Han Family

By smolbeanonaussieboi

185K 25.7K 58K

nak cakap awal-awal, ayat aku dalam ff ni berterabur sikit. tatabahasa, penjodoh bilangan semua ke laut. ༎ຶ‿༎... More

Intro + Intro Vid
Satu
Dua
Tiga
Empat
Lima
Enam
Tujuh
Lapan
Sembilan
Sepuluh
Sebelas
Dua belas
Tiga belas
Empat belas
Lima belas
Enam belas
Tujuh belas
Lapan belas
Sembilan belas
Dua puluh
Dua puluh satu
Dua puluh dua
Dua puluh tiga
Dua puluh empat
Dua puluh lima
Dua puluh enam
Dua puluh tujuh
Dua puluh lapan
Dua puluh sembilan
Tiga puluh
Tiga puluh satu
Tiga puluh dua
Tiga puluh tiga
Tiga puluh empat
Tiga puluh lima
Tiga puluh enam
Tiga puluh tujuh
Tiga puluh lapan
:(
𝒮𝓅ℯ𝒸𝒾𝒶𝓁 𝒞𝒽𝒶𝓅 : ℋ𝒶𝓁𝒾𝓂 𝒹𝒶𝓃 𝒰𝓂𝒶𝒾𝓇𝒶𝒽
Empat puluh
Empat puluh satu
Empat puluh dua
Empat puluh tiga
Empat puluh empat
Empat puluh lima
Empat puluh enam
Empat puluh tujuh
Keluarga Kim dan Keluarga Lee
Empat puluh lapan
Empat puluh sembilan
Lima puluh
Lima puluh satu
Lima puluh dua
Lima puluh tiga
Lima puluh empat
Lima puluh lima
Lima puluh enam
Lima puluh tujuh
𝒮𝓅ℯ𝒸𝒾𝒶𝓁 𝒞𝒽𝒶𝓅 : ℛℴ𝓈𝓁𝒾 𝒹𝒶𝓃 ℳ𝒶𝒾𝓂𝓊𝓃𝒶𝒽
Lima puluh lapan
Lima puluh sembilan
Enam puluh
Enam puluh satu
Enam puluh dua
Enam puluh tiga
Enam puluh empat
Enam puluh lima
Enam puluh enam
Enam puluh tujuh
Enam puluh lapan
Enam puluh sembilan
Tujuh puluh
Tujuh puluh satu
Tujuh puluh dua (+plan tak jadi)
Tujuh puluh tiga
Tujuh puluh empat
Tujuh puluh lima
Tujuh puluh enam
Tujuh puluh tujuh
Tujuh puluh lapan
Tujuh puluh sembilan
Lapan puluh
Lapan puluh satu
𝒮𝓅ℯ𝒸𝒾𝒶𝓁 𝒸𝒽𝒶𝓅: ℳ𝒶𝒽𝓂ℴ𝒹 𝒹𝒶𝓃 ℳ𝒾𝓈𝓃𝒶𝒽
Lapan puluh dua
Lapan puluh tiga
Lapan puluh empat
Lapan puluh lima
Lapan puluh enam
Lapan puluh tujuh
Lapan puluh lapan
Lapan puluh sembilan
Sembilan puluh
Sembilan puluh satu
Sembilan puluh dua
Sembilan puluh tiga
Sembilan puluh empat
Sembilan puluh lima
Sembilan puluh enam
Sembilan puluh tujuh
Sembilan puluh lapan
Sembilan puluh sembilan
Seratus
Seratus satu
Special Chap!
Seratus dua
Seratus tiga
Seratus empat
Seratus lima
Seratus enam
Seratus tujuh
Seratus lapan
𝚂𝚞𝚛𝚊𝚝 𝚝𝚎𝚛𝚊𝚔𝚑𝚒𝚛 𝚞𝚗𝚝𝚞𝚔 𝚍𝚒𝚊
Sebab HF hiatus
Seratus sembilan
Seratus sepuluh
Seratus sebelas
Seratus dua belas
Seratus tiga belas
Seratus empat belas
Seratus lima belas
Seratus enam belas
Seratus tujuh belas
•••
Curious? Baca ni.
👻
Special Chapter

Tiga puluh sembilan

1.6K 212 990
By smolbeanonaussieboi

Nota mesra: Kalau korang rasa ada ayat macam terbelit-belit tu mohon abaikan eh sebab aku malas lah nak betul kan 😭

Klek

"Lambat balik." tegur seseorang ketika Seungmin baru sahaja membuka pintu rumah.

"Takde lah lambat sangat, baru pukul 5." jawab Seungmin. Minho mengangguk-angguk.

"Keluar dengan siapa?"

"Kawan, pastu aku ada jumpa dengan anak kak Milah. Aku rasa diorang kena rasuk sebab tadi tak habis-habis menjerit kat restoran mamak." jawapan itu membuat Minho tersenyum sinis, dia menyambung aktiviti membaca novel yang sempat tergendala.

"Dia takut tengok muka kau lah tu, kau kan muka macam biawak." ujar Minho tanpa memandang Seungmin.

"Cih, muka macam biawak ni juga laki kau."

"Aku salah kahwin, patutnya aku kahwin dengan V Bts. Dahlah handsome, kaya, deep voice aww idaman sangat."

"Dengan perangai lahabau kau macam ni lagi elok kalau kahwin dengan ayah Pin aww sesuai sangat."

Hyunjin mengembuskan nafas, penat dia melihat Seungmin dan Minho saling menyakitkan hati antara satu sama lain.

"Oi, daripada korang bertikam lidah pasal benda unfaedah lebih baik korang tolong aku dengan abang Li." kata Hyunjin. Seungmin dan Minho serentak memandang Hyunjin.

"Tolong apa kak?" tanya Seungmin.

"Abang Li lupa mana dia letak kunci kereta dia. Haih, ni mesti dia dah terjangkit penyakit nyanyuk kawan-kawan dia." jawab Hyunjin sambil mengeluh.

"Boleh, tapi aku tolong tengok dari bilik. Bye." Minho berjalan menuju ke biliknya.

"Dasar budak pemalas!" marah Hyunjin.

"Biarlah, kak. Akak pun tahu si Mirah tu macam mana orangnya." ujar Seungmin, cuba menenangkan kakak iparnya.

Keesokan harinya Joonyoung sedang sibuk menyiram pokok-pokok bunga namun hatinya merasakan ada seseorang yang sedang memerhatikan dia.

"Aish, perasaan aku je kot." gumam Joonyoung tetapi masih berwaspada memandangkan cuma dia dan Youngjae dan Sunwoo sahaja yang ada di rumah.

Tap

Bahu Joonyoung ditepuk perlahan.

"Ye, kenaー hmph!!!"

...

Telefon Seungmin berdering ketika ia sedang melakukan kerja di sekolah.

"Nak apa?" tanya Seungmin.

"Halim, aku tahu mungkin kau tak kisah fasal ni tapi... aku kena beritahu kau juga." suara Jisung kedengaran sedikit ragu-ragu.

"Penting ke tak?" tanya Seungmin.

"Err penting kot untuk kau."

"Apa dia?"

"Err Mirah..." Seungmin menaikkan kening kanannya, dia menyempatkan diri untuk meminum air sambil menunggu Jisung meneruskan kata-katanya.

"D-Dia hilang."

Puftt!

"UHUK UHUK!" Seungmin terbatuk kuat sehingga membuat sang abang risau.

"ASTAGHFIRULLAH LIM, KAU DAH NAK MATI KE?! CEPAT WEI AKU AJAR KAU SYAHADAH!"

"Uhuk aku tersedak, bodoh!" marah Seungmin sebelum memutuskan panggilan itu. Dia segera berlari menuju ke motorsikal kesayangan.

"Abang dah bagitahu Halim?" tanya Hyunjin cemas.

"Dah, abang rasa dia on the way ke sini." jawab Jisung.

"Macam mana pula si Mirah tu boleh hilang?" tanya Jeongin. Tiba-tiba sahaja dia mendapat berita tentang kehilangan Minho, terus hilang mood ingin melepak dengan gengnya.

"Pagi tadi Munah ada suruh Mirah pergi beli santan tapi sampai pukul 4 dia belum balik lagi." jawab Hyunjin.

"Dia keluar dengan kawan dia lah tu." ujar Yongbok.

"Tak, bah. Munah dah tanya semua kawan-kawan dia tapi diorang kata Mirah takde dengan diorang." ketika itulah pintu dibuka dan menampilkan Seungmin yang tercungap-cungap.

"Mirah masih belum jumpa ke?!" tanya Seungmin. Semua menggelengkan kepala.

"Akak dah call dia?"

"Dia off telefon."

"Assalamualaikum, Rosli!" Sangyeon muncul dengan wajah cemas.

"Waalaikumussalam, kenapa ni Murad?" tanya Rosli.

"Tu, korang nampak tak bini aku, Youngjae dengan Sunwoo?"

"Tak."

"Kenapa, bang Murad?" tanya Hyunjin.

"Masa aku balik diorang tak ada, rumah bersepah dengan pintu pun tak dikunci."

"OH GOD, MACAM MANA NI MACAM MANA NI?!" Hyunjin mula gelabah. Badan suaminya digoncang dengan kuat sebelum menolaknya lalu mencangkung di penjuru ruang tamu.

"Rileks lah, kau pikir diorang kena culik ke?" ujar Jeongin.

"YE, MAK! ITU YANG MUNAH RISAUKAN!!" teriak Hyunjin, dia mengigit-gigit hujung kukunya. Seungmin cuba menelefon Minho tetapi tidak dijawab.

Ting

Seungmin menerima sebuah mesej.

"Kita kenaー Hei, Halim! Nak ke mana tu?!" jerit Jisung tatkala Seungmin tiba-tiba sahaja berlari keluar.

"BIARKAN HALIM TU, SEKARANG GITAU AKU CAMNE NAK CARI PENGARANG HATI JANTUNG CINTA AKU?!" Sangyeon berteriak sambil memegang kedua pipi Jisung.

"K-Kita lapor polis!"

"Tak boleh, kan kena tunggu 24 jam." ujar Jeongin. Sangyeon semakin khuatir dan akhirnya dia turut duduk di penjuru ruang tamu dan mengigit-gigit kuku seperti Hyunjin.

"Er... kenapa kita tak pergi cari je?" tanya Yongbok. Semua terdiam seketika.

Zup!

Sangyeon orang pertama yang memecut keluar.

"OH JAMILAH SAYANG, ABANG AKAN CARI SAYANG! WAIT FOR ME, SAYANG!!!"

"MURAD, TUNGGU! KITA CARI SAMA-SAMA!"

...

Seungmin menghentikan motorsikalnya di sebuah tasik sepi, cuma ada sepohon pokok dan juga sebuah guni yang tergantung di salah satu dahan.

Tanpa berfikir panjang, Seungmin terus mendekati guni yang bergerak-gerak itu dan menurunkannya.

"Hah hah!" suara tercungap-cungap kedengaran sebaik sahaja guni itu berjaya dibuka.

"Aina, awak okey?" tanya Seungmin sambil membantu mendirikan Somi.

"O-Okey." jawab Somi.

"Siapa buat awak macam ni?" tanya Seungmin, seseorang telah menggunakan telefon Somi untuk menghantar mesej kepada Seungmin tentang keberadaan gadis itu dan mengancam akan membunuhnya jika Seungmin terlambat.

Somi ingin membalas namun matanya membesar apabila melihat sebuah bayangan di belakang Seungmin.

"Aina, awakー"

Greb!

Buk

Buk

"DASAR LAKI TAK GUNA! KAU BUAT BENDA NI RUPANYA KAT BELAKANG AKU! DASAR BIAWAK KOMODO MIANG! KENAPA KAU JADI LAKI AKU, HA BIAWAK?!" Minho meloncat di belakang Seungmin dan memukulnya dengan sebuah botol tupperware berwarna merah jambu.

"AKH, M-MIRAH?!"

Dua orang kanak-kanak muncul dan turut membantu Minho memukul Seungmin dengan tukul mainan.

"Pak cik jahat! Pak cik curang! Pak cik gak ada akhlak!" marah Youngjae.

"Ambil ni, baru pak cik tahu langit tu tinggi ke rendah!" marah Sunwoo pula. Somi mahu meleraikan pemukulan secara beramai-ramai itu namun dirinya tiba-tiba diikat dengan tali di pokok.

"TU MAKANNYA KALAU CUBA NAK JADI ORANG KETIGA!" marah Joonyoung, semangkuk serbuk kayu manis bercampur air rendaman stokin Sunwoo diambil dan dituang ke Somi.

"ARGHH TOLONG PENDERAAN KANAK-KANAKー EH SALAH, PENDERAAN ORANG DEWASA!" teriak Somi.

Seungmin berjaya melepaskan diri daripada tiga orang manusia yang seperti terkena penyakit rabies, dia berlari sambil mendail nombor seseorang.

Tut!

Panggilan tersambung.

"Helloー"

"ROSLI, DATANG KAT TASIK TERBIAR NI! TOLONG AKU!"

"JANGAN MENGADA-NGADA NAK MINTA TOLONG, SETAN!" Minho melempar botol tupperware itu tepat mengenai kepala Seungmin. Mengakibatkan Seungmin jatuh ke tanah dan tanpa sengaja mencampak telefonnya.

"HELLO, HALIM! KAU OKEY TAK TU, KAU NAK KENA CULIK JUGA KE WEI?!" teriakan Jisung tidak menerima sahutan daripada Halim. Sunwoo mengambil telefon itu dan menyeringai.

"Maaf, pak cik Rosli. Pak cik Halim bakal dipanggang malam ni."

"WAIT, WHAT?! WEI BUDAK KAU KANIBAL KE APA WOー"

Sunwoo mencampak telefon Seungmin ke tasik. Mata Seungmin terbeliak.

"Bagus cara permainan kau ni, Halim." Seungmin mengalihkan pandangan ke Minho yang sedang tersenyum. Lelaki itu mundur.

"K-Kau s-salah f-fahaー"

"TAK ADA ISTILAH SALAH FAHAM KAT SINI! AKU AKAN HANTAR KAU KE ALAM BARZAKH MALAM NI DENGAN PEREMPUAN TU!"

"ARGHHHH!"

Dua buah kereta tiba di lokasi 30 minit kemudian kerana Jisung masih perlu mencari kunci keretanya yang hilang dari semalam terlebih dahulu.

"Halim, mana kau?!" Jisung memanggil Seungmin.

"Wei, pak cik Halim hidup lagi kan?" tanya Hyungseo risau. Dia tekad untuk turut menyertai operasi mencari lelaki dewasa itu kerana Hyungseo yakin bahawa dia adalah punca kehilangan Seungmin.

"Mana aku tahu, bini dia tu dahlah tak boleh kita pandang rendah." balas Chanhee.

"Bapak, ada orang buat unggun api ke tu?" tanya Jaehyun sambil menunjuk ke sebuah tempat di mana ada beberapa orang sedang mengumpulkan kayu-kayu untuk dibakar.

"Jap ye nak, bapak rabun." Sangyeon memakai cermin matanya terlebih dahulu lalu melihat ke tempat yang dimaksudkan Jaehyun.

Dengan jelas dia melihat Joonyoung, Minho, Sunwoo dan Youngjae sedang membuat unggun api untuk membakar dua buah guni yang digantung pada pokok.

"SAYANG! SAYANG BUAT APA TU?!" semua yang sedang mencari lantas menoleh ke Sanyeon yang berlari menuju ke pokok itu.

"UMAIRAH, KAU JANGAN BAKAR ANAK AKU WOI!" Jeongin menjerit sebelum ikut berlari.

...

"Jelaskan apa yang baru je korang nak buat?!" tanya Hyunjin sambil bercekak pinggang. Joonyoung, Sunwoo dan Youngjae menunduk ketakutan sementara Minho menatap kakak iparnya dengan tajam.

"Buat apa lagi?! Aku nak panggang dua manusia ni! ERGHH LEPASKAN AKU, TAK GUNA!" kerana Minho sahaja yang agresif maka mereka terpaksa mengikat wanita itu di pokok.

"Tenang, Mirah. Kau jangan sampai aku suruh Mahmod buat ritual sesat dia kat kau." ugut Jeongin. Yongbok memandang Jeongin dengan wajah kecewa, cinta hatinya sanggup memanggil ritualnya sebagai ritual sesat.

"Halim, apa yang kau dah buat kat bini kau sampai macam ni jadinya?" tanya Jisung.

"Apa? Aku tak buat apa-apa pun."

"TAK BUAT APA-APA KEPALA BONTOT KAU! KAU NAK KAHWIN LAIN KAN! MAK SENDIRI YANG BAGITAHU AKU YANG KAU ADA RANCANGAN NAK KAHWIN LAIN!" Minho membuat Jaehyun, Hyungseo dan Chanhee berlari menyorok di belakang ayah mereka. Keberanian mereka sebagai anak jantan langsung ghaib selepas melihat Minho seperti itu.

"Mak!" marah Seungmin.

"Apa? Kau sendiri kata kau setuju dengan cadangan akuー"

"OH SEMUA NI RUPANYA CADANGAN MAK?!"

"DIAMLAH WOI!" Hyunjin yang tidak tahan dengan suara Minho langsung menyumbat mulut wanita itu dengan botol handsanitizer.

Seungmin menghembuskan nafas. Kepalanya berdenyut-denyut kerana pening dengan semua drama ini.

"Okey, biar aku jelaskan." semua mengangguk kecuali Minho yang menatapnya dengan dua biji mata yang terjegil.

"Mula-mula sekali aku memang setuju dengan cadangan mak tu untuk kahwin lain."

"HMPHH HMPHH!" Minho menjerit lagi dan kali ini Hyunjin terpaksa menggunakan sellotape untuk mendiamkan Minho.

"Tapi!" satu perkataan itu membuat semua semakin fokus ke Halim.

"Aku ubah fikiran aku lepas aku beritahu Mirah yang aku nak jumpa someone."

"Kau ubah jadi apa?" tanya Sangyeon.

"Er, well... Aku cuma balas dendam fasal dia buat aku marah fasal isu adik angkat dia tu dan er... aku nak tengok Mirah cemburu." Seungmin menggaru lehernya kerana kekok.

"B-Betul tu, saya dengan Halim langsung tak ada apa-apa. Saya berani sumpah." ujar Somi. Hyunjin melepaskan Minho yang kelihatan sudah tenang.

Minho mencabut sellotape itu dan mengeluarkan botol handsanitizer dari mulutnya. Dia pergi dari situ tanpa bersuara.

Semua terdiam melihat Minho yang semakin menjauh.

"Ayok tak tayok..." ujar Sunwoo.

"Kau diamlah budak!" marah Seungmin, dia menaiki motosikalnya sebelum menatap Sunwoo.

"Kau hutang aku sebiji phone." katanya sebelum pergi mengejar Minho.


Special chap untuk 2min?

Yes

or

No


Kalau yes, beri satu tajuk lagu untuk aku dengar sebagai pampasan. Pilihan di tangan anda. ( ͡° ͜ʖ ͡°)

Continue Reading

You'll Also Like

14.4K 1.9K 16
I'm going to find out where the exit is.. To save me from being locked in the darkness.. I frantically try to run away.. I'm on the hellevator, I'm g...
51.3K 6.1K 25
❝ duda berjiwa teruna! ❞ ㅡ 13 orang bapak tunggal yang terhangat di Korea Selatan bersatu di dalam sebuah kelab sosial. ➤ completed
55K 7.2K 21
❝ atok kami ranggi ❞ ㅡ 13 jejaka Korea balik ke kampung untuk berjumpa dengan 13 atok mereka di Malaysia. ㅡ atok diorang bekas retis kpop ha ko pe...
22.7K 1.8K 17
+ apabila hijab terbuka tanpa batasnya © a seventeen fanfiction series warning; ni story paling nub pernah aku ada jangan cakap aku tak bagi warning