[C] π’π”π‘π•πˆπ•πŽπ‘π’ : 𝐓𝐇...

By gyurodite

10.1K 2.1K 18.3K

[ completed malay applyfic] ❝ Sejujurnya, aku sudah lupa muka keluarga aku. ❞ Virus misteri yang secara tiba... More

ι … βŒͺphase II
ο½’ яυℓєѕ ο½£
ο½’ Ρ•β„“ΟƒΡ‚ ο½£
ο½’ fσям ο½£
00 : Saviours
00 : Minors
βš› : Explanation
01 : a bitter goodbye
02 : unknown
03 : I know
04 : trap
05 : cranks
06 : blood(y) Hell !
07 : he is Your Brother
08 : this girl
09 : weak
10 : suicide attempt
11 : something wrong
12 : tell me
13 : escape
7 Deadly Sins
14 : benvenuto a casa
15 : glade
16 : I the one who was left behind.
17 : new life , new love
18 : the story of us
19 : out of control.
20 : all I need is trust
21 : sad and regret
22 : strange voice
23 : god, please protect her.
24 : we had no choice.
25 : seriously !
26 : trust issues.
27 : Park Areum
28 : I will help you , I promise.
29 : 2049 news
30 : they know everything
31 : flashback
32 : launch attack
33 : a bitter goodbye pt.2
34 : suprising hologram
35 : let her rest
36 : thank you
37 : watch and learn
38 : should we go?
39 : bad mood
40 : confusion
41 : there's more?
42 : Between death and trust.
44 : the happening
45 : not aware
46 : side characters.
47 : unbearable truth
48 : awake from a nightmare
49 : 3006
50 : tears of sacrifice
epilogue : end of phase II
s u r v i v o r s

43 : julian's nightmare

78 20 181
By gyurodite

"Capper!" kanak-kanak lelaki yang bernama Capper tersebut berlari di ladang ternakan lembu yang luas itu dengan penuh gembira.

"Hey, Capper! Capper!" seorang wanita yang berumur dalam 30-an itu menangkap tubuh kecil Capper lalu dipegang kedua belah lengan si kecil itu sekuat yang mungkin.

"Kalau ayah dan atok tahu kamu lari habislah aunty, kalau kamu jatuh dan luka nanti bagaimana aunty mahu jawab pada ayah dan atok kamu?" wanita yang menggelarkan dirinya sebagai makcik itu memandang capper yang mencebik itu.

"I'm sorry, aunty.." Capper memohon maaf lalu menundukkan pandangannya.

•••

"Capper, jom balik! Adik awak sudah lahir!" Marie iaitu makcik kepada Capper itu memegang tangan anak lelaki itu lalu mereka berdua lari pulang ke rumah.

"Adik dah lahir! Adik dah lahir!" Capper bersorak keseronokkan. Marie juga ikut bergembira.

•••

Marie mendakap Capper yang menggigil ketakutan akibat amukan ayahnya itu.

"Tidak kiralah apa sekali jantina dia, dia tetap anak kita berdua!" Ibu Capper menangis sambil memeluk erat bayi perempuan yang baru sahaja dilahirkan itu seerat yang mungkin.

"Aku tak mahu anak perempuan! Menyusahkan aku betul, aku hanya mahukan anak lelaki sahaja!" Ayah Capper memukul isterinya tanpa balas kasihan. Capper memandang atok dan neneknya yang membiarkan anak perempuan mereka dibantai teruk oleh menantu mereka itu. Marie yang ketakutan itu masih memeluk erat tubuh kecil Capper yang baru berumur 5 tahun itu.

Tangisan bayi perempuan yang baru lahir itu hanya diabaikan. Capper pula hanya mampu memandang adik kandungnya dari jauh.

•••

"Celeste!" Capper memeluk erat Celeste yang sudah menggigil ketakutan itu.

"Don't worry, I'm here.." kata Capper lalu mencium dahi adik perempuannya.

"Tolonglah jangan apa-apakan dia, saya merayu sangat-sangat. Pukul sahaja saya, jangan pukul Celeste dia tak bersalah." Rayuan isterinya diabaikan, ayah Capper menendang dada ibunya sehinggakan wanita itu jatuh dari tangga rumah.

•••

"Mama, apa salah Celeste?" Capper menyoal ibunya yang sedang menyapu ubat ke luka yang ada di tangan dan juga kaki adik perempuannya itu.

"Capper, berapa banyak kali mama sudah pesan, jangan ajar adik kamu membaca dan menulis. Kamu tahukan yang ayah kamu tak mahu adik kamu belajar sekali dengan kamu." Capper memandang ibunya dengan kerutan di dahi.

"Tak akanlah Capper mahu biarkan Celeste jadi macam mama dan aunty Marie? Celeste lebih pandai dari Capper mama." kata Capper kepada ibunya. Ibu Capper memandang anaknya dengan senyuman yang hambar.

"Apa kau kata?" Capper dan ibunya terkejut saat ayahnya sudah berada di depan pintu bilik.

•••

"Lepaskan kakak aku!" Capper lihat Marie yang cuba memukul tubuh gagah ayahnya itu.

"Pergi mati!" kepala Marie dihentak ke almari yang berdekatan lalu ayahnya memukul semula ibunya yang sudah nyawa-nyawa ikan itu.

"Atok... Nenek... Tolonglah selamatkan mama dengan Celeste!" Capper merayu namun kedua-dua atok dan neneknya hanya mengaibaikan permintaannya itu.

•••

Capper pandang tubuh kaku ayahnya yang sudah berlumuran dengan darah itu. Ibu dan adiknya juga terkaku saat Capper berjaya menembak kepala ayahnya sendiri sebelum sempat lelaki kejam itu menikam ibu dan adiknya.

Kepala ayahnya yang sudah berkecai itu dipijak tanpa balas kasihan lalu ditembak lagi tubuh kaku itu sehinggakan Capper berasa puas.

Marie yang dalam keadaan nyawa-nyawa ikan itu cuba menghentikan Capper namun semuanya sudah terlambat saat Capper berjalan mendekati atok dan juga neneknya.

Capper pandang wajah atok dan neneknya yang sedang merayu akibat ketakutan itu. Capper mengangkat senapang milik ayahnya semula lalu melepaskan beberapa das tembakan sehingga berkecai tubuh kedua orang tua itu.

Capper pandang Celeste yang menggigil ketakutan itu lalu tersenyum hambar.

•••

"Tolong! Tolong ambil anak-anak saya!" Marie menyerahkan Celeste pada pihak berkuasa terlebih dahulu, Capper masih setia memegang ibunya yang sudah tenat itu.

"Mama!" Capper menangis badannya dicempung oleh Marie. Ditarik baju ibunya sekali kerana tidak sanggup untuk melepaskan ibunya yang sudah tenat itu.

"Go! Jagakan Celeste untuk mama Capper."

"I love you." itu kata-kata terakhir ibu Capper sebelum ibunya hilang dari pandangannya akibat ditarik oleh peacekeeper yang bertugas.

"Capper! Capper! Listen!" Marie memegang wajah kecil milik Capper lalu mengusap air mata anak buahnya.

"Be a good boy, take care of your sister and never let her go, okay baby?" Marie menangis saat pagar hampir ditutup.

"Julian.." Marie cuba mencapai tangan Capper yang sudah diambil oleh peacekeeper itu.

"You can use that name from now on! Tak ada siapa yang akan marah awak lagi dah, sayang!" Marie tersenyum menutupi ketakutannya lalu melambai Capper dan Celeste yang sudah selamat masuk ke dalam pesawat tersebut.

•••

"Mama, what is her name?" Capper bermain dengan pipi gebu kepunyaan adik perempuannya.

"Astrid.." Capper memandang ibunya yang tersenyum gembira itu.

"Astrid Celeste Villan." Capper turut tersenyum suka saat adiknya yang sedang tidur itu tersenyum.

•••

"Capper.."

"Hey, Capper!"  Julian terjaga saat dirasakan seperti dirinya basah akibat disiram dengan air. Julian memandang Astrid yang sudah ketawa disebelahnya itu.

"Astrid?" serentak dengan itu Astrid menampar mulut Julian.

"Ouw!" Julian mengusap bibirnya yang terasa bisa itu.

"Tahu pun sakit, kalau papa dengar macam mana? Bertambah marahlah dia kalau dengar kau panggil aku dengan nama Astrid." Astrid mencebik lalu mengangkat bakul yang penuh dengan pakaian itu.

"Jom balik." Astrid menghulurkan tangannya, namun belum sempat Julian ingin menyambut kini dia sudah berada di dalam rumah.

Tangannya yang ingin mencapai tangan Astrid tadi kini berubah apabila Julian tersedar yang dia sebenarnya mahu mencapai senapang yang ada di bilik bapanya.

Sebaik sahaja bunyi kaca pecah kedengaran, Julian berlari tanpa mencapai senapang yang ada di hapadapannya tadi.

"Julian..." Julian terpana saat ayahnya yang sudah mati beberapa tahun yang lepas kini sedang mengacukan senapang tepat ke kepala Astrid.

Wajah Astrid yang sudah berlumuran darah itu dipandang lama. Astrid hanya tersenyum hambar.

"Celeste..." Julian menangis semahu-mahunya. Astrid hanya mengangguk tanda yang dia tidak apa-apa.

BANG!

"Urghh!" dada Julian terangkat saat dia menarik nafas yang dalam akibat mimpi ngerinya itu.

"Julian! Julian!" Taufiq menepuk perlahan pipi Julian.

"Kita dekat mana?" Jungkook dan Taufiq menarik nafas lega.

"Aku ingat kau dah arwah." kata Taufiq lalu menyandarkan dirinya ke dinding hospital.

"Nasib baik kita jatuh dalam takungan air ni tau, kalau tak berkecai badan masing-masing." kata Jungkook lalu menggeringkan rambutnya yang masih basah itu.

"Astrid macam mana?" 

"Aku rasa mereka yang lain semua dah selamat keluar." kata Taufiq sambil cuba mencari signal untuk berhubung dengan Gibran.

"Baguslah." Julian menunduk lalu memerah keluar air dari bajunya. Sudahlah terjatuh ke dalam air yang kotor, mereka hanya mampu berdoa sahajalah supaya air ini tiada toksik yang bakal memudaratkan diri masing-masing.

"Celeste tu siapa?" soal Jungkook kepada Julian.

"Adik aku." selamba sahaja Julian menjawab.

"Apa kena mengena Astrid dengan Celeste?" soal Taufiq pula.

"Huh?"

"Iyalah, sekejap Celeste, sekejap Astrid pastu tiba-tiba Janice dah kenapa?" Jungkook dan Taufiq memandang Julian yang masih mendiamkan diri itu.

"Aku sebut nama Janice eh.." Julian menggaru kepalanya yang langsung tidak gatal itu. Jungkook pula sudah menghadiahkan jelingan maut.

"Julian kau boleh tak berjalan? Kalau boleh baik kita cari jalan keluar daripada bertekak dekat sini." kata Taufiq ketika dia bangun dari duduk.

"Julian!" Taufiq, Julian dan Jungkook mencari dari mana arah suara tadi.

"Jungkook!"

"Gib! Gibran!" Taufiq menyahut panggilan Gibran.

Sebaik sahaja mereka mendonggak ke atas, wajah Gibran dan beberapa tentera lain menghiasi ruangan visual mereka.

Julian pandang Jungkook dan Taufiq yang tersenyum riang disebelahnya. Hati kecilnya terasa riang, tidak sabar mahu keluar dari sini.


thyngboi naralee__ minyoongrin syabunny aeskawaii VICT0RY-

lama sia aku tak update

Continue Reading

You'll Also Like

37.2K 6.2K 52
❝she's not ugly. just unpretty.❞ {+} seorang perempuan yang tak pernah ada keyakinan diri didatangi kawan dan gembira kan hidupnya. lai guanlin | 201...
72.6K 4.5K 25
α΄€α΄˜α΄€α΄‹α΄€Κœ α΄Šα΄€α΄…Ιͺɴʏᴀ Κ™ΙͺΚŸα΄€ α΄‹Ιͺα΄›α΄€ α΄α΄‡α΄Κ™α΄œα΄‹α΄€ ᴍᴀᴛᴀ α΄…α΄€Ι΄ κœ±α΄‡α΄…α΄€Κ€ α΄‹Ιͺα΄›α΄€ κœ±α΄œα΄…α΄€Κœ ʙᴇʀᴀᴅᴀ α΄…Ιͺ ᴒᴀᴍᴀɴ ΚŸα΄€ΙͺΙ΄? α΄…Ιͺα΄‹α΄‡ΚŸΙͺʟΙͺΙ΄Ι’Ιͺ α΄˜α΄‡Κ€κœ±α΄‡α΄‹Ιͺα΄›α΄€Κ€α΄€Ι΄ ʏᴀɴɒ α΄€κœ±ΙͺΙ΄Ι’, α΄€α΄’Κœα΄€Κ€ α΄α΄‡α΄α΄œα΄›α΄œκœ±α΄‹α΄€Ι΄ α΄œΙ΄α΄›α΄œα΄‹ ᴍᴇɴᴄᴀʀΙͺ...
43.3K 2.2K 30
[Based On Reality] Semua kisah yang diceritakan adalah pengalaman sendiri, sahabat handai, saudara mara dan lain-lain. Start ; 23.02.2017
537 137 10
Hanya kerana gadis berambut pendek dan sejambak bunga mampu membuatkan dia berdebar serta gelisah. Started : 01082021 Republish : 16122021 [Completed]