Bab 19

2.8K 203 38
                                    

[TIARA]
Kau dan aku merancang untuk mengukir cinta namun perihnya hanya mampu meninggalkan kenang dan luka.

Media
Harrez Dalwi

"LEPASLAH!"

Marah Tiara lalu merentap kuat sehingga terungkai selusuran tangan mereka. Figura tinggi lampai itu diperhati garang. Ringan saja mulutnya untuk membahasakan lelaki itu secukup-cukupnya kerana melebihi batas. Dia masih belum pasti dengan gerak-geri dan tujuan Tuan Hardeen yang berubah mendadak. Manusia yang berada di hadapannya saat ini seolah-olah orang asing. Lelaki itu memintanya untuk berlabuh tetapi arahan tersebut ibarat masuk di telinga kanan dan keluar di telinga kiri.

"Sekali lagi tuan sentuh I, I takkan berkompromi. Tuan tak ada hak keatas diri I. Belajar hormat orang lain! I bukan boneka yang tuan boleh tolak tarik sesuka hati."

Jari ditunding di wajah lelaki itu dengan wajah menyinga. Mahu saja diluku-luku kepala Tuan Hardeen sehingga bersepai. Dia menahan sabar kerana tidak mahu meletup di hadapan pekerja lain atas dasar hormat kepada majikan. Namanya sudah buruk dicanang-canang, dan Tuan Hardeen masih lagi mahu menyimbah minyak ke dalam api

"I just want to make peace with you, but you're not making it easy." Hardeen kurang sabar namun nadanya masih dalam kawalan. Menggunakan kemarahan hanya membuatkan Tiara menjadi keras kepala kerana sifat gadis itu tidak pasif seperti wanita yang pernah dia temui.

"Tuan tak faham atau pura-pura tak faham?" Sinis. Berombak-ombak dadanya. "Tuan heret I kesana sini macam orang bodoh. Of course, you're my boss, but that does not give you the right to act however you wish. This can be considered harassment if you do not have the consent of the other person. Berhenti. Berhenti ganggu I."

"I've told you before, I want you to be mine. Plus, I have my own set of reasons for it. Macam ni cara kau berterima kasih?"

"What the hell is wrong with you?!" Bibir Tiara separa terbuka, cukup tidak boleh menerima alasan tersebut. Betul apa yang difikirkan sebelum ini. Tuan Hardeen memang sudah hilang kewarasan. Memaksa dari segi emosi malah menuntut dirinya pula. Orang sakit jiwa pun angkat bendera putih kalau ghope ini fiil lelaki itu.

"First of all, I didn't ask for your help, Tuan. Yang kedua, tolong lah... Tolong jangan ganggu keamanan hidup I. I swear to God, I just don't get your behavior! You say you hate me, yet here you are, trying to start something with me. Mati hidup balik pun I takkan tunduk dengan kemahuan tuan! Bahagian mana lagi yang tak jelas?"

Hardeen terdiam. Bagaikan tersedar dari mimpi, anak matanya hanya menentang jauh ke dalam pancaindera Tiara yang sedang menggelegak. Kenyataan yang keluar dari gadis itu menghentam mindanya. Dia tidak tahu mengapa emosinya tersasar memonopoli keadaan sehingga menjadi seteruk ini. Benar kata orang, ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta.

"I've never said that I hate you, not even once."

Jawapan lelaki itu membuatkan Tiara tersentak. Kalau tidak benci, mengapa Tuan Hardeen gemar mencari masalah dengannya? Demi Tuhan, dia sangat bingung. Apa agenda yang direncana lelaki itu buatnya?

"Then, hate me with all your might. I lebih selesa kalau I tak berkait langsung dengan tuan."

"Why would I? Kalau kau boleh berpendirian, mana keadilannya untuk aku kalau kau memaksa aku untuk membenci seseorang yang aku suka?"

"Suka?" Tiara tertawa mengejek. Dadanya terasa sempit untuk meluahkan rasa seiring dengan rasa bahang pada nafas. Segala peristiwa berdarah yang berkait antara mereka berdua hanya melibatkan unsur buruk.

T I A R AWhere stories live. Discover now