EMERALD

By asterhyzells_

22.8K 2K 823

[ROYAL FANTASY+ROMANCE] [COMPLETE] DAVIDRIAN ETHAN, selalu berpakaian hitam. Seorang yang pendiam malah selal... More

PROLOG
BAB 01
BAB 02
BAB 03
BAB 04
BAB 05
BAB 06
BAB 07
BAB 08
BAB 09
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
EPILOG : BAB 43

BAB 17

490 51 15
By asterhyzells_

Matanya memandang seraut wajah pucat yang cantik itu dengan tangan bergerak, membelai rambut ikal mayang Danial. Gadis itu masih belum terjaga dari tidurnya sejak keluar dari bilik air.

"Arakyls." Bibir David menguntum senyuman manis. Dia gembira kerana Danial dapat diselamatkan. Racun yang tersisa akan dibuang sedikit demi sedikit dengan bantuan Fazlan. Jari jemari yang sedari tadi membelai lembut rambut milik Danial, kini berada di pipi mulus Danial. David tidak pasti mengapa dia berbuat demikian. Sayangkah dia kepada Danial?

"David..." Suara serak Danial yang kedengaran membuatkan David tersentak. Tangannya lantas dilarikan ke tepi dengan mata terkebil-kebil memandang ke siling tatkala gadis itu mencelikkan mata. David menggelabah seketika.

"Terima kasih." ucap Danial. Kepala didongak memandang wajah David.

"Hmm." Baru sahaja dia mahu mengubah posisi baringnya kepada posisi duduk, tangan Danial yang melingkar pada pinggang menghalang dia untuk bergerak. Dahi dikerutkan. Rasa sungguh janggal baginya, namun Danial pula hanya bereaksi selamba.

"Temanlah aku." pinta Danial.

"Kau rehatlah seorang diri. Nanti aku ada benda nak tanya kau." ujar David. Tautan tangan Danial pada perutnya cuba dirungkaikan. Tidak betah lagi dia berbaring di sebelah Danial. Gigi diketap apabila Danial masih berkeras tidak mahu merungkaikan pelukan.

"Lepas Dani." suruh David. Danial menggeleng tidak mahu. Kepala diangkat dan dilabuhkan di atas bahu David. Dia lebih selesa di situ, namun tidak kepada David. Hembusan nafas Danial yang mengena pada kulit lehernya membuatkan dia menelan air liur kesat.

"A-apa yang kau buat ni Dani?" soal David tergagap-gagap.

"Kenapa kau tak marah? Bukan ke kau dah lama tahu aku perempuan?" ujar Danial. Dia tahu, David sudah lama mengetahui perihal itu. Ketika dia tercedera kerana ditembak, dia sedar sewaktu David membuka hoodie yang dipakainya. Namun dia diamkan sahaja dan berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Apa motif kau menyamar jadi perempuan?" David menyoal. Tidak dihiraukan soalan Danial. Memandangkan Danial yang membuka topik ini dulu, lebih baik dia bertanya terus.

"Tak ada." balas Danial. Mata dipejamkan semula mencari lena. Dia penat dan mengantuk. Peluh dingin masih lagi mengalir di pelipisnya.

"Kau menipu. Kalau kau tak nak aku bagi tanggapan negatif tentang kau, lebih baik kau jujur Dani. Dani? Huh!" David ketawa sinis. Terasa diperbodohkan walaupun dia sudah lama tahu mengenai penyamaran Danial.

"Lebih tepat Arakyls bukan?" sambung David lagi. Spontan Danial mencelikkan matanya semula. Wajah David dipandang dari arah tepi.

"Dari awal kau tahu, tapi kenapa kau tak halang aku? Kenapa tak bongkarkan perihal aku?" soal Danial. Hairan juga dia dengan David.

"Sebab aku nak tahu apa motif kau tinggal dekat istana ni Dani. Lagi satu... Kenapa kau suka tinggal dalam bilik aku sedangkan kau perempuan?" David mula mengubah posisi kepada duduk. Badan dikalihkan menghadap ke arah Danial.

"Aku tak boleh bagitahu kau kenapa aku menyamar dan kenapa aku tinggal dekat istana ni. Aku minta maaf David. Tapi... aku pilih untuk sebilik dengan kau sebab aku rasa selamat bila duduk dengan kau." jelas Danial. Agak gerun melihatkan renungan tajam David.

David terdiam seketika sebelum dia bertindak menindih tubuh kecil Danial. Tanpa aba-aba, dia terus mengucup bibir Danial membuatkan mata Danial terbuntang. Tidak terjangka dek akalnya David akan mencium dia.

"Kau masih rasa selamat dengan aku?" soal David sekadar menduga. Dia mahu Danial tahu, duduk sebilik dengannya bukanlah suatu perkara yang baik. Danial yang masih terkedu, teragak-agak mengangguk.

"Selamat." Perlahan Danial menutur kata. David mengepal tangannya. Bibir Danial terus disambar buat kali kedua. Dia perlu memberi Danial pengajaran. Danial masih tidak termakan dengan ugutan halusnya.

•••

Baju Ezra disaterika dengan berhati-hati. Buruk padahnya jika baju itu berlubang. Bahunya terhinjut kecil tatkala sepasang tangan memeluk tubuhnya dari arah belakang.

"Morning wife." ucap Ezra dengan dagu yang sudah siap dilabuhkan di atas bahu Armelyn membuatkan dahi Armelyn berkerut pelik.

"Err... Tuan Putera mengigau ke?" soal Armelyn. Dia masih statik memegang kemeja yang baru siap digosok. Agak terkejut dengan sapaan Ezra yang tiba-tiba memanggilnya wife. Mimpi apa entah lelaki itu sebentar tadi. Ezra di belakang menjuihkan bibirnya.

"Aku baru nak acah sweet dengan kau. Nanti lepas kahwin, aku tambah lagi sweet tu." kata Ezra.

"Saya tak bagi jawapan pun yang saya nak kahwin dengan Tuan Putera."

"Tapi, aku tetap nak kau kahwin dengan aku. Tak kira apa pun yang berlaku sebab aku sayangkan kau." Ezra yang masih memeluk Armelyn dari arah belakang terus melabuhkan sebuah kucupan di kepala Armelyn.

"Kenapa Tuan Putera sayangkan saya?" Armelyn menyoal. Kadang-kadang dia agak hairan mengapa Ezra melafazkan ungkapan sayang kepada dirinya sedangkan lelaki itu boleh mencari perempuan lain untuk dijadikan pendamping hidup. Dia hanyalah seorang pekerja yang tarafnya sama dengan dayang istana.

"Erm soalan ni agak susah. Bila hati dah rasa sayang, maka sayanglah. Lagipun, kau comel." ujar Ezra. Armelyn tahan ketawa. Lucu pula kedengaran jawapan yang diberikan oleh Ezra. Dia pusing menghadap Ezra, kemudian pinggang Ezra dipeluknya. Ezra pula statik kerana terkejut dengan tindakan berani Armelyn.

"Saya atau Tuan Putera yang comel sebenarnya? Tuan Putera kuat merajuk, suka mengusik. Bukan ke Tuan Putera yang comel?" soal Armelyn.

"Kau dah semakin berani eh? Peluk-peluk aku. Kita kahwin jom?" ajak Ezra.

"Tak nak! Bye! Melyn dah siap gosok baju dan isi air panas tu." ujar Armelyn berura-ura hendak pergi, namun langkahnya terundur tatkala tangan ditarik oleh Ezra. Seketika dia terkaku di dalam dakapan Ezra. Entah apa yang merasuk lelaki itu hari ini. Terlalu suka memeluk dirinya.

“Lepaslah. Apa Tuan Putera buat ni?” Armelyn menjegilkan matanya. Dada Ezra sedaya upaya ditolak supaya Ezra melepaskan tautan pelukan pada badannya.

“Aku peluklah. Saja nak lepaskan rindu dekat kau. Tak lena aku tidur semalam lepas aku cakap aku sayang kau.” ujar Ezra. Armelyn berasa meremang mendengar kata-kata Ezra.

“Ei manisnya! Ada semut gigit sayalah, Tuan Putera.” Armelyn menggosok lengannya dengan dahi berkerut.

“Akulah semut tu. Aku gigit kau!” Ezra menundukkan kepalanya mahu menggigit bahu Armelyn. Armelyn sudah cuak. Tubuh Ezra ditolak ke belakang beberapa kali. Tuan Puteranya itu sudah gila! Hilaian tawa Ezra kedengaran sebaik sahaja Armelyn berjaya melepaskan diri.

“Tuan Putera tak waras!” dengus Armelyn sebelum berjalan keluar. Ezra terduduk di atas katil. Suka sungguh dapat mengusik Armelyn. Merah wajah gadis itu sebentar tadi.

•••

Dahlea memandang ke arah Armelyn yang tersengih-sengih sambil menyiram pokok. Dia tidak tahu apa yang membuatkan gadis itu tampak gembira sekali. Kata-kata Engku Dahlia mula terngiang-ngiang di telinganya. Dia perlu lakukan sesuatu secepat mungkin.

“Melyn...” panggil Dahlea. Serta-merta Armelyn menoleh memandang ke arahnya.

“Ya?”

“Lea perhati je dari tadi. Melyn asyik tersengih-sengih ni kenapa? Angau dekat seseorang ke apa?” soal Dahlea. Senyuman Armelyn mati dan digantikan dengan rasa terkejut. Tekaan Dahlea sungguh tepat. Dia terangaukan Ezra! Sikap Tuan Puteranya itu berubah secara mendadak sehinggakan dia menjadi tidak keruan.

“Tak adanya. Nak angau dekat siapalah? Armelyn cuma teringat benda lucu je.” nafi Armelyn.

“Ouh macam tu. Armelyn tak ada buah hati ke?” soal Dahlea lagi. Dia perlu mengorek rahsia Armelyn agar kerjanya senang dilakukan nanti.

“Tak ada. Kenapa Lea tanya?” Sedaya upaya Armelyn cuba mengawal reaksi dan nada suaranya. Dahi dikerutkan seusai menyoal. Agak hairan apabila Dahlea tanya soalan-soalan seperti itu. Mahu ajak dia membawang ke apa?

“Em tak ada apa. Cuma nak tahu je. Iyalah, dekat sini ramai putera yang kacak. Mana tahu Armelyn berkenan.”

“Ish! Tak akanlah... Putera dengan Melyn jauh pangkatnya. Melyn ni dayang istana je.” balas Armelyn. Baru dia tersedar dengan apa yang dia cakap. Agak pedih untuk ditelan, namun itulah hakikatnya. Mana mungkin dia akan berkahwin dengan Ezra walaupun lelaki itu mengucapkan kata-kata sayang kepadanya.

“Kalau dah ditakdirkan, tak ada apa yang boleh menghalang. Lagipun, Lea rasa Armelyn sepadan dengan Tuan Putera Ezra. Dia baik tau.” Dahlea memulakan langkahnya untuk menarik perhatian Armelyn supaya jatuh suka kepada Ezra. Armelyn ketawa kecil.

“Mengarutlah. Tinggi sangat angan-angan tu. Tuan Putera dah ada Cik Clarie. Cik Clarie jauh lebih cantik daripada Armelyn. Mesti Tuan Putera sayang sangat-sangat dekat Cik Clarie.” ujar Armelyn. Jujur, kata-katanya itu memakan diri sendiri. Dia rasa tergugat dengan Clarie.

Dahlea menggelengkan kepala menindakkan kata-kata Armelyn. Jika mahu dibandingkan wajah Clarie dan Armelyn, Armelyn yang lebih cantik. Lagipun, dia sudah dapat menghadam perangai Clarie. Di hadapan Ezra dan keluarga diraja ini, dia terlihat sungguh baik walaupun agak seksi. Namun, dengan para dayang, segala mak nenek perangai syaitan dia keluarkan. Dahlea sendiri pun pernah ditampar kerana silap mewarnakan kuku Clarie.

“Tuan Putera tak suka Cik Clarie. Dahlea nampak dan dengar sendiri dia bercakap dengan Tuan Putera yang lain. Dahlea ada terdengar Putera Fazlan cakap, Putera Ezra menjaga Cik Clarie bersebab. Yang pastinya, bukan cinta.” ujar Dahlea.

“Ouh macam itu. Patutlah Melyn nampak Tuan Putera marah-marah bila Cik Clarie datang.” Armelyn terangguk beberapa kali tanda faham dengan situasi itu.

“Melyn ada peluanglah nak tambat hati Putera Ezra ni.” Dahlea senyum penuh makna. Haraplah dia berjaya semaikan walaupun sikit perasaan cinta Armelyn terhadap Ezra. Kalau dia berjaya, itu bermakna rancangannya berjalan dengan lancar.

“Ish tak naklah. Lea ni tiba-tiba je cakap pasal Melyn dengan Tuan Putera. Lea ada hati dekat Putera Fazlan ke apa?” Soalan yang diajukan oleh Armelyn membuatkan Dahlea menelan air liur kesat. Dia tidak faham mengapa Engku Dahlia dan Armelyn asyik mengungkit dia menyukai Fazlan walhal dia tidak pernah memberitahu sesiapa pun tentang dia menyukai Fazlan.

“Ma... Mana ada. Lea cuma tengok Melyn dengan Putera Ezra nampak sepadan. Manalah tahu Melyn ada jodoh dengan dia.” Belakang leher diusap. Gugup pula rasanya berhadapan dengan Armelyn.

“Hmm... Putera Fazlan nampak sepadan dengan Lea ada lah.” Usai menghabiskan ayat, Armelyn menghamburkan tawa.

“Sepadan, kan?” sampuk satu suara. Armelyn dan Dahlea memandang satu sama lain. Jangan cakap tuan punya badan dengar apa yang mereka bualkan. Mahu malu tujuh keturunan Dahlea nanti.

“Tuan Putera?” Dahlea menelan liur. Armelyn di sebelah selamba sahaja mengangguk.

“Sepadan sangat!” Sengihan di bibir Armelyn terlakar. Dahlea mengetap bibir sebelum tangannya naik menampar lengan Armelyn. Rasa malu mula menyerbu dirinya sehingga pipinya menjadi merah. Bernasib baik sahaja dia tidak berkulit cerah. Jadi, pipinya yang kemerahan itu tidaklah nampak sangat.

“Blushing ke? Comel je.” Fazlan menarik pipi Dahlea membuatkan Dahlea tersentak.

“Erm Tuan Putera...” Dahlea berundur setapak. Tidak selesa berkedudukan dekat dengan Fazlan. Engku Dahlia yang memerhatikan dari tingkat atas istana hanya mengukir senyuman. Nampaknya dia tidak salah meneka perihal Fazlan menyukai Dahlea. Tengok sahajalah dari tingkah laku Fazlan.

“Kacau je Dahlea buat kerja. Nak kena tarik telinga budak ni.” gumam Engku Dahlia.

“Melyn pergi dulu. Bersembanglah.” Armelyn lantas beredar dari situ. Dahlea terkebil-kebil memerhatikan Armelyn yang sudah melangkah pergi tanpa sempat dia menghalang.

“Err...”

“Tak ada alasan nak buat kerja! Jom teman aku makan.” ajak Fazlan. Tangan Dahlea ditarik, memaksa Dahlea untuk mengikutinya.

Armelyn melompat kecil sambil berjalan di tepi kolam renang. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman.

“Bah!” Armelyn yang terkejut dengan sergahan itu terjerit kecil sebelum badannya terjatuh ke dalam kolam renang. Ezra menghamburkan hilaian tawa. Seronok kerana sergahannya menjadi.

“Apa ni Tuan Putera?” Armelyn menyoal. Geram pula dengan Ezra. Ezra yang masih ketawa kecil itu menjongketkan bahu membuatkan muka Armelyn semakin cemberut.

“Tolong saya sekejap.” pinta Armelyn. Payah pula dia hendak naik ke atas. Ezra tanpa teragak-agak menghulurkan tangan untuk membantu Armelyn. Armelyn ketap bibir. Tangan Ezra ditarik kuat sehinggakan Ezra terdorong untuk jatuh ke dalam kolam renang.

Mata Ezra membuntang tatkala dia tidak dapat menyeimbangkan diri. Air kolam itu mula terpercik ke merata tempat sebaik sahaja tubuh Ezra masuk ke dalam kolam. Kali ini, hilaian tawa Armelyn pula kedengaran. Dia puas hati.

“Berani kau tarik aku sampai jatuh dalam kolam!” Ezra meraup mukanya.

“Tuan Putera tu! Berani Tuan Putera sergah saya.” Armelyn menggigit bibir bawah, membuat mimik muka garang. Tangannya naik bercekak pinggang.

“Memanglah berani. Tak akan aku nak takut dengan budak terbantut macam kau ni. Nasib baik comel.”

“Ish! Malas layan Tuan Putera. Bye!” Armelyn terus beredar.

“Hoi! Tunggulah!” jerit Ezra. Sudah tiada rupa majikan dan pekerja lagak mereka.

Continue Reading

You'll Also Like

278K 16K 53
Adwa Sofea dan Aakiff Muhammad Cliche! Do. Not. Read if you Hate Grammatical Errors and Typos
747K 16.7K 20
Nadhira Sofea Bertahun lamanya dia menyimpan perasaan. Rasa yang membungakan hatinya. Rasa yang sangat indah hingga dia mencatat segalanya di setiap...
20.6K 528 67
Siapa sangka pertemuan semula Aisyah Alhena dengan Hud Izzudin pada malam reunion Sekolah Tinggi Khandi membawa mereka ke arah ikatan pertunangan. "K...
125K 6.4K 54
Book 2 Ada ka orang yang Kecik-kecik dah pandai jatuh cinta?. Yes, ada. Nelyna Naira, dia lah orang yang telah jatuh hati pada si Dia. Tapi, Nelyna...