◇♕55♕◇

903 123 41
                                    

Kawasan Hera Rose? Tersangatlah besar dan tidaklah menyeramkan. Dan di situ juga tempat berkumpulnya ahli-ahli mafia yang majoritinya wanita sahaja. Lereng yang dipenuhi kelab malam serta bar, kawasan itu juga merupakan sindiket pelacuran yang terbesar di bandar Seoul.


Orang yang berjawat tinggi mahupun mafia berkelas atasan sahaja yang mampu datang ke sini . Hera Rose begitu susah untuk menjemput mahupun mengiring mana-mana mafia daripada puak yang lain.




Mungkin Jaerim serta saudaranya tergolong dalam golongan orang yang beruntung. Selepas berjaya diselamatkan oleh Hera Rose, mereka dibawa masuk ke kawasan puak tersebut. Diiringi dengan penuh kawalan ketat dan dipelawa masuk ke dalam salah satu bar yang mewah. Malah, mereka lapan beradik menjadi perhatian gadis-gadis Hera Rose yang berada di sekitar kawasan tersebut.







Dilayan begitu baik sekali, sebarang luka kecil diberi rawatan rapi. Mereka juga dihidangkan dengan beberapa gelas wain merah sebagai tanda menyambut tetamu. Sofa yang lembut lagikan empuk menjadi tempat melepaskan kepenatan. Itu cukup membuatkan Jaerim berbesar hati dan kagum dengan layanan baik Hera Rose, mungkin kurang bagi abang-abangnya. Menjadi tarikan menarik pula bagi gadis mahupun wanita di situ.






"Are you kidding me unnie? Diorang ni jejaka-jejaka Black Ares yang sis Lisa cakapkan tu? I'm not expecting it omo omo mafia berkod pula tu~ Hai~" omel seorang gadis sambil mengurut manja bahu Hoseok. Hoseok hanya mampu tersenyum dan menunduk hormat walaupun tak senang punggung duduk. Jimin pula sudah terbiasa dengan layanan gadis-gadis sebegini, disilangnya kaki dan menayangkan kekacakan hasil kerabat darah Haera itu.


Namjoon dan yang lain layan je dengan ketawa terkehek-kehek, laugh in pain. Yoongi pula cuba mengawal abang sulungnya itu daripada disentuh. Jaerim sekadar ketawa melihat reaksi saudaranya seorang demi seorang apabila mendapat layanan kaum hawa yang jelita dek anggun.


Jaerim terasa di situ.





Walau apa pun, menurut pengetahuan Jaerim daripada buku itu, teringatkan pula kepada Taehyung. Bukankah mafia berkod 05 itu seorang pencinta wanita? Mesti terikut-ikut juga perangai dengan Taehyung yang sekarang.









Hmm expectation vs reality.




Taehyung nampaknya tidak selesa di situ. Dialah yang menjadi tarikan ramai ahli Hera Rose, disentuh mahupun digoda dengan kata-kata manis. Taehyung sekadar ketawa perlahan dan cuba melayani gadis-gadis itu dengan lemah-lembut. Jaerim mengerutkan keningnya, bukannya 100% akan berulang semula? Tidak pula kepada personaliti dan attitude mereka hmm. Hairan, dengan adik sendiri bukan main menggatal.








Keadaan kian bertukar senyap saat seseorang masuk ke dalam bar tersebut lalu mengambil tempat duduk di hadapan mereka. Dirinya yang berpakaian serba sut hitam serta bibir munggilnya yang bercalit lipstick merah pekat. Dijeling tajam ke arah lapan beradik itu dengan kening sebelahnya dijengket tanpa sebarang teguran. Masing-masing kekok.






"Erm kau Lisa bukan? Wakil Hera Rose. Terima kasih sebab sudi tolong kami tadi." ucap Namjoon ramah, mereka yang lain juga menunduk hormat ke arah gadis itu. Lisa tidak memberi sebarang reaksi, dia tetap dengan muka selambanya.






"Tak disebabkan jasa kau selamatkan nyawa anak Queen Haeri, aku takkan terdetik sedikit pun niat nak tolong korang. Nasib yang tersangatlah baik, by the way aku nak berterima kasih juga. Dengan situasi cemas hari tu, aku dah pun bertukar fikiran untuk jalankan amanah ibu korang untuk tolong korang dengan kuasa puak ni. Mulai sekarang, Hera Rose bersedia hadap apa-apa sahaja situasi demi menjaga keselamatan anak-anak Mafia Haera termasuk Black Ares." ucap Lisa dan langsung membuatkan kelapan-lapan anak Mafia Haera itu termangu-mangu kata kerana terlalu gembira dengan berita tersebut.







Lantas Jaerim mencapai tangan Lisa lalu berjabat dengan penuh gembira. Terkejut gadis yang sedang beracah serious tersebut. "Thanks Lisa, saya tak tahu nak balas jasa Hera Rose macam mana. Apa-apa pun kami turut akan bersedia untuk bantu Hera Rose." ucap Jaerim semula. Saudaranya yang lain mengangguk setuju dengan senyuman yang terbit di bibir sendiri. Lisa merengus nafas kecil, agak terharu dengan pelawaan sebegitu.






"Fine. Cuma aku nak sampaikan beberapa berita dekat korang. Ada berita baik dan berita buruk. nak dengar yang mana satu?"





"Hmm kita utamakan yang baik dulu gitchew~" celah Taehyung dengan ketawa terkehek-kehek. Baru je Yoongi nak cadangkan berita buruk dahulu, ternyata anak Kim cepat di situ. Seketul anak Min cukup tidak puas hati.





"Ok, berita baiknya...korang telah mendapat keistimewaan melalui Hera Rose. Perlukan bantuan untuk kelengkapan senjata? Kami boleh bagi 100%. Perlukan bantuan mafia yang ramai? Jangan risau, Hera Rose ada persepakatan dengan enam puak mafia yang terhebat di dalam negara ni. Korang boleh minta apa-apa sahaja, janji ia boleh selesaikan masalah korang. Kami akan bantu." Jaerim dan yang lain cukup teruja mendengarnya. Terlalu istimewa bantuan yang Hera Rose mahu hulurkan kepada mereka.






"So, apa berita buruknya?" Seokjin cuba soalkan yang itu pula. Agak lama bagi Lisa nak jawab, gadis itu melepaskan keluhan berat sebelum bersuara. "Ianya banyak, kalau kita tak selesaikan masalah ni secepat yang mungkin....silap-silap nyawa semua orang tergadai." jawab Lisa dengan agak resah.






"Ermm apa masalahnya?" soal Jaerim pula.













"Korang dah tahu? Puak Zeus sekarang dah mula buru korang."












-End Chapter 54-

°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔Kde žijí příběhy. Začni objevovat