18

5.9K 270 2
                                    

"Zaty! Zaty!"

"Apa Tasha?" Izaty mengerut keningnya.

"Zaty!!!" Cakapnya lagi semput-semput.

"Ya, kenapa ni?" Izaty memegang bahu Izaty.

Semua mata yang ada dalam kelas itu memandang ke arah mereka.

"Izaty, aku..." Katanya masih lagi semput.

"Ya, apa Tasha? Mengucaplah. Kenapa Ya Allah." Berdebar-debar hatinya ingin tahu apa yang ingin di sampaikan oleh Tasha.

"Ya Allah... Raja Azreen." Katanya masih lagi semput sambil memegang perutnya.

"Kau duduklah dulu kenapa ni. Kesian kat anak kau dalam perut tu. Cakap elok-elok. Kenapa dengan dia?" Izaty jadi semakin berdebar
lalu, mereka berdua duduk.

"Sayang-sayang semua buat kerja dulu ya." Arah izaty kepada anak muridnya.

"Tasha kenapa?" Cakap izaty separuh berbisik.

"Raja Azreen..."

"Ya Raja Azreen kenapa dengan dia?"

"Dia kemalangan!"

Kata-kata yang keluar dari mulut Tasha menyentap hatinya. Baru semalam dia berjumpa dengan lelaki itu.

"Ya Allah betul ke?" Tanya izaty dengan dahi yang berkerut.

Pantas Tasha mengangguk.

Izaty memandang semua wajah anak muridnya. Baru dia tersedar bahawa Nasuha anak saudara Raja Azreen tidak hadir hari ini.

Baru sahaja semalam mereka berjumpa. Tapi, hari ini nasib malang menimpa Raja Azreen.
'Ini semua sebab aku ke?' Tanya Izaty pada dirinya. 

Adakah ini punca Raja Azreen kemalangan? Adakah ini semua salahnya?

"Dia macam mana sekarang ni, Tasha?" Tanya Izaty dengan wajah cemas.

"Aku... Aku tak tahu. Adam yang call aku tadi and tak sempat nak tanya banyak, aku terus cari kau kat sini."

Izaty memejamkan matanya. Nafas di tarik dalam dan di hembusnya perlahan-lahan. Air matanya yang ingin mengalir cuba ditahan olehnya. Dia benar-benar rasa bersalah!

'Ya Allah... Salah aku ke?'

****

Setibanya mereka di hospital...

Izaty dan Tasha berdiri terpacak di hadapan pintu yang di dalamnya ada Raja Azreen. Mereka berdua tidak masuk kerana keadaan di dalam bilik hadapan mereka itu kedengaran sangat riuh dengan suara perempuan menjerit-jerit. Suara itu jelas seperti suara Asmida.

PRANGG...

Bunyi sesuatu barang pecah. Bunyi itu memeranjatkan Izaty dan Tasha yang tengah berdiri di hadapan pintu. Mereka berdua saling berpandangan antara satu sama lain.

"Kenapa kau curang dengan aku! Aku sayangkan kau selama ni, sampai hati kau kan pilih 'dia' daripada aku! Raja aku benci kau!"

Suara Asmida jelas kedengaran sampai luar. Izaty dan tasha saling berpandangan antara satu sama lain. Mereka berdua benar-benar tidak faham apa yang dah terjadi!

Kenapa Asmida marah? Ada apa sebenarnya? Segala pertanyaan itu bermain di minda mereka berdua.

Dan... Siapa 'dia' tu?

Bunyi pintu dibuka mengejutkan lagi Izaty dan Tasha. Asmida yang sedang berdiri terpacak di hadapan mereka dua dengan air mata jernih sudah membasahi pipi.

Mereka hanya memandang Asmida dengan wajah yang kosong. Asmida terus tersandar di tepi pintu. Perlahan-lahan dia melorot jatuh ke lantai. Air matanya masih mengalir deras.

KATAKAN SAYANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now