Hers

By Sparkle_Lilac

16.3K 418 1

Hanya senario harian bagi sang putera dan puteri di alam perkahwinan. A love story between Daniel Harriz & H... More

Hers
Hers 2
Hers 3
Hers 4
Hers 5
Hers 6
Hers 7
Hers 8
Hers 9
Hers 10
Hers 11
Hers 12
Hers 13
Hers 14
Hers 15
Hers 16
Hers 17
Hers 18
Hers 19
Hers 20
Hers 21
Hers 22
Hers 23
Hers 24
Hers 25
Hers 26
Hers 27
His 28
Her 29
Hers 30
Hers 31
Hers 32
Hers 33
Hers 34
His 35
His 36
Hers 37
Hers 38
Hers 39
Hers 40
Hers 41
Hers 42
Hers 43
His 45
His 46
Hers 47
Hers 48

Hers 44

227 7 0
By Sparkle_Lilac


Aku lihat jam yang menunjukkan jam 8 malam. Allah, lambatnya aku balik. Sebentar tadi aku ke rumah umi untuk melawat keluargaku. Dan semestinya, aku ke sana dibawa oleh driver Harriz.

Mesti Harriz tak makan lagi. Ini semua kerana kak long tak habis-habis berborak dengan aku. Terus aku lupa tengok waktu untuk balik rumah.

Tangan aku mencari kunci rumah di dalam beg tangan. Jumpa sahaja, terus aku membuka pintu rumah.

"Assalam—"

Menapak sahaja ke dalam rumah, aku berhenti lalu melihat seluruh rumah malap dan gelap. Harriz lupa pasang lampu ke?

Tangan aku kemudian meraba ke bahagian dinding untuk membuka suis. Buka sahaja lampu, mata aku menangkap hiasan yang tergantung di dinding.

Happy Birthday My Love.

Ya. Hari ini hari lahir aku. Sejujurnya aku sendiri hampir terlupa. Mata aku kemudian memandang ke arah sofa yang dipenuhi pelbagai hadiah serta balloons yang terapung.
Aku menjadi kagum melihat decorations itu.

"Ha~ppy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Hana Aira, happy birthday to you!"

Aku lihat Harriz berjalan ke arah aku sambil membawa sebuah kek bersama lilin. Dia menyanyikan lagu selamat hari lahir lalu berhenti di hadapan aku.

"Happy birthday Ai." Harriz tersengih.

"Ya Allah. Harriz, awak tahu hari ini birthday saya?"

"Mestilah. I'm your husband Aira, takkan aku tak tahu. "

"Bila awak prepare semua ini?"

"Waktu kau dekat rumah umi. And yeah, kak long dan kak ngah in this too,"

"Patutlah diorang banyak bergossip harini. Ada plan rupanya," aku mencebik. Seperti biasa, kakak-kakakku suka bersikap busybody.

"Hehe. By the way,, I got your favorite cake,"

"Lemon cheesecake???" aku berkata teruja.

"Yup. Tiup lah lilin itu."

Aku pandang Harriz yang tersenyum manis. Buat sementara aku terfikir bagaimana dia tahu kek kegemaran aku.

Ia tak mungkin keluarga aku, kerana dahulu aku sering mengatakan aku suka kek coklat. Tapi sejak berkahwin dengan Daniel, mood aku bertukar dan aku lebih suka makan kek cheese lemon.

Dan hanya Daniel yang tahu.

"Apa lagi? Make your wish sweetheart."

"Oh baik."

Aku menandah tangan lalu berdoa kepada tuhan maha esa. Selang beberapa saat, aku terus meniup lilin-lilin kek itu.

Harriz kemudian meletakkan kek di atas meja lalu memotongnya. Slice pertama dihulur kepada aku, dan terus disumbat ke dalam mulut.

" Emm. Sedapnyaaa," ucap aku penuh nikmat.

" Glad you like it Ai," Harriz menongkat dagu merenung aku.

"Hadiah itu awak beli sendiri?" aku menunjuk ke arah hadiah-hadiah yang memenuhi ruang sofa.

"Mostly, yeah I did. Tapi ada juga hadiah dari mama papa, umi ayah dan your sisters."

"Banyak betul awak beri saya. I'm happy for receiving these gifts. Thank you Harriz,"

" Biasa je. Tapi hadiah yang paling aku nak kau buka, ialah ini."

Harriz bangun lalu mencapai salah satu hadiah dari sofa. Dia memberi hadiah itu kepadaku sebelum duduk kembali. Isinya agak berat dan bungkusannya berlainan dari yang lain. Terus aku membuka hadiah itu.

"Harriz, ini—"

Aku menekup mulut sebaik sahaja melihat isi dalamnya. Hadiah itu ialah kepingan kaca, berukiran nama aku, Hana' Aira. Ia kelihatan baru, tiada retakan dan mempunyai signature kecil bernama Daniel Harriz di sudut.

Ini ialah hadiah pemberian kahwin Daniel , yang terlalu bernilai padaku.

"Harriz,.. this is..."

"Yup. Hadiah kahwin yang aku pecahkan tempoh hari. I broke the most precious gift you had. I know I'm a jerk back then, tapi ini yang terbaik mampu aku ganti.

Aku tak boleh baiki yang lama, jadi aku buat baru. I'm sorry Ai,"

Wajah Harriz ditundukkan ke bawah. Aku pandang dia sebelum meletakkan hadiah itu di sisi. Tanganku memegang kedua-dua belah pipi Harriz dan mengangkat wajahnya.

"No, it's fine. Saya faham waktu itu masih baharu pada awak, dan ia ambil masa untuk awak terima semuanya.

But today. Saya berterima kasih sangat. Thank you sebab beri hadiah paling istimewa pernah saya terima sewaktu birthday saya.

I love this the best,"

Aku tersenyum lebar lalu memeluk badan Harriz. Ia buat aku gembira, kerana dia beri hadiah ini dan mengingati kek kesukaan aku.
Harriz memeluk bahu aku kembali dengan erat.

" Ai. Aku teringat sesuatu,"

" Apa dia?"

" Aku ingat kenapa aku panggil kau Ai. Waktu itu we just got married. I told you before, Ai means aishiteru, Wo Ai ni, Je'taimè. Semua perkataan itu related dengan maksud cinta. Mungkin aku tak pandai express perasaan aku waktu itu, but that's how is it. I said I love you, by calling out your name. "

Harriz melebarkan garisan senyuman sehingga kedua-dua pipinya naik. Pipinya sedikit kemerahan dan lesung pipit itu terserlah.
Mata aku menjadi berair, taktala lihat Harriz gembira mengingati sebahagian memorinya. Langsung aku tertawa kecil.

" Betul. Dan tak langsung, itu love language yang khas awak berikan untuk saya."

Aku belai rambutnya perlahan. Harriz kemudian merapatkan dirinya lalu meletakkan kepalanya ke perut aku. Tangannya mengusap kandungan aku yang mencecah 5 bulan usianya.

"And not to forget, Baby A has proved our love,"

Aku mengangguk sambil tersenyum.

Yes, he's right. Kehadiran Baby H membuat hidup kami berdua diberkati dan bahagia.

Continue Reading

You'll Also Like

260K 17.1K 42
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
4.9M 240K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...
3.2M 287K 93
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
500K 42.1K 40
Tawanan Series; || || || Peristiwa hitam itu datang lagi. Si dia yang dulunya menghilang kini bertindak sebagai watak utama. Ini bukan kisah sesiapa...