◆06◆

2K 243 64
                                    

Rooftop? Aku suka rooftop~
Tempat yang sentiasa menjadi sasaran aku untuk melepak atau ponteng kelas masa zaman sekolah dulu. Jangan contohi aku.

Kedua-dua tanganku membawa dua biji cawan yang berisikan air hot cappuchino, hmm kesedapannya tidak dapat ditafsirkan, sungguh berbakat tangan aku. Kakiku memijak satu per satu anak tangga sebelum tonggol pintu di hadapan dipulas.

#jangan tanya cara bagaimana aku pulas tonggol pintu tu. Aku legend.


Kembali semula, kata Namjoon, dia selalu menyendiri di sini, setiap malam. Kalau boleh jangan kacau dia, sebab masa inilah yang digunakan insan itu untuk melayani diri sendiri. Hanya waktu ini.

Hmm, aku menghela nafas kecil sebelum pintu dibuka perlahan. Terus angin dari menyisir masuk lalu menyapa wajahku, sejuk. Aku tercari-cari akan susuk tubuh manusia itu.

Dia ada, sedang duduk di atas bangku di hujung rooftop. Wow cantik juga kawasan di atas ni. Boleh melepak setiap masa. Tetapi...kedatanganku langsung tidak disedari oleh insan tersebut. Kaku sahaja di situ. Hanya kedengaran bunyi tiupan angin malam, suasana yang sunyi dengan langit yang gelap, itu pun dicerahi dengan cahaya bulan.


Aku rasa macam nak patah balik, seram pelik ni, kalau bukan dia acaner tu, confirm tak hidup dah aku esok.

"Ermm ehemm, sorry mengganggu.", tegur aku dari arah belakang. Akhirnya dia memusingkan kepalanya ke arahku, dengan wajah yang muram. Tiada sebarang balasan.

Ok jantung aku dah berdegup laju.

Tanpa berlengah, aku menghulurkan secawan hot cappuchino kepadanya , cawan itu pula dipandangnya lama. Dia membelek saja setiap inci cawan itu, dan ambil. Dia kembali pandang ke hadapan dan tiada ucapan terima kasih. Please aku rasa kekok gila.

Mungkin aku dah kacau mood dia untuk menyendiri?
Tak kot, dia biasa je. Takde nak halau bagai, so...

Aku mengambil tempat duduk di ruang yang masih lapang disebelahnya. Jauh sikit. Kami berdua tidak saling bertegur sapa dan melihat saja pemandangan.

"Lebih cantik kan kalau ada pokok-pokok bunga dekat sini. What about sakura? Musim sejuk nanti mesti lawa, boleh selfie hehe.", aku mulakan bicara dengan sedikit ketawa. Dia kekal senyap, cawan kopi itu masih berada di dalam pegangannya. Lelaki itu tetap tertunduk kepalanya ke bawah. Aku bagaikan tidak wujud pula di sini.

Dia bisu? •_•
Takkanlah....
Mungkin dia...pekak? Sebab aku rasa macam cakap seorang je sekarang ni.
Ermm tak apa Jaerim, cuba lagi.

Aku meletakkan cawanku di sisi dan bingkas bangun. Aku berdiri di hadapannya lalu bertinggung. Aku tenung wajahnya lama. Lelaki itu membulatkan mata, terkejut dengan kelakuan aku.

'Sorry kalau saya kacau mood awak.', aku lontarkan bahasa isyarat. Lelaki itu mengerutkan dahi. Aku rasa dia faham dengan cara ni.

'Saya hanya nak berkenalan dengan awak sebab ya kelmarin dan siang tadi tak sempat kita nak berkenalan. So-', aku terhenti di situ. Serious lah? Takkanlah dia bisu? Dia memang ditakdirkan bisu juga ke. Ini menakutkan.

"Erm sorry kalau awak tak faham. Jae sebenarnya keliru ni, soalan Jae tadi dipalau begitu je. Emm maaf Jae nak tanya, o-oppa ada masalah...", aku mengisyaratkan jari telunjukku di telinga. Dia terus mengerutkan kening. Aik, dia tak faham jugak ke?



"Apa yang kau cuba nak cakap ni?", suara garaunya bagai menjentik nyawa aku keluar daripada jasad. Uhuk, aku tersedak nyawa sendiri. Aku menyapu dada, ahh sakit. Terkejut siaa.
He can speak. Ok done.

"Ouh errmm sorry. Jae ingatkan oppa bisu or pekak ke apa sebab hmm Jae macam cakap dengan angin je tadi. O-Oppa tak balas apa pun, takut Jae nak mengacau pulak mood oppa nak berseorangan dekat sini. Well I'm...I'm yaaa kita belum berkenalan so, masa ni kot yang sesuai ehek. Emm.", aku menggaru kepala sendiri. Rasa macam nak hempuk kepala dengan dinding. Malu tu tak boleh bawa bincang. Apa yang aku cakap pun dah lupa.


Tanpa disedari, jejaka itu tersenyum.
Namun dipudarkam semula saat aku mendongak ke atas.

"Mana ada. Duduk je la, aku tak halang.", katanya selamba. Aku menunduk sekilas dan kembali duduk di sebelahnya. Sambil-sambil itu aku cuba memandang wajahnya dari sisi, lelaki itu terus menikmati suasana malam, rambutnya yang hitam mix neon blue itu menjadi tumpuan aku pula. Langsung tidak jemu buat aku untuk terus menatap rupanya. Lama.




"Kau tengok aku macam makanan. Apa yang kau nak sebenarmya?", soalnya, terhenti terus lamunan aku.

"Jae nak tanya pasal seseorang. About our King, Lee Dong Hyeong. Jae tak tahu pula yang dia bapa angkat kita dan...korang dah kenal dia lama?"

Dia mengetap bibir. Anak matanya beralih ke arah air yang terisi di dalam cawan dalam pegangannya, dia kembali muram, soalan aku seakan-akan menakutkan dia.


"Dia suami terakhir eomma...maybe. Selepas eomma tak ada, dia pergi ke akademi dan ambil kami bertujuh untuk diasuh. Sampai satu ketika, Dong Hyeong ditangkap oleh pihak polis. Dia dipenjara selama 15 tahun atas kes-kes yang dia dah buat. Dia pernah ganti eomma untuk mengetuai Black Ares, t-tapi bukan sebagai King."

"15 tahun? Apa kesalahan yang dia buat?", soalku ingin tahu. Lelaki itu menghela nafas perlahan, aku dapat rasakan ketarannya.

"Don't ask. Aku tak nak hal ni dibincangkan.", balasnya dan memalingkan wajah ke arah lain. Aku tergamam, erm aku tak tahu apa yang terjadi sebenarnya di antara diorang so aku patut diam saja. Mungkin aku patut soalkan hal ni dekat orang lain, but not him.

Dong Hyeong pernah dipenjara 15 tahun. Kalau setakat kesalahan kerja sebagai mafia, itu tidak menjadi satu masalah, sekejap saja masanya. Ini lama sangat. Mungkin...dalam buku Queen Jaerim ada tertulis berkaitan hal ni. Mana tau ada kaitan ker~



"So...nama kau Jae?", sapanya dengan sedikit jelingan ke arahku. Aku tersenyum sengih. Finally.

"Nae~ Saya Yoo Jaerim, you can call me Jae. Bakal pengusaha syarikat roti dan kek, doakan Jae. So you?", aku menghulurkan tanganku ke arahnya. Dia tenung je.

"Maybe tak perlu, kau dah tahu nama aku bukan?"

"Apa salahnya kalau Jae nak diperkenalkan buat sekali lagi? Especially from you. Tuan empunya nama. So what's your name?", aku tersenyum lagi, tanganku terus terhulur ke arahnya. Dia mendengus dan capai saja tangan kecilku.

"Aku Jeon Jungkook.", ujarnya seraya berjabat tangan. Terasa aura lain apabila nama itu disebut. Aku hanya mengawal diri dengan senyuman tipis, you know what, rasa macam nak menjerit. Feel okwed.


"Ouh J-Jeon Jungkook. Huh J-Jeon, hmm ya Jeon."

"Dah nape dengan Jeon?", celah Jungkook dengan nada serius. Aku mengedipkan kelopak mata berulang kali, ah-

"Tak ada apa-apa. Nice name.", aku menghirup air cappuchino yang dah tak berapa nak hot. Suam elok je.

So memang 100% semuanya berulang semula ke atas aku hm~ Nama dan tuan badan sama dengan apa yang dinyatakan di dalam buku wanita itu.
Cuma aku baru baca setengah, tidak habis lagi. Mr Wook cerita dekat aku hari tu pun tak berapa nak jelas. Itu sebab aku pinjam sekejap buku sulit tu. Aku perlu kaji lagi.


"Ermm oppa, tak minum lagi ke air yang Jae buat tu? Nanti sejuk dah tak sedap."

"Aku tak minum coffee."

"Ouh-"







'Berulang semula hm?~'





-End Chapter 06-

°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔Where stories live. Discover now