34 : Cuti?

392 43 0
                                    

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

.
.
.

Heejin membuka aplikasi SNSnya dan  membaca pesanan ringkas daripada Hyunjin awal pagi tadi selepas dia habis mandi.

Aku cuti seminggu.

Heejin mengeluarkan buku nota kerjanya dan merekodkan pesanan Hyunjin di kalendar buku tersebut yang dipenuhi dengan appointment dan kehadiran majikannya itu di tempat kerja. Heejin yang sudah siap berpakaian kerja terus keluar dari biliknya selepas mengemas dan menutup pintu biliknya.

Heejin turun ke tingkat bawah dan menuju ke dapur untuk membuat sarapan memandangkan dia bersiap awal sebelum ke tempat kerja. Heejin mengeluarkan telefonnya dan menghantar pesanan kepada seseorang.


Breakfast dah siap.

Heejin pergi dulu tau.

Heejin terus menyandang begnya dan mengeluarkan kunci pendua yang diberikan oleh Hyunjin kelmarin.

"Pergi mana?"

Heejin menoleh. Hyunjin yang mengenakan tshirt baggie putih bersama shortpants hitam sedang menuruni anak tangga bersama kedua belah tangannya ke dalam poket. Menuju ke dapur barang kali.

"Kerja?" Jawab Heejin.

Hyunjin mengeluh lalu memicit dahinya.

"Kau tau tak aku cuti seminggu sebab apa?" soal Hyunjin membuatkan Heejin menggelengkan kepalanya.

"Cuti sebab semalam aku kahwin, Heejin." Dari nada suaranya jelas menunjukkan Hyunjin sangat pasrah ketika ini.

Heejin menganggukkan kepalanya dan membulatkan mulutnya membentuk huruf O.

"Chukahae, encik!" ucap Heejin membuatkan Hyunjin melopong. Dia menepuk dahinya.

"Heejin-a, aku kahwin dengan siapa?" soal Hyunjin, semakin pasrah.

Heejin diam seketika.

"Hwang Heejin!"

Heejin terkejut sehingga terhincut bahunya. Dia terpandangkan cincin di jari manis belah kiri dan kanannya. Haah! Dia yang berkahwin dengan Hyunjin semalam! Dia membuka aplikasi SNS nya.

"Omo! Saya terchat group family ajak diorang breakfast!" Dengan gelabah Heejin memadamkan mesej tersebut.

Hyunjin menggelengkan kepalanya. "Dahtu kau nak pergi kerja jugak ke?" soal Hyunjin.

"Saya kena cuti jugak ke?" soal Heejin sambil menunjukkan dirinya. Hyunjin menepuk dahi lagi sekali.

"Eo mana la saya tahu saya tak pernah kahwin!" Heejin jadi malu pulak. Bodohnya diaa pagi-pagi ni. Dia terlupa yang dia dah berkahwin. Dahtu tak macam orang berkahwin pun!

Hyunjin memandang Heejin yang berlari ke tingkat atas dengan laju. "Dahtu dia ingat aku pernah kahwin ke? Tch." Hyunjin menuju ke dapur untuk breakfast.

Dia baru sahaja ingin mencari makanan di dapur namun terlihatkan nasi goreng kimchi yang berada di atas meja yang bertutup dengan plastik wrapper.

Hyunjin menoleh ke belakang.

Bagus jugak ada isteri, tak perlu berlapar.

Hyunjin mencapai pinggan yang disusun di atas meja lalu disendukkan nasi goreng ke dalam pinggannya.

Satu sudu nasi disuapkan ke dalam mulutnya sebaik sahaja dia duduk. Hyunjin menganggukkan kepalanya.

[ © ] Instant Wife | Hyunjin  ✓Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang