29 : Sweet

393 41 0
                                    

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

.
.
.

Heejin memandang jam yang menunjukkan tepat pukul 2 petang. Kebanyakan saudara-maranya sudah tiba di rumahnya sebelum menuju ke dewan perkahwinan.

Dia menggenggam jari-jemarinya.

Saudara-maranya dari tadi asyik memandangnya. Terdengar juga ada yang mempertikaikan ketiadaan bakal suaminya pada waktu ini.

Heejin mengeluh, dari tadi teragak-agak ingin meminta tolong daripada Hyunjin untuk datang sekejap ke rumahnya untuk menutup mulut makcik-makciknya ni.

"Sayang, puas saya cari awak. Kat sini rupanya." Heejin mendongak memandang gerangan suara yang menegurnya. Terbeliak matanya tidak dapat dia sorokkan lagi.

"Awak chat siapa tu?" Hyunjin menyoal kemudian memeluk bahu Heejin dan berdiri disisinya.

Heejin lihat saudara-maranya disekelilingnya. Cadang nak suruh Hyunjin datang untuk tutup mulut diorang, tapi makin luas pulak mulut mereka ternganga melihat Hyunjin.

"S-saya nak c-chat awak tadi.." ujar Heejin dan menundukkan wajahnya. Dia sedih sebenarnya bila dia sorang-sorang kena tahan perlian makcik-makciknya.

"Omo, kenapa nak nangis? Rindu saya dah ke?" Hyunjin memegang kedua-dia belah pipinya dan membelek wajahnya. Heejin mengelap air matanya.

"Hyunjin-ssi, gomawo.." Heejin menyebut ayatnya dengan perlahan cuma diantaranya dan Hyunjin saja yang mendengar.

Hyunjin menjelir lidahnya dan menjatuhkan tangannya dari wajah Heejin.

Heejin ketawa kecil. Sebenarnya Heejin terkejut kerana itu pertama kali Hyunjin bersuara lembut dengannya, bersopan dengannya. Heejin tercuit dengan perkara sekecil itu. Tambahan pula Hyunjin membantunya tadi.

"Awak dah makan ke?" soal Heejin, memandang Hyunjin disebelahnya. Hyunjin mengangguk.

Hyunjin menyeluk tangannya ke dalam poket.

"Ingatkan taknak datang sebab nak bagi rindu lebih sikit, tapi lupa budak kecik ni cengeng pulak." ujar Hyunjin sedikit kuat, membolehkan saudara-mara Heejin mendengarnya.

Heejin mencebik. "Gomawo Hyunjin-ssi." Heejin ketawa kecil. Rasa sweet pulak even pura-pura. Untung tetiba kahwin dapat laki handsome.

[ © ] Instant Wife | Hyunjin  ✓Onde histórias criam vida. Descubra agora