S e p u l u h

46 9 0
                                    

Dee sedang gelisah apabila dia terlewat bangun. Entah kerana dia terlalu penat atau apa pun itu, Dee tetap merasa kesal sama diri sendiri. Di hari terpenting ini, dia tifak mendengar bunyi alarm yang di set olehnya semalam.

"Arrghh stressnya!" Dee mencapai beg sandangnya dan terus berlari keluar. Hari ini dia ada janji temu dengan Travis dan Jayden. Katanya sudah lama tak luang masa sama-sama. Jadi, Dee ikutkan saja. Lagipula, Travis akan meminta mereka untuk datang makan malam di rumah Travis. Tak Jayden, Tak Daiyan, sama-sama pelik. Lelaki bernama Travis tak pernah nak ajak mereka makan malam. Bukan kata makan malam, nak ajak diaorang ke rumah pun susah.

Dee menghidupkan motor berkuasa tinggi miliknya. Naik motor, senang nak menyelit. Dah kalau nama Kuala Lumpur ni, bila je tak jammed. Jadi naik motor lebih senang dan cepat sampai. Tak lupa dia memakai jaket dan helmetnya.

Dipertengahan jalan, Dee terserempak dengan Jayden yang turut serta ingin ke mall. Adalah semalam Travis cakap makan malam di rumah lelaki itu bertema tradisional. Tradisional sangat. Dee berkira-kira ingin membeli baju kurung saja ketika di mall nanti.

Selama 15 minit perjalanan, Dee dan Jayden sampai di mall. "Masuk dulu Dee. Aku nak ke tandas," Dee hanya mengangguk dan terus saja ke pintu utama mall tersebut.

Mata dikerling ke sekitar mall. Langkah kaki Dee diatur menuju ke kedai yang menjual baju-baju kurung. Setelah jumpa kedai tersebut, Dee langsung saja masuk dan mencari baju kurung yang dia berkenan.

Akan tetapi, perhatiannya terganggu oleh pasangan dua sejoli yang sedang bertekak disebelahnya. Nak pilih baju pun kena bergaduh ke? "Maaf ya Puan, Encik. Kalau nak bertekak bolehlah bertekak diluar. Di sini semua orang nak cari baju. Encik..." Lidah Dee terkelu melihat lelaki yang dia gelar "Encik" sebentar tadi.

"Dee?"

"Hud?"

Panggil mereka serentak. Ish, tolonglah. Kemana saja Dee pergi, mesti berjumpa dengan Hud. Dia nak lah jumpa dengan lelaki lain. Tak ada lelaki lain ke selain Hud ni. Asyik, asyik Hud. Pergi sana jumpa Hud. Pergi sini jumpa Hud.

"Kau buat apa kat sini Dee?" Hud bertanya dan menghiraukan wanita yang berada di sebelahnya.

"Goreng ikan ni ha. Tak nampak ke?" Dee menjeling menyampah. Wanita di sebelah Hud dilihat sepintas lalu. Oh, minah seksi yang dekat pejabat Hud hari itu. Masih dengan pakaian tak cukup kain.

Belum sempat Hud hendak membalas, terdengar suara yang memanggil nama Dee. Dee apalagi, terus memanggil Jayden yang datang dari bilik air. Lengan Jayden dipegang erat.

Hud hanya tersenyum. Bukan dia tidak tahu Jayden itu merupakan kawan merangkap sahabat sehidup semati adiknya, Travis and the gang. Dee mana boleh menipu dia.

"Jayden," tegur Hud apabila melihat Jayden yang tersenyum kearahnya. Jayden tersenyum kekok sambil menggarukan belakang leher yang tidak gatal. Aduh, serba salah juga jadi Jayden. Mana Travis bagitahu Hud suka dengan Dee. Lagilah serba salah apabila Dee memegang lengannya erat.

"Bang Hud," barisan gigi putih yang tersusun rapi, Jayden tayangkan kepada Hud. "Buat apa dekat sini? Cari baju dekat aunty ke?" Jayden bertanya sekadar basa basi. Tak naklah nampak tidak sopan.

"Ni, teman Isha beli baju kurung. Tahukan malam ni ada makan-makan dirumah?" Hud melihat kearah Dee sekilas. Jayden pula hanya mengangguk.

Dee menjeling kepada Hud yang mencuri pandang dia. Teman Isha bagai. Dahlah haritu dekat pejabat sesuka hati saja bagi si Isha shisha ni naik ke pejabat Hud. Tapi, dekat orang lain cakap tak nak jumpa oranglah. Suka sangat dengan orang tak cukup kain ni.

Sama saja semua lelaki. Kalau nak kahwin, mesti pilih yang bertutup litup. Tak nak tanggung dosalah, biar jadi tatapan dia sorang sajalah. Tapi mata, ternampak yang seksi sedikit pantas saja merenung. Huh tak boleh pakai.

2. DERN Where stories live. Discover now