D u a

100 17 2
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dee meletakkan fail kulit keras di atas meja Daniel

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dee meletakkan fail kulit keras di atas meja Daniel. Ada dua fail yang dia sudah siapkan. Hanya tinggal disemak dan dicop saja.

"Nah, kau check lah!"

"Okay," mendengar balasan dari angahnya, Dee terus berpaling menuju ke meja.

Belum sempat dia duduk, lelaki itu memanggilnya semula.

"Oh, aku dengar the musketeers cake kau popular," Dee mengangguk. Betullah tu. Setiap hari, habis saja kek itu.

Banyak juga feedback yang menarik. Dengan feedback itulah mereka jadikan sebuah album dan letak di hadapan kedai. Biar pelanggan mereka membuka dan membaca.

Dee mengambil apron yang tersangkut di belakang pintu dan dilekatkan di tubuhnya.

Pintu bilik itu ditarik dan kaki melangkah keluar ke kaunter. Spray sabun dan kain bersih di ambil untuk mengelap meja.

Ting!

Bell berbunyi tanda pintu dibuka. Dee masih meneruskan kerjanya.

Tiba-tiba bahunya dicuit dari belakang membuatkan dia mengalihkan badan ke tepi.

Sangkanya mungkin pelanggan itu mahu duduk di situ.

"Bagi aku one slice the musketeers cake and latte," Dee berkerut melihat lelaki di hadapannya.

Buta ke apa? Dah tulis besar-besar sila order di kaunter!

Dee pandang lelaki itu. Muka handsome dah dengan spek mata hitam yang terletak elok dihidung lelaki itu.

Tetapi sayang, buta!

"Encik, dekat situ dah tertulis besar-besar. Sila order di kaunter," lelaki di hadapnnya tersenyum sinis. Melihat senyuman itu membuatkan dia rasa familiar dengan muka lelaki itu.

Tetapi di mana ya? Dee ingin mengabaikan lelaki tenuk itu. Belum sempat melangkah lelaki itu bersuara semula.

"Customers always right Cik Daiyan!"

2. DERN Where stories live. Discover now