T u j u h

65 8 1
                                    

Dee melabuhkan duduk di meja kerjanya. Daniel yang menyusun meja di pandang sekilas. Di pandang pula flower bouquet yang terletak elok di atas mejanya.

"Woi angah! Cuba kau tengok bunga ni. Mana tahu Kak Orkid ke bagi!" Daniel memandang bunga yang ditunjuk oleh Dee. Kaki berjalan merapat ke meja untuk melihat bunga.

Pelik, Orkid tak akan bagi dia bunga kerana gadis cantik kesayangannya bukanlah seorang yang romantik. Jadi, mustahil Orkid akan bagi padanya.

Kertas yang terlekat di sebalik bunga itu di ambil. Di koyak perlahan, bait-bait yang tertulis di baca perlahan. Kad itu dihulurkan kepada Dee semula. "Bacalah, kau punya ni!" Dee baca sambil berkerut dahi. Siapa ya?

'I'm sorry for hurting your feeling. I take back my words! -MR LOVE- 

Dee renung kad itu seperti hendak tembus. Daniel menggeleng perlahan tengok perangai Dee. "Mr. Love. Mr. Love. Mr. Love. Who are you?" Jari telunjuk diletakkan di dagu berfikir.

"Ada sesiapa buat salah dengan kau ke? Atau pun ada yang buat kau sakit hati?" Dee fikir lagi. Dua minit berlalu, Dee berdiri secara mengejut dan berlari ke meja Daniel.

"Office Hud dekat mana?"

"Err, sebelah hotel ayah buat annual dinner haritu!" Pipi Daniel dikucup sekilas. Tangan kekar abangnya di ambil dan di cium.

"Sorry, aku nak keluar kejap. Kau suruh orang lain masak. Bye Daniel!" Daniel memandang pelik melihat kelakuan Dee yang kalut berlari keluar bersama bunga di tangan. Daniel angkat bahu dan sambung kerja menulis laporan dan barang yang sudah berkurangan di cafe miliknya.

DEE menghampiri receptionist dan bertanyakan di mana office Hud berada. "Where i can find, Mr. Hud Asyraff?"

"Cik ada buat appointment?" Dee geleng kepala dan memandang perempuan yang berada di kaunter hadapan. Perempuan itu tersenyum sekilas dan mencapai telefon.

"Kejap ye, Cik?"

"Daiyan," Dee angguk dan berdiri di kaunter itu.

"Sarah, Cik Daiyan nak jumpa dengan Tuan Muda Hud," Dee melihat perempuan itu mengangguk-angguk mendengar Sarah bercakap di corong sebelah sana.

Selesai bercakap, gadis cantik di depannya tersenyum dan menggelengkan kepala. "Sorry Cik Daiyan. Tuan Muda tak nak orang ganggu dia!" Dee angguk dan melangkah lemah ke lobi bagunan yang megah berdiri itu.

Kaki melangkah keluar dari pejabat itu. Kepala di alih memandang teksi yang mungkin lalu di situ.

Mata terlihat satu kereta BMW yang berhenti di depannya. Maka, keluarlah perempuan yang bajunya hanya separas lutut dan menampakkan bahagian atas dadanya. Perempuan itu seperti dia pernah lihat.

Melihatkan perempuan itu tersenyum sinis ke arahnya, Dee buat muka menyampah. "Eleh, macam kau cantik sangat. Kau tak tengok aku pakai seksi lagi!" Dee berbisik seorang diri. Kaki melangkah keluar ke jalan sedikit.

Nampak teksi lalu, Dee menggawangkan tangan menahan teksi tersebut. Kaki melangkah masuk ke bahagian depan. Pelik pemandu teksi tersebut melihat Dee mengambil tempat di sebelah dia.

"Er cik?"

"Tak apa pak cik. Pak cik jalan je!" Pemandu teksi itu menurut apa yang dikata Dee. Pelik, selalunya yang naik teksi akan duduk belakang macam mak-mak datin. Tapi, mak datin tak naik teksi.

Dee senyum kelat. Kepala sudah memikirkan cara hendak move on dari Hud. Lelaki itu sudah ada yang punya di hati. Bunga di tangan, di tenung. Mungkin juga Hud hanya ingin meminta maaf kepadanya saja. Tidak berfikiran lebih seperti apa yang difikirkan Dee.

2. DERN Where stories live. Discover now