🦋Bab 18

1.9K 110 8
                                    

Hazwini berlari anak menuju ke restoran yang dinyatakan oleh Adriana di dalam WhatsApp. Dia menoleh ke belakang seketika.

"Oi, orang tua! Cepat sikit boleh tak?" Katanya dengan kuat.

"Sedap hati je panggil aku 'orang tua?' Kita lahir tahun yang sama kut..."

"Stop nagging Lia... wei, aku bukan apa. Nampak tak sekarang ni waktu malam? Kalau kita terhegeh-hegeh macam ni.... ba..ba" tidak sempat Hazwini menyambung ayat seterusnya, Liana sudah menekup mulutnya.

"Hisyhh, kau ni! Mulut jangan celupar sangat boleh tak? Karang betul-betul jadi siapa nak jawab? Hah,cakap siapa nak jawab?" Tanya Liana ala-ala Gengster Pokok Durian.

"Entah.... Unta kut?"

"Malas layan kau ni... tak pernah nak serius langsung! Tak nak cakap dengan kau lagi," rajuk Liana. Langkahnya di teruskan lagi. Sehingga lah kakinya berhenti betul-betul di hadapan Green Island Western Food.

"Betul ke restoran ni?" Soal Liana kepada Hazwini yang leka meghadap telefon pintarnya.

"Aku tanya ni..." kata Liana lagi bila melihat tiada gerak balas dari Hazwini.

Hazwini mengeluh perlahan. "Tadi kau yang cakap tak nak cakap dengan aku lagi kan?" Balas Hazwini dengan suara yang merajuk di buat-buat.

Liana menjentik dahinya sendiri. Padan muka kau Lia... nak sangat merajuk kan? Sekarang dia dah merajuk. Pujuk la kau!

"Wini... aku main-main la. Err, betul kan restoran yang Yana cakap kan?"

Tanpa sebarang jawapan dari Hazwini, terus Hazwini membuka pintu kaca restoran lalu meninggalkan Liana yang masih berdiri di depan pintu kaca itu.

Dalam hati Hazwini tersenyum jahat. Best juga merajuk-rajuk ni!

"Sampai pun kau....Eh! Mana Liana?" Tegur Adriana usai Hazwini melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan Adriana.

"Entah." Sahutnya acuh tak acuh.

Kedengaran bunyi kerusi di tarik sebelah kanan Hazwini. Dia memadang ke kanannya melihat Liana asyik merenungnya.

"Kau dah kenapa tenung aku? Tak payah lah tenung aku. Tahu lah aku comel." Kata Hazwini rimas. Nada merajuk masih kedengaran.

"Tak da apa lah... aku cuma pelik dengan kau hari ini," dalih Liana.

Pelik... kata tadi tak ada apa-apa. Lepas tu kata aku pelik hari ni? Mereng ke apa dia ni? Omel Hazwini dalam hati.

"Wini, Lia... makanan kau orang aku dah order," tiba-tiba Fify bersuara.

Mereka berdua hanya mengangguk sahaja.

Hazwini mengambil telefon pintarnya di poket sweatshirt hitamnya. Kemudian matanya tidak jadi menumpu ke arah tersebut.

"Kenapa ada tiga kerusi kosong dekat meja kita ni? Emm.. macam tu aku duduk situ lah. Senang sikit nak hadap kau orang," ujar Hazwini seraya dia bangun dari tempat duduknya lalu pergi kerusi yang dimaksudkan.

"Jangan, jangan!" Jawab Aleya sedikit kalut.

Apabila Hazwini hendak menarik kerusi itu, ada sesuatu yang mendahului perbuatannya.

"Hey, this is my chair."

Hazwini terkejut. Mat saleh sesat mana datang ni? Kejap.... kenapa muka dia ada seiras dengan mamat kutip hutang tu?

"Kau?!"

"Where is the cow?" Tanya lelaki itu pelik seraya menoleh sekeliling. Mencari-cari 'cow' yang dimaksudkan oleh gadis dihadapan ini.

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now