31

5.1K 230 2
                                    

Isnin 7.00 pagi~

Pagi ini, Izaty mulakan kerjanya dengan senyuman yang manis. Hari ini juga dia mengenakan baju kurung berwarna putih bercorak bunga ros berwarna merah. Tudungnya juga berwarna merah. Warna itu sangat galak apabila dikenakan ke tubuh Izaty yang ramping itu. Lipstik merah dicalit sedikit sebagai penyeri wajahnya.

"Kakak, kitaorang nak pergi sekolah harini. Kita orang balik lambat tau harini ada perjumpaan kelab dan persatuan." Kata Aiman yang mengenakan baju t-shirt kadet remaja sekolah berlengan panjang.

"Kakak nak duit." Kata Syazwan pula sambil menyalam kakaknya. Dia pula mengenakan t-shirt kadet polis sekolah berlengan panjang juga.

"Haish, duit je kan kerja korang." Izaty menngambil beg duitnya yang diletakkan di atas tangga kayu lantas dia memberikan seorang RM5.

"Lima ringgit je? Selalu kalau mintak sepuluh ringgit paling sikit." Kata Syazwan sambil memuncungkan bibirnya.

"Hello? Haritu dah bagi 20 ringgit kan? Tak cukup lagi ke? Haish, korang ni kira bertuah boleh pergi sekolah bawa duit banyak. Kakak dulu nak bawak seringgit pun susah." Izaty sudah mula berleter macam maknya sambil mencekak pinggang.

Aiman menyiku adiknya lantas dia berbisik.

"Hish, kau ni. Kakak bagi pun kira baguslah tu. Kan dah kena bising. Kaulah ni." Kata Aiman sambil memandang tajam ke arah adiknya.

"Okaylah sorry." Kata Syazwan dengan rasa sedih dan sedikit rasa serba salah.

"Dahlah. Kakak nak pergi dah ni. Korang taknak tumpang sekali?" Pelawa Izaty.

"Nanti balik kami nak naik apa? Kakak tu dahla kuat pelupa." Kata Aiman membidas kakaknya.

"Haiesh, yalah. Assalamualaikum." Izaty terus meluru ke kereta kancilnya. Adik-adiknya pula sudah duduk di atas motosikal.

"Hmm..." Izaty tersenyum sendiri sambil memandang cermin sisi. Dia tersenyum kerana adik-adiknya dapat hidup selesa sekarang ini. Dia bukan kedekut dengan adik-adik, tak pernah! Tetapi dia nak adik dia tahu erti bersyukur bila dapat pergi ke sekolah naik kenderaan sendiri. Motosikal itu juga hasil duit adik-adiknya sendiri sebenarnya ketika cuti sekolah mereka akan bekerja sambilan mengumpul duit untuk membeli motosikal dan akhirnya mereka dapat juga motosikal dengan hasil titik peluh mereka sendiri.

Tidak lama selepas ada simpang di hadapan, bayangan adik-adiknya terus hilang membelok ke kiri, Izaty pula membelok ke kanan. Izaty tersenyum indah pagi ini kerana tidak mahu mulakan harinya dengan tekanan perasaan. Dia mahu hari ini lancar sahaja perjalanan hidupnya.

~~~~~•~~~~~

"Fuhh!!!" Izaty melepaskan rasa penatnya sambil duduk di atas kerusi. Lega semua murid-murid dah pulang. Sekarang cuma ada beberapa orang cikgu sahaja lagi yang masih bersembang-sembang. Izaty rasa malas nak masuk campur.

Dia mengambil telefon bimbitnya sekadar memeriksa sama ada ada mesej atau panggilan yang tidak dijawab.

Ada beberapa mesej daripada whatsapp masuk.

"RAFIQ"

Nama Rafiq tertera di atas sekali. Izaty sudah tersenyum senang lalu Izaty membaca mesej tersebut.

Rafiq: 'Hai cikgu. Dah habis mengajar ke cikgu?'

Izaty tersenyum seorang diri setelah membaca mesej itu, lalu dia membalasnya.

Izaty: 'Haah. Awak nak hantar anak awak datang sini jugak ke? Boleh saya ajarkan. Saya nak bagitahu yang perangai ayah dia ni kuat mengusik orang macam budak-budak.'

KATAKAN SAYANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now