◆♕50♕◆

1K 126 25
                                    

"Kenapa nak soalkan aku berkaitan kematian appa kau? Aku tak terlibat dalam kes ni."




"Sebab ada kaitan dengan Black Ares, aku perlu soalkan kau. Kau sebahagian dari puak tu bukan? Hahahaha gituww so sekarang ni beritahu aku, sebelum kematian Mafia Haera ke mana korang masing-masing pergi?" soal Mingyu. Siapa je yang nak ingat masa tu? Mereka masih kecil dan mustahil untuk ingat semula apa yang terjadi.






Apa yang terlintas di fikiran Jungkook, mereka tujuh beradik saling terpisah antara satu sama lain. Dirinya pula entah duduk di mana, kelam saja seperti berada di alam kematian. Dia cuba untuk ingat, namun tiada apa yang muncul.






"Aku tak tahu, kalau nak paksa aku ingat memang tak boleh. Kenapa kau nak ambil tahu sangat ni?"






"Sebab aku syak, salah seorang daripada korang  adalah punca kematian wanita tu. Harap aku tak salah anggap."







"W-What? No. Kenapa kau cakap macam tu? Tak logik bro kalau anak merancang nak bunuh ibu sendiri. Kami pun tengah cari punca kematian Mafia Haera sekarang ni. Kalau tak boleh tuduh macam tu je—"






"Habis tu, ni apa?" Mingyu kembali berbalik kepada topik di mana tangkapan cctv yang menunjukkan Jungkook hilang kawalan diri. Kelakuannya yang begitu aneh, sesiapa saja akan terasa bingung.





"A-Aku tak tahu macam mana aku boleh jadi begitu. Please, kenapa kau nak masukkan topik ni?"




"Kau satu-satunya anak Mafia Haera yang tidak disebut-sebut pun oleh sesiapa. Identiti kau bagai dirahsiakan, itu yang menimbulkan kemusykilan aku terhadap kau Jeon. Dan pada masa yang sama, kau nak bunuh abang kau sendiri. Tak ke itu pelik?"








"Jadinya kau nak cakap aku terlibat dalam kes ni? Aku pun tak tahu sebab apa aku buat macam tu. Aku takkan bunuh hyung aku! No! Aku still umur 5 tahun masa tu. Kau nak tuduh aku bunuh eomma aku???" bentak Jungkook yang semakin berang. Mingyu tidak mengubah reaksi, tangannya asyik mencatat sesuatu di atas kertas.








"Sekejap, kenapa perlu Mafia Haera dibawa masuk dalam kes ni?" soal Jungkook semula.





"Sebab appa aku mati di tempat yang sama dengan eomma kau." balas Mingyu dan langsung membuatkan Jungkook tersentak. Dia tidak berkedip mata dan terus tertumpu ke arah kedua-dua anak mata lelaki di hadapannya itu. Kalau ibu dan bapa mereka berdua mati di tempat sama, itu bermakna....










"L-Lee Yeon Gyu? Kau anak dia?" entah mengapa Jungkook menjarakkan sedikit tubuhnya daripada meja. Begitu terkejut dengan sangkaannya terhadap jejaka itu. Mingyu sekadar menggigit isi bibir sendiri dengan tundukan ke bawah. Hairan juga, Jungkook tahu nama bapanya.







"Yes aku anak dia tapi—"





"Bro, kau anak King Zeus." bidas Jungkook laju memotong percakapan Mingyu. Mingyu juga turut tergamam, selama ni dia juga asyik sangkakan bahawa identiti sebenarnya adalah anak kandung kepada bekas ketua kumpulan mafia terhebat itu. Namun, dia menganggap itu semua mengarut. Tak mungkin bapanya bekerja sebagai  seorang mafia. Tak mungkin.





Jadi, apa maknanya tatu bercorakkan jalinan panah kilat di lengannya itu? Tidakkah itu lambang kumpulan Zeus?



Mingyu membisu, dia kembali mendaratkan punggung di atas kerusi dengan keluhan berat. Itu bermakna, dia memang benar-benar anak kepada bekas ketua mafia? Mingyu tetap tidak boleh terima. Bagaimana dengan kerjayanya yang merangkap sebagai seorang polis? Semua itu cukup merisikokan nyawanya semula.






°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔Where stories live. Discover now