"Cik fikir apa tu? Macam nak telan je bunga tu."

"Pak cik, apa nak buat kalau nak lupakan seseorang?" Pemandu teksi itu berhenti di traffic light yang berwarna merah. Dikerling sekilas wajah muram Dee.

"Pak cik pun tak tahu lah. Kenapa? Cik putus cinta ke?"

"Tak lah pak cik. Saya nak lupakan orang tu sebab orang tu dah ada yang istimewa di hati dia," pak cik senyum dan memandu semula selepas lampu bertukar hijau.

"Doa nak. Doa kan senjata orang Islam. Doa lah yang terbaik untuk diri kamu. Nescaya, allah akan bantu!" Dee berasa lega. Rasa tenang apabila mendengar percakapan pemandu tersebut.

"DAH jumpa Hud?" Dee senyum nipis dan meletakkan kepala atas meja. Hati dia jadi kacau bilau. Apa yang Hud sudah berikan kepada dia.

"Tak. Dia ada date kot harini," Daniel mengembangkan hidung. Kecewa ke tak boleh jumpa Mr. Love dia?

"Kau suka dia?"

"Mana ada."

"Suka!"

"Tak suka!"

"Suka!"

"Tak suka!"

"Tak suka!"

"Suka!"

"Ha, tu kau cakap kau suka dia. Aku bet lah kan, kalau kau bercinta dengan dia, agak-agak meletup satu dunia tak?"

"Pahal nak meletup pula?"

"Ye lah, jutawan negara bersama dengan pelumba kereta!" Dee jeling Daniel yang menganjingnya. Tak boleh hidup gamaknya kalau tidak menganjing Dee.

"Tak ada, tak ada! Dia dah ada yang teristimewa. Tak nak punyalah dekat aku yang pelumba haram ni!" Dee kecewa. Dia benci perasaan itu. Selama dia hidup, dia hanya kecewa dua kali saja. Sekali bila dia tidak sempat menyelamatkan atuknya. Kedua, apabila dia terkecewakan ayahnya.

"Kau lumba moto je haram sebab kau fight benda bukan-bukan. Yang lumba kereta ni tak haramkan?" Dee angkat bahu dan mencapai apron. Biarlah dia masak. Masak akan membuatkan dia tenang dan melupakan masalahnya buat seketika.

"Felix!" Chef muda itu hanya mengangguk apabila lady boss mereka menegur. Kerja menghias daging bakar diteruskan.

"Siapa yang tempah?"

"Erm nama dia Mr. Erm. Woi Faiq, siapa nama dia?"

"Mr. Hud Asyraff," Dee terpempan. Kenapa hari ini dia dihantui oleh nama Hud saja? Memang nak bagi dia fikirkan Hud dua puluh empat jam ke?

"Oh," Dee keluarkan timun dan membasuhnya. Papan pemotong dan pisau di ambil di letakkan di atas meja. Timun itu dipotong perlahan. Kepala tengah memikirkan Hud.

"Auch!" Terlepas pisau dari tangan. Dee lihat darah yang sudah memenuhi jari tengahnya. Tiba-tiba kerusi di sebelahnya ditarik. Dee memandang gerangan yang suka-suka saja menarik tangannya.

"Kau fikir apa sampai terpotong jari tu?" Terkelip-kelip matanya melihat Hud menekan jarinya mengeluarkan darah. Muka berkerut tahan sakit.

"Kau buat apa dekat sini?" Dee tarik semula tangannya dan bangun ke singki untuk membasuh darah yang sudah mengalir. Hud mengikut langkah Dee ke singki.

Dee berjalan pula ke almari yang menempatkan ubat-ubatan. Hud juga mengekorinya ke almari tersebut. "Can you stop following me?" Hud buat muka dan mengejek semula kata-kata Dee. "Can you stop following me?" Dee mendengus geram dan keluar dari dapur.

"Felix, ganti aku!" Felix angguk saja. Hud pula setia mengekori Dee. "Can you just stop following my step and you can go now!" Hud masih begitu. Masih mahu mengekorinya.

Dee ke kaunter untuk mengambil tuala dan botol spray. "Syakila, bagi aku tuala dan spray!" Syakila yang menjaga kaunter ke belakang dan mengambil apa yang di suruh.

"Dua syakila!" Dee pandang Hud hairan. Coat lelaki itu sudah dicabut dan diletakkan di meja kaunter. Lengan kemeja di lipat sehingga ke siku. Dee yang melihat bergegar tulang rusuk. How can he be so handsome?

"Apahal tergoda?"

"Ceit, badan macam orang tak cukup makan. Tak teringin aku!" Itu Dee tipu kerana, badan Hud elok sangat. Tidak mahu lelaki itu bermandi pujian walaupun hakikatnya, lelaki itu sudah berjaya menjentik hati kecilnya.

Syakila meletakkan dua helai tuala dan dua botol spray di hadapan mereka. Dee terus rebut dan berjalan pantas ke meja kosong. Hud menggeleng kepala.

Tadi dia diberitahu oleh Sarah bahawa Dee datang ke pejabatnya. Tetapi pagi-pagi tadi, dia sudah memesan kepada Sarah supaya dia tidak mahu diganggu.

Kalau dia tahu orang itu adalah gadis bernama Daiyan, dia akan alu-alukan kedatangan Dee ke pejabatnya. Tetapi itu lah, menyesal pula dia memesan begitu.

Dia lihat Dee yang mengelap meja dengan muka cemberut plus kecewa. Hud senyum dan menghampiri Dee. Pinggang gadis itu dicuit Hud. Melompat Dee kerana kegelian.

"Kau kan! Dah lah datang tak dijemput!" Hud buat bodoh dan menolak Dee ke tepi. Meja yang telah dilap gadis itu, dia lapkan. Melihatkan bibir merah itu bergerak-gerak, Hud senyum nipis. Pasti gadis itu sedang membebel tentang dia.

"Dee, kau marah aku lagi?"

"Tak!"

"Sure?"

"Yep, buat apa aku nak marah kau? You're not my someone special!"

"One day, Dee. One day!"

"Apa yang one day?"

"Tak ada apa, sambung kerja!" Dee hiraukan kata-kata Hud dan menyambung kerjanya mengelap meja. Tiba-tiba terlintas satu idea si benak fikirannya.

Dee duduk di atas kerusi di kaunter. Hud yang hendak ikut, di tahan. "Kau, lap meja kalau kau nak aku maafkan kau!" Hud angkat kening dan senyum sinis.

"Anything i can do!" Hud mula mengelap meja yang baru ditinggalkan oleh pelanggan. Masuk pula satu lagi pelanggan.

"Hud, hantar makanan!"

"Hud, nah air meja 3."

"Hud lap meja!"

"Hud, kutip plastik."

"Hud, kemas meja." Bermacam-macam lagi Dee mengarah Hud membuat kerja. Lelaki itu sedikit pun tidak mengeluh malah tersenyum suka apabila ada perempuan-perempuan yang memandangnya bekerja.

Dasar lelaki gatal!

Double update

Lots of love
-Asteroids-

2. DERN Where stories live. Discover now