36 : Senyap

385 44 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.

3 hari berlalu, Heejin pada masa ini sedang menonton televisyen di ruang tamu sebaik sahaja selesai memasak di dapur. Dia memandang ke arah tangga.

Kosong, sunyi dan sepi.

Heejin mengeluh. Sumpah dia taktahu macam mana rasanya kehidupan suami isteri. Bayangkan 3 hari di rumah, dia cuma berbual dengan Hyunjin tentang kerja pada waktu tengahari. Di meja makan cuma tegur tentang notis tiada elektrik pada waktu malam—

"Eo! Malam?!" Heejin berlari ke arah laci surat dan membaca notis tersebut semula.

Notis pemberitahuan ketiadaan elektrik pada 3 Mac 2018 bermula 8 malam sehingga 10 malam.

Heejin mendongak memandang jam di dinding ruang tamu itu.

8.00 malam—

KTAK!

Secara tiba-tiba lampu terpadam membuatkan Heejin terjerit akibat terkejut.

Dia menutup matanya dan terkapai-kapai menuju ke sofa. Kemudian dia menyentuh suatu objek yang keras dan berbonggol banyak dengan segers Heejin menarik semula tangannya.

"A-apa ni..? Hwuu.." Heejin dengsn ketakutan bermonolog.

"Perut aku la gila." Dahi Heejin dijentik oleh suara tersebut membuatkan Heejin membuka matanya dengan pantas.

"Eo! Hyunjinnie!" Heejin melompat keriangan apabila Hyunjin berdiri bersama lampu suluh dan telefon di tangannya.

Menyedari bahawa dia tersasul, Heejin terus menekup mulutnya. "Eo mian, Hyunjin-ssi. Err..saya terbiasa dengan nama kawan saya..." Heejin memohon maaf.

Hyunjin terus berpatah balik dan menuju ke suatu arah membuatkan Heejin dengan segera mengejar langkahnya. Hyunjin duduk di atas salah sebuah sofa dituruti oleh Heejin disisinya.

Heejin mencapai telefonnya di atas sofa diantaranya dengan Hyunjin.

Keadaan senyap untuk beberapa ketika.

"Hyunjin-ssi, tak boleh ke kalau kita tak senyap tiba-tiba?" soal Heejin dan menoleh memandang Hyunjin di sebelahnya.

Namja itu tidak langsung mengalihkan pandangannya daripada telefonnya.

Heejin mencebikkan bibirnya.

"Saya rasa rumah ni senyap sangat.." Keluh Heejin. Dia bukannya mengharapkan hubungan mereka seperti suami isteri lain. Cukup mereka berbual seperti kawan saja sudah cukup.

"Dahtu kau nak anak?" Hyunjin menurunkan telefonnya dan memandang Heejin dengan renungan kosong.

Heejin membulatkan matanya. "Yah! Saya nak awak bersembang bukan nak anak, paboya!" Bahu dan lengan Hyunjin dipukul menggunakan bantal penyandar sofa. Hyunjin mengendahkan sahaja.

"Aku tak reti nak bersembang."

"Aish, alasan."

Hyunjin menoleh ke sisi.

"Kita kahwin pun tiba-tiba—"

"Ye saya tahu, memang kita kahwin sebab appa tapi kita bukannya selalu jumpa appa."

"Okay esok kita jumpa appa."

Hyunjin bermain semula telefonnya.

Heejin merenung Hyunjin dengan begitu pasrah sebelum memeluk bantal penyandar tadi.

"Teringat waktu hari kita kahwin tu, appa happy sangat kan?" ujar Heejin bersama senyuman. Matanya merenung ke suatu arah, seakan imbasan sewaktu hari perkahwinannya terlayar di mindanya.

"Hm." Hyunjin membetulkan kedudukannya dan memandang Heejin yang sedang bermain dengan tangannya sendiri.

Tangan isterinya itu menggeletar dan dia baru menyedarinya.

[ © ] Instant Wife | Hyunjin  ✓Where stories live. Discover now