The Royal Asmaraloka ⓒ

By yourmawar

41.9K 6K 2K

❝Welcome to El Castillo, milady.❞ Leanore Estrella hanyalah seorang pembuat roti di desa. Apa yang aneh adala... More

اَلْمُقَدِّمَهْ
Guidance
١ | Baker
٢ | Home Sweet Home
٣ | Naughty
٤ | Jealousy, Jealousy
٥ | The Day
٦ | Larga Vida
٧ | Detention
٨ | Vengeance
٩ | Danger
١٠ | Punishment
١١ | Secret And Lies
١٢ | Sweet Kiss
١٣ | His Intention
١٤ | Pregnant
١٥ | Who Is She?
١٦ | Investigate
١٧ | The Ball
١٨ | Love Fever
١٩ | Her Lover
٢٠ | Forever
٢١ | Game Without Name
٢٣ | Truth About Fiona
٢٤ | Truth About The Past
٢٥ | Surprise
٢٦ | Change The Rules
٢٧ | Strange Dream
٢٨ | Behind The Mask
٢٩ | Moment Of Truth
٣٠ | What's Up, Mia
٣١ | Run For Lyfers
٣٢ | Forbidden Way
٣٣ | In-between Dream and Reality
٣٤ | Fall Before Rise
٣٥ | Love Or Live
٣٦ | Hard To Kill
٣٧ | Twisted Tale
٣٨ | Gloria Regali
اَلْخَاتِمَة
QnA with Mawar

٢٢ | Pregnant 2.0

818 108 38
By yourmawar

Aku percaya bukan hanya aku seorang yang sedar perubahan aku. Emosilah perubahan paling ketara yang aku perasan. Dan kerana itulah, aku berada di ruang medik saat ini.

Aku gigit bibir sendiri. Feyrose tersengih melihat aku yang keresahan. Dia tabib istana yang baru sahaja mencampurkan urin aku dengan wine untuk memeriksa sama ada aku hamil atau tidak.

Feyrose melabuhkan punggungnya di sebelahku. Di tangannya ada mangkuk yang tertutup oleh kain. Mangkuk tersebut berisi campuran urin dan wine tadi. "Tuanku dah bersedia?" soalnya sambil tersenyum ceria.

Pertanyaannya buat aku tarik nafas dalam-dalam. Okay, sedia. "Apa keputusannya?" soalku tak mahu berlengah lagi.

Kain yang melindungi mangkuk diangkat. "Warna urin berubah. Itu tandanya tuanku sah hamil." Feyrose menghulur senyuman lebar buatku.

Aku terkedu. Aku tak salah dengar kan?

"Be... benarkah apa yang beta dengar ini, Feyrose?" Aku menyoal. Masih terkejut.

"Benar, Tuanku. Kandungan Tuanku sudah cecah dua minggu."

Aku tekup wajahku, menangis di situ. Denzell, patutlah isteri awak lain macam kebelakangan ini. Isteri awak mengandung rupanya!

"Seperti sekarang, Tuanku memang akan kerap alami perubahan emosi. Mudah tersentuh, mudah marah. Tuanku akan mula rasa sengal bahagian belakang badan, pinggang. Tak lupa juga, rasa pening, ingin pitam dan mual," jelas Feyrose panjang lebar.

Aku kesat air mata lantas mengangkat kepala. "Ada apa-apa yang beta tak boleh makan ke?"

"Keju dan alkohol. Ada banyak lagi tapi hanya dua bahan ini saja yang cef Tony selalu hidangkan."

Aku mengangguk faham. Ingat itu, Lea. Tak boleh makan keju, makanan yang ada alkohol dan minum air beralkohol. Tak elok untuk anak kau.

Bahu Feyrose aku pegang sambil mata menatap dia. "Feyrose, janji dengan beta kamu takkan beritahu sesiapa tentang kandungan ini. Termasuklah baginda Denzell."

Jangan salah faham. Aku nak mereka tahu dari aku sendiri. Terutama sekali suami aku, Denzell.

Feyrose mengangguk. "Baik, Tuanku." Siapalah dia nak mempersoal perintah maharaninya?

+

Aku keluar dari bilik Feyrose setelah dia selesai memberi nasihat untuk aku yang baru saja disahkan hamil. Aku yang mahu membelok untuk menuruni tangga terhenti saat Denzell tiba-tiba muncul menerpa bahuku.

"Sayang, puas aku cari kau." Wajahnya masam. Mungkin letih berpusing satu istana mencari aku.

Bibirku automatik tersengih. "Hehe, maaf." Aku mula menuruni anak tangga penuh berhati-hati. Sudahlah banyak anak tangga. Ini kalau tersilap langkah mahu gugur kandungan aku.

"Kau buat apa di tingkat tiga?" Denzell bertanya. Setahu dia tiada apa-apa yang menarik di tingkat itu. Hanya ada ruang belajar, ruang medik, perpustakaan dan kolam renang peribadi.

"Saya saja teroka satu istana," jawabku ringkas berharap dia akan terima alasanku.

Dahi Denzell berkerut. "Pelik. Ada apa sampai kau tiba-tiba nak teroka istana?" Dia menghidu sesuatu yang asing pada jawapanku.

Aku sekadar menggeleng. Aku tak mahu dia tahu soal kandungan aku dalam waktu terdekat ini. Mungkin bila kandungan dah cecah empat minggu baru aku uar-uarkan.

"Bonda dengan ayahanda tengah tunggu kita di ruang perjumpaan. Ada yang mereka mahu sampaikan."

Keningku terangkat. Jarang sekali ayahanda dan bonda mahu kami berkumpul.

Aku menoleh sekilas ke arah Denzell. "Awak tahu kenapa?"

"Setiap tahun, akan ada satu waktu ayahanda keluar berlayar ke empayar lain. Selalunya selepas tiga bulan baru ayahanda pulang. Mungkin itu yang mahu dibincangkan." Denzell mengangkat bahu. Dia juga meragui tekaannya. Entah benar entah tidak.

"Ayahanda buat apa keluar berlayar?" Mesti ada sebab.

"It's the only way he can escape from bonda. You know how they hate each other."

Aku mencebik lantas mengangguk. "Make sense."

Setelah itu, perjalanan menuju ke ruang perjumpaan hanya bertemankan bunyi tapak kasut bertemu lantai. Kami tiba di ruang perjumpaan yang terletak di tingkat satu.

Aku dan Denzell menunduk. "Bonda, ayahanda." Kami menyapa High Lord Damian dan High Lady Anastasia. Masing-masing berwajah tegang tanpa senyuman.

"Sit," arah High Lady Anastasia.

Aku dan Denzell bergerak ke tempat masing-masing. Dia di hujung kiri, aku di hujung kanan.

"Ayahanda ajak semua berkumpul hari ini kerana ada perkara yang ayahanda mahu sampaikan." High Lord Damian mula berbicara selepas kami duduk.

Aku menegakkan posisi duduk lalu belakang badan disandarkan pada kerusi.

"Ayahanda akan keluar berlayar pada esok hari ke empayar Grucaelum."

Ekor mataku menangkap High Lady Anastasia yang merenungku tajam. Entah apa lagilah yang dia tak puas hati dengan aku.

"Berapa lama ayahanda akan pergi?"

Mataku beralih pada Denzell saat soalan itu terpacul dari mulutnya.

"Paling lama 3 bulan."

Mata Denzell menyorot ke aku. Dia mengangkat sebelah kening. See? Benarkan apa yang dia bilang di tangga tadi? Aku membalas dengan senyuman nipis sahaja.

"Sudah? Itu saja yang kakanda mahu bilang?" High Lady Anastasia bersuara bersahaja. Dia menatap High Lord Damian dengan pandangan datar tanpa emosi.

High Lord Damian tak mengendahkan High Lady Anastasia. Dia memandang aku dan Denzell silih berganti. "Denzell, Estrella." Dia memanggil.

"Ya, ayahanda," sahut kami serentak sambil merenung High Lord Damian. Menanti apa yang ingin disampaikannya.

"Bercinta boleh tapi jangan lupa anakanda berdua ada empayar untuk dijaga."

Kami mengangguk faham sementara High Lady Anastasia menggulingkan matanya meluat.

"Pastikan keadaan empayar sempurna ketika ayahanda pulang. Boleh bersurai."

High Lady Anastasialah yang paling teruja nak keluar dari ruang perjumpaan. Namun, dia dihentikan oleh High Lord Damian.

"Anastasia, tunggu. Kakanda mahu bercakap dengan adinda."

Aku dan Denzell pantas melangkah keluar dari ruang perjumpaan. Pintu ditutup oleh High Lord Damian supaya perbualan dia dan isterinya tak didengari sesiapa.

Denzell yang memberi isyarat supaya kami pergi dari situ tak diendah. Malah, aku lekapkan lagi telinga pada pintu.

"Perlu ke nak berkata kasar dengan aku depan mereka?"

"Mereka sudah lama tahu tentang kita. Tiada apa yang perlu kau risaukan."

"Tak boleh ke berpura-pura sekejap? Kau nak ke semua tahu kita bagaimana?"

"Estrella." Denzell memanggil dari belakang.

Aku berpaling. Wajahnya jelas tak suka aku mencuri-curi dengar pergaduhan bonda dan ayahanda. Aku garu tepi telinga sambil tersengih.

"Jom pergi makan. Kau tak makan lagi hari ini kan?" Denzell menghulur tangannya lantas aku sambut. Terasa hangat tapak tangannya menggenggam tangan kecilku.

Aku mengangguk. Tika ini, aku mengikut saja langkah yang dibawa oleh Denzell. Pergaduhan antara ayahanda dan bonda bermain di fikiranku. Benarlah kata Denzell. Kemesraan mereka hanyalah sebuah kepuraan.

+

Petang sehingga ke larut malam, kami hanya menghabiskan waktu di dalam bilikku. Berbual-bual soal pengalaman sepanjang 25 tahun Denzell hidup sehinggalah tiba waktu tidur.

"Wife, close your eyes," arah Denzell tiba-tiba.

Dahi bersihku serta-merta menghasilkan kerutan. Aku hairan. "Nak buat apa?" soalku.

"You will know but you need to close your eyes first."

Ternampak dia menyembunyikan tangan kanannya di belakang badan, aku memicingkan mata. "Awak sembunyi apa?"

Denzell melepaskan keluhan. "Please. Just close your eyes." Nampak sangat pasrah dengan aku yang banyak soal.

"Awak jangan macam-macam..."

"Now is not the time to blabber, honey boo. Hurry up, close your eyes." Dia memintas sebelum sempat aku membebel.

Aku mengeluh pasrah. "Fine." Mata aku pejam rapat.

Tak lama setelah itu, terasa ada sesuatu yang tergantung pada leherku.

"Okay, dah."

Perlahan-lahan aku mencelikkan mata. Aku menunduk, merenung leherku yang kini dihiasi sekalung rantai loket berbentuk bintang. Aku menyentuh bintang tersebut. Cantiknya, getusku.

Denzell tersengih kecil menatap aku yang terpana. "Sesuai dengan nama kau. Leanore Estrella, a shining star."

Aku angkat kepala selepas Denzell selesai menjelaskan.

"Untuk apa rantai ni?" soalku bingung. Takkanlah hadiah hari jadi. Hari jadi aku lambat lagi.

"Ada censor tertanam dalam loket tu. Incase kau hilang macam Alex, aku boleh kesan keberadaan kau."

Aku terdiam sendiri. Incase aku hilang? Memang keluarga Rothschild ada musuh atau apa? Keluargaku dan Alex yang tidak bersalah juga sampai sekarang tidak ditemukan.

"584520."

Lamunanku mati mendengarkan nombor asing itu.

"Apa tu?"

Denzell tak membalas. Dia bangkit dari katil. Aku memerhati saja dia yang mula memadamkan lampu serta menghidupkan lilin-lilin kecil.

"Awak, apa maksud nombor-nombor tadi tu?" Aku bertanya lagi setelah dia berbaring di atas katil.

"Nothing. Jom sleep." Denzell mula menarik aku untuk baring di sebelahnya.

Aku mengeraskan tubuh, berkeras mahukan jawapan kepada soalanku. "Not until you tell me."

Denzell meraup wajahnya. "Wife, please. Your hubby is sleepy." Dia berkata, berharap isterinya akan memahami.

"You know I have no patience." Aku terus-terusan memaksa. Aku perlukan jawapan. Siapa tahu dia kutuk aku guna bahasa nombor ke?

"I will tell you sooner. Jom sleep."

Aku memandangnya tajam walaupun aku tahu dia tak dapat melihat wajahku dengan jelas dek kegelapan yang menguasai ruang bilik.

"Sleep je, janji jangan buat apa apa dekat saya." Sempat lagi aku memberi amaran.

Denzell berdecit halus. "Dah buat pun haritu kau nak gelabah apa?" Dia membetulkan selimut yang menutup tubuhnya. Kesejukan angin malam itu terasa sehingga ke tulang.

Aku menggulingkan bola mata. "Mana tahu awak ni gila se..."

"Wife is not allowed to say forbidden words. Now, sleep."

Lenganku ditarik kuat dan aku terjatuh ke atas katil. Aku mendengus. "Perlahan-lahanlah sikit!" bentakku. Kalau apa-apa jadi kat kandungan saya, saya potong tangan awak. Kata-kata itu hanya mampu terucap dalam hati.

Aku baring membelakangi Denzell. Marah ini marah!

Terasa ada tangan melingkari pinggangku. Tangan itu menarik aku merapatinya.

"I'm sorry. Janganlah marah-marah. Tak comel nanti," bisiknya lembut dekat di telingaku.

Aku gigit bibir sendiri. Benarlah apa yang dibilang Feyrose. Aku akan mudah tersentuh. Juga mudah terpujuk.

"Selamat lena, sayang. Mimpikan aku."

Ringkas pesanannya tapi berjaya menyentuh perasaan.

Selamat lena, awak.

+

Nak tahu lebih lanjut pasal kaedah yang tabib Feyrose gunakan untuk check pregnancy tu? Bukalah chapter Guidance.

Continue Reading

You'll Also Like

Cinta, 1942 By elvrosethrones

Historical Fiction

2.8K 455 3
2025: seorang doktor forensik. sebuah rumah berhantu dan... Masa lalu. 1942: Seorang gadis Melayu-Jawa, Jatuh cinta dengan seorang Jeneral Jepun di...
3.5M 162K 61
Ini tak kelakar! ego seorang Nur Hani Syuhada tercalar kerana hadirnya manusia bernama Ahmad Irfan! Hani benci Irfan! tapi... dalam masa yang sama di...
1.6K 293 25
SAKINAH... yang perkahwinannya diaturkan atas sebab mahu menjaga keturunan.
479K 40.6K 98
Farish, Ariffin, Syafiq dan pasangan kembar Dani dan Danish. Para jejaka idaman kolej seni, Kolej Akustika. Kesemua prince charming tersebut normal...