27

5.3K 247 9
                                    

Malam kenduri tersebut...

Orang ramai mula memenuhi ruang tamu. Doa tahlil pun semuanya sudah selesai dibaca. Kini, cuma tinggal untuk dihidangkan makanan kepada para tetamu.

Izaty pula baru bersiap entah macam mana dia boleh terlelap sebentar di atas katil tadi. Dia hanya memakai pakaian yang ringkas iaitu berbaju kurung berkain sutera berwarna kuning cair. Tudung pula berwarna putih dibelit rapi olehnya. Make-up nya juga ringkas cuma dikenakan bedak jenama Pixy dan sedikit liptint diletakkan di bibirnya dan di pipi sebagai blusher. Ringkas-ringkas pun lawa orangnya malam ini. Berseri semacam.

Dia duduk berselimpuh di satu sudut. Semua orang sibuk menghantar talam yang berisi lauk ke hadapan untuk menjamu tetamu makan. Makanan di hidangkan ikut cara kampung iaitu diletakkan lauk pauk ke dalam talam. Izaty terus berdiri tegak setelah rasa tidak selesa kerana langsung tidak melakukan apa-apa. Ini semua salah lelaki tadi! Habis dia balik lambat hari ini. Dia masih terpinga-pinga tidak tahu nak buat apa. Tiba-tiba Kak Nabilanya melintas di hadapannya bersama dulang penuh berisi lauk. Terus Izaty menyekat perempuan itu.

"Kak Nabila ada nak tolong apa-apa tak?"

“Izaty, tolong akak hantarkan talam ini ke depan.” 

Talam itu sudah bertukar tangan. Izaty melihat talam itu.

“Boleh, nak letak dekat mana? dekat mana lagi kosong?”

Nabila pergi memeriksa di mana lagi tempat yang tak ada talam.

“Ha, kat tepi tu."

“Kat mana?” Izaty mengerutkan matanya.

“Yang ada lelaki pakai baju melayu warna kuning cair macam Izaty tu."

Izaty tercari-cari di manakah tempat yang dimaksudkan oleh Nabila sebentar tadi. Setelah dia dapat tangkap tempat kosong itu tiba-tiba matanya terbeliak luas. Hampir sahaja talam yang dipegangnya itu terlepas dari tangannya. Dia kuatkan juga pegangannya itu. Jantungnya pula berdegup kencang. Tubuhnya sudah berasa seram sejuk tambahan lagi tangannya terketar-ketar seperti orang demam.

“Aik, kenapa Izaty tiba-tiba gelabah semacam ni?" Nabila mula berasa hairan setelah melihat sikap Izaty tiba-tiba berubah secara mendadak.

“Kak Ila, lelaki yang itulah yang kacau Izaty tadi!” Kata Izaty sambil menarik nafas panjang, bibirnya juga mula terketar-ketar menahan rasa cuak. Macam mana lelaki itu boleh datang ke sini? Dia ni spy ke?

“Hah? Biar betul. Handsomenya dia. Takkan dia suka kaum sejenis?” Kak Ila sambil mula menahan ketawa. Sebenarnya dia kenal sahaja siapa jejaka itu. Tak sangka yang kacau Izaty tadi itu Rafiq. Rafiq ni memang kuat menyakat orang.

“Ish, lelaki zaman sekarang mana boleh percaya. Tengok je muka putih suci macam tu, tapi.. hah…” Izaty menghela nafas panjang tidak mampu lagi untuk berkata-kata.

“Kamu pergi bagi sajalah. kesian mereka tak dapat makanan lagi tu. Nanti kata tuan rumah tak pandai melayan pulak." Kata Nabila sambil tersenyum senyum. Tubuh Izaty ditolaknya perlahan supaya suruh pergi juga menghantar makanan di dalam talam besar itu.

“Akak…” Izaty berkata dengan nada yang meleret. Dia mencebikkan bibirnya sebagai tanda tidak mahu. Kakinya pula dihentak ke lantai. Nasib lauk di dalam dulang itu tidak tumpah.

“Alah, buat bodoh sudahlah.”

“Buat bodoh apanya akak, dahlah pakai baju warna sama pulak tu. Tak pasal-pasal orang ingat kami ni suami isteri. Mamat tiga suku tu pun satu, siapa suruh pakai baju melayu kalau nak pakai pun pakailah warna lain. Haiya." Izaty menjeling lelaki yang memakai baju melayu sama warna dengannya tetapi bagi Izaty nampak kacak juga apabila lihat lelaki itu memakai kain pelikat. Nampak macam lelaki melayu terakhir gitu. Izaty mula tersedar dari lamunan. Eh! Apa yang dia fikirkan ini? Dia takkan mungkin suka lelaki gila macam itu. Never!

KATAKAN SAYANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now