46

4.1K 210 2
                                    

"Assalamualaikum, Izaty dah balik." Izaty menanggalkan kasutnya dan kakinya mula melangkah masuk.

"HAHAHA!!"

Izaty dengar suara orang sedang ketawa di dalam rumahnya. Dia terfikir sendiri, apa yang seronok sangat tu?

Terus matanya terbeliak!

'Hah! Rafiq lagi? Hari-hari dia datang rumah aku kenapa? Oh, dia laparlah tu kot nak makan sekali tapi harini aku tak beli lauk bungkuslah pulak.' Kata Izaty dalam hati sambil kakinya melangkah mendekati Rafiq dan maknya.

Empat mata itu memandang tepat ke arah Izaty yang tercengang di satu sudut.

"Haa... Izaty dah balik." Sapa maknya dengan sisa ketawa yang masih terlekat.

Rafiq pula asyik tersenyum-senyum ke arah Izaty seperti tahu satu rahsia Izaty.

'Eh, kenapa dia orang ni dok tersenggih-senggih macam stokin koyak dekat aku ni?' Kata Izaty dalam hatinya.

Mata Izaty terpandang sesuatu di tanggan mereka. Tercenggang lagi Izaty dibuatnya. Kelopak matanya terus terbuka luas sambil memandang sesuatu di tangan Rafiq.

"Hah! Album gambar?" Jerit Izaty terperanjat.

Izaty berlari sepantas mungkin, lalu dia merampas kembali sekeping gambar yang berada di tangan Rafiq dengan kasar.

"Ish! Bagi balik!"

Rafiq hanya ketawa terbahak-bahak seperti orang tiada perasaan.

Izaty meneliti gambar yang dirampas olehnya sebentar tadi dengan rasa cuak dan air mata mula bertakung di tubir mata.

Gambar dia masa sekolah menengah dahulu. Ya, Mestilah gambar dia masa gemuk! Habislah jadi bahan nanti! Izaty mula tak sedap hati.

Izaty memandang tepat ke arah muka maknya dengan rasa marah yang cuba ditahan.

"Mak! Kenapa mak bagi dia tengok album gambar kita. Malu tau tak mak tayang gambar masa dulu-dulu kat orang kita tak kenal. Gambar Zaty pulak tu!" Kata Izaty dengan wajah yang agak mencuka.

"Alah, bosan.. Lagipun tak ada benda yang mak nak buat selepas masak tadi. Mak tak tahu nak buat apa, mak tayang gambar kamu masa gemuk dulu. Haha... Gelak berdekah-dekah kami." Kata Maknya sambil menyambung ketawanya lagi.

Wajah Izaty bertambah sedih dia hanya tertunduk ke bawah. Dia hanya mendiamkan diri tanpa ada sepatah kata.

"Alalala.. Chubby nya dia dulu masa sekolah. Haha... Macam anak gajah." Kata Rafiq dengan ketawa tanpa henti.

Izaty rasa seperti di permalukan dan diperbodohkan, traumanya baru sahaja nak hilang kini, datang kembali.

Segala kenangan pahit ketika waktu sekolah dahulu datang menyinggah kembali di mindanya. Kenangan dia kena ejek, kena baling tepung, kena tolak sampai jatuh tersungkur, kena tumbuk, kena tampar, kena layan macam binatang oleh guru-guru dan rakan sekolahnya kembali menyinggah ke mindanya dalam beberapa saat.

"Haha gemuknya, saya konfius ni gajah ke badak air. Gemuk gila!"

"Rafiq! Awak diam!" Marah Izaty dengan matanya sudah mula merah berkaca.

Rafiq terdiam setelah melihat setitis air mata Izaty jatuh sebutir ke pipi. Tiba-tiba dia rasa bersalah atas apa yang dia katakan tadi.

"Mak, lain kali nak tunjuk, tunjuk semua terus ni. Nah! Nah! Nah!" Izaty mencampakkan album gambarnya masa gemuk dulu. Berterbangan gambar dia di udara.

"Nah tengok! Tengok sampai puas! Gelak sampai puas!" Jerit Izaty sekuat hati. Dia terus lari masuk ke dalam bilik. Mukanya dicekup bantal, lantas dia menangis semahu-mahunya.

KATAKAN SAYANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now