Bab 9

2.8K 206 11
                                    

[TIARA]
Kau dan aku merancang untuk mengukir cinta namun perihnya hanya mampu meninggalkan kenang dan luka.


SEHELAI hoodie dan dua pasang gaun bersama padanan kardigan dihamparkan di atas katil. Muzik di aplikasi Spotify dihidupkan bagi memeriahkan sesi mengemas yang dijalankan. Pakaian dilipat satu-persatu lalu beberapa barang peribadi disusun kemas di dalam backpack bersaiz besar. Baju harian tidak dibawa sama sekali kerana longgokan bajunya di kampung sudah terlebih muatan.

Sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur, memang dia sengaja meninggalkan pakaian-pakaian yang tidak perlu. Lagipun, mereka hanya akan menetap di Perak selama dua hari satu malam. Balik ke Kuala Lumpur nanti, satu kerja pula dia perlu berpatah tulang pinggang untuk mengemas kembali.

Bau bancuhan cucur udang yang disediakan Farzana melekat di reseptor hidung. Kedua-dua belah kaki bergerak menuju ke dapur untuk mengintai temannya disebalik dinding. Apabila mata mereka bersua, lataan sengihan diterbitkan. Gadis itu sedang sibuk menggoreng cucur di dalam kuali panas untuk dijadikan kudapan sepanjang perjalanan ke Perak. Untung betul jadi rakan serumah Farzana!

"Kau dah siap packing ke?"

"Baru je siap..."

Senduk besi yang bergenang di dalam bancuhan cucur dimain-main sebelum kakinya bergerak ke singki. Sebiji cucur udang yang sudah suam diambil dan digigit hujungnya. Sedap!

"Kau dah beritahu mak kau yang kita balik hari ni?"

"Sudah sistur... Bukan main happy lagi dia orang bila aku cakap nak balik. Siap tanya lagi kalau aku ada request nak makan apa-apa."

"Yalah, kau kan berkurun tak balik. Harapkan video call aje memanjang."

Farzana tersengih. Dia bukannya sengaja tidak pulang atau malas menjenguk orang tua di kampung. Setiap kali dia merancang, pasti ada hal yang menerpa. Kali terakhir bersua dengan Puan Warda dan Encik Sulaiman adalah tiga bulan lepas. Itu pun mak dan abah yang yang datang melawatnya ditemani si sulung, Fitrah.

"Alang-alang ada kesempatan, sebab itu lah aku ajak kau balik kampung."

Eleh, nak cover lah tu! Tiara mencebik.

Bunyi guruh di dada langit membantutkan perbualan mereka yang sedang hangat. Farzana menepuk dahi sebelum mengatur gerakan ke singki. "Tiara, kau tolong tengokkan jemuran dekat luar, boleh? Aku risau baju tak kering sebelum petang. Macam nak lebat aje ni."

"Kau ni... Suka sangat basuh baju last minute. Selalunya kau perli aku, sekarang kau pun bercakap tak serupa bikin."

"Alaaa... Tolong lah! Aku tengah sibuk ni. Nanti aku belanja kau cendol warung Pak Yah. Ingatkan aku eh?" Mata dikenyit berkali-kali dan senyuman Farzana lebar setelah gadis itu mula mengalah. Bibir dimuncung lagak ingin mencium Tiara dan laju saja gadis itu menolak tubuhnya dengan reaksi kegelian.

Tanpa membuang masa, Tiara menuju ke bilik dan bakul kecil dicapai sebelum pintu utama ditujui. Tombol pintu dipulas dan sesaat itu, wajah ditampar-tampar dengan sapaan angin dingin. Selipar jepun disarung pada kaki untuk ke ampaian. Beberapa helai baju Farzana yang ditahan dengan penyepit diraba-raba secara rambang. Nasib baik kering!

Selesai mengutip pakaian, Tiara menyandarkan tubuhnya pada tembok konkrit untuk mengambil angin. Telefon bimbit diseluk keluar dari kocek dan dada skrin leper itu mula menyala. Beberapa missed call daripada Encik Sean ditekan. Ada urgent matters ke? Tiara bermonolog sendiri. Nombor lelaki itu didail semula. Alangkah terkejutnya Tiara apakala deringan telefon bimbit kuat dari arah sisi koridor.

T I A R AWhere stories live. Discover now