Hers

By Sparkle_Lilac

16.4K 419 1

Hanya senario harian bagi sang putera dan puteri di alam perkahwinan. A love story between Daniel Harriz & H... More

Hers
Hers 2
Hers 3
Hers 4
Hers 5
Hers 6
Hers 7
Hers 8
Hers 9
Hers 10
Hers 11
Hers 12
Hers 13
Hers 14
Hers 15
Hers 16
Hers 17
Hers 18
Hers 19
Hers 20
Hers 21
Hers 23
Hers 24
Hers 25
Hers 26
Hers 27
His 28
Her 29
Hers 30
Hers 31
Hers 32
Hers 33
Hers 34
His 35
His 36
Hers 37
Hers 38
Hers 39
Hers 40
Hers 41
Hers 42
Hers 43
Hers 44
His 45
His 46
Hers 47
Hers 48

Hers 22

269 8 0
By Sparkle_Lilac


Aku mendepakan tangan sebaik sahaja bangun dari tidur. Mukaku diusap beberapa kali sebelum turun katil untuk membersihkan diri.
Hari ini aku berada di rumah umi dan ayah, atas arahan Daniel kerana dia risau untuk tinggalkan aku seorang di rumah. Turun sahaja tangga, aku terus membawa diri ke dapur.

"Morning umi, ayah!" ucapku ceria sebelum mencium pipi umi.

"Haih, awal bangun anak umi ni? Ingat bila takde Daniel mahu terbongkang sampai tengah hari," Umi mengangkat kening sebelah.

"Apalah umi ini. Mana boleh macam itu. Aira dah besar, takkan lah nak tidur sampai tengah hari lagi," aku mencebikkan bibir.

"Ha, muncung itu simpan sikit. Dari kecil sampai besar asyik merajuk memanjang," ayah menegurku dengan memegang surat khabar.

"Ayah ni pun. Mana ada Aira selalu merajuk,"

"Dah dah. Makan sarapan dulu. Nanti pukul 12 tengah hari, Hayra dan Harrel nak datang. Aira tolong umi masak ye," ujar umi.

"Kak Long dan kak ngah nak datang? Yes!"

Ucap aku teruja. Kak Hayra dan kak Harrel merupakan kakak-kakakku yang suka mengusik. Kadang-kadang duo itu tak henti menyakat aku sehinggalah aku melonjak dewasa. Aku cukup gembira apabila mereka ingin balik rumah. Bukan apa, sewaktu aku kahwin pun mereka berdua tidak dapat menghadirkan diri. Kak Hayra bekerja di pelantar minyak bertempat di Miri, manakala kak Harrel sibuk dengan kerjayanya sebagai lecturer di United Kingdom.

Jadi kepulangan mereka nanti buat aku tertunggu!

_______________________________

"Apa ni, Aira asyik kalah je." aku meletakkan kad Uno di atas katil. Kami bertiga berada dalam bilik untuk main permainan sebelum tidur. Seperti waktu kecil dahulu.

"Eee dia ni kan. Pantang mengalah sebelum berjuang. Kan kak ngah dah bagi hint tadii," Harrel memeluk tubuh sendiri.

"Haha apalah Aira ni. Tak reti main betul,"

Kak Hayra dan Harrel serentak mempertawakan aku. Eeee geram sungguh dengan kakak-kakak ini!

"By the way Aira. How is it?" kak Hayra bertanya tiba-tiba.

"How— what?" tanya aku balik.

"Yelah. Alam perkahwinan, jadi isteri orang, rumah tangga and so all. Everything is okay?"

"Alhamdulillah. Okay je kak," aku tersenyum nipis.

"Betul ni. Daniel baik dengan Aira tak? Dia takde buat perangai bukan-bukan kan?" Kak Harrel mencelah.

"Ya Allah takde la kak. Daniel baikkk sangat dengan Aira. Dia selalu tolong Aira dekat rumah, bagi hadiah dan buat Aira selesa sangat dengan dia,"

"Alhamdulillah lega akak dengar. Akak pun bila tengok Daniel selalu mesej akak tentang kamu, akak rasa Daniel itu seorang yang prihatin. Dia tanya makan minum yang aira suka, favorite hobby, perangai Aira waktu kecik-kecik." kata Hayra.

"Ha ni Aira nak tanya. Kak Long baca diari Aira kan? Sebab itu Daniel tahu semua perkara Aira nak buat dalam dunia ini,"

"Hehe, kantoi sudah." Hayra tersengih.

"Ala biarlah. Lagipun dia kan suami Aira, kena la ambil tahu tentang puteri yang demand tinggi melangit ini," kak Harrel mengusik aku.

"Mana ada!!" aku memuncung.

"Eh dah dah. Jangan muncung-muncung dah eh. Aira dah besar tau. Ni akak nak tanya satu soalan. Sepanjang Aira kahwin dengan Daniel, Aira rasa Aira hidup bahagia?"

Pertanyaan Kak Hayra membuatkan kak ngah turut mengalihkan pandangan ke arah aku. Reaksi muka mereka berdua jelas serius dan tidak bermain-main. O-o, sisters protective mode is on.

"Ya. Aira bahagia. Hidup Aira sekarang ni sangat dilimpahi dengan kegembiraan bersama Daniel. He's the man of my dreams, dan paling penting, suami terbaik yang Allah kurniakan kepada Aira. Akak jangan risau, Daniel memang seorang lelaki yang baik,"

Aku mengukir senyuman lebar. Kak Hayra dan Harrel mengangguk faham dan nampak lega. Bercakap mengenai Daniel buat aku kembali rindu sangat kepada dia. Apalah dia lakukan sekarang?

"Ha panjang umur. Tu, Daniel call." Kak Harrel menunjukkan telefon aku berdering yang sedang dicharge. Dengan pantas aku mencabut wayar cable dan menjawab di beranda rumah.

"Syukur Aira hidup bahagia kan kak Long? Kak ngah risau juga bila dapat tahu Aira itu dirisik tempoh hari. Maksudnya, dia ni lelaki jenis macam mana, bagaimana sikap dia terhadap orang tua, kenapa dia nak kahwin dengan Aira. Mujur lelaki itu ialah Daniel, " Harrel berkata kepada kakak sulungnya.

"Iya, akak lega sangat. Lagipun akak tahu Daniel itu seorang lelaki yang baik. Dari cara dia bersungguh nak menang hati adik kita itu, akak nampak usahanya tak sia-sia. Alhamdulillah, moga mereka berdua kekal sehingga ke syurga,"

"Aaminnn,"

Mereka berdua tergelak kecil sebelum mengukir senyuman manis. Sudah tentu, kakak-kakaknya amat menyayangi adik bongsu mereka itu.

Continue Reading

You'll Also Like

45.5K 3.3K 34
mempersembahkan- you're definitely worth the wait. •••• a simple romance , drama story. "You dont have to burn yourself to keep them warm." A Man Lik...
251K 12.7K 59
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
5K 216 17
Sempena bulan Ramadhan yang penuh mulia ini... Saya akan publishkan buku ni untuk bacaan semua... Mengisahkan tentang perjalanan seorang pelajar men...
899K 36.6K 101
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...