Bab 2

4.1K 256 10
                                    

[TIARA]
Kau dan aku merancang untuk mengukir cinta namun perihnya hanya mampu meninggalkan kenang dan luka.

Media
Sean Aqasha

"HI, how can I help you?"

Seorang wanita muda melontar huluran mesra selepas menyedari kehadirannya yang bermundar-mandir di hadapan kaunter. Tiara tersenyum kecil lalu mencuri pandang kearah daun pintu kaca yang tertutup rapat. Dia cukup yakin dia berada di aras yang betul sepertimana yang dipandu oleh lelaki di lif sebentar tadi. Sempat anak mata Tiara mengerling ke kiri, menangkap kelibat beberapa calon yang turut menghadiri temuduga.

"Hi, I'm here for the job interview."

"It's standard policy to know who we're speaking with. Can you tell us your name, so we may correctly identify you as the candidate?"

"Tiara binti Ahmad Tarmizi."

"Alright there you are."

Wanita itu tersengih sambil menekan papan kekunci beberapa kali sebelum memonopoli tetikus. Tangannya menarik sehelai borang dari pencetak mini sebelum sebatang pen turut diberikan kepada calon. "Please fill out this form for us to complete the necessary procedures."

Borang bersaiz A4 dan sebatang pen bertukar tangan. Laju sahaja tangan Tiara mengisi beberapa bahagian untuk diserahkan semula. Bip! Interkom berbunyi. Wanita itu mencapai gagang sambil membaca borang yang diserahkan olehnya sebentar tadi. Sempat juga matanya melilau tanpa arah sebelum berakhir pada jam di pergelangan tangan.

"Yes, she is here."

Berdegup kencang jantungnya berdetak tatkala anak mata mereka menikam tepat. Aku ke? Tiara menyoal di dalam hati.

"Are you sure? Yes, we do still have other applicants waiting in line. Sure Mr. Sean. Alright..." Gagang telefon diletakkan semula di tempat asal. "Mr. Sean is expecting you. You can head up to his office now."

Sungguh dia tidak mengerti. Mengapa gilirannya terlalu awal jika dibandingan dengan calon yang lain? Bukankah dia kelewatan? Ah, husnuzon saja lah. Mungkin yang datang lewat gilirannya diawalkan daripada calon yang tepat pada waktu. Ataupun namanya di dalam sistem berada di tangga teratas. Radak saja lah Tiara walaupun sangkaan tak masuk dek akal.

Ucapan terima kasih dititi. Pernafasannya tidak lagi konsisten apabila teraan papan nama 'Encik Sean Aqasha Tan Sri Azizi' melambai-lambai. Jantungnya berdegup kencang seolah ingin melompat keluar dari badan. Jejak saja kakinya di hadapan muka pintu, nafasnya semakin sempit. Perasaan gabra dan takut bercampur menjadi satu. Mula lah otaknya diracun dengan anggapannya sendiri. Macam mana kalau dia sendiri yang merosakkan temuduga kali ini? Ingat senang ke nak dipanggil oleh sebuah syarikat ternama? Setiap hari dia menunggu posmen atau emel dari setiap syarikat yang dipohon.

"Come in."

Daun pintu kaca diketuk beberapa kali sebelum telinganya diterjah oleh satu suara garau. Nafas ditarik sedalam mungkin. Tombol pintu dipulas dan ditolak lalu langkah diatur seiring dengan bacaan basmalah di dalam hati. Bulu roma di setiap inci kulit yang pada mulanya enak dibuai mimpi sudah tegak berdiri. Ini lah salah satu penyakit keturunan yang dia tidak boleh singkirkan dari dulu lagi. Pantang takut sedikit, boleh hura-hara jadinya.

Buk! Kakinya tersadung. Tubuhnya pula sudah selamat tergolek ala-ala cempedak busuk. Keliru. Bila terdengar langkah seseorang bergema cuba mendapatkannya, Tiara kembali ke alam realiti. Darahnya berpusu-pusu menyerbu laju ke pipi.

T I A R AWhere stories live. Discover now