D u a p u l u h t i g a

16 6 0
                                    

Dua hari setelah kejadian tempoh hari, Dee tidak keluar dari biliknya membuatkan seisi rumah sudah penat memujuk Dee untuk keluar. Damien yang melihat anak gadisnya yang terpuruk di dalam bilik.

"Ayah, cubalah pujuk adik lagi. Umi takut adik sakit," Damien mengangguk mendengar isterinya bertutur dengan penuh kerisauan. Dia tahu kejadian malam itu disebabkan Travis yang datang menghantar Dee. Anak lelaki itu menceritakan segalanya. Tetapi, apa dia boleh buat? Dia juga tidak mahu mencampuri hal anak-anaknya kecuali jika sudah melampaui batas.

"Adik, ayah ni. Tak nak buka pintu ke? Makan?" Dee diam memandang pintu biliknya yang diketuk. Tidak mahu membukanya kerana pasti orang tuanya akan terkejut melihat penampilannya sekarang ini. Bilik yang semak, mata yang sembab banyak menangis.

"Adik, anak umi okay kan?" Dee menangis lagi mendengar suara Dian Zihhirah. Dia tidak sampai hati untuk mengabaikan orang tuanya, juga tidak sampai hati untuk membuat orang tuanya risau dengan keadaan dirinya.

"Kalau Dee okay, cuba ketuk pintu. Nanti ayah dengan umi tak ganggu Dee dah sampai Dee keluar sendiri," Dee mengikut saran uminya. Dia berjalan dengan memegang jaket Darel. Jaket terakhir yang dipakai Darel sewaktu perlumbaan. Walaupun jaket itu sedikit terkoyak.

Dee ketuk pintu dari dalam mengisyaratkan bahawa dirinya baik-baik saja membuatkan orang tuanya bernafas lega. Setidaknya, Dee masih bernyawa.

Dee berjalan semula ke arah katilnya. Jaket kulit itu digenggam membahagi rasa seperti waktu dulu, dia membahagi rasa dengan bercerita kepada Darel. Tetapi, yang tinggal sekarang hanya jaket lelaki itu yang tak pernah sekali pun Dee buang.  Dee mengambil kertas di kocek jaket itu.

Kertas yang Dee simpan sekian lama. Masih utuh, hanya tulisan saja yang mengembang. Juga menjadi surat terakhir Darel untuk dirinya. Semua yang berkait dengan Darel, akan ada kata 'akhir'. Dee membuka surat tersebut.

Assalamualaikum moist cake,

Cliche lah aku tulis surat. Macam tak sweet. Tapi seriously talk, aku tak tahu kenapa aku tulis surat ni. Macam wasiat pula. Sepatutnya aku buat video rakam aku nak cakap apa, tapi aku nak tergelak tengok muka sendiri dengan ayat-ayat jiwang aku, haha.

Dee ketawa perlahan. Sudah dua hari dirinya membaca surat ini tanpa henti. Seolah-olah Dee mendengar suara Darel yang bercakap dengannya. Dia rindukan lelaki itu, sepenuh hatinya. Dee sambung baca.

Aku tulis wasiat ni sebab nak suruh kau cari Hud. Nanti kalau umur kau dah 20 tahun, cari Hud tau. Jangan sekarang, takut nanti Hud buat benda tak senonoh dekat moist cake aku, kempunan aku. Hehe melawak yang. Permata tu ada dekat Hud. Minta elok-elok tau, moist. Aku tahu dekat kepala kau tu ada seribu satu jalan untuk dapatkan permata tu.

Kenapa? Tak nak mengaku? Kalau permata tu dekat aku pun kau sanggup hantar bodyguard belasah aku, ni kan pula dekat orang yang kau tak kenal. Ngeri, takut kau kerat dia buat manusia golek.

Dee menggelengkan kepalanya. Dulu dia dengan susah payah mendekati Hud. Sekarang, lelaki itu sudah rapat dengannya. Darel tahu saja kalau dalam otaknya, terdapat seribu satu cara untuk dapatkan permata itu, termasuk dengan mencium bibir Hud.

Enough pasal permata. Sekarang tentang kita pula. Acey 'kita'. Sumpah Dee, seumur hidup aku, aku tak pernah terfikir untuk sayang dekat budak hingusan macam kau.
Apatah lagi nak ada hubungan dengan kau.

"Sekarang budak hingusan yang kau suka dah jadi cantik, Darel," Dee berkata kepada jaket yang dipeluknya.

Aku teringin sangat nak hidup dengan kau sampai kita tua. Angan-angan dulu tak apa. Nanti sehari selepas kau habis SPM aku bawa rombongan satu KL pergi minang kau.  

2. DERN Onde histórias criam vida. Descubra agora