38 : Omma?

392 44 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.

Keesokanya, Hyunjin dan Heejin pergi melawat Tuan Hwang di rumah keluarganya. Hyunjin melangkah keluar dari keretanya dituruti oleh Heejin.

"Omma ada dekat sini." ujar Hyunjin sambil memandang ke suatu arah, iaitu pouch rumahnya yang terdapat sebuah kereta berjenama Jaguar.

Heejin mengangguk dan menelan air liurnya. Pray for Heejin guys.

Mereka berdua berjalan seiring menuju ke pintu utama rumah agam yang serba besar itu.

Sebaik sahaja pintu rumah dibuka, mereka disapa oleh wajah Tuan Hwang yang menyambut mereka bersama senyuman lebar.

"Hyunjin-a, Heejin-a!" Tuan Hwang memeluk Hyunjin serta menantu perempuannya dengan gembira.

"Lucy punya wedding lagi 4 hari, appa okay tak ni? Masih kuat lagi?" soal Hyunjin yang prihatin dengan kesihatan appanya.

Tuan Hwang mengangguk bersama senyumannya yang tidak lekang.

"Cepat sikit masuk, jangan biarkan appa tu berdiri lama." Kasar suara omma Hyunjin menegur membuatkan Heejin makin kecut perut.

"Jomlah masuk, kesian pulak appa." ujar Hyunjin lalu dia dan Heejin membantu Tuan Hwang berjalan ke ruang tamu.

Setelah membantu Tuan Hwang duduk, Heejin menghampiri Hyunjin. Heejin mencuit bahu Hyunjin membuatkan lelaki itu membongkokkan sedikit tubuhnya memudahkan Heejin berbisik.

"Saya tolong omma dekat dapur tau?"

Hyunjin mengangguk dan memaklumkan Tuan Hwang tentang keadaan Heejin. Selesai meminta diri untuk beredar, Heejin menuju ke dapur untuk membantu Puan Hwang.

"Annyeong, omma." tegur Heejin sebaik sahaja melangkah masuk ke dapur.

Puan Hwang diam saja walaupun matanya memandang Heejin yang menghampirinya.

"Reti memasak?" soal Puan Hwang.

Dah nampak dah Hyunjin turun perangai siapa.

Heejin mengangguk.

"Pergi potong sayur." Arah Puan Hwang, Heejin sekadar menurut sahaja.

[ © ] Instant Wife | Hyunjin  ✓Where stories live. Discover now