"Thank you. Awak tahu gembirakan saya."

"Saya tahu semua perkara. Awak saja yang tak tahu." Lagak si lelaki walaupun usaha kejutan kepada si gadis adalah idea dari pertolongan temannya juga. Rakan karib si lelaki adalah abang angkat kepada si gadis, jadi sudah pasti dia mencucuk-cucuk idea dari lelaki itu untuk menambat semula hati sang kekasih.

Si lelaki juga tidak peduli sekiranya sang isteri menyimpan rasa sedih kerana sikapnya yang bermain kayu tiga. Si lelaki tidak pernah rela dengan perkahwinan ini, jauh sekali mencintai yang halal. Semuanya bermula setelah si lelaki membawa si gadis untuk berjumpa keluarga. Mereka bantah hubungan ini kerana si gadis tidak bersekedudukan. Disebabkan tidak mahu kehilangan kelebihan yang sedang diperoleh, si lelaki terpaksa bersetuju untuk mengahwini wanita lain.

"Ye ke? Bukan sebab kawan baik awak yang pecah lubang?" Si gadis mengusik lalu tertawa. "Nampak? Dia juga yang baik. Itu pun awak masih cemburukan dia."

Si lelaki berdecit. "Dia suka awak. Wajar saya cemburu sebab awak kepunyaan saya."

"Betul, tapi mana tahu kalau Allah tetapkan jodoh tak panjang. Bolakkan hati awak terhadap saya. Alih-alih saya berkahwin dengan kawan baik awak."

"Sayang, saya tak suka. Kata-kata satu doa. Kalau ditakdirkan awak bersama orang lain, baik awak bunuh saya. Saya tak sanggup." Ucap si lelaki penuh emosi. Tidak mampu dibayangkan sekiranya hal itu terjadi. Tangan si gadis digenggam. "Walau apa pun terjadi, saya tetap akan peristerikan awak suatu hari nanti. Saya akan ceraikan dia. Awak akan tunggu saya kan?"

"Seribu tahun pun saya sanggup tunggu awak."

Si gadis menyembunyikan senyum. Jari telunjuk si gadis mencuit sedikit aising kek dan disalati pada pipi gerangan di hadapan. Terbuntang mata si lelaki dengan usikan tersebut. Jeritan si gadis berkumandang selepas si lelaki bertindak dengan mengejarnya di persisiran pantai. Pinggangnya dicekup dan bersatu. Mereka sama-sama ketawa bahagia dan berpelukan dibawah awan jingga.

***

Jus tembikai laici disedut perlahan untuk menyegarkan rengkung. Jari-jemari kembali mengetik papan kekunci komputer riba sebelum tangannya ralit menyelak helaian kertas yang dikepil ring binder. Bau gerimis di kafe menyengat reseptor bau, lama matanya mengamati laluan susur masuk yang berasak-asak dengan beberapa buah kenderaan. Jam di pergelangan tangan ditilik sekilas. Ketibaan seseorang yang ditunggu-tunggu masih belum tiba. Dia tidak mengerti mengapa Encik Akhsar ingin bersemuka meskipun mereka sudah bertemu kelmarin.

Mereka mengalami sedikit masalah selepas membuat kunjungan inspeksi dua hari lalu dimana terdapat sejumlah besar unit rumah mengalami kerosakan. Jika unit memerlukan penyelenggaraan, mereka perlu merancang strategi dalam menyelesaikan masalah tersebut tanpa melibatkan modal yang terlampau besar.

Oleh itu, dia cuba mendapatkan kata sepakat daripada pihak atasan untuk mengadakan pameran bagi mendapatkan dana-dana tambahan. Encik Akhsar turut memberi jaminan bahawa Casuarina Property akan menyediakan pasukan penyelenggaraan yang terlatih bagi memperbaiki dan menjalankan penambahbaikan yang diperlukan.

Tiara tersenyum tatkala gerangan yang ditunggu-tunggu sudah memperlihatkan diri. Encik Akhsar mendapatkan tempat di hadapannya kemudian berdeham kecil. Sisa-sisa embun dari rambut lelaki itu dikerling. Kata maaf dari Encik Akhsar diterima dengan senang hati. Mereka sempat berbual kosong untuk meredupkan suasana.

"Cik Tiara dah lama sampai ke?"

"I pun baru sampai dalam sepuluh minit lepas."

"Maaf I tiba-tiba ajak you jumpa."

Sweater ditanggalkan dari tubuh. Anak mata Tiara dicari. "I dapat pemberitahuan ada pelabur yang berminat untuk melawat kawasan lapangan. Tapi disebabkan cuaca hari ni buruk, dia bersetuju untuk jumpa dan diberikan penjelasan dahulu. You ada bawa laporan?"

T I A R AWhere stories live. Discover now