Bab 26

2.6K 198 28
                                    

[TIARA]
Kau dan aku merancang untuk mengukir cinta namun perihnya hanya mampu meninggalkan kenang dan luka.

Media
Dekati - Najmi Niery

BAU wangian Dior merebak menghuni udara, Jesnita menyebak rambut ke belakang. Kakinya menyusun langkah selepas melepasi pintu kaca. Anak mata teralih pada kuku buatan di jari-jemari sambil meneliti kupilan dan rekahan cat pewarna. Tidak pernah terlintas di hati ini untuk masuk ke dapur semata-mata untuk menjayakan misi memujuk Hardeen. Dia tidak mahir memasak namun bantuan pembantu rumah melazatkan juadah yang cuba disiapkan. Jesnita tersenyum halus. Mangkuk tingkat dijinjing cermat untuk dibawa ke ruangan pantri. Namun kakinya berhenti melangkah apabila suara-suara manusia bersemadi di dalam.

"Tak sangka betul mereka berdua bercinta rupanya. Patut lah Tuan Hardeen naikkan Cik Tiara ke jawatan eksekutif pemasaran. Diam-diam ubi berisi."

"Baru lagi. Masuk akal juga sebab Tuan Hardeen dan Cik Tiara sama-sama tak masuk pejabat minggu lepas. Bercuti berdua agaknya."

Lorekan halus yang tersungging di bibir Jesnita hilang serta-merta. Angan-angannya berterbangan. Kenyataan yang didengari menghunus setiap bahagia yang tercoret dalam kisah dongeng. Berdebar-debar jantung ini tatkala persoalan tentang keberadaan Hardeen pernah terngiang-ngiang di cuping telinga. Langkah diteruskan untuk mendiami pantri, anak mata tiga orang wanita muda itu terpamer kaget dengan kemunculannya.

"Who again?"

Jesnita menanti tidak sabar. Kamarina, Dania dan Erin merenung antara satu sama lain apabila soalan tersebut terlayang. Takkan Cik Jesnita tidak mengetahui sama sekali? Video berdurasi tujuh minit di blog syarikat tular sejak malam tadi. Setiap penghuni Estate Empire mula bercakap-cakap mengenainya kerana bait omongan dari rakaman video jelas didengari. Hangat.

"Cik Jesnita tak tengok lagi ke video dalam blog?"

Erin memecah kesepian atmosfera. Mereka bertiga berlalu meninggalkan Jesnita yang termanggu tidak mengerti. Telefon bimbit dalam tas tangan dikeluarkan dari poket lalu anak matanya terpandangkan notifikasi judulan 'An anonymous user has posted a video'. Bersama debaran kecil, jari runcingnya menekan skrin leper untuk menonton rakaman berkenaan.

Aturan kaki dibawa laju menuju ke arah satu figura lelaki yang sibuk menyelesaikan tugas di workstation. Panggilan Jane bagai masuk ke telinga kanan dan keluar ke telinga di telinga kiri. Hangat tubuhnya mengawal marah yang meledak hebat di sanubari. Manusia itu sepatutnya bertanggungjawab atas tindak lakunya, bukan duduk dan berlakon bodoh seolah-olah tidak mengetahui tentang hal yang sedang meruncing. Bunyi derap kasut tumit tinggi menarik tumpuan si lelaki. Tanpa sempat persoalan diaju, Tiara segera memotong dengan menarik lengan baju lelaki itu untuk membuntutinya.

Harrez tersentak. Renungan menuntut penjelasan kepada Jane yang sedia mengamati mereka berdua dihantar. Gadis itu menunduk dalam riak ketakutan. Gerak geri Tiara diikuti sehingga mereka terhenti di dalam ruang berpenghawa dingin. Aura di bilik ini seumpama terperangkap dalam pergunungan gunung berapi. Tatkala anak mata mereka bertemu, anak mata bulat itu merenung tajam. Pegangan Tiara di lengan bajunya terlepas. Kasar.

"What is wrong with you?!"

Tiara memuntahkan segala yang bergelumang kepada si pelaku. Kenapa Harrez tidak berhenti menganggu? Kenapa dia harus merasai pengalaman ini sekali lagi? "Kalau you tak puas hati dengan I, cakap depan-depan! Depan muka I. Beritahu! I can't believe how disrespectful you are. Apa motif you sebenarnya?"

Harrez berkerut seribu, barangkali tidak memahami. "I have literally no idea what you're even talking about. You're just spouting nonsense and slandering me for no reason."

T I A R AWhere stories live. Discover now