S e m b i l a n

49 12 0
                                    

Dee yang berada di dalam bilik sedang bersiap-siap untuk menyaksikan perlumbaan motor. Dee melihat pantulan dirinya di cermin yang berada di biliknya. Dia tersenyum puas. Jacket hitam dan slim fit jeans dikenakan pada tubuhnya. Rambut diikat ponytail dengan kemas.

Setelah selesai, Dee mengambil beg sandangnya dan turun ke bawah dan menyalami orang tuanya yang sedang menontom televisyen di ruang tamu.

"Nak ke mana tu Dee?" Tanya Daniel yang baru sahaja keluar dari dapur.

"Keluar dengan Arif sekejap. Tapi balik lambat sikit. Kunci je pintu, Dee bawa kunci pendua," mereka hanya menganggukkan kepala saja. Daniel menghantar Dee keluar dari rumah.

"Kau nak pergi tengok lumba motorkan?" Dee angguk. Daniel tersenyum. Sudah tahu rutin adiknya yang satu itu.

"Okay hati-hati dan kalau ada apa-apa inform aku," Dee senyum dan menganggukkan kepalanya. Bahu Daniel ditepuk menandakan dia baik-baik saja.

Lalu Dee berjalan menghampiri kereta Arif yang berada di hadapan rumahnya. Masuk sahaja Dee, terus kereta itu meluncur laju membelah kegelapan malam.

"Malam ni geng Travis yang lawan."

"Lawan dengan geng mana?" Dee bertanya kerana dia tidak mengambil tahu tentang dunia perlumbaan haram, dia hanya mahu menonton sahaja.

"Lawan dengan Jayden. Kau tahulah Travis dengan Jayden tu macam mana. Kawan, kawan juga. Lumba nombor satu," Dee angguk. Persaingan sengit yang membuatkan tempat balapan mereka akan menjadi huru-hara dengan peminat-peminat dua manusia tersebut.

"Kau tak ada niat nak lumba ke Arif?"

"Malaslah, aku nak chill je hari ni. Aku kalau lumba tak haram aku join tapi kau tahulah kan, Travis dengan Jayden kalau lumba mesti pertaruhkan Rania. Aku tak nak." Dee angguk laju.

Rania, gadis yang menyertai dunia kegelapan sewaktu berusia 18 tahun membuatkan Dee terkejut apabila mengetahuinya atau sekarang sudah tidak layak dipanggil gadis kerana dia sudah dewasa.

Setiap kali pertaruhan Jayden dan Travis, wanita itu yang menjadi mangsa Travis dan Jayden untuk menemani mereka. Hanya menemani, bukan meniduri. Mereka tidak mengambil gadis lain selain Rania yang dijadikan taruhan beberapa tahun lalu selepas gadis itu meminta Travis untuk menolongnya.

"Bila Travis balik?" Tanya Dee hairan. Lelaki itu tidak akan mahu pulang ke Malaysia. Entah apa yang ditakutkan lelaki itu.

"Malam semalam. Itu pun balik disebabkan perlumbaan inilah. Kalau orang yang tak tahu mesti pelik kenapa Jayden dan Travis merangkap kawan baik boleh berlumba macam ni," Arif ketawa kecil sambil mencari tempat duduk untuk mereka menyaksikan perlumbaan itu.

Dee juga ketawa kecil. Siapa sangka.

"Kalau aku cuba lumba haram ni agak-agak kau, aku menang tak?" Dee bertanya sambil menatap Jayden yang sedang berbual bersama rakan-rakannya.

"Halah kau paling nanti kena ejek dengan Travis," Dee menjeling Arif.

"Berani ke dia ejek aku?" Dee beralih menatap Travis yang sedang berjalan menuju ke arah mereka. Entah bila Travis tahu akan kewujudan dia di sini bersama Arif, yang pasti lelaki itu sudah menunjukkan senyum sinisnya.

Dee yang melihat menjulingkan matanya ke atas. Menyampah!

Travis yang sampai di mereka langsung mengambil tempat di sebelah Dee. Lelaki itu menatap Dee sekilas dan membuka bicaranya. "Tak rindu aku ke?"

Dee menggeleng. "Rindu kau buat apa, membazir masa aku," Travis ketawa kecil. Dee tak berubah. Travis terus bersembang dengan Arif selepas mengusik Dee. Dee hanya melihat dan merenung ke arah Travis.

2. DERN Where stories live. Discover now