Bab 45🤍

1.4K 93 81
                                    

Buku yang berselerak sedikit di atas meja, di susun dengan kemas. Segala set soalan tutorial di jadikan satu lalu di letakkan dalam satu fail nipis berwarna hitam. Pen dan pembaris di letakkan dalam bekas pensil.

Hazwini menarik nafas lega. Senang hatinya apabila tugasan yang diberikan sudah berjaya disiapkan. Tinggal hanya tugasan Dr. Airil yang perlu binding di jadikan jilid dan dia perlu memeriksa balik reportnya di dalam komputer sebelum di hantar dengan baik kepada lelaki itu. Amat memenatkan.

"Wini, aku nak pergi bilik Aisyatul sekejap, nak print report. Kau okey kan?"

Pantas Hazwini menoleh ke arah Liana di meja belajar. Kelihatan dia kelam kabut meletakkan komputer riba dalam beg. Kertas-kertas yang berselerak di atas meja di jadikan satu, lalu di letak dalam sebuah fail miliknya. Kelam kabut.

"Aku okey je... Kau kunci pintu bilik dari luar. Sebab aku malas nak kunci bila kau keluar. Lagipun aku dalam bilik je. Tak pergi mana-mana,"kata Hazwini seraya menghidupkan komputer ribanya untuk memeriksa laporan tugasan. Lusa dia perlu menghantar email laporan itu kepada Dr. Airil.

"Oh okey.. Bye, asslamualaikum," pemergian Liana di pandang dengan ekor matanya. Kemudian matanya kembali fokus ke arah skrin komputer ribanya. Beberapa saat keningnya bertaut. Hairan skrin komputer itu masih lagi gelap. Lalu jari telunjuknya sekali lagi menekan button komputer untuk menghidupkan kembali.

Gelap. Tak lama kemudian skrin komputernya biru seperti warna bumi.

"Kau jangan buat pasal... Haih, baru je semalam aku troubleshoot. Takkan jadi balik? Hisyh, memang nak makan penumbuk aku ni..." bebel Hazwini pada komputer ribanya itu. Kedua-dua baju lengan pendeknya di singsing sampai ternampak bahu putihnya. Gaya ala-ala gengster. Tangannya siap sedia mengempal penumbuk. Bila-bila masa je skrin komputer itu akan dapat menerima habuan darinya.

Tiba-tiba skrin komputer itu kembali gelap sekali lagi. Black screen. Selepas itu skrin itu jadi berwarna putih. Tampaknya seperti program microsoft word. Membuat keningnya bertaut melihat keadaan itu.

Kemudian muncul lah sebaris ayat yang di paparkan di skrin komputer dengan secara tiba-tiba.

Will you marry me, Sweetheart?

Hazwini melepas ketawanya dengan kuat. Tapak tangan kanannya kuat menampar berkali-kali permukaan meja belajar kerana terlalu lucu melihat sebaris ayat itu yang tiba-tiba terpapar di skrin komputer. Dia sudah pasti siapa punya angkara.

Lantas, telefon pintar miliknya yang berada di atas buku rujukan tebal di ambil. Aplikasi WhatApps di buka dan mencari kenalan untuk memberi pesanan.

Dr punya kerja ke hack lappy saya ni?!-Hazwini

Satu pesanan berjaya dihantar. Kelihatan lelaki itu memberi feedback double grey tick. Tetapi Hazwini tetap meunggu lelaki itu baca dan membalas. Api kemarahannya masih lagi meledak. Tunggu nak sembur macam naga api kepada muka lelaki itu.

Ting!

Lappy awak kene hack? Seriously?-Airil Adryan

Hazwini terus membalas dengan geram.

🙂🔪🌝-Hazwini

Tiada langsung pesan balas dari lelaki itu. Cuma dia memberi bluetick membuat Hazwini mengetap giginya kuat. Kalau lelaki itu berada di depannya, memang dia akan hempuk kepala lelaki itu dengan komputer ribanya. Hazwini menaip lagi.

Kerja Dr kan?! 😡-Hazwini

Ting!

Saya? Tak ada  kerja saya nak hack lappy awak. Baik saya hack hati awak lagi bagus😚-Airil Adryan

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now