Touch (On Going)

By vongraceijien

13.4K 945 371

I'jien Gracevon@copyright protected ยฉ2020/2021 Genre : Romance, Drama Language : Malay, English, Italian ๐Ÿงฅ C... More

๐Ÿค
Opening..
one
two
three
four
five
six
seven
eight
nine
ten
eleven
twelve
thirteen
fourteen
fifteen
sixteen
seventeen
eighteen
nineteen
twenty
twenty-one
twenty-two
twenty-four
twenty-five

twenty-three

391 41 21
By vongraceijien


         BRAK..!

         Bagasi dilempar ke tepi dinding. Canna terus menghempas punggung di atas lantai rumah. Lelah seharian selepas balik dari Itali, Canna merebahkan tubuhnya di lantai itu. Lensa matanya mengamati ruang tamu kecil yang penuh kenangannya bersama Caleb. Kini dia bersendirian.. apakah nasibnya selepas ini? Cecair hangat mengalir dari matanya. Ia menitis di permukaan lantai berdebu. Canna terlalu penat sekali.. penat mengharungi kehidupan serba tidak kena. Tubuhnya tidak larat hendak bangun untuk melakukan kerja mengemas atau membersihkan. Tetapi tidak mengapa, ini rumahnya dan tiada sesiapa akan mengarah. Canna hanya ingin berehat sebentar..

TOK! TOK! TOK!

          Bila matanya hampir terpejam, bunyi ketukan dari luar mengejutkannya. Canna segera bangkit. Akan tetapi dia bingung. Siapa pula datang ke sini pada waktu petang sebegini? Fikirnya. Sebelum Canna membuka pintu, dia bersuara dari dalam terlebih dahulu.

          "Siapa tu?"

Dengan pantas ia disahut.

          "Food delivery."

Canna terkejut sekali lagi.

            "Eh? Saya tak ada pesan makanan dari luar. Maaf, awak tentu tersilap rumah." Balas Canna.

             "Tapi alamat rumah ni betul lah cik. Saya dihubungi tadi dan diminta untuk hantarkan pesanan makanan ni kepada orang bernama Canna Mercury. Adakah cik orangnya?"

Canna diam seketika..

           "Cik, saya boleh letakkan saja kotak makanan ni di sini kalau cik tak mahu keluar. Tapi boleh tak turunkan tandatangan di atas bil ni?" Kata lelaki itu lalu menyisipkan sekeping kertas di bawah celahan pintu.

        Canna mencapainya kemudian membaca. Makanan itu semua sudah dibayar! Dia hanya perlu menandatanganinya sebagai bukti sudah diterima. Timbul pelbagai persoalan dalam mindanya. Siapakah gerangan orang yang melakukan hal ini? Setelah kertas itu ditandatangani, penghantar makanan tadi pun pergi dari situ. Selang beberapa minit kemudian, Canna menjengah ke luar. Kotak makanan yang berada di sebelah dinding pintu lantas diangkutnya masuk. Pintu segera dikunci rapat.

        Bau menyelerakan yang datang dari kotak itu membuatkan Canna berasa lapar. Ia masih hangat lagi walaupun sudah beberapa minit berlalu.

           "Siapa pun awak.. terima kasih untuk makanan ni.." ucapnya lalu duduk di lantai dan membuka kotak makanan itu.

_______

           Hari baru bermula lagi. Sebelum pukul 7 pagi Canna sudah berada di hadapan pintu restoran kecil milik seorang wanita berusia 40-an berbangsa Latin, Bella Montez. Wanita itu amat mengenali Canna dan abangnya.

         "Canna..? Is it you?  Oh my holy flower..! Where have you been? And what are you doing here so early?"

Terkejut melihat Canna berdiri di sana, Bella lantas memeluknya tanda salam.

          "Err.. good morning aunt Bella, sorry if I bother you.." jawab Canna segan silu.

           "Eh, ganggu apa pula? Auntie sukalah awak ke sini. Jawablah, awak pergi mana selama ni? Caleb si kacak mana? Lamanya auntie tak jumpa kamu.." Wanita itu terus menyoal tentang Caleb juga.

          "Erm.. kami ada masalah sikit.." lembut sekali perbahasan Canna.

          "Masalah? Masalah apa tu?"

         "Saya datang ni.. nak minta kerja dengan auntie."

           "Oh.. boleh.. tapi bukankah awak bekerja di syarikat pengiklanan terbesar tu? Kenapa berhenti?" Tanya Bella lagi.

           "Saya penat, sebab tu tak sanggup bekerja di sana."

            "Jadi Caleb?"

            "Dia.." Canna seperti ragu-ragu menjawab soalan itu.

          Bella umpama ibu dan kakak Canna. Dia sudah mengenali Canna dan Caleb sejak mereka berdua di bangku sekolah rendah lagi. Tiada apa yang perlu dirisaukan. Dengan kepercayaan seratus peratus pada Bella, Canna menceritakan segala kejadian yang berlaku terhadap Caleb dan dirinya. Namun mengenai penyakit kulitnya, ia tetap dirahsiakan. Walaupun sesama perempuan, Canna malu mengungkap hal peribadinya kepada Bella. Canna risau jikalau Bella tahu tentang penyakitnya, lantas ia mungkin menyebabkan wanita itu memandang jijik padanya. Dan mungkin juga dia akan dihalau dari situ.

         Wanita berbangsa Latin ini menghirup kopi yang separa hangat setelah mendengar luahan Canna. Sesekali dia mengeluh simpati pada nasib dua beradik yatim itu. Hari ini restoran kecil miliknya sengaja tidak dibuka awal kerana Bella ingin mendengar masalah yang dihadapi Canna. Gadis itu menangis hiba, kadang tersenyum pahit tetapi semangatnya tetap kuat. Kopi segar yang sejak tadi dihidang untuknya pula tidak dihirup hinggakan ia mendingin di atas meja bulat. Sedikit kudapan untuk mengalas perut juga tidak disentuh langsung. Bella turut dapat merasa apa yang telah Canna rasai sebelum ini.

          "Sedihnya.. kalaulah auntie ni orang kaya, tentu saya ringan hati ikat jamin Caleb. Hanya restoran ni saja tempat auntie bergantung hidup seorang diri. Selama ni auntie tak pernah menggaji pekerja, tapi tak apa, kali ni auntie upah awak bekerja di sini. Tapi Canna, gaji tidaklah lumayan macam di restoran besar.. awak pun faham kan kadang-kadang berniaga ni ada turun naiknya? Awak sanggupkah?" Ujarnya.

Canna nampak gembira sekali bila permohonannya diterima.

           "Saya sanggup! Auntie beri saja gaji untuk saya setakat yang mampu. Saya tak paksa. Asalkan dapat menampung makan minum saya tiap hari, itu sudah cukup. Saya sanggup buat apa saja kerja yang auntie suruh " Berkobar-kobar semangat si gadis.

            "Baguslah kalau macam tu, Canna. Jadi bila awak nak mula bekerja? Esok atau lusa pun boleh kalau awak nak." Ujar Bella.

            "Hari ni," laju jawapan Canna.

            "Wah.. bersemangat betul, haha. Saya suka sikap awak ni. Ok, untuk permulaan, awak cuma perlu mengelap meja dan cermin dulu. Kedai makan mestilah sentiasa bersih, kan? Haha.." Sambil memuji, Bella terus memberikan arahan ringkas buatnya.

Canna menganggukkan kepala mengerti apa yang diarahkan. Pagi ini dia memulakan kerja membersih dan mengemas restoran kecil itu sementara Bella menyiapkan kerjanya di dapur. Betul kata wanita itu, perniagaannya tidak semaju restoran besar. Hanya beberapa orang pelanggan saja yang masuk sejak pagi tadi sehinggalah selepas waktu tengah hari.

        Selepas selesai menjamu makanan tengah hari, Canna membeli roti kosong yang dijual di dalam restoran itu. Ia buatan air tangan Bella sendiri. Sudah tentulah enak. Sekarang pula ialah waktu rehat Canna.

          "Saya tahu awak buat apa dengan roti tu," kata Bella seperti tahu apa yang ingin Canna lakukan.

Si gadis tersenyum sipu sambil memasukkan beberapa biji roti lembut ke dalam plastik.

           "Dah lama saya tak buat begini.. saya rindukan mereka." Balas Canna.

           "Tentu mereka juga rindukan awak, haha. Pergilah ke sana, tapi jangan lama-lama ya? Sebab lepas ni auntie nak ajar awak cara membancuh minuman." Ulas Bella.

          "Baik.."

       Canna menyahut lalu keluar dari restoran. Apron yang dipakainya masih ada di badan. Sebenarnya Canna cuma ingin ke sebelah restoran itu saja untuk memberi kucing-kucing serta anjing liar makanan. Sudah lama dia tidak melawat mereka, rindu pula rasanya. Apabila dia sampai ke lokasi itu, binatang-binatang itu semua keluar dari tempat persembunyian mereka setelah terdengar siulan Canna yang merdu. Dia umpama tuan mereka semua. Ada yang datang kemudian terus menggeselkan pinggul pada batang kaki Canna. Mereka ingin dimanja-manja. Tentu mereka juga merindui Canna. Dua ekor anjing yang selalu menyapa Canna dahulu juga turut ada di situ sambil melibas-libaskan ekornya.

          "Hai.. lama kita tak jumpa. Tak sangka kamu masih ada di sini. Mulai sekarang, saya akan selalu ada di sini beri kamu makan. Come here.." berbicara pada binatang sudah menjadi tabiat Canna.

Siapa lagikah temannya berbual di situ selain Bella? Tiada. Biarlah haiwan-haiwan liar ini menjadi tempat dia meluangkan masa walau seketika saja.. Mereka bagaikan keluarga kecilnya walaupun Canna tidak memahami ngiauan dan salakan mesra bintang-bintang itu. Dulu, Caleb selalu menemaninya di situ, tapi kini hanya Canna seorang diri melayan telatah makhluk-makhluk comel ini.

Sedang Canna mengoyak-ngoyakkan roti itu untuk dibahagikan pada binatang itu semua, beberapa meter dari situ seseorang sedang menangkap gambarnya.

KLIK! KLIK! KLIK!

        Perkara itu tidak disedari Canna langsung. Orang yang sedang menangkap gambarnya pula berada di dalam sebuah kenderaan yang berparkir pada bahu jalan.

Dan.. begitulah pada setiap hari sehinggalah seminggu berlalu..

________

            "Canna, hari ni auntie ada urusan di bandar. Boleh tak awak jaga restoran sekejap?" Pinta Bella padanya sambil menyikut tas tangan pada lengan.

             "Eh, boleh. Auntie pergilah." Jawab Canna ikhlas.

Wanita itu tersenyum.

             "Mujurlah awak ada di sini. Kalau tidak, auntie memang tutup kedai sebab tak ada penjaga. Gratias tibi valde..(Terima kasih banyak-banyak..)" Balas Bella.

              "Haha.. you are welcome aunt. Stay safe.." ucap Canna semula.

Dia memahami sedikit saja bahasa Latin yang diucapkan padanya tadi kerana sudah lama berkawan dengan Bella.

         Kemudian Bella meninggalkan restorannya dan berharap Canna mampu mengendalikan ia seorang diri. Waktu seminggu Canna berada di sana, dia sudah semakin arif melakukan kerja yang sepatutnya termasuklah melayan pelanggan yang datang. Cekap sungguh gadis itu bekerja. Dalam masa yang singkat saja dia sudah mempelajari kesemuanya. Bukan setakat itu, tetapi sikapnya yang pembersih amat disukai Bella.

          Satu jam selepas itu, Canna berdiri di kaunter sambil merenung pintu masuk. Restoran agak lenggang ketika ketiadaan pelanggan. Hanya musik Tango yang rancak menjadi hiburan telinganya. Tetapi bunyinya perlahan saja. Ia musik kegemaran Bella. Ketika Canna leka dengan imaginasi di siang hari, tiba-tiba loceng yang digantung atas pintu berbunyi menandakan seseorang masuk ke dalam.

Ting..

        Lamunan Canna terhenti begitu saja. Dia segera menyapa mesra si pelanggan.

          "Welcome sir, you may have your seat.."

Namun ia tidak dibalas. Lelaki itu berjaket hitam menutupi kepala, berpelitup muka dengan kedua-dua tangannya terperap dalam saku baju. Dia kelihatan mencurigakan! Padamulanya Canna mahu ke tempat orang itu dan melayannya, tetapi dia berasa tidak sedap hati. Canna teruskan berada di kaunter sambil lelaki itu memerhatikan meja-meja kosong yang ada.

          "Can I have plain bread and a cold fresh milk?" Lelaki itu bersuara padanya. Tetapi nadanya perlahan sekali.

Canna yang tadinya terkaku lantas menyahut.

          "Yes, sure.."

Tanpa berlengah dan mahu lelaki itu cepat pergi, Canna segera mendapatkan roti buatan Bella dari rak. Susu segar yang berada di dalam peti sejuk juga diambil lalu dimasukkan ke dalam bakul plastik. Tanpa disedari Canna, lelaki itu meletakkan sejumlah wang di atas kaunter bagi pembayaran makanan yang dipesannya lalu membelakangkan kaunter.

          Canna datang dari arah belakang kemudian menyerahkan bakul plastik itu padanya.

          "Here's your order, sir.."

Namun orang itu tidak menoleh memandangnya. Tangannya diangkat bermaksud meminta bakul plastik itu. Semasa Canna menyisipkan ia ke jarinya, si lelaki lantas bersuara padanya.

           "Duit ada di kaunter.." itu sahaja kemudian dia berlalu pergi.

Canna melepaskan nafas gentarnya sambil mengusap dada setelah pemuda itu pergi. Lelaki pelik tadi tidak pernah datang ke sini. Mungkin dia baru berpindah di kawasan terdekat. Getus akal fikiran Canna.

       Selang beberapa jam kemudian pada waktu tengah hari, Bella masih belum balik lagi ke restoran. Canna mengambil sedikit masa untuk keluar memberikan makanan buat haiwan-haiwan liar itu semua. Tetapi sesampai saja dia di lokasi itu, dia berasa hairan sekali. Beberapa mangkuk bersih berisi serpihan-serpihan roti serta susu yang sudah tinggal sedikit jelas tersedia di tepi tempat persembunyian kucing dan anjing itu. Canna menjadi terlalu curiga! Roti dan susu itu pula sepertinya dari restoran Bella!

        Canna lantas pandang kiri dan kanan dengan mata membulat seiring nafas mengencang kuat. Siapa yang melakukannya? Selama ini tiada sesiapa pun yang pedulikan binatang-binatang liar itu semua kecuali Bella, dia sendiri dan.. Caleb.

           "Siapa awak..?" Gumam Canna dengan mata meliar mencari orang yang memberi makan kesemua binatang itu.

Jantungnya berdetak kencang di dada. Satu aura kuat datang menyelubungi dirinya.

           "C.. Caleb..? Awakkah yang.. datang tadi?" Canna membuat andaian sendiri.

          "Tak mungkin!"

_______

        Perkara itu membelenggu fikiran Canna sepanjang hari. Dia kerap mengelamun berfikir tentang orang yang datang pagi tadi.

           "Canna.. awak ok? Sejak tadi auntie tengok awak muram. Awak sakitkah?" Tegur Bella ketika Canna berada di hadapan sinki.

Gadis itu tersentak dan terus berlakon ceria.

           "Eh? Saya ok, tak ada masalah. Haha.."

           "Sejak auntie datang, awak nampak suram tidak ceria. Ada apa-apa yang berlaku semasa saya tak ada di sini?" Soal Bella lagi. Dia amat risaukan Canna.

Canna mengeluh singkat. Air mukanya jelas kelihatan khuatir akan sesuatu.

           "Tiada apa-apa yang berlaku.. cuma saya rasa macam.. ada orang perhatikan saya.." balasnya.

           "Hm.. perasaan awak saja tu. Kalau ada pun, mungkin putera dari kayangan. Haha.." bercanda pula Bella.

Gurauan itu membuat Canna tersenyum sama tetapi hatinya masih tidak tenang.

           "Erm.. boleh saya tanya sesuatu?" Soalnya.

           "Tanyalah. Apa dia?" Jawab Bella.

           "Auntie kah yang letak mangkuk-mangkuk untuk kucing tu semua?" Canna inginkan kepastian.

Bella mengurut dagu. Sebelah keningnya naik ke atas, bibirnya pula melengkung ke bawah.

           "Hm.. bukanlah. Saya nampak juga mangkuk tu, tapi saya ingatkan awak yang letak di situ." Jawabnya.

Canna semakin hairan. Jadi siapakah orang yang baik hati menyediakan benda itu di sana? Lalu Canna terimbas kembali lelaki yang datang membeli pada pagi tadi. Perasaannya bertambah gusar.. ia tidak mahu hilang dari fikirannya.

           "Bukan saya yang letakkan.. err.. tak apalah. Mungkin orang tu tinggal berdekatan tempat ni. Mungkin juga dia kasihan tengok kucing dan anjing tu."

Canna tidak menceritakan langsung tentang lelaki yang datang sebelum ini. Bella tidak berfikir negatif. Andaian Canna tadi mungkin saja benar baginya.

            "Baguslah begitu. Sekurang-kurangnya ada juga orang yang prihatin pasal binatang liar di kawasan ni." Ujar Bella.

            "Ya.."

Beban dari masalah peribadi yang dirasai sudah cukup berat di dalam kepala Canna. Inikan pula mahu memikirkan hal lain? Canna berfikiran positif saja, tidak mahu ingat tentang perkara itu lagi. Lebih baik lupakan saja kejadian pagi tadi dan teruskan bekerja, kata hatinya.

_______
 
        Oleh kerana simpang masuk ke lorong kediaman Canna agak sempit, Bella terpaksa menghentikan kenderaannya di tepi jalan saja atas permintaan Canna sendiri. Si gadis tidak mahu menyusahkan wanita Latin itu.

            "Terima kasih sebab sudi hantar saya pulang, auntie. Esok kita jumpa lagi.." ucap Canna sewaktu berada di luar kenderaan itu.

            "Sama-sama.. awak hati-hati tau? Hari dah nak gelap ni. Jalan laju sikit sampai ke rumah awak." Pesan Bella padanya.

             "Baik.."

Setelah Bella pergi dari situ barulah Canna meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Tiada pula orang berlalu lalang di kawasan ini pada waktu petang. Rumah kejiranan pula seperti tidak berpenghuni tetapi sebenarnya ada.

Sambil berjalan, Canna mengurut bahunya sendiri. Tetapi waktu ini dia merasakan ada sesuatu yang ganjil. Ini adalah pertama kali dia berasa sebegini. Badannya berpaling ke belakang untuk memastikan tiada orang mengekorinya. Sesekali langkahnya terhenti tetapi lantas bergerak semula. Tali beg sandang dicengkam kuat. Deruan nafas gentarnya kedengaran jelas sekali.

          Semakin pantas dia berjalan, semakin takut rasanya di hati. Sebaik saja tiba di hadapan pintu rumah, Canna terus membuka kuncinya. Pintu ditutup rapat, lalu dia berdiri ditepi tingkap. Langsir diselak sedikit untuk melihat keadaan di luar rumahnya. Nafasnya sekarang berhembus deras seiring jantungnya yang sejak tadi berdegup kencang. Pada waktu senja yang semakin gelap ini, kelihatan sosok bayang-bayang seseorang sedang bersembunyi disebalik pokok berhampiran rumahnya. Mata si gadis membulat besar! Adakah orang itu mengekorinya? Kain langsir dicengkam kuat sekali. Canna tidak mengerti mengapa dia diekori hingga ke sini! Lalu dia teringat semula kata-kata Tuan Muda Edgar seminggu yang lalu..

     "Canna, tolong jangan percayakan dia lagi. Dia cuma bermulut manis dengan awak. Saya nak awak sentiasa berhati-hati di sana sebab dia sekarang sedang mencari awak. Dia bukan orang baik."

        "Betulkah apa yang tuan muda katakan hari tu? Tuan Herzand sedang mencari saya?" Soal Canna sendiri.

          "Kalau betul.. kenapa dia tak tunjukkan diri saja? Kenapa buat saya takut macam ni?"

Persoalan demi persoalan timbul. Canna menjadi terlalu risau..

_______

          Dua hari selepas kejadian itu berlaku, Canna tidak lagi peduli jika dia diekori ataupun tidak. Pada masa inilah Canna bertandang ke rumah penjara untuk melawat abangnya.

         "Awak lagi.. kali ni nak cari siapa?" Tanya petugas penjara. Gadis itu sudah dikenalinya kerana selalu datang melawat Caleb.

          "Tentulah nak jumpa abang saya.. Caleb Mercury," jawab Canna.

Petugas itu tersengih atas bangkunya. Ditenungnya Canna yang kelihatan gusar.

          "Oh.. saya ingatkan awak nak lawat orang lain. Takkan awak tak tahu tentang dia?" Kata petugas itu lagi.

Canna mulai bingung.

          "A.. apa maksud tuan?"

          "Dia kan sudah dibebaskan seminggu yang lepas? Dia tak ada berjumpa dengan awak ke? Abang jenis apalah dia ni.." ujar si petugas.

Jawapan itu amat memeranjatkan Canna!

            "Ma.. macam mana..??" Soalan Canna terbantut apabila petugas penjara itu terus menjawabnya.

           "Dia diikat jamin oleh seseorang. Maaf, tapi saya tak boleh dedahkan siapa orang tu sebab saya sendiri tak kenal siapa dia. Silakan pergi cik, saya takkan jawab apa-apa lagi."

Si petugas seraya mengalihkan pandangan dari Canna. Langkah kaki Canna perlahan saja meninggalkan penjara itu. Jauh di dalam sudut hatinya.. mengapa Caleb tidak berjumpa terus dengannya? Bukankah dia juga merindui Canna? Sakit hati si gadis diperlakukan sebegini hinggakan dia menangis. Ia tangisan gembira bercampur sedih. Akan tetapi muncul pertanyaan baru dalam benaknya. Siapakah yang telah mengikat jamin Caleb? Lagipun tiada sesiapa yang tahu selama ini Caleb berada di penjara selain Bella dan dirinya.

_______

         Canna memaklumkan kepada Bella yang dia ingin memohon cuti pada hari ini. Semangatnya hilang kerana kejutan yang disampaikan oleh petugas penjara tadi. Malah Canna asyik melihat telefon bimbit jikalau Caleb ada menghubunginya. Namun harapan itu tipis. Abangnya seolah-olah sengaja menjauhkan diri dari adiknya.

         Saat Canna tiba dirumah, fikirannya hanya memikirkan Caleb. Di manakah dia? Tidak apalah jika si abang enggan berjumpa, tetapi sekurang-kurangnya beritahulah bagaimana keadaan dan di mana dia berada sekarang. Bila memikirkan perkara ini, Canna kecewa!

        Tombol pintu dipulas, daun pintu ditolak perlahan. Tapi ada sesuatu yang pelik. Canna terkaku serta terperanjat kecil apabila keadaan rumah tidak seperti sebelum dia keluar tadi. Beberapa bungkusan makanan dan minuman sejuk tersedia di atas meja. Ia masih baru dan belum disentuh lagi. Lalu dipandangnya pintu bilik Caleb yang terbuka. Selama ini bilik itu sentiasa berkunci. Kuncinya pula ada pada Caleb seorang saja. Jantung Canna bergetaran sama seperti tubuh badannya.

         "Si.. siapa di situ..?" Dia lantas bertanya tanpa menggerakkan kaki ke sana.

Tiada jawapan. Sekali lagi Canna bersuara dengan nada tinggi sedikit.

           "Siapa di situ!?" Rasa gementar menakluki dadanya.

Tidak lama kemudian, sekujur tubuh lampai menjengah keluar dari bilik itu. Dengan kepala menunduk, kedengaran keluhan nafas jantannya. Canna berundur ke belakang perlahan-lahan. Tetapi mata si gadis terbeliak apabila orang itu membuka pelitup muka dan mengangkat kepalanya!

         "Caleb..??"

Namanya diseru oleh si adik. Air matanya secara tidak langsung berlinangan melihat Caleb sudah kembali ke rumah itu. Ingin saja Canna berlari dan terus memeluknya saat ini juga, tetapi dia menahan diri. Marah dan kecewa terhadap Caleb masih terpendam. Canna lantas menoleh ke bahagian lain dalam rumah itu.

         "Hai, Canna.. how are you? " Caleb menyapa lembut sambil kakinya mulai bergerak menuju ke tempat Canna berdiri. Senyuman ikhlasnya hanya untuk si adik.

         "Kenapa saya tak tahu..?" Canna terus menyoal tapi matanya masih tidak mahu memandang abangnya. Caleb berhenti tepat di depan Canna.

          "Sorry.. Saya.."

          "Saya tahu saya tak penting pun. Saya dah agak yang saya ni cuma beban awak. Saya cuma menyulitkan hidup awak, Caleb." Potong Canna.

Acap kali tangannya mengesat kelopak mata yang basah dek air mata berderai. Keluh tangisnya turut kedengaran.

           "Kenapa cakap macam tu? Saya tahu saya salah sebab tak berjumpa dengan awak dulu.." balas Caleb. Tangannya cuba menyentuh kepala adiknya, tetapi Canna mengelak selari ucapannya untuk Caleb.

          "Kalau memang tak ada hati nak jumpa saya, jangan paksa diri! Alang-alang begitu, lebih baik tak payah jumpa terus sampai bila-bila!"

Betapa marahnya Canna sekarang. Dia segera keluar dari rumah itu dalam keadaan sedih. Caleb lantas mengejarnya.

          "Canna! Saya minta maaf! Bukan sengaja saya buat macam tu!" Jawab Caleb lalu menangkap tangan Canna.

          "Jadi kenapa!?" Turun naik dada si gadis menyoal abangnya yang kelihatan amat bersalah.

Caleb diam seketika. Tetapi mata putihnya kemerahan begitu juga kulit pipinya.

           "Jawablah kenapa tak jumpa saya terlebih dulu!?" Bentak Canna lagi.

Pertanyaan ini membuatkan Caleb segera berterus-terang.

           "Sebab saya malu berhadapan dengan awak! Saya tak tahu apa sebenarnya sedang terjadi sekarang dan tak tahu siapa yang jamin saya keluar dari tempat tu!"

Canna menatap abangnya dengan penuh hiba. Hairan membelenggu diri. Tangan bercacah tatu si abang perlahan-lahan diangkat kemudian ia menyentuh pipi Canna lalu menyeka air matanya.

           "Saya cuma ambil sedikit masa untuk bersendirian sebelum beranikan diri berjumpa dengan awak, Canna. Tolonglah fahami saya.. hari ni keberanian tu muncul. Sebab tu lah saya balik.." jelas Caleb.

           "Jadi selama ni.. awaklah yang ekori saya? Hantarkan makanan semua?" Balas Canna.

Kening Caleb terjungkit.

          "Hantar makanan?" Soal si abang.

          "Hari selepas saya balik dari melawat awak.." Lidah Canna terhenti dari berbicara.

Bila difikirkan semula, mustahil Caleb memesan makanan untuknya kerana waktu itu dia masih berada di dalam penjara. Kening Caleb mengerut tajam lalu matanya pandang sekeliling kawasan tempat tinggal mereka.

          "Let's talk inside. I think.. someone is watching us." Ajak Caleb sambil menarik tangan adiknya masuk semula ke dalam rumah.

         "Awak tak apa-apa, kan? Ada orang ganggu awak semasa saya tiada?" Soal Caleb sambil tangannya menggoncang lembut bahu Canna.

Gadis itu hanya menggelengkan kepala bermaksud tiada. Dia yang tadinya menangis kini tersenyum. Melihat raut wajah Caleb yang amat bimbangkan dirinya sangat mencuit hati.

            "Betulkah tiada? Saya risau.." ayat yang ingin Caleb ungkapkan terhenti apabila Canna terus memeluknya dalam dakapan erat.

           "Saya lagilah risaukan awak.." dia berbisik lembut.

Si gadis penghidap psoriasis ini tidak kisah memeluk abangnya sendiri. Caleb diam sejenak sambil membalas pelukan Canna.

            "Answer me Canna.. are you ok?" Disambungnya lagi pertanyaan tadi.

            "Saya tak apa-apa.. saya gembira awak ada di sini." Jawab Canna.

             "Saya pun begitu. Tapi saya tak sedap hati.. sebab saya nak tahu siapa yang baik hati jamin saya keluar dari penjara." Ujar Caleb.

Canna melepaskan pelukan itu lalu mengajak Caleb duduk di atas lantai untuk membicarakan hal tersebut.

             "Saya juga nak tahu. Tapi apa-apapun, awak dah bebas sekarang. Kita kena berterima kasih dengan orang tu." Kata Canna pula.

  Caleb hanya tersenyum. Dia lantas menukar topik lain.

              "Hari tu saya ekori awak, haha.. tapi bukan berniat nak takutkan awak." Si abang tergelak.

              "Cis.. saya hampir call auntie Bella tau. Rupanya awak yang datang ke restoran menyamar jadi pelanggan, lepas tu beri makan pada binatang liar tu semua. Betul tak?" Tanya Canna.

Sekali lagi Caleb terkejut dengan ulasan Canna. Kemudian dia menjawabnya.

             "Saya tak pernah datang ke restoran.."
           
Senyuman Canna hilang serta merta!

            "Awak tentu bergurau, kan?"

            "Kenapa pula saya nak bergurau dengan awak? Macam mana muka orang tu?" Tanya Caleb yang mulai khuatir akan keselamatan adiknya.

              "Dia asyik menunduk.. pakai jaket dan pelitup muka. Suara pun tak seberapa jelas.." jawab Canna.

Caleb merengus perlahan.

             "Hm.. mungkin orang itulah yang bebaskan saya dari penjara. Saya nak tahu.. apa yang telah terjadi semasa awak bekerja bersama lelaki bodoh tu?"

Canna seraya mengusap tengkuk. Kalau dia ceritakan perkara-perkara buruk tentang dia dibuli oleh Tuan Muda Edgar, tentu Caleb mengamuk.

              "Erm.. saya penat, sebab tu saya letak jawatan. Kena marah tiap hari.. itu sudah kebiasaan. Tak payahlah awak berdendam dengan dia sebab saya tak lagi bekerja di sana. Lebih baik kita lupakan perkara ni dan mulakan hidup seperti biasa." Balasnya.

            "Ok.. macam mana kulit awak sekarang? Ada tak awak berjumpa dengan doktor tu?" Soal Caleb yang masih mengambil berat tentang penyakit adiknya.

Canna tersengih, pipi digaru lembut.

           "Ya, ada. Tapi sekali saja. Ubat tu pula dah nak habis.. tapi biarlah. Saya sekarang bekerja dengan auntie Bella."

            "Baguslah.. tentu awak penat sara diri sendiri. Esok saya akan cari pekerjaan yang lain. Biarlah saya uruskan belanja perubatan awak. Ok? Saya ada duit simpanan sedikit. Lepas bebas dari penjara hari tu, saya keluarkan semuanya. Nah.. ambil ni."

Caleb menghulurkan beberapa keping duit kepada Canna. Gadis itu tersentak dan lantas menolak tangan abangnya yang memberi.

             "Saya tak nak terima. Itu duit awak dan awak perlukannya untuk keluar cari kerja. Lagipun saya tak naik bas atau teksi pergi ke restoran. Makan pun auntie Bella yang tanggung. Awak janganlah risau." Jelas Canna.

               "Keras kepala betul. Nak ambil atau saya guna duit ni beli arak?" Gurau Caleb.

              "Arak??" Riak Canna berubah marah.

               "Haha.. dah agak muka awak macam ni. Kalau awak tak nak guna pun tak apa, awak simpanlah ke dalam akaun. Boleh?" Pujuk si abang.

               "Hm.. baik." Canna tersenyum semula.

Duit yang dihulurkan kepadanya akhirnya diambil. Tetapi Canna simpati pada abangnya. Lelaki itu semakin kurus.. beberapa kesan parut luka pada mukanya jelas di mata. Tentu dia sengsara ketika berada di dalam penjara. Parut luka itu semua tiada sebelum ini..

             "Awak pula macam mana..? Ok?" Canna terus menyoalnya.

Caleb ketawa kecil lalu berbaring atas lantai. Kedua-dua tangannya menekup dada. Pandangannya pula tertumpu siling. Bibirnya mengukir senyuman penuh duka. Ia dapat dibaca oleh si adik.

           "Apa lagi saya nak katakan..? Sudah tentulah saya ok.. ketika berada di dalam sana, hidup umpama tak bermakna lagi. Saya menyesal.. kalau bukan kerana nak menunaikan janji pada awak, saya tentu tak jadi penjenayah. Tentu awak malu dapat abang begini, kan? Haha.."

Walaupun suaranya seperti bersahaja, namun tersirat sesal dalam dirinya.

          "Saya tak malu." Sahut Canna.

          "Awak cuma nak senangkan hati saya.."balas Caleb.

          "Awak bukan penjenayah berat.. lagipun kalau bukan sebab saya, awak tak akan masuk ke sana. Saya yang patut malu pada diri sendiri sebab tak dapat bantu bila awak dalam kesusahan." Tambah Canna lagi.

           "Diamlah.. saya nak tidur." Kata Caleb lalu mengangkat lengan dan meletakkan ia di atas kepala. Dia sengaja mengelak dari terus berbicara mengenai hal ini.

Canna tergelak. Caleb selalu menamatkan cerita tanpa berbahas panjang.

          "Makanan tu semua untuk awak.. tolong habiskan. Saya tahu awak belum makan lagi," Caleb bersuara tatkala kelopak matanya tertutup.

           "Marilah makan sama-sama." Pelawa Canna sambil menarik bungkusan makanan itu.

Tetapi Caleb tidak menyahut. Dipalingkan badannya dari Canna. Si gadis menatap abangnya dari belakang. Tangan menjadi alas kepalanya. Di atas lantai, Canna menikmati sendiri makanan yang dibeli oleh Caleb.

        Caleb membuka kelopak mata.. dia menangis lalu tersenyum. Tetapi ada sesuatu menganggu fikirannya. Siapa lelaki yang masuk ke dalam restoran, memesan makanan untuk Canna dan mengikat jamin dirinya? Orang itu tentu ada kaitan dengan adiknya. Persoalan itu timbul dalam fikiran Caleb.

_______

         "Abang awak dah keluar dari penjara? Wah, baguslah! Dia di mana sekarang?" Tanya Bella seiring riak gembiranya setelah Canna menceritakan perihal Caleb yang kini bebas.

          "Dia sedang berusaha cari kerja baru. Dia kirim salam dengan auntie dan minta maaf sebab belum ada masa menjenguk ke sini." Jawab Canna.

           "Haha.. tak apalah Canna. Auntie tahu dia malu.. erm.. tapi saya tak kisah. Berikan dia masa dulu."

       Sedang mereka leka berbual, tiba-tiba loceng pintu berbunyi. Kedua-dua mereka lantas pandang ke muka pintu restoran. Seorang lelaki berpakaian segak masuk lalu menyapa.

         "Ciao, buon giorno.." (Hello, selamat pagi..)

DUP!

        Jantung Canna bagai terhenti berdetak! Orang itu ialah Tuan Herzand! Tidak dapat Canna membalas semula teguran mesra itu dek kerana lidahnya bagai dibius. Matanya pula seperti tidak percaya apa yang dilihatnya sekarang. Lelaki berbangsa Itali ini benar-benar datang mencarinya seperti apa yang dikatakan Tuan Muda Edgar sebelum ini!

              







*
*
*
✍ 15 April- 14 May 2021.
   

Continue Reading

You'll Also Like

52.2K 3.4K 42
CRUSH! Siapa ja yang tak crush kalau lelaki itu adalah Syed Putra Ehan Khairul bin Syed Hakim. Jejaka dingin, tinggi lampai, badan tegap dan yang pa...
71.8K 6.4K 25
๐”๐ง๐๐ž๐ซ ๐Œ๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐ƒ๐ข๐š ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ ๐๐ฎ๐ซ๐ž๐ž๐ง ๐‘๐š๐ฎ๐๐ก๐š๐ก | ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐™๐š๐ฒ๐ซ๐š๐ง "๐“๐š๐ค๐ก๐ญ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ญ๐ž๐ซ๐ฎ๐ง๐ ๐ ...
270K 10.4K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
43.5K 3K 56
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...