[C] π’π”π‘π•πˆπ•πŽπ‘π’ : 𝐓𝐇...

By gyurodite

10.1K 2.1K 18.3K

[ completed malay applyfic] ❝ Sejujurnya, aku sudah lupa muka keluarga aku. ❞ Virus misteri yang secara tiba... More

ι … βŒͺphase II
ο½’ яυℓєѕ ο½£
ο½’ Ρ•β„“ΟƒΡ‚ ο½£
ο½’ fσям ο½£
00 : Saviours
00 : Minors
βš› : Explanation
01 : a bitter goodbye
02 : unknown
03 : I know
04 : trap
05 : cranks
06 : blood(y) Hell !
07 : he is Your Brother
08 : this girl
09 : weak
10 : suicide attempt
11 : something wrong
12 : tell me
13 : escape
7 Deadly Sins
14 : benvenuto a casa
15 : glade
16 : I the one who was left behind.
17 : new life , new love
18 : the story of us
19 : out of control.
20 : all I need is trust
21 : sad and regret
22 : strange voice
23 : god, please protect her.
24 : we had no choice.
25 : seriously !
26 : trust issues.
27 : Park Areum
28 : I will help you , I promise.
29 : 2049 news
30 : they know everything
31 : flashback
32 : launch attack
33 : a bitter goodbye pt.2
34 : suprising hologram
35 : let her rest
36 : thank you
37 : watch and learn
38 : should we go?
39 : bad mood
40 : confusion
41 : there's more?
42 : Between death and trust.
43 : julian's nightmare
44 : the happening
45 : not aware
46 : side characters.
47 : unbearable truth
48 : awake from a nightmare
50 : tears of sacrifice
epilogue : end of phase II
s u r v i v o r s

49 : 3006

37 8 29
By gyurodite

long chapter : 2807 words

Kelopak mata Jungkook terbuka perlahan. Nafas ditarik sedalam yang mungkin lalu dipaksa seluruh tubuhnya untuk bergerak.

"Jane.." Jungkook cuba bangun, namun mungkin kerana rohnya tidak sepenuhnya lagi kembali ke badan, lelaki itu hanya mampu merenung sekelilingnya sahaja.

Sakit. Kebas. Penat. Risau.

Itulah apa yang dirasai Jungkook sekarang.

"Jungkook!" Mingyu membuka pintu kaca yang masih tertutup itu lalu ditampar wajah Jungkook sekuat yang mungkin.

"Janice!" Jungkook terduduk saat rohnya seakan menghentak tubuhnya sendiri.

"Aku tak jumpa Janice lagi." kata Mingyu sambil mencabut wayar yang dilekatkan di dada dan kepala Jungkook. Jungkook memerhati sekelilingnya yang hanya dihiasi dengan warna putih. Jungkook masih memproses apa yang terjadi.

Jungkook sedikit terperanjat saat baju yang dilempar oleh Mingyu terkena tepat pada wajahnya.

"Pakai cepat, aku tak rasa kau nak stay sini lama-lama." kata Mingyu sebelum lelaki tinggi itu kembali bergerak, mencari sesuatu.

"Mana yang lain?" soal Jungkook sambil menyarungkan t-shirt yang berwarna putih ke tubuhnya. Mingyu menarik nafas sedalam yang mungkin sebelum lelaki itu pusing menghadap Jungkook semula. Jungkook hanya merenung anak mata Mingyu yang mengelirukan itu. Cuba mencari jawapan namun gagal kerana mata lelaki itu susah untuk dibaca.

"Ramai Jungkook." kata Mingyu sebaik sahaja lelaki itu menghentikan perbuatannya yang sedang mencari itu. Jungkook sekali lagi merenung anak mata Mingyu sedalam yang mungkin, cuba mencari jawapan bagi persoalannya.

"Bukan kita sahaja yang survive."

•••

Seluruh wajah Kiara pucat, bibir gadis itu pecah manakala matanya sedikit membengkak.

"Dont." tutur Kiara saat pihak lawannya sudah tersenyum gila sambil memegang pisau. Kedua-dua mereka nampak seperti mayat hidup.

Both of them are broken actually. One are the victim while another was unaware of what she had done

"Sial." getus hati kecil Kiara saat tiada sebarang senjata pun yang mampu dia gunakan. Sumpah, dia berada di dalam keadaan yang paling lemah dia pernah merasai selama hidupnya.

"Disebabkan kau, Iris mati." dahi Kiara berkerut hebat.

Iris? Siapa Iris? Siapa dia? Siapa aku?

"Kau tak patut hidup Kiara." kata gadis yang berada di hadapan Kiara. Wajah yang seperti mayat hidup serta air mata yang berjurai menambahkan lagi ketakutan dalam diri Kiara.

"Aku tak akan pernah maafkan kau." itu merupakan kata-kata terakhir gadis gila tadi sebelum dia bertindak untuk menikam Kiara. Kiara memejamkan matanya serapat yang mungkin, namun akibat terlalu lama menunggu, Kiara kembali membuka mata.

Gadis tadi sudah jatuh melutut di hadapan Kiara akibat tertusuk tombak yang panjang.

"Kiara..." belum sempat Kiara menoleh, tubuh gadis bertuah itu sudah pun didakap erat oleh Hoseok.

"I waited." Kiara merehatkan kepalanya di bahu Hoseok lalu dipejamkan kembali matanya. Sebaik sahaja mata Kiara tertutup, air matanya mula menitis membasahi baju putih Hoseok.

"Good job, Kiara." balas Hoseok sambil mengusap rambut panjang Kiara.

"You did well, love."

•••

Astrid mengisi semula peluru ke dalam pistol yang dipegang lalu gadis itu menarik nafas sedalam yang mungkin sebelum kembali membuka langkah, membawa diri jauh dari kawasan yang penuh dengan manusia yang sudah naik gila itu.

Sejak dia tersedar dari mimpi tadi, keadaan sekelilngnya telah pun menjadi kucar kacir. Semua orang tak ubah seperti mayat hidup yang agresif sehinggakan ramai yang tercedera dan juga terkorban.

"God please.." tubuh Astrid terasa lemah. Dari tadi, tiada seorang pun yang dia kenali bertembung dengannya. Astrid juga buntu, dengan keadaan yang lemah seperti ini, dia langsung tidak dapat berfikiran waras mahupun mencari jalan penyelesaian.

"Astrid?" Astrid mendonggak memandang figura lelaki yang tidak jauh dari tempatnya bersembunyi.

"Seokjin?" Astrid berlari selaju yang mungkin ke arah Seokjin dan begitu juga dengan lelaki itu. Oleh kerana kedua-dua mereka terlalu bersyukur akan kehadiran masing-masing, Astrid selamat mendarat ke dalam pelukan Seokjin.

"Oh my god, I'm fucking glad to see you here." Astrid mengeratkan pelukan lalu diusap lembut belakang tubuh Seokjin.

"Me too, are you okay?" Astrid mengangguk laju. Sekali-sekala dipandang sekelilingnya, takut jika ada yang ingin menyerang mereka.

"Kita kena cari yang lain sebelum terlambat." Seokjin memegang erat tangan Astrid lalu lelaki itu memimpin Astrid keluar dari situ.

•••

J-ae bersembunyi di sebalik tiang dengan bersenjatakan dagger miliknya. Mata helangnya tajam memerhati pembunuhan yang berlaku lebih kurang 250 meter jauh dari tempat gadis itu menyorok.

Seorang wanita berambut panjang dan berkulit putih pucat duduk di atas pingang seorang lelaki berkulit tan yang sudah terlantang baring di atas lantai sejuk.

Yes.

Ouh, percayalah J-ae juga lebih mengharapkan mereka berdua melakukan detik asmara di situ berbanding dengan apa yang dia lihat sekarang, ia jauh lebih jijik.

Si wanita tidak berhenti menghayun batu bata berwarna putih tersebut ke arah wajah lelaki yang sudah tidak bernyawa itu. Si wanita menghentak-hentak sehingga berkecai tengkorak si lelaki, hanya tulang mandible si lelaki sahaja yang tersisa. Itu pun penuh belumuran darah dan kulit luarnya terkoyak. 

Oh tuhan, apa yang sudah jadi?

Sebaik sahaja J-ae sedar, dia berada di dalam sebuah peti kaca berwarna putih. Banyak wayar yang berselerak di kepala dan juga dadanya.

Kepenatan? sudah tentu, hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana dia cuba bangun dan kuatkan dirinya yang seperti di bawah pengaruh dadah itu.

Apa yang dia tahu, semua manusia di sini tidak boleh dipercayai dan semuanya sudah gila! Tempat ini terlalu besar, sehinggakan dia masih tidak menjumpai rakan-rakannya yang lain lagi. Hampir sahaja berputus-asa namun dia juga tidak rela untuk mati di tangan manusia-manusia gila ini. Oleh itu, J-ae terus berlawan dan terus bertahan.

"J-ae." akibat masih dalam trauma dan ketakutan, J-ae bertindak dengan pantas. Laju J-ae menghalakan dagger di tangan ke leher jinjang gadis yang menyentuh bahunya. Sebelah tangan lagi menolak dan mengunci tubuh gadis malang itu ke dinding.

"J-ae, ni aku." kata Akeira perlahan. Akeira bersimpati terhadap rakannya yang masih dalam trauma itu. Bengis sungguh wajah J-ae, seluruh tubuh J-ae menggigil hebat namun kekuatan J-ae masih tidak dapat ditandingi.

Wajah bengis tadi perlahan-lahan berubah lega. Mata pula sudah basah dengan cecair jernih yang terbit akibat emosi yang tidak tertahan.

"Kei." J-ae mendakap erat tubuh Akeira. Bersyukur kerana sahabatnya masih hidup dan berjaya menemuinya di saat gentir seperti ini.

"J-ae kau tak sepatutnya duduk sahaja dekat sini. Kau kena keluar dari tempat ni dengan kawan-kawan kau yang lain." Kata J-ae sebaik sahaja pelukan dilepaskan.

"Aku tak jumpa mereka pun dan aku tak tahu apa patut aku buat. Aku takut Kei, semua orang dah gila." balas J-ae.

"Sebab mereka ingat J-ae."

"Aku pun ingatlah apa yang jadi sebelum ni! Dream simulation bagai tu, aku ingat!"

"Bila aku kata mereka ingat, aku tak maksudkan dream simulation, J-ae. Crystal clear yang kau tak tahu pun apa yang sedang berlaku." kata-kata Akeira membuatkan J-ae sedikit marah.

Sudah tentulah dia tidak tahu apa-apa. Kalau tidak dia tahulah apa yang dia perlu lakukan.

"Mereka ingat semuanya, apa yang jadi pada dunia, pada keluarga mereka dan pada diri sendiri." terang Akeira lagi.

"Hanya sebab itu sahaja ke mereka bertindak sampai macam ini sekali?" bidas J-ae tanpa berfikir terlebih dahulu kerana terlalu ikutkan emosi.

Akeira?

Hanya tersenyum hambar. Oh J-ae, kalaulah engkau tahu apa yang kau telah lakukan, sudah semestinya kau tidak akan membuka mulut lagi buat selama-lamanya.

"Aku harap kau tak ingat apa yang sudah jadi pada kita, J-ae." ucap Akeira dengan ikhlas. Dia terlalu sayangkan J-ae dan tidak mahu gadis itu rasa apa yang manusia gila ini rasa. Akeira juga bukan manusia yang mendoakan kesengsaraan buat orang lain. Tambahan pula J-ae dalam keadaan yang tidak stabil lagi, sudah tentu gadis itu tidak fikir jauh.

J-ae pula? Hampir terhenti detak jantungnya, bagaikan ditampar dengan kata-kata Akeira. Terus dia fikirkan semula kata-katanya tadi, tapi itulah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

"Kau ingat?" J-ae menyoal. Akeira pula hanya tersenyum.

"Everything." rasa bersalah mula menyelembungi J-ae. Ah, itulah kau, memanglah tiada manusia yang menyesal sebelum tapi susah sangatkah berfikir dahulu sebelum nak lontarkan apa apa yang difikirkan?

"See, kau tak bunuh orang pun!" Ego, tidak mahu kalah. Sekali lagi J-ae melontarkan isi hatinya tanpa berfikir panjang.

"Siapa kata aku tak bunuh orang?" wajah Akeira berkerut sedih namun tiada tanda pun yang mengatakan bahawa gadis itu akan menangis.

"Dan siapa kata kau tak pernah membunuh, J-ae?" tidak perlu ditikam ataupun ditembak mati. J-ae telah pun mati sepenuhnya saat suara Jimin menyapa gegendang telinganya.

•••

Yoongi melepaskan lima das peluru. Satu di perut, satu di peha, dua di jantung dan satu lagi tepat di kepala.

Bukan apa, dia cuma mahu pastikan lelaki yang cuba memperkosa Haera tadi mati dan tidak mampu bangkit semula. Yoongi menarik nafas sedalam yang mungkin sebelum kembali memandang Haera yang terbaring lemah di lantai putih licin tersebut.

Yoongi seakan-akan baru tersedar sesuatu. Kenapa dia terlalu marah sehingga bertindak luar kawalan? Dirinya akui, dia begitu baran saat melihat kepala Haera dihentak saat gadis itu meronta meminta tolong.

You know....  rasa protective?

Tidak mungkinlah dia ada perasaan pada Haera kerana dia hanya mencintai Astrid seorang sahaja sepanjang hidupnya.

Ah, apa yang dia fikirkan ni? Dalam keadaan yang gentir seperti ini pun sempat lagi dia fikirkan tentang cinta? Yoongi mengeleng perlahan lalu membuka langkah menuju ke arah Haera yang masih tidak serdarkan diri.

Yoongi melutut lalu ditarik Haera ke dalam pelukannya. Oleh kerana baju Haera koyak rabak terutama sekali di bahagian dadanya, Yoongi menanggalkan jaket lalu menayarungkan jaket yang dijumpainya ke tubuh kaku Haera.

Yoongi keliru dengan perasaan yang dia rasakan ketika ini? Tidak pernah dia merasai perasaan yang sebegini rupa.

Pedih, risau, marah, takut, sedih..

Tapi tiada rasa cinta seperti mana perasaannya pada Astrid?

Apa ni?

Keliru lelaki itu dibuatnya.

Apa-apa sahajalah, yang paling penting sekarang ini dia harus mencari rakan-rakan yang lain.

•••

Julian, Namjoon, Arin dan Areum duduk tersadai akibat kepenatan. Julian dan Arin tersadai bersebelahan, tidak ubah seperti mayat yang lain. Rambut kusut Arin lebih menakutkan daripada mana mana pontianak manakala Julian terkangkang akibat kaki cramp.

Areum yang mungkin sudah putus urat malunya meletakkan kepalanya di dada Namjoon yang juga sedang terbaring kepenatan. Namjoon pula tidak langsung kisah kerana mereka baru sahaja terselamat daripada maut. Tiada masa dia ingin berfikiran seperti jantan kolot yang tidak waras tambah-tambah lagi Areum merupakan sahabatnya sejak di Citta lagi. Sahabat yang dia paling dia sayangi dan dia hormati walaupun mereka sering bertengkar serupa anjing dan kucing.

Lama juga mereka berempat termenung akibat kepenatan. Mujur sahaja tiada sesiapa yang lalu di kawasan tersebut.

"Aku rasa kita patut gerak." ucap Arin demi memecahkan kesunyian. Masing-masing nampak mengantuk.

"Aku tak boleh.." Namjoon membalas dengan suara seakan-akan terhimpit. Julian dan Arin kelihatan tenang namun sedikit cemas saat suara Namjoon seperti sesak nafas.

"Joon kau..."

"Areum dah tidur nyeyak..." sambung Namjoon. Terlepas juga tawa Arin dan Julian saat mereka menyedari yang Areum kelihatan senang, seolah-olah sedang baring di bantal yang empuk.

Penat sungguh Areum, maklumlah dia yang paling banyak beraksi tadi.

•••

"Hyung.." Taehyung mendekati Yoongi, dipandang pula Haera yang di piggyback oleh Yoongi. Gadis itu kelihatan pucat dan tidak sedarkan diri.

"Kau okay?" Yoongi menyoal, Taehyung angguk laju.

"Kau patut letak Haera di bawah sebentar, Hyung." Kata Taehyung sambil meletakkan sebelah tangan kanannya di belakang Haera dan sebelah kiri pula bersedia menyambut tubuh kaku Haera.

Yoongi menggeleng. "Kepala dia terhentak kuat tadi dan aku tak rasa dia akan bangun dalam masa terdekat ni." balas Yoongi kepada Taehyung.

"Kau cedera, Yoongi. Bagi aku rawat luka kau terlebih dahulu, tempat ini besar dan terlalu ramai orang yang gila. Tak mungkin kita akan jumpa yang lain dalam masa terdekat ini." Taehyung bersuara taktala Yoongi seakan tidak peka dengan keadaan dirinya. Lengan baju sebelah kiri lelaki itu sudah pun berlumuran dengan cecair merah pekat.

Darah yang mengalir itu berpunca dari kesan tikaman semasa pergelutan Yoongi dengan seorang perempuan sebelum lelaki itu berjumpa dengan Haera.

Yoongi berdesis perlahan saat Taehyung mengambil Haera daripadanya lalu menggendong gadis tersebut. Satu lengan Taehyung di bawah kaki dan satu lagi menyokong belakang Haera.

"Ikut aku." arahan Taehyung dituruti. Memang cari nahas la kalau dia tidak turuti arahan Taehyung, dia betul-betul hampir mahu terjelepok di lantai oleh kerana kesakitan yang dia tanggung saat ini.

Pada awalnya, Yoongi langsung tidak rasa apa apa kesakitan pada tubuh badannya. Namun setelah Taehyung menunjukkan kesan darah di lengan bajunya, terus rasa sakit datang menghentam kawasan tubuhnya yang terluka itu.

Dengan penuh cermat dan berhati-hati, Taehyung meletakkan tubuh kecil Haera di atas katil yang berada di sebuah bilik berdekatan. Wayar-wayar yang bersepah di sekelilingnya disepak sehingga menjauhi katil.

Kini Taehyung segara mendapatkan Yoongi yang berada tidak jauh darinya. Taehyung dudukkan Yoongi di katil berdekatan lalu berlalu berlalu ke belakang Yoongi.

Taehyung dekati katil yang tidak berpenghuni bersebelahan Yoongi lalu direntap kasar cadar katil tersebut. Dikibas-kibas cadar katil tadi sebelum dia mengoyakkan cadar tersebut sehingga menjadi kain yang rata dengan ukuran yang sesuai untuk menggantikan kain kasa.

"Maaf, aku tak jumpa mana mana peti kecemasan di sini. Aku harap kulit kau tak sensitif." ucap Taehyung sambil mendekati Yoongi. Diletakkan kain tadi di sebelah peha Yoongi lalu Taehyung perlahan-lahan membantu Yoongi membuka baju.

Atau lebih tepat, Taehyung mengoyakkan baju putih milik Yoongi. Tidak mungkinlah dia akan biarkan Yoongi menanggung kesakitan dengan mengerakkan lengan yang sudah tercedara itu.

Tenang. Baju boleh cari.

Yoongi hanya membiarkan. Lelaki dingin itu hanya memerhati gelagat Taehyung yang sedang fokus membersihkan darah yang meleleh di lengan putih miliknya itu. Selesai bahagian itu, Taehyung membalut kawasan yang ditikam dengan berhati-hati.

Yoongi tersenyum sendirian.

Perasaan yang dia rasai sekarang, sama dengan perasaan yang dia rasai ketika dia terjumpa Haera tadi.

Rasa bersyukur, tenang dan gembira saat bertemu dengan sahabat.

Rasa yang hadir kerana 'sayang' tapi bukan 'cinta'.

Dia sangat jahil dalam bab emosi. Dia gagal memahami perasaannya sendiri selama ini dan dia juga tidak mahu faham.

Dia keliru dan biarkan dirinya terus keliru kerana bagi Min Yoongi 'emosi' atau 'perasaan' itu merupakan sesuatu yang menjengkelkan dan menjijikkan.

"Aku bersyukur dapat jumpa kau." luahan yang cukup ringkas namun berjaya membuatkan si penerima rasa dihargai.

Taehyung tersenyum suka.

•••

"Lambat lagi ke nak access?" Kata Laura sambil jari jemarinya memusingkan pistol yang ada di tangan. Hara pula masih memberikan 100% tumpuannya pada pintu yang masih terkunci.

"Aku tak pasti kod apa yang dia minta sekarang ni." kata Hara sebelum gadis itu bangun dari bercangkung.

"Kau rasa yang lain hidup lagi ke?" Hara hampir sahaja mengamuk, masuk kali ini, sudah kali ke lapan dia rasa Laura bertanyakan soalan yang sama.

"Apa kata kau mula berdoa supaya semua selamat daripada kau memekak di sebelah aku. Ada yang kena nanti." Laura memegang dadanya.

Ah, pedih sungguh kata-kata Hara. "Garangnya mummy." Laura ketawa sebaik sahaja Hara membuat mimik muka menyampah. Nak gurau pun tak boleh.

Buat apa depress depress, last last mati jugak.

Itu merupakan motto baru hidup Laura. Dia terlalu muda untuk mati dalam keadaan yang murung dan tragis, jadi apa salahnya jika dia bergembira sahaja di saat terakhir hidupnya.

"Eh? Namjoon?"

"Laura? Hara?"

Terkedu namun bersyukur, kesemua yang berada di hadapan pintu besi gergasi yang masih terkunci itu menghela nafas panjang, lega kerana dapat bertemu setelah sekian lama mencari satu sama lain.

"Yang lain?" Hara menyoal perlahan, Arin, Areum, Julian dan Namjoon hanya mengangkat bahu, tanda tidak tahu. Hara mengangguk faham, si gadis cuba bersikap tenang. Luarannya juga nampak seperti tidak endah, Hara betul-betul nampak tenang. Namun, hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan yang dia sembunyikan sekarang.

Abang kandung dan teman lelaki Hara, kedua-duanya masih hilang tanpa jejak.

Tenang Hara, bukan kau sahaja yang kehilangan. Areum, Arin, Julian, Namjoon dan Laura juga sama seperti kau. Sahabat, adik-beradik dan kekasih mereka juga belum dijumpai. Semua yang berada di tempat ini sedang bersedih. Jadi, jangan pentingkan diri sendiri sahaja.

"Hara." Hara memandang tajam ke arah Namjoon. Bukan marah, cuma semua dalam mode serius. Melainkan jika ingatan Hara juga sudah kembali sepenuhnya, mungkin Hara marah kerana kisah lama? Siapa tahu, ada perbalahan atau masalah yang mereka pernah hadapi bersama dahulu, kan?

"Aku rasa aku tahu kod pintu tu." tambah Namjoon setelah teragak-agak untuk bersuara.

"Yeah, as you should." bidas Hara yang sedingin kutub utara itu.

"Pft.." tawa Areum terlepas. Areum mengemam bibirnya taktala Julian, Arin dan Laura memandangnya pelik.

"Sorry.." ucap Areum sebelum gadis itu bersandar ke dinding.

Namjoon menarik nafas sedalam yang mungkin sebelum kembali menghembusnya semula. Namjoon pusing belakang kerana teragak-agak, lelaki tinggi itu cuba mencari sokongan dari rakan rakannya yang lain. Dan hari ini memang hari bertuahnya kerana kedua-dua wanita yang dia amat geruni ; Areum dan Hara memberi semangat padanya.

3006

Namjoon tersenyum kelat saat bunyi kuat yang dihasilkan oleh pintu besi di hadapan menyapa gegendang telinganya. Yang lain pula terkejut kerana bunyi yang dihasilkan oleh pintu agak kuat dan nyaring.

Tak sia-sia juga dia ingat memorinya. Sakit-sakit pun ada guna.

"Masuk dulu, biar aku cari yang lain." kata Namjoon lalu membuka langkahnya namun ditahan oleh Hara.

"Aku ikut." kata Hara pula. Tiada guna lawan kata dengan Hara, jadi Namjoon hanya mengangguk bersetuju.

"Areum kau tunggu sini." kata Hara sebelum dia dan Namjoon hilang daripada pandangan.

•••

hi survivor appliers ! im so sorry sebab berabad dah tak update af ni btw srsly lagi dua chapter sahaja and dua dua tu akan di update esok. so see you guys tomorrow ! ❤️

Continue Reading

You'll Also Like

37.2K 6.2K 52
❝she's not ugly. just unpretty.❞ {+} seorang perempuan yang tak pernah ada keyakinan diri didatangi kawan dan gembira kan hidupnya. lai guanlin | 201...
3.4K 324 108
Indra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping...
178K 8.3K 44
Semua cerita ini cuma saya copy n paste ja.. hope when u all baca, u will enjoy it.. Jgn lupa tuk vote crta ni n give comment...tq so much kpd yg vot...
10.7K 790 14
Let see how Islam is a religion with peace and happiness.