jujuyeoncats
1,031 likes
jujuyeoncats
Roses are red
Violets are blue
Love never crossed my mind
Until the day I meet you 🙈💕
View all the comments...
imyourmoon_hyungseo dah berpeot-peot pulak this man ni
ーMilahcute_ehek penat-penat ibu hantar kau pergi sekolah sekali macam ni jadinya dengan bahasa kau, nak.. :')
ーimyourmoon_hyungseo i-ibu jangan salah paham!! Afiq gurau je!!
ーMilahcute_ehek I'm disappointed.
ーimyourmoon_hyungseo IBUUUUUUUU
SyakirUWUsan oitt dah ada orang yang buat abang mawas kita ni fall in lop kah?
ーYE0SANGTAMPANZ @SyakirUWUsan pengawas*
ーYE0SANGTAMPANZ @SyakirUWUsan mawas tu kau
HarithJuyeonFANS HUWAAA ABANG HARITH DAH SUKA SOMEONE KE? 😭😭😭💔
jujuyeoncats aku saja post ayat camtu, salah ke?
ーjaehyunloveayam @jujuyeoncats tak salah tapi meragukan..
ーSunwoosunshine @jaehyunloveayam setuju!!
ーimgojes_new @Sunwoosunshine budak kecik diam diam je eh
ーSunwoosunshine @imgojes_new abang Syahmi diam dahlah muka macam bontot kera
ーimgojes_new @Sunwoosunshine KAU CAKAP APA SETAN?!
Naufalcute_ehek ABANG! NAUFAL NAK BASIKAL NAUFAL BALIK!!! 😭😭😭
umairahmeowho
298 likes
umairahmeowho
ketika anda dihina
ingatlah suatu perkara
jika anda tidak mampu membunuhnya
letakkan sabun ke dalam airnya :) 👍
View all the comments...
spearb_riz mak suー
wooyoungcroco mak cik ni lawa tapi kenapa fitler nyaー im ✨ s p e e c h l e s s ✨
ーharraz_hot_is_here @wooyoungcroco sama wei sama..
MirzaHaknyeon Garunk bethol caption.. Takod
ーumairahmeowho @MirzaHaknyeon apa dia? :]
ーMirzaHaknyeon @umairahmeowho *MirzaHaknyeon delete his comment*
"Ayah, kenapa mak su suka ambil gambar macam tu? Riz pula yang malu." ujar Changbin.
"Biarlah, nak. Sekurang-kurangnya dia tetap cantik." balas Jisung.
"Ayah nak Riz cakap apa yang ayah cakap ni kat mummy ke?"
"J-Jangan hehe, ayah tak nak tidur luar."
"Tahu pun takut." Changbin memandang sekeliling dan matanya tertumpu kearah dua orang manusia sedang berjalan sambil berbual mesra, salah seorang daripada mereka membawa sebuah basikal berwarna pink bersama.
"Yah, yah."
"Apa?" tanya Jisung yang sedang melemparkan tali pancing ke dalam sungai.
"Ayah tengok tu, tu kan mak su." ujarnya. Jisung memandang orang yang dimaksudkan Changbin.
"Haahlah, tu siapa laki sebelah dia?"
"Abang Harith."
Mata Changbin menyepet, ada perasaan syak wasangka terhadap mereka. Terlebih lagi dia melihat Minho ketawa sambil mengaitkan rambut ke belakang telinga.
Berbeza sekali apabila Minho berbual dengan Seungmin. Minho sekarang terlihat lebih ayu dan sopan.
"Yah, Riz rasa something wrong lah."
"Memang pun, joran kau dah hanyut kena tarik ikan." balas Jisung selamba, mata Changbin serta merta terbeliak.
"AYAH KENAPA TAK TARIK KAN JORAN RIZ?!"
"BERTUAH PUNYA ANAK, AKU PULA YANG DIMARAHNYA!"
Juyeon dan Minho menghentikan langkah di hadapan rumah keluarga Han.
"Thanks kak sudi teman saya hari ni."
"Takde apa-apalah." balas Minho sambil tersenyum.
"Tapi ingat tahu, tak ada sesiapa yang boleh tahu hubungan kita." pesan Minho. Juyeon mengangguk lalu Minho mengenyitkan mata kanannya sebelum masuk ke dalam rumah.
Juyeon mula berjalan ke rumahnya sendiri apabila bayangan Minho sudah menghilang di balik pintu rumah.
Klek
"Harith dah balik!"
"Amboi, bahagianya muka." tegur Younghoon.
"Ish, mana ada." Juyeon tersenyum malu dan masuk ke bilik.
"Harith bukan kemain happy lepas ada crush." ujar Jaehyun. Younghoon terangguk-angguk. Selama 16 tahun dia kenal Juyeon, ini adalah kali pertama dia melihat adik sedaranya dilamun cinta.
"Alah biasalah, Is. Baru pertama kali ada crush ha gitu ler perangai."
...
Hyunjin berjalan-jalan bersama rakan sebawangnya pada waktu petang, mereka berjalan sambil ketawa dan membawang. Itu adalah perkara wajib yang perlu mereka buat, bukan tanpa sebab Bawang Rangers diberi nama sedemikian.
Bagi mereka hidup mereka akan hambar tanpa ada topik bawang hangat yang menghiasi hari-hari mereka. Terutamanya ketika hari minggu seperti hari ini.
"Ish, seriuslah sekarang anak Tok Wan tu kerja jadi gigolo? Subhanallah terdesak sangat nak duit tu." ujar Seonghwa.
"Ye Paka. Tapi kan, ada je kerja lain macam posmen dengan cleaner. Kerja macam tu juga yang nak diambilnya." sahut Joonyoung. Hyunjin mengangguk sebelum bersuara.
"Tu lah namanya people jaman now, kakー eh!" tiba-tiba Hyunjin berhenti berjalan, belum sempat Joonyoung dan Seonghwa menanyakan seuatu dia sudah menarik mereka untuk bersembunyi.
"Kau pehal?" tanya Seonghwa.
"Shh, tu tengok tu." mata Joonyoung dan Seonghwa mengikut arah yang ditunjuk oleh Hyunjin.
Ada Sangyeon yang sedang seronok berbual dengan para wanita. Wajah Joonyoung terus menjadi bengis.
"Ei orang tua ni.." Joonyoung ingin mara tetapi Hyunjin pantas menahan, dia memberikan kata-kata penenang. Susah kalau ada pergaduhan di situ.
Ramai yang akan tolong rakam nanti.
"Sabar kak, sabar.."
"Aku takleh Munah, si Murad tu nak kena aku ajar baru insaf! Lepaskan aku Munah! Lepaskan aku!" jerit Joonyoung sambil meronta-ronta.
"Kak, ingat tu laki kau. Jangan dipukul laki sendiri." pesan Seonghwa sambil mengipaskan wajah Joonyoung.
Di luar jangkaan mereka bertiga, datang dua orang lelaki lain bergabung dengan Sangyeon. Dan mereka ialah Jisung dan Hongjoong.
"Sekarang korang dah faham apa yang aku rasa kan?" tanya Joonyoung ketika melihat Hyunjin dan Seonghwa menunduk dengan aura negatif menyelubungi badan mereka.
"Aku faham kak, aku fikir laki aku dah insaf." jawab Seonghwa, sebatang daun bawang yang kebetulan dibelinya untuk makan malam dikeluarkan daripada beg belanja. Sementara Hyunjin sudah menyising lengan bajunya ke atas.
"Mari kita bagi pengajaran kat orang tua tu." ujar Hyunjin.
Manakala di situasi trio suami itu, mereka sedang leka mengeluarkan aura buaya mereka. Ramai wanita di situ memerah kerana malu diberi kata-kata manis. Entah sejak bila kumpulan antara bapak-bapak ini sudah tercipta.
Jika kumpulan mak-mak ialah Bawang Rangers maka kumpulan bapak-bapak ialah Buaya Kingz. Sudah semestinya Jisung yang mengusulkan idea ini lalu diterima baik oleh Sangyeon dan seterusnya mereka berpakat untuk menjerumuskan Hongjoong ke dalam lembah buaya itu.
"Li, kau bagi ayat kau pula. Kau kan paling mantap ayatnya daripada kitaorang." bisik Sangyeon.
"Betul tu, belanja sikit ayat manis kau." bisik Hongjoong pula, wanita-wanita lain hanya nenanti untuk diberikan kata manis.
Jisung menyeringai, pantang dicabar seekor bapak buaya ni. Dia berjalan menghampiri salah seorang wanita yang paling cantik di situ.
Semua orang mula bersorak.
"Hai cantik, boyfriend you tak marah ke you jalan sorang-soraー YA ALLAH, MAIMUNAH! SEJAK BILA SAYANG ADA KAT SINI?!" Jisung terjerit apabila dia tak sengaja melihat Hyunjin tiba-tiba ada di sebelahnya. Jisung boleh nampak malapetaka yang akan menimpanya hari ini.
Para wanita tadi sudah ghaib dari pandangan. Sangyeon dan Hongjoong juga ingin lari menyelamatkan diri tapi sayangnya mereka berjaya diberkas oleh Joonyoung dan Seonghwa.
"S-Sayang.."
"D-Dinda.."
"Abang dah puas hidup?" tanya Joonyoung dengan senyuman.
"Kanda dah bosan ke dengan dinda? Sampai nak cari yang lain?" tanya Seonghwa pula sambil mengenggam daun bawangnya dengan erat.
"Abang nak try tidur kat hospital ke malam ni?" Hyunjin bertanya dengan eyesmiles menghiasi wajah cantiknya.
Buaya Kingz menelan air liur mereka.
"L-LARI!!" jerit Jisung dan mereka bertiga pun berlari sekuat hati. Bawang Rangers mula mengejar Buaya Kingz.
"KEJAR DIORANG, JANGAN BAGI BUAYA BUAYA TUA TU TERLEPAS!!" teriak Hyunjin.
"ARGHHH MAAFKAN KANDA, DINDA! AMPUN BERIBU-RIBU AMPUN!!"
"TIADA AMPUN BAGIMU, DASAR ORANG TUA GATAL!"
"ABANG NAK LARI MANA HAH?!"
"MILAH MAAF, A-ABANG TAK BERNIAT NAK JADI BUAYA! ROSLI YANG HASUT ABANG!"
Di satu tempat seorang kanak-kanak sedang memerhatikan gelagat 6 orang manusia itu, rakannya pula sedang memandang tempat lain sambil menutup sebelah muka dengan telapak tangan.
"Ihh, umi dengan walid main lari-lari tak ajak Fakhrul pun!" ujar Jongho dengan nada merajuk. Otaknya terlalu suci untuk memahami apa yang sedang berlaku. Tapi itu tidak berlaku kepada Chan.
"Ayyan harap ni semua mimpi, semua ni betul-betul memalukan.." ujar kanak-kanak itu perlahan.