"Ti amo Dr. Annoying!" Empat patah kata yang asing tak pernah diungkapnya kemudian disusuli satu kucupan pantas di pipi suaminya.

Airil Adryan tergamam. Kelopak matanya tak berkedip memandang wajah si isteri yang mula menekup wajah di bahunya.

"Put me down..." kata Hazwini perlahan. Walaupun sekejap dia mengucup pipi suaminya tetapi baginya rasa lama pula. Bertambah malu dia jadinya.

"I won't."

"Please... Abang? Tak lenguh ke?" Dia mengangkat mukanya selesai berkata. Rasanya sudah lama Airil Adryan mendukungnya. Anak matanya merenung iris biru milik suaminya. Renungan merayu. Ceh.

"Tak pun. Abang nak dukung Hana sampai hujung sana. Lepastu baru abang turunkan Hana."

"Promise?"

"Insya Allah..." seusai kata yang keluar dari mulut Airil Adryan, Hazwini merasakan suaminya sudah membuka langkah. Dia yang berada dalam dukungan hanya memeluk bahu si suami dengan penuh erat.

"I love you, I am who I am because of you. You're every reason, every hope and every dream I've ever had and no matter what happens to us in the future, everyday we are together is the greatest day of my life, I will always be yours."

Allahuakbar... Sungguh bermakna bicara suaminya!

Ya. Airil Adryan Mikael seorang lelaki yang lain dari yang lain. Dia ada cara sendiri untuk menyampaikan kata-kata. Mahupun tidak secara zahir. Tetapi daripada keikhalasannya yang membuktikan lelaki itu mencintainya sepenuh hati. Bukan terpancar melalui mata atau hati. Kini Hazwini mengaku. Dirinya hanya mencintai seorang lelaki bernama Airil Adryan Mikael. Lelaki yang menjengkelkan dan penuh misteri... Dan lelaki yang pernah melayannya bagai seorang adik sahabat pada suatu ketika dahulu.

KEYCHAIN Doraemon yang tersangkut pada zip backpacknya dipandangnya dengan senyuman nipis yang terukir pada bibirnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KEYCHAIN Doraemon yang tersangkut pada zip backpacknya dipandangnya dengan senyuman nipis yang terukir pada bibirnya. Rantai kunci itu didapatinya di dalam hantaran nikahnya. Selain itu, casing phone Doraemon dan patung Doraemon agak besar turut ada di dalam hantaran. Mahu tak terkejut dibuatnya apabila melihat hantaran miliknya yang disediakan pihak pengantin lelaki pada ketika itu. Selalunya barang hantaran beg, baju ataupun kasut yang berjenama mewah. Lagipun, dia tidak minta apa-apa pun barang hantaran dan ketika itu dia tidak tahu menahu langsung apa-apa perkara sebelum pernikahannya dengan Airil Adryan. Semuanya diselesaikan oleh ibunya dan ibu bapa mertuanya.

"Tahu tak, Hana ni pelik orangnya?" Sibuk mengelemun tak sedar Airil Adryan berada di sisinya. Backpacknya yang berada dalam ribaan diletakkan diatas meja kopi yang berada di depan sofa didudukinya.

"Tak. Abang pun pelik," balasnya. Matanya memandang ke arah kaca tv yang memaparkan drama Itali. Mujur ada english subtitle. Kalau tak mahu terngaga mulutnya hendak memahami perkataan yang disebut oleh watak dalam drama tersebut.

"Hahaha.... Bukan annoying ke?"

"Memanglah... Pelik campur misteri tau abang ni. Banyak sangat rahsia yang abang simpan dari Hana. Agaknya rahsia apa lagi yang Hana masih tak tahu." Tutur Hazwini. Seperti biasa bibirnya tidak lekang untuk mencebik.

Airil Adryan menghela nafas beratnya. Badannya disandar rapat pada sofa dan kepalanya didongak sedikit memandang siling hotel yang diinap oleh mereka berdua.

"Sebelum ni pernah dapat patung Doraemon?" Dia memulakan bicara.

Hazwini mengangguk kecil. Mengeyakan pertanyaan suaminya.

"Actually, abang yang bagi."

"Abang yang bagi dekat Diana lepastu past  dekat Adriana then bagi kat Hana kan?" Soal Hazwini ingin kepastian. 

Pantas Airil Adryan mengangguk kepalanya. Mengaku jelah. Tak elok berahsia.

"Ceh tak gentle lansung! Lepastu lamar anak dara orang guna cara kotor. Tak baik tau. Tahulah pandai hack semua benda..."

"Especially, your heart." potong Airil Adryan dengan selamba.

Hazwini mencebik. Hek eleh...

"Ha, betul ke abang hack  laptop Hana dengan kamera sekali? Tau tak Hana tak pakai tudung masa tu... Eee, jahat lah abang ni."

"Takpun... Cuma abang hacked windows laptop Hana dengan microsoft word je hehe." Mengaku Airil Adryan sambil tersengih. Pada masa itu dia terlalu buntu hendak melakukan apa kerana dia melamar Hazwini yang menggunakan cara pertama itu tidak jalan. Cara pertama melamar lepas main gitar. Kemudian, guna cara menggodam pun tak jalan... Sudahnya dia sendiri menyuruh papa dan mamanya pergi memasuk minang Hazwini dengan bertemu Pn. Hawa.

Membulat mata Hazwini. Kena tipu!

"Eee, abang tipu! Mati-mati Hana ingatkan..." belum sempat Hazwini hendak menghabiskan ayatnya Airil Adryan pantas memotongnya.

"Hana pun bengap juga. Nama aje ambil course science computer... Lansung tak tahu hacker godam kamera macam mana. Hana... Kalau abang hack kamera laptop Hana, pasti Hana perasan kan lampu pada webcam  Hana tiba-tiba menyala. Haih. Tapi masa kejadian tu, ingat balik... Ada ke lampu webcam laptop Hana menyala?"

Haih, kan dah kena cop bengap dengan suami sendiri. Tabah jelah.

"Benda luar kawalan... Abang pun lupa ke abang ada tulis sesuatu yang abang nampak aurat Hana? Maunya tak menggelabah masa tu. Heih. Abang pun bengap juga."

Airil Adryan tergelak kecil lalu bersuara. "Okey, lah tu. Dua-dua bengap... Barulah sweet kan?"

Hazwini mencebik bibirnya. Sweet lah sangat!

"Tak sweet pun... Hm, abang ada rahsia lagi ke yang Hana tak tahu?"

Airil Adryan terdiam. Iris birunya lembut merenung anak mata coklat gelap milik Hazwini.

Satu rahsia yang sangat besar yang disimpannya pada lapan tahun yang lalu. Perlukah dia memberi tahu? Kalau dia beritahu... Maka tamatlah cerita ini. Ha, lepastu readers pun tak puas hati. Lepastu author pula yang kena serang dengan readers. Sian kat Domon. Hshs.

Dia berfikir. Lama selepas itu, teragak-agak dia menggeleng kepalanya dengan perlahan. Bak kata Domon, biar takdir yang menentukan segalanya. Sebanyak rahsia yang disimpan, akan pasti dibongkar juga. Hanya masa sahaja yang menentukan.

"Anything?" Soal Airil Adryan bagi memecah kesunyian antara dia dengan Hazwini.

Laju Hazwini menggeleng. Matanya yang tadi merenung mata suaminya, dialih lalu memandang kembali ke arah televisyen.

"Pergi bersiap, abang nak bawa Hana makan Gelato."

"Gelato? Natang apa tu?"

"Bukan natanglah, sayang oi. Tu aiskrim!"Jawab Airil Adryan bagi membetulkan perkataan yang disebut oleh Hazwini. Suka hati dia je panggil Gelato itu binatang. Dengan dek orang sini, mau kena maki. Haih.

"Lah... Cuba cakap awal-awal mana nak tahu. Yalah, Hana pergi pakai bersiap. Kejap tau!"

Airil Adryan cuma mengangguk. Dan Hazwini mula bangun dari duduk menuju ke almari baju.

Mika... You should think about that!  Telahnya didalam hati. Rahsia... please stay away from me. Huhuhu.




My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now