61 : Restu

383 41 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.

Keesokannya,

Heejin kini seorang diri berada di rumah Keluarga Hwang. Dia minta cuti daripada Hyunjin tanpa memberitahu lelaki itu atas urusan apa dia mengambil cuti hari ini.

Dia menantikan ibu mertuanya yang sedang bersiap sebelum turun berjumpanya.

"Ada apa kamu datang harini?  Hyunjin mana?" soal Puan Hwang yang sedang melangkah turun ke tingkat bawah menuju ke arah ruang tamu di mana Heejin berada.

Heejin berdiri dan menunduk hormat. "Saya seorang je, omma. Hyunjin kerja harini." balasnya.

Puan Hwang mengambil tempat duduk di hadapan Heejin. "Dahtu kamu kenapa tak kerja? Habis la Hyunjin kat tempat kerja terkapai-kapai. Dia kan perlukan kamu sebab kamu pandai uruskan dia." tegur Puan Hwang.

Heejin mengangguk dengan kekok.

"Nae, tapi saya cuma perlu maklumkan tentang mesyuarat dia je." balas Heejin.

Puan Hwang diam sahaja.

"Omma, boleh saya tanya sesuatu?" soal Heejin.

"Hmm?"

"Boleh saya tahu apa kurang saya dekat mata omma?" soal Heejin berterus terang.

"Mwo?" Puan Hwang agak tersentak.

"Mian, kalau omma rasa soalam saya terlalu kasar. Saya cuma nak betulkan apa yang kurang pada saya. Saya cuma nak omma terima saya. Mian." ucap Heejin seraya menundukkan wajahnya.

"Omma tak bencikan kamu, cuma omma rasa kamu terlalu manjakan Hyunjin sampai dia tak boleh buat banyak benda sendiri. Omma taknak dia terus dengan kamu sebab kegunaan kamu. Itu bukan rumah tangga anak omma yang omma mahukan. Marriage is all about love, Heejin. " jelas Puan Hwang.

Heejin mula tersenyum.

"Omma suka perwatakan kamu. Kamu pandai uruskan Hyunjin. Kamu pandai memasak, tak kekok dekat dapur, sopan santun. Tapi omma cuma nak minta kamu kurang manjakan Hyunjin. Ajar dia berdikari, nae?" pesan Puan Hwang membuatkan Heejin senang hati.

"Kamsahamnida, omma."

Puan Hwang tersenyum. Dalam hati memuji kebijakan isteri kepada anak lelaki tunggalnya ini untuk berbincang dan bertemu dengannya untuk hal seperti ini.

[ © ] Instant Wife | Hyunjin  ✓Where stories live. Discover now