Han Family

By smolbeanonaussieboi

186K 25.8K 58K

nak cakap awal-awal, ayat aku dalam ff ni berterabur sikit. tatabahasa, penjodoh bilangan semua ke laut. ༎ຶ‿༎... More

Intro + Intro Vid
Satu
Dua
Tiga
Empat
Lima
Enam
Tujuh
Lapan
Sembilan
Sepuluh
Sebelas
Dua belas
Tiga belas
Empat belas
Lima belas
Enam belas
Tujuh belas
Lapan belas
Sembilan belas
Dua puluh
Dua puluh satu
Dua puluh dua
Dua puluh tiga
Dua puluh empat
Dua puluh lima
Dua puluh enam
Dua puluh tujuh
Dua puluh lapan
Dua puluh sembilan
Tiga puluh satu
Tiga puluh dua
Tiga puluh tiga
Tiga puluh empat
Tiga puluh lima
Tiga puluh enam
Tiga puluh tujuh
Tiga puluh lapan
Tiga puluh sembilan
:(
𝒮𝓅ℯ𝒸𝒾𝒶𝓁 𝒞𝒽𝒶𝓅 : ℋ𝒶𝓁𝒾𝓂 𝒹𝒶𝓃 𝒰𝓂𝒶𝒾𝓇𝒶𝒽
Empat puluh
Empat puluh satu
Empat puluh dua
Empat puluh tiga
Empat puluh empat
Empat puluh lima
Empat puluh enam
Empat puluh tujuh
Keluarga Kim dan Keluarga Lee
Empat puluh lapan
Empat puluh sembilan
Lima puluh
Lima puluh satu
Lima puluh dua
Lima puluh tiga
Lima puluh empat
Lima puluh lima
Lima puluh enam
Lima puluh tujuh
𝒮𝓅ℯ𝒸𝒾𝒶𝓁 𝒞𝒽𝒶𝓅 : ℛℴ𝓈𝓁𝒾 𝒹𝒶𝓃 ℳ𝒶𝒾𝓂𝓊𝓃𝒶𝒽
Lima puluh lapan
Lima puluh sembilan
Enam puluh
Enam puluh satu
Enam puluh dua
Enam puluh tiga
Enam puluh empat
Enam puluh lima
Enam puluh enam
Enam puluh tujuh
Enam puluh lapan
Enam puluh sembilan
Tujuh puluh
Tujuh puluh satu
Tujuh puluh dua (+plan tak jadi)
Tujuh puluh tiga
Tujuh puluh empat
Tujuh puluh lima
Tujuh puluh enam
Tujuh puluh tujuh
Tujuh puluh lapan
Tujuh puluh sembilan
Lapan puluh
Lapan puluh satu
𝒮𝓅ℯ𝒸𝒾𝒶𝓁 𝒸𝒽𝒶𝓅: ℳ𝒶𝒽𝓂ℴ𝒹 𝒹𝒶𝓃 ℳ𝒾𝓈𝓃𝒶𝒽
Lapan puluh dua
Lapan puluh tiga
Lapan puluh empat
Lapan puluh lima
Lapan puluh enam
Lapan puluh tujuh
Lapan puluh lapan
Lapan puluh sembilan
Sembilan puluh
Sembilan puluh satu
Sembilan puluh dua
Sembilan puluh tiga
Sembilan puluh empat
Sembilan puluh lima
Sembilan puluh enam
Sembilan puluh tujuh
Sembilan puluh lapan
Sembilan puluh sembilan
Seratus
Seratus satu
Special Chap!
Seratus dua
Seratus tiga
Seratus empat
Seratus lima
Seratus enam
Seratus tujuh
Seratus lapan
𝚂𝚞𝚛𝚊𝚝 𝚝𝚎𝚛𝚊𝚔𝚑𝚒𝚛 𝚞𝚗𝚝𝚞𝚔 𝚍𝚒𝚊
Sebab HF hiatus
Seratus sembilan
Seratus sepuluh
Seratus sebelas
Seratus dua belas
Seratus tiga belas
Seratus empat belas
Seratus lima belas
Seratus enam belas
Seratus tujuh belas
•••
Curious? Baca ni.
👻
Special Chapter

Tiga puluh

1.5K 217 578
By smolbeanonaussieboi

Disebabkan tak mahu mati kebosanan kerana menghabiskan hujung minggu dalam rumah, Changbin memilih untuk keluar berlepak dengan kawan-kawannya di sebuah pusat membeli-belah. Antara aktiviti "berfaedah" mereka di sana ialah masuk ke dalam kedai pakaian branded untuk mencuba pakaian berjenama itu lalu mengambil gambar dan post ke media sosial tanpa berniat langsung untuk membeli pakaian tersebut.

Begitulah perangai anak muda zaman sekarang.

"Wei, Mirza. Dengar cerita mak kau mengamuk semalam." ujar Changbin yang sedang duduk di bangku bersama Haknyeon dan San.

"Haah, habis buaya-buaya tu kena pukul. Sampai lunyai daun bawang tu kau tahu." balas Haknyeon lalu menyedut teh bobanya. San mengerutkan dahi.

"Jadi bunyi yang macam keldai nazak kat depan rumah aku semalam tu rupa-rupanya suara buaya kena azab dunia ke?" Haknyeon tersedak airnya mendengar San menyamakan jeritan ayah dan abangnya dengan suara keldai.

"Banyak-banyak binatang, kenapa mesti keldai?" tanya Haknyeon.

"Sebab muka kau macam keldai." jawab San.

Suasana tiba-tiba menjadi awkward.

"Em, yang lain asal tak muncul-muncul lagi? Kata tadi nak pergi tandas sekejap je." Changbin cepat-cepat memulakan topik baharu.

"Entah, kenapa tanya aku? Aku bukan ada dengan diorang pun." jawab San lagi.

"Baik kau tutup jelah mulut kau tu, Kir." ujar Haknyeon, geram.

"Mulut aku memang dah tutup pun, rabun ke?" ujar San sambil menunjuk ke arah topeng muka berwarna hitam yang sedang dipakainya. .

"Dah ar kau. Malas nak layan kau." Changbin berdiri lalu menarik Haknyeon pergi meninggalkan San

"ALAH ALAH, BABY MERAJUK KE? SOWWY ABANG JANJI ABANG DELETEー EH SALAH ABANG JANJI ABANG TAK BUAT LAGI!" jerit San sambil mengejar mereka.

"PALE OTAK KAU LAH, KIR! AKU DAH KATA JANGAN RAPAT SANGAT DENGAN IKMAL KAN DAH JANGKIT VIRUS BUAYA DIA!"

Haknyeon menutup muka, malu juga apabila semua orang menatap Changbin dan San yang menjerit di tengah-tengah mall.

Buk!

Bahu Changbin melanggar seseorang.

"Sorryー eh." mata Changbin terbeliak melihat seseorang memakai sebuah pakaian yang sangat menonjol di situ.

"Ya Allah, abang Uwais. Awat baju ni kau pakai kat sini? Ni kan pelanggan ibu punya!" ujar Haknyeon terkejut, Jaehyun tersengih.

"Bosanlah pakai baju dengan seluar je pergi mall, aku nakkan something different." San meneliti baju unik Jaehyun dari atas ke bawah dan bawah ke atas semula.

"Lain macam selera pelanggan ibu kau ni, Mirza." ujar San.

"Tulah tu." sokong Changbin.

"Abang Uwais, tunggulah aku! Ish, rambut ni semak ar!" seorang manusia berambut blonde panjang sebahu seperti perempuan berlari ke arah Jaehyun. Dia sedikit kesusahan kerana rambutnya itu asyik mahu termasuk dalam mulut.

"Ya Allah, malu aku nak ngaku kembar." San menutup muka dengan tangan.

"Hei, Kir. Ni baju limited edition tahu! Bukan calang-calang orang boleh beli!" balas Yunho. Ya, dialah manusia berambut blonde itu.

"Dahlah, jom bla. Aku malu." kali ini Haknyeon yang menarik lengan Changbin dan San, biarlah orang awam memandang serong kepada Jaehyun dan Yunho.

Lagipun mereka layak dipandang serong.

jaehyunloveayam

148 likes
jaehyunloveayam tolong ada alien nak tangkap titew... titew tatut

View all comments...

YE0SANGTAMPANZ jijik sekali aku membaca caption

bbangyounghoon jangan risau nanti tak sampai sejam alien tu lepaskan kau sebab tak tahan dengan perangai kau
jaehyunloveayam kamu najis, shah

Milahcute_ehek ibu macam kenal lah baju tu 👁👄👁

imgojes_new Kehadapan para alien, tolong bawa dia pergi. Jangan pulangkan dia. Aku redho korang culik dia.
Sunwoosunshine bawalah abang syahmi bersama, wahai alien
imgojes_new ASAL KAU ASYIK SEBOK JE KACAU AKU HA BUDAK?!

cempakaseonghwa tu bukan baju yang aku suruh kau buat ke, Milah? @Milahcute_ehek
Milahcute_ehek EH HAAHLAH!
Milahcute_ehek UWAIS JAEHYUN LEE!!!!!!!

jaehyunloveayam turn off commenting

YunHOEoeOEO

172 likes
YunHOEoeOEO Abang Uwais ambik gambar candid hiks saya adalah rapunzel yang tersakiti... 😢

View all comments...

imyourmoon_hyungseo TU THOR, DEK! TU THOR!

TandaHamzah Tukul besi dari bengkel mana kau rembat tu nyah

syakirUWUsan umi, tolong buang dia dari keluarga kita 😭😭 @seonghwacempaka

wooyoungcroco_ wah abang terpesona melihat kamu, sho beautiful sho pretty..
YunHOEoeOEO AAAA TACOD
YunHOEoeOEO AKU STRAIGHT LAH BODOE
wooyoungcroco_ ayang jangan takut, abang ni buaya jinak ✨ rawr 🐊 ✨
YunHOEoeOEO ASTAGHFIRULLAH MISKA, KAMU BERDOSA BANGET JADI MANUSIA
seonghwacempaka Ikmal... Khairul... Nanti balik jangan masuk rumah. Umi dah letak baju-baju korang kat luar.
wooyoungcroco_ UMI!!!
YunHOEoeOEO UMI!!!!

jongho_bbybear byebye anak pungut

"Wei, umi aku tak buang aku kan? Kan?" tanya Wooyoung sambil melutut di lantai, air mata sudah terkumpul di sudut mata.

"Umi memang buang kau, Mal. Kau tak diperlukan pun dalam keluarga. Buat susah mak bapak je." jawab Yeosang sambil melihat cermin untuk membetulkan rambut.

"Tidak!!!"

Klek

"Ya ampun, anak siapa ni?!" kata Haknyeon selepas melihat Wooyoung duduk bersimpuh sambil menangis. Terperanjat tiga sekawan di depan pintu tandas awam itu.

"Dah kenapa dengan dia ni, Farish?" tanya San.

"Kau tak tengok komen umi kat insta Khairul? Umi dah buang dia dengan Ikmal dari keluarga kita." jawab Yeosang. Wooyoung mengensot ke arah San, dengan air mata berjurai-jurai serta hingus yang meleleh.

"Kau tak nak aku pergi dari rumah kan, Kir? Kita kan kembar merangkap soulmate hiks..."

"Umi buang kau?" tanya San.

"H-Haah hiks..." jawab Wooyoung dengan tangisan, tangan San memegang pipi kiri Wooyoung.

"Alhamdulillah, akhirnya kurang pun beban keluarga kita..." San berkata dengan penuh kesyukuran dengan senyuman lebar.

Hati Wooyoung retak seribu.

"HUARGHHH MASING-MASING TAK SAYANG AKU! HIKS KAU BUNUH JELAH AKU, KIR! NOH JE AKU!" terkejut semua orang dalam tandas itu kerana jeritan Wooyoung. Yeosang dan San mula gelabah menenangkan Wooyoung yang sekarang menangis seperti budak 5 tahun yang tak dibelikan mainan.

"Mirza, keluar jom."

"Jom, kita tak elok campur hal keluarga orang lain."

Di dalam sebuah restoran, Seungmin fokus melihat video upacara pembuangan setan Yongbok yang dilakukan ke atas Minho dan Changbin, jangan ingat Seungmin tak rakam. Itu adalah kejadian yang sangat indah untuk Seungmin.

"Assalamualaikum." sebuah suara lembut menyapa Seungmin, automatik dia mendonggak dan melihat seorang gadis bertudung biru sedang tersenyum.

"Waalaikummusalam."

Gadis itu duduk di hadapan Seungmin.

"Awak tahu kan kenapa kita jumpa?" tanyanya. Seungmin mengangguk sebagai jawapan.

"Awak setuju?"

Seungmin menatap mata gadis itu yang berwarna coklat terang. Ditambah lagi dengan senyuman manis di wajahnya, sungguh indah ciptaan Tuhan ini.

"Yep."

"Oh... my... gucci..." habis terjatuh sudu yang dipegang oleh Kamal Kai, matanya tak lepas dari memandang Seungmin dan seorang gadis sedang berbual mesra.

"Ni takleh biar ni, I need to sebar kat akak Mirah!" Kamal Kai sudah siap sedia ingin mengambil gambar tetapi niatnya terhenti.

"Tapi... macam best juga kan drama laki kahwin lain tanpa bini pertama tahu?" gumamnya.

"Ehek, aku biarkan jelah dulu diorang curang belakang kak Mirah. Nanti kalau diorang kantoi kat akak Mirah aku boleh layan drama baru!" Kamal Kai menyambung makan semula sambil menyaksikan drama curang di depan mata.

"By the way nama awak siapa?" tanya gadis itu, air coklat yang baru tiba diminum sedikit.

"Halim Seungmin."

"Oh, nama saya Aina Somi."

"Aina sekejap." mata Somi sedikit terbeliak apabila Seungmin mengambil sehelai tisu dan mengelap sudut bibirnya yang comot disebabkan air coklat itu.

"Oh my God oh my God oh my God! Oh my prada gucci! Gentlenya diaー oh God i kennot..." Kamal Kai mengelupur di kerusi kerana adegan manis itu. Seungmin dan Somi serentak menoleh ke arah Kamal Kai yang duduk agak jauh dari mereka.

"Kenapa tu?" tanya Somi.

"Biar jelah, orang lupa nak makan ubat tu."

"Ish, tak baiklah awak ni." marah Somi sambil ketawa kecil membuat Seungmin tersenyum.

...

"OHOK OHOK ASAP APA YANG TEBAL NI WOI?!" tanya Hyunjin, dia segera membuka tingkap dan pintu untuk mengurangkan asap hitam di dalam rumah.

"Akak, oven akak tak boleh guna!" ujar Minho lalu dia cemberut, ada banyak kotoran hitam di wajahnya.

"Ya Allah, Mirah. Kau tu kalau noob masak jangan masak, lap muka kau tu!" Hyunjin membaling sekotak tisu ke muka Minho.

"Aku reti masak, oven akak tu dah lama. Kenapa tak beli baru je?" balas Minho tak mahu mengalah.

"Eh kau kucing jadian, dengar sini. Kau tu dahlah pakai oven aku pastu ikut suka kau je nak kutuk."

"Ish yelah yelah, sorry."

"Kau sebenarnya nak masak apa, Mirah?"

"Ni Mirah tengok resepi kat facebook, nampak macam sedap tapi Mirah buat tak jadi." Minho memuncungkan bibir.

"Ohh, resepi ni. Senang je, meh akak ajar."

Minho menyepetkan mata, perlahan-lahan dia menjauhi Hyunjin.

"Kau dah kenapa, kucing?"

"Akak pehal baik tetiba harini? Mesti ada ikan di balik whiskas ni." mata Minho semakin menyepet.

"Astaghfirullahalazim, budak ni ada juga aku luku kang. Aku ni cuma nak ajar kau. Salah ke?"

"Tak salah, tapi aku tahu kau ada niat tersembunyi." Hyunjin ketawa kecil. Tiba-tiba ada lagu latar dramatik dibuka oleh seseorang sehingga membuatkan mereka seperti di dalam drama.

Hyunjin memakai sebuah cermin mata hitam lalu menurunkannya sedikit untuk melihat Minho.

"Kau bijak rupanya, Umairah."

Minho menyeringai, dia bersandar di dinding dan memeluk tubuh. Entah sejak bila wanita itu turut memakai cermin mata hitam sama seperti Hyunjin.

"Ini Umairah Minho, kau tak boleh tipu macam tu je. Aku bukan macam mangsa-mangsa kau yang lain." kata Minho, sinis. Hyunjin menolak cermin matanya ke atas dengan jari telunjuk, sebuah decihan keluar daripada mulut.

"Betul kau nak tahu apa yang aku nak?"

"Yes, bagitahu aku."

"Aku sebenarnya..."

Chan menurunkan volume bgm untuk memberi Hyunjin berbicara.

"Nak kau ikut aku pergi beli barang dapur!"

"Oh begitu..." Minho membuat gerakan tangan seperti ninja konoha.

"Kage bunshin no jutsu."

Zup!

Minho lari keluar dari rumah.

"UMAIRAH MINHO! KAU NAK KE MANA, SETAN?! SELAMA KAU TINGGAL SINI CUMA SERBUK KUNYIT DENGAN SUSU SAJAT JE KAU PERNAH BELI!" Hyunjin ingin mengejar Minho namun sayangnya adik iparnya sudah hilang bagai ditelan bumi.

"MINHO TAK GUNA!"

"Err... acik kenapa duduk kat sini?" tanya Sunwoo sambil menggaru pipi, Minho yang sedang menyorok di sebalik kereta keluarga Lee lantas meletakkan jari telunjuk ke bibir.

"Shh, diam. Aku tengah larikan diri daripada musuh."

Sunwoo mengangguk, dia mendekati Minho.

"Siapa musuh acik?" bisiknya.

"UMAIRAH MINHO KALAU AKU JUMPA KAU, SIAP KAU!"

"Tu dengar jeritan gorila tu? Dialah tu." Sunwoo mengangguk-angguk, dia menadahkan tangan ke arah Minho.

"Apa ini, Miska?" tanya Minho.

"Acik kena bagi Haimin sesuatu kalau tak Haimin bocorkan tempat persembunyian acik." ugut Sunwoo.

"Eh budak ni, kecil lagi dah pandai main rasuah. Ni mesti cita-cita nak jadi ahli politik ni."

"Cepat, acik tak ada banyak masa."

"Ish, kau nak apa?"

"Jus pear sepuluh pek."

"Kepala otak kau sepuluh pek!" marah Minho, dia lantas menutup mulut apabila suaranya tanpa sengaja terkuat. Sunwoo menyeringai.

"Pilih, bagi Haimin jus pear atau..."

"Ish yelah yelah, dasar budak takde akhlak!"

Continue Reading

You'll Also Like

402K 18.6K 47
Zawana ialah gadis berumur 22 tahun. Cubalah teka. Dia tersuka dekat abang kawan dia, Akmal. Akmal ni pulak abang sulong daripada 3 orang adik beradi...
83.1K 10.5K 84
"kαмı тαk kαcαυ нı∂υρ kσяαηg... sσ kσяαηg jαηgαη kαcαυ нı∂υρ kαмı!!" "ωєłł.. мємαηg kαмı ηı kαη σяαηg jαнαт.. sσ jαηgαη łαн kσяαηg вєяkαωαη ∂єηgαη kα...
9.4K 1.6K 31
13 orang jejaka Yang sudah Lama berkawan Dan hidup mereka amat bahagia. Akan tetapi, 1 daripada 13 orang itu menyimpan satu rahsia Yang besar dan suk...
19.2K 3.3K 41
❝ Kenapa nasib malang selalu sangat menimpa kat aku? ❞ ✧*:.。.✎ ateez yeosang's family-friendly fanfiction Start : 1 November 2020 End : 26 November 2...