E n a m b e l a s

19 7 0
                                    

Hud memicit batang hidungnya perlahan. Sudah tiga hari sejak mereka pulang dari New York, Dee hilang tanpa khabar.

Hud sudah pergi ke cafe dan menanyakan Daniel. Tetapi, tiada hasil. Daniel cakap kalau Dee pergi selepas meminta izin dari Damien Zayyad dan Dian Zihhirah.

"Serabut aku nampak kau ni, Hud," seru Zarel apabila dia masuk ke ruangan Hud dengan membawa setimbun kerja.

Hud menundukkan pandangannya. Berlipat ganda dia punya pening kepala apabila ternampak fail-fail yang dibawa oleh Zarel.

"Ni, kau kena tanda tangan. Pastu ada beberapa projek yang kau kena tengok perkembangan dia," Hud mengangguk sahaja. Dia kena siapkan semua sebelum balik mencari Dee semula.

Gadis itu bagai ditelan bumi. Bila difikirkan lagi, dia tidak bergaduh dengan gadis kecil itu semasa menghantar Dee pulang ke rumah. Bahkan, mereka sempat bergurau di dalam kereta sebelum Dee betul-betul masuk ke dalam rumah.

"Kau kenapa?"

"Serabut sikit, Rel," Zarel ketawa perlahan. Baru kali ini dia melihat Hud serabut. Selalunya penuh semangat untuk bekerja.

"Dee ke?" Hud angguk. "Alah, nanti balik lah tu. Dia ada kerja ke apa ke," Hud menghela nafas berat. Bukan dia risaukan Dee balik ke tak, tapi dia rindu gadis itu mungkin.

"Blah, aku nak kerja," Hud menghalau Zarel.

"Ha nak keluarlah ni," Zarel melangkahkan kakinya keluar dari ruangan Hud. Kepalanya digeleng-geleng melihat tingkah Hud.

DEE SEDANG melihat sekitarnya. Travis yang disebelahnya hanya mampu tersenyum. Sudah tiga hari Dee bersama dengannya. Jayden dan Aliff juga turut serta.

Matanya memejam memikirkan sebentar lagi gadis itu akan memulakan perlumbaan haram ini. Travis berfikir kalau dulu, Dee tidak seliar ini.

Tetapi selepas kepergian Darel, gadis itu menjadi gadis yang keras kepala. Suka melakukan benda-benda bahaya. Macam sekarang.

"Aku serabutlah Travis," Travis memerhati Dee yang sedang bergumam kesal di sebelahnya.

"Serabut kenapa?"

"Serabutlah dah kehabisan idea nak cari permata tu," Dee menekup tapak tangannya kemuka. Gilirannya untuk berlumba motosikal masih lama.

"Kau kena sabar sikit, Dee. Aku tahu Darel tak sebodoh tu nak bagi permata tu dekat orang yang salah. Lagipun, dia suruh kau cari sendirikan?" Travis turut merasa beban. Yang Darel ni pun satu, main teka-teki.

Darel Aqasha, lelaki yang menjadi pujaan hati Dee sejak pertama kali dia menginjak umur 14 tahun. "Aku mula dulu," Travis mengangguk dan menghantar Dee menggunakan anak matanya. Dia yakin, Dee pasti menang.

Dee naik duduk di atas kusyen moto milik Travis. Jangan lupa jika motosikal berkuasa tinggi miliknya masih berada di bengkel akibat ulah Jayden seminggu yang lalu.

Dee menghidupkan enjin motor dan memulas pedal minyak membuatkan motor itu mengeluarkan bunyi mengaum.

Kain putih yang diangkat dipandang lama sebelum kain itu dijatuhkan ke tanah. Dee langsung memulas pedal minyak dan memecut laju di atas jalan raya.

Melepaskan semua yang terpendam dengan berlumba. Setidaknya, rasa bebannya berkurang walaupun sedikit.

Dee melihat cermin sisi motor Travis. Musuh lumbanya ketinggalan di belakang. Dee tidak memperlahankan kelajuan motornya, tetapi menambah kecepatan sehingga dia ternampak garisan penamat tempat mereka bermula.

Orang-orang yang sedang menunggu bersorak kuat apabila Dee sampai dulu di garisan penamat. Jayden segera menghampiri Dee dan dibontoti oleh Travis serta Arif.

2. DERN Where stories live. Discover now