T u j u h b e l a s

23 8 0
                                    

Selepas kejadian di pejabatnya tempoh hari, gadis bernama Daiyan Zinnirah selalu berada di mana-mana. Seperti tengahari ini, gadis itu berada di dalam apartment miliknya. Terkejut? Semestinya dia terkejut, tetapi turut merasa senang dengan kehadiran perempuan itu.

"Buat apa dekat sini?" Hud bertanya apabila melihat Dee yang sedang berbaring di atas sofa ruang tamu miliknya. Gadis itu kusyuk menonton series netflix.

"Kenapa? Aku tak boleh datang ke?" Dee bertanya tanpa melihat ke arah Hud. Hud menggeleng kepala. Dia hanya mahu tahu tujuan gadis itu kemari.

"Boleh je," Hud berlalu ke atas untuk membersihkan badannya yang melekit. Dia baru saja balik dari pejabat.

Dee hanya menghantar Hud dengan ekor mata miliknya. Nafasnya dihembus lega. Dia datang ke apartment Hud kerana takut untuk pulang kerumah. Lagipun, dia tidak perlu risau jika mereka akan berkahwin secara percuma. Tuh, di apartment miliknya mempunyai seorang pembantu rumah.

Dee menyelak lengan baju dan kaki seluar miliknya. Terdapat luka-luka dan lebam yang besar di kulitnya. Dee berdesis sakit. Gila tak sakit, dia dilanggar oleh basikal elektrik yang dibawa oleh seorang mak cik separuh umur. Walaupun sudah biasa, tetapi tadi dia tidak terus pergi ke klinik, langsung datang ke apartment milik Hud dan menyuruh Acik Mah, pembantu rumah Hud mengubatinya.

Orang tua itu sempat menjerit kecil melihat lukanya yang besar. Mampus jika Hud tahu kalau gadis kesayangannya lecet. "Kenapa tu?" Dee terkejut. Cepat-cepat dia menutup lukanya, tetapu Hud lebih pantas dengan menahan tangan gadis itu.

"Kenapa?" Hud bertanya dengan nada datar, tidak ramah. Dee tersengih sambil menarik Hud duduk di sebelahnya.

Hud menurut, tetapi menarik gadis itu menghadapnya. Luka disiku dan lengan gadis itu ditekan. "Arkkk, sakit Hud!" Jerit Dee apabila Hud menekan lukanya dengan kuat.

"Kenapa?"

"Ish, aku kena langgar dengan sorang mak cik tadi!" Hud mengangkat keningnya pelik. Aik, kena langgar tapi luka hanya sebegini?

"Dia naik basikal elektrik tadi. Pastu dia tak sempat brek, langgarlah aku. Aku nak balik tadi," Hud mengangguk faham. Pembalut luka gadis itu dibuka untuk melihat lengan Dee.

"Kau pergi klinik ke?" Dee menggeleng. Dia malaslah nak pergi klinik, lagipun sikit je.

"Aku terus datang sini. Tadi Acik Timah dah ubatkan aku," Hud tidak berkata apa-apa dan berjalan ke arah dapur meninggalkan Dee yang bingung. Akan tetap, dia hiraukan Hud.

Tunggu punya tunggu, Hud tetap tidak keluar dari dapur membuatkan Dee terlena di atas sofa milik Hud.

Dilihat Dee yang sudah tidur itu, Hud hanya menjulingkan matanya. Dia baru saja selesai membuat spaghetti kesukaan Dee. Tetapi gadis itu sesedap rasa saja tidur.

Hud melangkah hendak naik ke biliknya untuk mengambil selimut buat Dee, tetapi terhenti apabila loceng rumahnya berbunyi.

Ding dong!

Hud turun semula dan membuka pintu. Terbuka saja pintu rumahnya, dia melihat seorang budak lelaki berumur 3 tahun yang sedang melompat-lompat apabila melihat muka Hud.

"Asehhh!" Jerit budak lelaki itu dan memeluk leher Hud. Hud tersenyum dan menepuk punggung budak lelaki itu. Diangkatnya budak lelaki itu kedalam dukungannya.

"Hud boleh tolong jaga Juju kejap tak? Abang Ad nak pergi tengok akak Sya kau dekat hospital," Hud mengangguk saja. Dia juga tidak keberatan untuk menjaga si kecil kerana si kecil ini sering bermain di rumahnya ketika dia tidak sibuk.

Si kecik bernama Juju merupakan anak kepada jirannya yang dikenali sebagai abang Ad.

Ad menghulur satu beg sederhana besar berkartun spiderman kepada Hud. "Dalam tu ada mainan dengan semua keperluan Juju," Hud tersenyum dan mengambilnya dengan senang hati.

2. DERN Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu