D u a p u l u h s e m b i l a n

16 0 0
                                    

Dee berjalan membawa dua bakul kelopak bunga orkid ungu yang dibelinya sebelum datang ke sini bersama dengan dua botol air minum. Dee tidak datang bersendirian. Dia datang bersama sikecil yang sedang memegang jari kelingkingnya.

Dee menghampar tikar kecil di salah satu kubur yang terhias rapi dengan batu nisan dan batu-batu kecil. Dee mulai duduk dengan tangannya yang menyingkirkan rumput-rumput pendek yang tumbuh.

"Assalamualaikum, Arjuna," Dee memandang batu nissan yang tertera nama Muhammad Arjuna Rykarl.

"Amanda, cepat bagi salam dekat abang," si kecil mengangguk mendengar perkataan bundanya.

"Camlekom abangsss," Dee ketawa kecil apabila melihat air liur Amanda yang menetes.

"Dah lama bonda tak datang tengok Arjuna. Arjuna sihat?" Dee tersenyum apabila mengatakan baris ayat tersebut.

"Bonda minta maaf sebab sekarang baru bunda dapat jenguk Arjuna. Arjuna tahu, bunda rindu sangat dengan Arjuna. Dulu waktu semua orang tak ada dekat dengan bonda, Arjuna yang selalu teman bunda kemana-mana. Bonda rindu dengan Arjuna. Arjuna sihat-sihat ya sayang. Tunggu bonda dekat pintu syurga. Jangan lupa tarik bonda masuk syurga okay?" Dee membaca doa kepada Arjuna selepas sesi bercakap dengan anaknya.

Selepas sebulan Dee di halau oleh uncle Damien, Dee masih berada di sekitar Kuala Lumpur kerana tidak tahu harus pergi kemana.

Disaat itu juga, Dee dinyatakan mengandung 2 minggu membuatkan hidup Dee huru-hara. Dee ambil keputusan untuk tinggalkan kota yang penuh kesibukkan selepas dia tahu ada makhluk bernyawa lain yang harus Dee hidupkan.

Tetapi apakan daya ini semua takdir tuhan. Sewaktu Dee balik lagi ke tempat lahirnya untuk menziarahi kubur Darel, dia tergelincir membuatkan kandungan dia yang masih lemah tidak dapat diselamatkan.

Padahal, Dee sudah mengandung lima bulan. Sudah tahu jantina janin dia. Dia balik untuk berkongsi berita gembira dengan Darel. Setidaknya, dia masih mempunyai Darel yang akan dengar keluh kesah dia.

Dee tak terima takdir yang tuhan bagi. Sebulan dia kurungkan diri dia sebab kehilangan satu-satunya insan yang masih buatkan dia bertahan.

Sejak kejadian dia di halau rumah lapan bulan lalu, tiada siapa yang datang mencari dia. Dia sendiri. Semuanya sendiri. Sakit, penat, gembira sendiri dengan anak dia.

Dee sudah bayangkan moment ketika anaknya lahir. Dee yang inginkn dipanggil dengan panggilan ibunda. Dua panggilan menjadi satu. Ibu dan bonda. Jadi ibunda.

Dee yang ingin membesarkan Arjuna dengan penuh kasih sayang. Dee yang ingin memperkenalakan Hud kepada Arjuna lewat gambar.

Bermacam-macam keinginan Dee yang ternyata hanya sekadar moment yang diciptakan sendiri tanpa dapat dilakukan olehnya.

Tetapi sekarang dia merasa bersyukur walaupun tuhan mengambil Arjuna, tuhan gantikan Arjuna dengan si kecil Amanda.

Anak yang di ambil olehnya di rumah anak-anak yatim sewaktu dia ingin memberi sedikit sumbangan. Sejak hari itu, dia mengambil Amanda yang berusia 2 bulan dijadikan anak angkat dan anak susuannya.

Dee bangun dari kubur Arjuna menuju kubur seseorang. Dee duduk di hadapan kubur itu. Termenung seketika ke arah batu nisan yang dah lama dia tak sentuh.

"Assalamualaikum Darel. Aku datang," Dee ketawa perlahan. Dee tidak menangis kerana dia bukan orang yang senang menangis.

"Capa bunda?"

"Uncle Darel, sayang." Dee menumpukan semula matanya ke arah batu nisan Darel.

"Lama aku tak datang bersembang dengan kau. Kau sihat? Aku sihat. Macam ni."

2. DERN Where stories live. Discover now