMA LIMA HARI LIMA MALAM BERTEMPAT DI RUMAH AKU!" jerit Kamal Kai, Minho mencubit pinggang Seungmin.

"Kau jangan nak buat fitnahlah!" wanita itu memarahi suaminya, suka-suka sahaja Seungmin menuduhnya hendak membunuh ayam orang.

"Mal, aku nak pecahkan manga ni je." jawab Minho selepas itu. Kamal Kai terkebil-kebil.

"Lah, kak. Kan ada kunci buat apa nak pecahkan?"

"Biasalah dia kan takde otak." jawab Seungmin. Minho yang sudah geram dengan suaminya memilih untuk menarik rambut Seungmin.

"ADUH ADUH APA NI TARIK RAMBUT AKU?!"

"IKUT SEDAP KAU KE CAKAP AKU TAKDE OTAK! MACAMLAH KAU TU ADA OTAK!"

Seungmin menggunakan tangan kirinya yang tidak tergari untuk menarik rambut Minho. Jeritan daripada suami isteri itu telah membuat ramai orang memandang mereka aneh.

"Pak cik, diorang tu memang macam tu ke?" tanya Kamal Kai kepada Yongbok yang dari tadi duduk di sebelahnya sambil menonton video asmr menggunakan telefon Kamal Kai.

"Haah, nak. Pak cik pun dah penat sebenarnya nak buat ritual kat diorang, pak cik rasa diorang bukan kena sampuk setan tapi diorang sendiri yang setannya."

Ketika itulah Changbin dan rakan-rakannya masuk ke dalam kedai untuk membeli aiskrim milo, namun mereka terkedu apabila melihat Seungmin dan Minho sudah berguling-guling di lantai sambil saling menarik rambut.

"Aduh, diorang buat hal lagi." gumam Changbin, dia mundur dan menyorok di tepi rak bawang. Malu untuk menunjukkan muka di saat mak cik dan pak ciknya menjadi tontonan umum.

"Astaghfirullah, mak cik pak cik! Jangan bergusti kat sini, kat hujung taman sana ada tempat tuisyen gusti ha berlawan lah kat situ." ujar Chanhee.

"Masalah ekonomi rumahtangga apakah yang sedang berlaku kat sini ni?" tanya San, terkejut.

"Woi woi, sudahlah gaduh tu! Lari pelanggan aku nanti! Nak gaduh tu gaduhlah dalam bilik!" marah Kamal Kai, akhirnya pasangan tak berapa sejoli itu berhenti bergaduh walaupun rambut masing-masing sudah menyamai seperti penyapu lama Kamal Kai.

"Mak cik, dah kenapa mak cik gari pak cik ni? Takut pak cik jumpa dengan cikgu Aina ke?" tanya Hyungseo tanpa berfikir. Minho menatapnya dengan mata terjegil sehingga lelaki itu takut.

"Er t-takpelah, jangan jawab soalan s-saya tu."

Changbin keluar dari tempat persembunyian apabila pergaduhan tadi sudah selesai.

"Pak su, sudah-sudahlah tu gaduh dengan mak su. Penatlah Riz tengok."

"Dah tu jangan tengok." balas Seungmin. Dia ingin menuju ke tempat biskut tetapi rantai besi itu menahan dirinya.

"Mirah, aku nak pergi tempat biskut tu." kata Seungmin, cuba untuk berlembut.

"Dah tu pergilah."

"Jomlah, kau fikir kau tu ringan sangat ke sampai aku boleh nak seret kau?" sindir Seungmin. San menatap Seungmin dengan reaksi terkejut.

"Wuish, pak cik mengidam nak makan biskut ke?" tanya San.

"Mengidam apanya? Tak boleh ke aku nak makan biskut?"

"Yelah mana tahu tu tanda pak cik nak dapat anak." kata Chanhee pula. Seungmin dan Minho serentak memutarkan mata, bosan betul mereka dengar topik berkaitan anak.

"Tapi kan bila eh pak cik dengan mak cik nak dapat anak? Tak pernah practice nak cuba buat ke? Ke pak cik guna jadual berkala?" tanya Hyungseo, sekali lagi dia bertanya tanpa berfikir terlebih dahulu.

"EH BUDAK NI AKU DAH LAMA SABAR DENGAN KAU DARI TADI!" Minho mencabut seliparnya, Hyungseo pantas berlari untuk menyelamatkan diri dan juga kepala.

"ARGH AMPUN ACIK AMPUN!!!"

"AMPUN KEPALA BAPOK KAU! BISMILLAH BISMILLAH HEADSHOT!"

Buk!

"OH MY GOD, MY PRECIOUS HEAD!!!"

...

Hyunjun berjalan keluar dari perpustakaan awam. Gadis itu terlihat fokus membaca buku yang baru dipinjamnya tadi sehingga dia melanggar seseorang tanpa sengaja.

"Aduh!" gadis itu mengaduh sambil memegang kepala.

"Assalamualaikum, Diana." sapa lelaki berbaju biru yang bernama Harith Juyeon Lee dan berpangkat sebagai sarjana buaya muda.

"Waalaikumussalam, sorry abang Harith. Diana tak perasan ada orang ni ha sibuk sangat baca buku ni." ujar Hyunjun. Juyeon tersenyum.

"Tak apa, abang takkan pernah sanggup marah dekat malaikat indah macam Diana ni." ujar Juyeon, sisi buayanya sudah mula keluar. Hyunjun tersenyum kekok.

"Err... okey."

"Diana baca buku apa tu?" tanya Juyeon, sekarang dia dan Hyunjun berjalan beriringan menuju ke pondok menunggu bas. Hyunjun tersenyum.

"Buku The Cat in the Hat, best ceritanya." jawab Hyunjun, kulit buku yang memiliki gambar sebuah karakter kucing ditunjukkan kepada Juyeon.

"Oh, Diana lapar?" tanya Juyeon. Hyunjun sedikit bingung, tiba-tiba sahaja lelaki ini bertanya tentang topik lain.

"Eum, tak sangat. Kenapa?"

"Abang ingatkan nak ajak Diana makan sebab abang lapar hehe." ujar Juyeon sambil menggaru belakang tengkuk.

"Sorry, abang Harith. Tapi Diana dah janji dengan abang Farish yang kitorang nak makan sama-sama nanti." tolak Hyunjun.

Hati jantan Juyeon terluka apabila ajakannya ditolak oleh pujaan hati. Terlebih lagi ketika Hyunjun menyebut nama lelaki yang berani-beraninya merampas pujaan hati Juyeon tanpa rasa bersalah.

"Oh, tak apalah kalau macam tu. Kalau lain kali boleh?" tidak mahu mengalah, Juyeon kembali mencuba nasib.

"Boleh boleh, asalkan Diana tak ada hal lain lah." Hyunjun melihat bas awam sudah menghampiri mereka.

"Abang Harith nak naik bas juga ke?" tanyanya.

"Eh tak, abang nak settlekan hal abang dulu."

"Oh kalau macam tu Diana pergi dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Juyeon memerhatikan Hyunjun memasuki bas sehingga bayangan bas sudah menghilang.

Juyeon melompat sambil bersorak girang.

"Yeay, aku dapat lunch sesama dengan Diana! Yahoo akhirnya first lunch bersama pujaan hati kanda!"

"Woi, akhlak tu eloklah sikit!" sergah sebuah suara membuat Juyeon menjerit dengan suara terkepit.

"Argh!!!"

"Dah kenapa jerit macam Sajat keguguran?" marah suara itu pula, Juyeon bercekak pinggang.

"Adumak, kau rupanya!" marah Juyeon. Doyeon berdecih.

"Kau buat apa kat sini?" tanya Juyeon.

"Wei, Harith. Aku rasa aku kena tingkatkan ilmu akulah, kesetiaan Farish terlalu kebal. Aku tak boleh nak tawan hati dia." kata Doyeon. Juyeon mengusap dagunya, dia setuju yang Yeosang adalah lelaki yang tidak mudah jatuh dalam perangkap kata-kata manis buaya.

"Hm, tulah aku pun rasa aku kena tingkatkan ilmu aku. Mungkin kena naik ke phd sebab aku kena pastikan Diana jadi milik aku buat selamanya."

Doyeon mengangguk-angguk.

"Jangan risau, aku dah call master kita." kata gadis itu.

"Siapa? Daddy croco?"

"Tak, kau lupa ke yang daddy croco kan selalu busy."

"Habis tu?"

Derapan kaki mendekati mereka, seorang lelaki berpakaian penuh bergaya berserta memakai kaca mata hitam. Juyeon dan Doyeon memusingkan badan mereka.

"Ha dah sampai pun master kita." ujar Doyeon. Lelaki misteri itu akhirnya bersuara

"Jangan risau, sahabat duniawiku. Ikmal croco sedia untuk mencurahkan ilmu kepada sahabat-sahabat buaya sekalian."

Wooyoung menyeringai.

Continue Reading

You'll Also Like

6K 844 10
❝ he is actually good but people always think badly -❞
51.3K 6.1K 25
❝ duda berjiwa teruna! ❞ ㅡ 13 orang bapak tunggal yang terhangat di Korea Selatan bersatu di dalam sebuah kelab sosial. ➤ completed
267K 24.5K 200
COMPLETE sambungan dari LHS dan LHS 2 Start: 9/10/19 End: 10/6/20 ©Cover by: @windymoon_
762 69 9
Saya akan ubah skrip sebelum ni di TREASURE VAMPIRE 2 ye.. saya akan sambung TREASURE VAMPIRE 2 sekiranya TREASURE VAMPIRE 1 ni mencecah 1k View. TER...