S a t u

284 18 6
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Dee, bangunlah! Kerja!" Daniel Ziyyad memekak di hadapan pintu bilik Daiyan Zinnirah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Dee, bangunlah! Kerja!" Daniel Ziyyad memekak di hadapan pintu bilik Daiyan Zinnirah. Bertalu-talu pintu bilik adiknya di ketuk.

Sementara Daiyan Zinnirah di dalam menekup telinga dengan bantal. Menghalang bising dari menyentuh gegendang telinganya.

"Dee! Bangunlah!" Kali ini pintu itu ditendang oleh Daniel Ziyyad iaitu angahnya. Merasakan perkara itu terlalu bising, Daiyan bangun dari tidurnya.

"Alah, aku masuk lewat sikit pagi ni please. Semalam aku balik lewat!"

"Buat apa balik lewat?"

"Siapkan tempahan Datin Marina. Dia nak hari ini juga," Daniel mengangguk faham. Dia memberi balasan 'okay' dan terus turun ke bawah untuk sarapan.

Kesian adiknya penat bekerja. Semalam dia terpaksa balik awal kerana ada client datang ke rumah.

Katanya hendak membuat tempahan untuk hujung minggu ini. Habis dikejar sampai ke rumah kerana hendak membuat tempahan saja.

Sampai di meja makan, Daniel mengambil tempat di sebelah bapanya.

"Adik mana?" Soalan pertama yang muncul di mulut orang tua kesayangannya.

"Tidur lagi. Semalam dia kata balik lewat," Damien Zayyad a.k.a ayah kepada Danish Zayyan, Daniel Ziyyad dan Daiyan Zinnirah.

"Tak apalah kalau macam tu. Makan dulu," mereka semua makan dengan tenang. Danish Zayyan, abang sulung mereka pula sibuk menyuap anaknya makan.

Selesai makan, semua mengangkat pinggan masing-masing ke sinki dan berlalu pergi kerja. Sebelum berangkat tidak lupa mereka untuk bersalaman dan mencium pipi syurga mereka. Tinggallah Puan Dian Zihhirah. Dia saja yang tidak kerja.

Maklumlah, anak-anak semuanya bekerja. Suaminya pula seorang workaholic jadi, mereka tegah dia dari membuat kerja.

Mereka menyuruhnya menggoyangkan kaki saja dirumah. Apa ada hal?

Sini nak cerita.

Suaminya seorang usahawan berjaya. Damien Zayyad telah menceburi dalam business beberapa tahun lalu dan berjaya membuka beberapa buah cawangan yang mengeluarkan makanan mentah.

2. DERN Where stories live. Discover now