The Royal Asmaraloka โ“’

By yourmawar

41.9K 6K 2K

โWelcome to El Castillo, milady.โž Leanore Estrella hanyalah seorang pembuat roti di desa. Apa yang aneh adala... More

ุงูŽู„ู’ู…ูู‚ูŽุฏูู‘ู…ูŽู‡ู’
Guidance
ูก | Baker
ูข | Home Sweet Home
ูฃ | Naughty
ูค | Jealousy, Jealousy
ูฅ | The Day
ูฆ | Larga Vida
ูง | Detention
ูฉ | Danger
ูกู  | Punishment
ูกูก | Secret And Lies
ูกูข | Sweet Kiss
ูกูฃ | His Intention
ูกูค | Pregnant
ูกูฅ | Who Is She?
ูกูฆ | Investigate
ูกูง | The Ball
ูกูจ | Love Fever
ูกูฉ | Her Lover
ูขู  | Forever
ูขูก | Game Without Name
ูขูข | Pregnant 2.0
ูขูฃ | Truth About Fiona
ูขูค | Truth About The Past
ูขูฅ | Surprise
ูขูฆ | Change The Rules
ูขูง | Strange Dream
ูขูจ | Behind The Mask
ูขูฉ | Moment Of Truth
ูฃู  | What's Up, Mia
ูฃูก | Run For Lyfers
ูฃูข | Forbidden Way
ูฃูฃ | In-between Dream and Reality
ูฃูค | Fall Before Rise
ูฃูฅ | Love Or Live
ูฃูฆ | Hard To Kill
ูฃูง | Twisted Tale
ูฃูจ | Gloria Regali
ุงูŽู„ู’ุฎูŽุงุชูู…ูŽุฉ
QnA with Mawar

ูจ | Vengeance

1.1K 200 46
By yourmawar

TW: Cursing

+

Sejam berlalu selepas perjumpaan tamat, aku masih di Meeting Chamber. King Edward, Queen Xaviera dan Denzell telah keluar dari ruang ini untuk bersantap di ruang santapan.

Aku sengaja tidak mahu ikut. Aku bedal sahaja semua jawapan standard. Pening dan tak ada selera.

Aku menyembamkan wajah di sebalik lengan di atas meja. Fikiranku agak terganggu dan aku sendiri tidak tahu apa puncanya.

Tak sangka sudah sejam aku masih di sini dan Denzell... dia tak datang cari aku pun. Aku tersenyum pahit untuk itu, terasa hati dengan sikapnya yang berubah 360 darjah selepas keluarga Rockefellers tiba di istana. Pasti ada yang tak kena dengan keluarga Rockefellers ini atau mungkin bukan keluarga Rockefellers tapi, Prince Xavier.

"Are you okay?"

Aku berpaling terkejut apabila tiba-tiba ditegur seseorang. Speaking of the devil.

Prince Xavier sedang berpeluk tubuh sambil merenung aku dengan tatapan kosong. I wonder what's in his mind. Just like I said before, he is a very mysterious man. Seperti ada agenda yang dia sembunyikan.

"Your Highness." Aku berdiri sekejap, sekadar menyapa.

"Dah lama ke awak kat sini?" tanyaku bersahaja.

Hujung bibirnya menyungging senyum senget. "Lama juga untuk aku tengok kau termenung, mengeluh, bercakap sendiri dan repeat."

Aku kemam bibir, terdiam. Buat malu saja dia nampak apa yang aku lakukan di sini.

"Kau nampak serabut. Is it about Denzell?" soalnya prihatin atau mungkin tidak. Sometimes, people are just curious.

"I'm okay, just feeling a little unwell." Aku urut pelipis, berpura-pura pening.

Prince Xavier ketawa sinis. Lelaki yang penuh misteri seperti dia pasti mudah menghidu penipuan aku.

"You sure? You know, no one can ever lie to me. Aku nampaklah kedinginan kau orang selepas aku cium tangan kau tadi."

Dahi aku berkerut. Apahal dia ini? Tadi dengan King Edward bukan main lagi, "Mind your own business!". Cakap tak serupa bikin betul.

"Tak adalah. Kami okay saja. Mungkin awak salah nampak kut." Aku senyum nipis, menutup penipuan yang hampir terbongkar.

Dia berjalan mendekati aku. Hati aku mula rasa tak enak jika terus berdua-duaan dengan dia. "I can be a good listener if you want to." Dia menarik kerusi di sebelahku untuk duduk.

Tidak menunggu lama, aku terus bangkit dari kerusiku. "Thank you for the offer but, no thank you. Sekali lagi saya cakap, saya dan Denzell baik-baik sahaja. You should mind your own business and I will do the same too. Saya perlu pergi sekarang, excuse me."

Baru sahaja aku mahu melangkah, lenganku disentuh. Aku spontan rentap dan...

Pang!

Mataku terbeliak. Berbekas merah pipi kanannya. Tangannya naik mengusap darah di tepi bibirnya. Matanya merenung aku tidak percaya dengan apa yang baru sahaja aku buat.

"I-I am so sorry! Sumpah, saya tak sengaja." Tergagap juga aku menjelaskan kepadanya.

First, apa yang aku cakap tak betul.
Second, aku memang sengaja tampar dia.

Sama jelah tu kan? Okay, back to earth.

Memang makanan dialah, aku dah cakap aku dengan Denzell okay, dia nak sibuk apa lagi? Apa susah sangat ke nak faham bahasa Melayu? Kalau dah tak faham Melayu, nak aku cakap bahasa Belanda ke Jawa ini?

"No, let him be. Nothing to be sorry for perhaps, he deserves that."

Denzell entah dari mana muncul tiba-tiba menyampuk. Dia melangkah sambil berpeluk tubuh dan wajahnya dingin.

Lembab. Aku dah tampar dia baru kau nak sampai. Kau tunggu makan kau nanti dekat bilik, memang nahas kau aku kerjakan. One more, kau tak tahu ke aku minta maaf tu tak ikhlas? Palsu je, tak payah berialah nak back up aku. Hatiku membentak.

"Ah, so hero of the story is here too?" soal Prince Xavier sinis.

"What did you think you're doing, you asshole?"

Lengan aku dicengkam kasar oleh Denzell lantas dia menolak aku ke belakang tubuhnya, melindungi aku dari pandangan Prince Xavier.

One question. Kenapa nak lindung aku? Xavier itu orang jahat ke? Atau perogol bersiri? Ha, manalah tahu ada plot twist mengejut. Eh tapi itu dah tiga soalan. Ah, pedulikan.

"She is my freaking wife! Apa yang kau baru sahaja nak buat tadi - aku dah sepatutnya jangka. Kau memang tak pernah berubah, kau dengan dendam kau boleh pergi mampus!" Denzell menengking di hadapan wajah Prince Xavier. Prince Xavier masih kekal tenang, tidak terkesan langsung dengan tengkingan itu.

Aku terkebil memandang mereka berdua silih berganti. Apa yang Xavier nak buat? Dendam apa ini?

"Oh, jadi kau tahu? Baguslah, tak perlu susah payah aku nak terangkan pada kau lagi. Faham sajalah, kau itu kan agak bendul sedikit. Aku pun tak fahamlah bagaimana kau boleh jadi Emperor."

"Bodoh. Aku pewaris tunggal empayar ini. Dengar tak? Pewaris tunggal. Kau hanyalah pengganti aku jika aku tak dapat nak cari isteri ramalan Brigid itu."

Aku yang masih bingung, berdiri kaku di belakang Denzell. Otak cuba mencerna maklumat yang diterima.

"Don't you dare." Sepasang mata hazel Prince Xavier memandang sapphire milik Denzell dengan penuh kebencian dan dendam kesumat.

"Try me." Denzell kan? Dia memang suka mencabar.

Dush!

Mataku membulat apabila Prince Xavier melepaskan tumbukan padu pada pipi Denzell. Denzell jatuh terbaring ke lantai dan Prince Xavier memgambil peluang menendang pula perut Denzell.

Denzell yang tidak menunjukkan tanda dia akan melawan serangan Prince Xavier membuatkan aku panik. Aku menolak kuat tubuh Prince Xavier sehingga dia terundur beberapa langkah ke belakang.

"Bastard! Apa yang kau cuba buat ini?"

"Your husband deserves that. He is an asshole." Prince Xavier menyumpah perlahan di hadapan wajahku. Dada aku berombak kencang. Tak guna!

Tak menunggu lama..

Pang!

Aku tampar wajah kacaknya yang semakin calar aku kerjakan. Dia ingat aku tak berani? Kalau dia cabar aku lagi selepas ini, memang aku tampar muka dia untuk kali ketiga sampai pecah muka kacak dia.

"Kau dan keluarga kau boleh berambus dari istana aku sekarang!" Suara penuh ketegasan aku kedengaran.

Denzell yang kesenakan cuba bangun dari lantai mencelah, "No, jangan. Biarkan mereka stay sini malam ini. Aku okay, Estrella. Seriously, I'm fine." I'm fine tapi mulut menyeringai sakit sambil memegang perutnya yang ditendang Xavier tadi.

Aku pantas membantu dia untuk bangun. "Kau selamat hari ini sebab suami aku larang aku halau kau dan keluarga kau. He is still kind to you after what you did to him. Shame on you." Aku senyum mengejek.

Prince Xavier hanya tersenyum sinis kepadaku. Sedikit pun dia tak rasa bersalah selepas apa yang dia buat pada suami aku kan? Manusia ke batu dia ini? Heartless benar. Aku lantas memapah Denzell ke biliknya.

+

"Auw, auw! Slowly, Estrella. Sakit tahu tak?"

Aku tak hiraukan kata-katanya. Malah, kain tuaman berisi ais aku tekan lebih kuat di tepi pipinya yang lebam kebiruan. Ha ini makanan kau!

"Argh!" Denzell meraung sakit. Untuk kali yang ketiga, dia menolak aku jauh darinya. Setiap kali aku tekan kuat kain tuaman, dia akan menolakku menjauhinya.

"Stop pushing me. Lebam awak tak surut lagi." Dalam dingin suaraku, terselit nada risau. Dia suami aku kan. Siapa saja yang tak risaukan suami sendiri? Oh, kaulah sebab kau takde suami kan?

"Then, stop hurting me first. Aku tahu kau marahkan aku, but can you hold your anger for five minutes and start healing my bruise and not making it worse?" Denzell memujuk aku lembut.

"Fine." Aku akur.

Perlahan-lahan aku tekap tepi pipinya. "Sakit sangat ke Xavier tu tumbuk awak?"

Denzell berdecit sinis. "Rasa macam kena gigit semut," perlinya.

Aku menjelingnya tajam. Not that sarcasm please.

"Jantan itu sempat sentuh kau ke?" Denzell tiba-tiba bertanya.

Keningku berkerut. Sentuh apa? "Awak cakap apa ini?"

Denzell terdiam.

"Awak? Sentuh apa? Saya tak fahamlah."

"That bastard... dia nak rogol kau."

Badanku mengeras. Mataku membuntang, tidak percaya dengan apa yang baru saja aku dengar. Tampar aku sekarang. Katakan aku salah dengar!

"Dia nak balas dendam
sebab dulu bekas kekasih dia pernah tidur dengan aku."

Untuk itu, bibirku terkunci rapat. Kalau dulu, aku tak hairan dengan ayat begini sebab aku bencikan dia masa itu tapi sekarang hati aku dicengkam rasa sakit. Aku cemburukah?

Denzell yang perasan perubahan aku terus menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.

"Jangan salah faham. Aku tak sedar apa yang aku buat masa itu. Perempuan tu memang dah lama gilakan aku, I mean, gilakan harta aku but aku tak layan. In order to get what she wants, dia bercinta dengan Prince Xavier supaya dia lebih dekat dengan aku."

"Masa itu, aku ada di kerajaan Bougary atas urusan kebajikan. Kerajaan Bougary dilanda masalah kewangan, ada yang sudah mencuri sebahagian duit kerajaan Bougary. Kebetulan, perempuan itu ternampak aku bersendirian di ruang santapan. Dia berpura-pura bagi aku minum air yang sebenarnya dia dah letak pil peransang."

"Aku tak dapat nak kawal diri aku malam itu sebab dos ubat itu terlalu tinggi. Tak lama je lepas perempuan itu angkut aku ke biliknya, Xavier rempuh masuk bilik itu. Aku tak sempat buat apa-apa langsung dekat perempuan itu, aku berani bersumpah. Xavier apa lagi? Mengamuklah. Dia tak dengar pun penjelasan aku, terus assumed macam-macam pasal aku."

"Aku dah lama agak dia akan balas dendam kepada aku kerana, kekasihnya tinggalkan dia untuk dapatkan aku dan sebab takhta sebagai Emperor ini jatuh kepada aku dan bukan dia."

Aku terdiam seketika. Untuk masa yang lama kami mengunci bibir masing-masing. Akhirnya aku bersuara lirih, "Awak janji yang awak takkan jadi macam dulu dah?"

Denzell tersenyum nipis, mengangguk. "Aku janji, sayang."

"Buktikan janji awak, jangan sekadar di mulut saja. Kalau saya tahu awak tidur dengan perempuan lain lagi selepas ini, memang saya kerat empat belas tubuh awak dan dia." Penuh rasa geram aku zahirkan melalui kata-kata.

Denzell telan air liur kelat. "Aku minta maaf, aku tahu aku bukan lelaki yang baik. Aku tak layak bersama dengan kau." Suaranya mengendur. Alahai, laki aku ini.

Aku mengusap lembut belakang tapak tangannya dengan ibu jari. "Hey, apa cakap macam itu? Awak seorang saja yang layak bersama dengan saya. I swear, no one can ever replace your place in my life, my beast." Aku menguntum senyuman manis sambil merenungnya. Pandangan kami redup.

Denzell tarik senyum. I am her beast. Dengar tak itu? I am her beast! Makin bahagia hidup selepas dah beristeri ini muahaha.

Aku kembali menuam pipinya dengan kain berisi ais batu tadi.

"Kuat juga eh kau tampar si Xavier tadi."

Aku tertawa lucu. "Mestilah. Awak tak tahu ke saya ni pandai berlawan?"

Denzell hanya senyum, tidak membalas ayatku.

Setelah lebam di pipi Denzell mula berubah warna, aku bertanya, "Pipi tu dah rasa okay tak, sayang?"

"Dah sembuh lepas kau panggil aku sayang." Denzell tersenyum miang.

Aku mengguling bola mata. "Oh, not that one please. Dah expiredlah ayat macam itu." Tawa kami bersatu di hujung ayat.

Tanpa sengaja, mata ini terpandang jam di dinding tidak jauh dari katil yang kami duduki. Dah pukul 11 malam. Wajahku berubah cuak.

"Alamak, saya nak kena balik bilik ini. Awak okay kan kalau saya tinggal awak kat sini?" Untuk soalan itu, bibirnya memuncung gedik. Aku tahan ketawa. Eee comel!

"Temanlah aku dekat sini, mi Estrella. Sunyilah tidur sorang-sorang, macam aku ini masih single saja." Cemberut wajahnya.

Aku senyum nipis lantas menggeleng. "Tak bolehlah awak."

"Ke kau nak aku tidur dengan Sophea? Hurm... atau kau nak aku tidur dengan Lisa? You choose. Mereka berdua pun suka teman aku tidur." Denzell mengusik dengan senyuman nakal.

Aku menjegilkan mata. "Tengoklah itu! Baru je tadi janji, beria minta maaf bagai. Sekarang ini?" Aku memberontak lantas memukul bahunya lalu aku palingkan wajah membelakanginya. Me-ra-juk.

"Sayang, aku gurau jelah. Janganlah merajuk macam ini. Isteri aku tak comel bila merajuk."

Aku mencebik manja. "Dahlah. Saya nak balik bilik dulu." Aku yang mahu beredar, dipegang lenganku.

"You forget something, starlight."

Wajahku berubah keliru.

"The kiss." Denzell tersengih nakal.

Aku mencapai tangannya terus ku kucup pantas. Sempat aku berpesan sebelum berlari keluar dari biliknya. "Saya masih merajuk jadi, jangan lupa pujuk!"

+

Pagi.

"We are very sorry for Xavier's behaviour, aren't we?" King Edward menyiku Prince Xavier perlahan. Prince Xavier masih dengan wajah bekunya, tiada rasa bersalah langsung dengan perbuatannya semalam.

"Why should I?" Dia masih dengan sikap sombongnya.

Aku menenangkan Denzell yang hampir meletup melihat lagak Prince Xavier.

"It's okay, Your Majesty. Kami dah maafkan His Royal Highness." Aku membalas ramah walaupun aku masih marahkan dia atas niatnya terhadapku dan perbuatannya terhadap suami aku tapi aku tak boleh terlalu ikutkan perasaan.

"Kalau begitu, kami berangkat dahulu. Sekali lagi kami minta maaf atas apa yang terjadi."

Aku mengangguk lantas tersenyum. Aku dan Denzell hanya menghantarkan pandangan kepada mereka semua yang sudah masuk dalam pedati dan beredar dari situ.

Continue Reading

You'll Also Like

342K 33.2K 112
(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit mental. Kepada yang tidak dapat dgn semua...
1.4M 17.4K 8
[COMPLETED] "You don't know me well."
193K 20.5K 53
ALPHA 122 merupakan satu daripada tiga pasukan bomba di Balai Bomba Siber Raya. Sedia berkhidmat tanpa mengira susah dan penat. Kejar biawak, tangkap...